Anda di halaman 1dari 1

Aplikasi Dharuriyyat, Hajiyat dan Tahsiniyat dalam hukum berkahwin

Sila jelaskan kedudukan Dharuriyat, Hajiyat & Tahsiniyat dalam menentukan kedudukan seseorang itu
dalam menentukan hukum berkahwin.

Assalamualaikum wbt.

Baiklah, saya akan menjelaskan tentang kedudukan Dharuriyat, Hajiyat & Tahsiniyat dalam
menentukan kedudukan seseorang itu dalam menentukan hukum berkahwin.

Penerangan kepada makna :

1. Dharuriyat, iaitu keadaan sesuatu keperluan tidak dapat dipenuhi yang akan menyebabkan
musnahnya dan kerosakan dari aspek kehidupan seperti nyama, agama, keturunan, akal dan
harta.
2. Hajiyat, iaitu perkara yang dinginkan dan dihajati kemudian keadaan yang jika tanpanya
boleh dipelihara akan tetapi sukar dan berat.
3. Tahsiniyat, perkara yang baik menjadikan pelengkap untuk keselesaan kehidupan dan jika
tanpanya tidak mendatangkan mudharat kepada individu

Dharuriyyat dalam menentukan hukum perkahwinan.

Dari aspek pemeliharaan akal, nyawa isteri dan anak-anak. Situasinya menyebabkan isteri dan anak-
anak menghadapi tekanan dan gangguan mental kerana ketidakjujuran dan cara asuhan yang
autokratik. Jika perkara ini tidak dielakkan menyebabkan mudharat yang lebih besar kepada fikiran
dan keselamatan jiwa. Oleh itu bagi memelihara hak tersebut, si isteri menganggap penceraian
adalah penyelesaian yang tepat untuk menyelesaikannya untuk memastikan suasana hidup lebih
tenang dan menyihatkan. Terdapat lagi aspek-aspek lain yang tidak dinyatakan.

Hajiyyat dalam menentukan hukum perkahwinan.

Dari aspek keperluan isteri untuk mencari pendapatan. Sebagai contoh pekerjaan menjahit pakaian
dimana untuk menampung keperluan harian dan pendapatan tambahan untuk anak-anak. Sekiranya
si suami memberi nafkah kewangan yang mencukupi kepada isteri dan anak-anak, maka tidak perlu
menjadi hajat si isteri untuk mencari pendapatan tersebut kerana si suami memberikan haknya
kepada keluarganya.

Tahsiniyyat dalam mementukan hukum perkahwinan.

Dari aspek kehidupan kekeluargaan. Keseronokan anak-anak dan isteri jika pindah ke kampung isteri.
Ini bermakna anak-anak berasa takut berada dirumah ayah. Keharusan utnuk menjadikan lebih baik
itu adalah pilihan untuk memperlokkan dan menyempurnakan aspek utama kehidupan iaitu
kebahagiaan.

SYUKRAN..

Anda mungkin juga menyukai