Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
(2008/2009)
Tajus Salatin atau ‘Mahkota Raja-raja’, tulisan Bukhari al-Jauhari diselesaikan pada
tahun 1603M dan dipersembahkan kepada Sultan Alauddin Riayat Syah, yang juga digelar
membantu sultan menjalankan arah pemerintahan dengan baik. Kitab ini mengandungi 24 fasal
yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan manusia yang ditujukan kepada raja-raja. Kitab ini
mencakupi pengajaran dan tunjuk ajar tentang adat bernegara serta cara pemerintahan dari aspek
kebatinan dan kerohanian bermula dari akhlak raja hingga menteri dan rakyat.
Isi kitab Tajus Salatin dapat dibahagikan kepada lima perkara penting iaitu soal agama,
rakyat dengan raja dan soal pendidikan. Kitab Tajus Salatin telah menganjurkan suatu tatacara,
bagi melahirkan pemimpin yang berkualiti, sejajar dengan tuntutan Islam. Kehadiran genre ini
membawa satu penganjuran konsep pentadbiran yang berteraskan Islam bagi menegakkan
Kitab Tajus Salatin dapat dikupas dari sudut aksiologi yang berteraskan konsep moral,
akhlak dan etika untuk menjustifikasikan konsep keadilan yang dipandang sebagai pintu menuju
kebenaran. Untuk menegakkan keadilan diperlukan kearifan dan kematangan dalam berfikir atau
menggunakan akal.
Persoalan moral dan akhlak manusia dapat dihubungkaitkan dengan apa yang ditulis oleh
Bukhari dalam kitabnya Tajus Salatin. Beliau menganjurkan supaya manusia, khususnya raja,
mengenali diri dan sedar akan peranannya dan hubungannya dengan manusia dan benda-benda
di alam ini. Anjurannya dijelaskan dengan jalan supaya manusia itu terlebih dahulu mengenali
Allah. Ini dapat dilihat di dalam beberapa fasal pertama, kedua dan ketiga yang telah
menyatakan tentang kepentingan manusia mengenali Allah, tidak kira sama ada zat ataupun sifat-
Nya. Bukhari memulakan kitabnya dengan mengutip sebuah hadis qudsi berbunyi,
“Man `arafa nafsahu faqad `arafa rabbahu” yakni, “Barang siapa mengenal Tuhannya
Yang dimaksudkan penulis dalam mengenali diri itu adalah melalui agama ia mengenal
dirinya yang sebenarnya. Bertolak dari sini, keinginan untuk mengenal dan mengetahui siapa
dirinya yang sebenar boleh ditafsirkan sebagai keinginan mencari hikmah dalam usaha mencapai
kebenaran. Ahli falsafah al-Farabi mendefinisikan hikmah itu sebagai makrifatullah iaitu ilmu
mengenali Tuhan. Sememangnya sebagai seorang hamba Allah, kita seharusnya kenal akan
siapa Tuhan kita. Tuhan yang telah menjadikan alam ini dan kerana Dia juga kita mampu hidup
di dunia ini.
Oleh itu dalam Islam, seseorang manusia itu mesti sedar akan kedudukan statusnya dahulu
di dalam alam ini dan hubungannya dengan benda-benda yang ada di sekelilingnya sebelum
menyatakan kelakuan dan tindak tanduknya itu dianggap baik terhadap dirinya, orang lain dan
benda-benda dalam alam ini. Islam menyatakan bahawa manusia di dalam dunia ini tidak lain
daripada satu ciptaan Tuhan dengan dua statusnya. Pertama, sebagai “abdullah”, hamba atau
milik Tuhan yang wajib mentaati segala perintah Tuhan dan yang akan kembali kepada Tuhan
untuk disoal tentang ketaatannya terhadap perintah Tuhan. Kedua, sebagai “khalifatullah” iaitu
wakil Tuhan yang dapat melaksanakan hukum Tuhan untuk kemanfaatan dirinya, orang lain,
Apabila seseorang mengenal hakikat kejadian dirinya dan tujuan Allah mencipta
manusia, manusia akan mampu mengenal tujuan hidup yang sebenarnya di dunia. Dengan
dunia ini juga bermakna. Maka segala pelakuan, tindak tanduk dan apa sahaja yang membantu
ke arah menepati dan memenuhi dua status tadi dan peranan manusia itu, barulah ianya dianggap
sebagai baik, benar dan patut, dan oleh itu penuh bermoral dan beretika. (Hashim Musa, 2001)
Dalam membicarakan soal keadilan, ia tidak hanya dilihat dari sudut moral, tetapi boleh
juga dilihat maknanya dari sudut ontologi. Seorang raja yang baik dilihat sebagai Ulil albab,
bermaksud orang yang menggunakan akal fikiran dengan baik dalam menjalankan segala
Menurut kitab Tajus Salatin, seorang raja yang adil akan mendapat kebahagiaan
yang praktikal. Kebahagiaan rakyat padanya adalah kebahagiaan negara. Menurut Aristotle, ciri
pemimpin yang boleh membawa kebahagiaan kepada rakyat dan negara adalah, pemimpin yang
selalu mengambil tahu mengenai keadaan negara, masyarakat dan organisasi lain dan mengenal
pasti bagaimana mereka boleh berkongsi sama dalam menikmati kebahagiaan. (Ackrill, 1990)
Justeru itu, seorang raja yang baik, berakhlak mulia, halus budi bahasa dan pekerti
dengan perwatakan dan hemah yang tinggi, bukan sahaja dapat meningkatkan taraf diri
kerohaniannya tetapi juga dapat memberi kebaikan dan manfaat kepada makhluk yang lain juga.
Bagaimana pun, akhlak yang terpuji itu adalah di mana segala sifat dan perbuatan yang baik, dan
yang memanfaatkan itu harus dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Tuhan semata-mata,
Di sini timbul pula soal niat yang merupakan salah satu faktor dalam pembentukan
peribadi seorang Muslim. Niat melakukan sesuatu yang bermanfaat dan baik semata-mata untuk
mendapat keredhaan Allah, dan merealisasikan hakikat bahawa dirinya sebagai Hamba Allah dan
Khalifah Allah, maka akan terpancarlah kemuliaan hatinya. Tetapi jika niatnya sekadar untuk
mendapat pujian, maka kebaikan yang dilakukan itu tidak akan mendatangkan manfaat rohaniah
kepada sesiapa pun. Akhlak bagi seseorang raja yang memimpin sebuah negara ada dikiaskan
Sesungguhnya Allah ta`ala memerintahkan berbuat adil dan ihsan. Sikap adil ada dalam
perbuatan, perkataan dan niat yang benar; sedangkan ihsan mengandung makna adanya
Syarat untuk menegakkan keadilan memerlukan kearifan dan kematangan dalam berfikir
dengan menggunakan akal (pentaakulan). Kerana itu, ilmu, hikmah (kebijaksanaan; wisdom)
dan akal budi sangat penting bagi seseorang untuk meningkatkan darjat kemuliaan dan martabat
dirinya. Menurut Bukhari, seseorang pemimpin itu mestilah ada matlamat untuk melengkapkan
dirinya sebagai pemimpin yang berkualiti dan berilmu yang sejajar dengan tuntutan Islam, dan
wajib memerintah secara adil dan benar. Semua ini memerlukan penggunaan akal.
Untuk memastikan akal berada di atas jalan yang benar, maka ia harus dibimbing oleh
wahyu Ilahi yang disampaikan melalui kitab suci-Nya, al-Qur’an. Hanya dengan bimbingan
wahyu Ilahi, akal fikiran dapat dijadikan sarana yang bermanfaat bagi manusia. Dengan
bimbingan wahyu Ilahi juga, akal dapat dijadikan sarana bagi manusia untuk mengenal dirinya,
Oleh itu seorang pemimpin harus menguasai ilmu agama dan memahami kitab suci al-
Quran supaya mendapat hidayat dan petunjuk daripada Tuhan. Menurut al-Ghazali hidayat atau
petunjuk daripada Tuhan menduduki tempat yang tertinggi di dalam pencapaian kelebihan di
kalangan manusia. Ini kerana ia merupakan batu asas bagi segala kebaikan. Seperti dalam surah
(Taha 20:50)
(membimbingnya)”.
Terdapat juga dalam hadis: “Tidak ada sesiapa yang akan masuk syurga melainkan
Menurut al-Ghazali salah satu tanda menunjukkan kesan hidayat atau petunjuk Tuhan itu
adalah apabila manusia yang beriman itu dapat membezakan yang baik daripada yang buruk atau
jahat, sama ada berdasarkan akal yang dianugerahkan Tuhan kepada semua insan, atau melalui
Kitab Tajus Salatin juga ada menyentuh tentang persoalan maut. Dimulai dengan kutipan
“Segala sesuatu akan binasa kecuali wajah Tuhan yang Maha Besar dan Mulia”.
Bukhari mengingatkan pembaca tentang maut dan hukuman Tuhan di akhirat bagi orang
yang berdosa. Kematian pasti akan menimpa semua makhluk tidak kira bangsa atau darjat dan
juga pembalasan Tuhan di akhirat. Ini semua seharusnya menjadi panduan supaya manusia
senantiasa berakhlak mulia dan berbuat kebaikan. Memetik pendapat al-Razi tentang kematian,
beliau mengatakan mati itu tidak dapat dielakkan, maka bagi orang yang bijak dan berakal,
mereka tidak akan berdukacita terhadapnya. Al-Razi mengemukakan hakikat bahawa kehidupan
sesudah mati lebih tinggi daripada kehidupan di dunia. Kematian itu merupakan pintu gerbang
untuk melangkah masuk kepada kehidupan yang kekal, tiada cacat dan kekurangan, tidak sakit
dan tiada kedukaan dengan syarat seseorang itu menyediakan dirinya dengan membina aspek
dan bentuk akhlak, moral dan etika yang mulia melalui penguasaan ke atas nafsunya dengan
Akal digunakan untuk mencari kemuliaan, agar tercapai kesempurnaan fikiran dan
hikmah sebagai jalan mencapai hakikat kebenaran. Pencarian dan pertemuan hakikat kebenaran
itu merupakan tanggungjawab manusia. Tercapai atau tidak, ilmu dan kebenaran itu akan
menentukan nasib seseorang. Bagaimanapun, al-Razi mengatakan seseorang pencari yang jujur
akan dianugerahkan dengan penemuannya, kerana Tuhan dengan sifatNya yang maha Pengasih
dan Penyayang tidak akan memberi sesuatu yang tidak dapat dipikul oleh makhlukNya. Bahkan
kejayaan yang hakiki bagi manusia di dunia ini bukan terletak pada pencapaian hasilnya, tetapi
pada daya usaha, kesungguhan, ketabahan, kesabaran, kejujuran dan pengorbanan untuk menuju
5.0 KESIMPULAN
Amanat dan pengajaran yang boleh kita dapati dari kitab Tajus Salatin ialah mengenai
akhlak, moral dan etika yang perlu diamalkan oleh setiap manusia. Pengarang kitab ini telah
memberi kesedaran kepada pembaca tentang persamaaan setiap manusia tidak kira raja atau
rakyat yang harus memiliki akhlak yang mulia. Setiap manusia dikehendaki melakukan
Isi kandungan kitab Tajus Salatin boleh menjadi panduan kepada pemimpin dan individu
yang bergelar khalifah di muka bumi ini. Setiap individu adalah pemimpin sekurang-kurangnya
pada dirinya sendiri dan keluarga. Oleh itu, panduan yang telah tersedia dicipta atas pemikiran
orang Melayu sendiri yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis, merupakan sumbangan yang amat
bermakna bagi karya kesusasteraan Melayu klasik yang boleh dimanfaatkan oleh semua
Wallahualam.
Bibliografi
Malaysia.
A.Hasjmy.(1984).Sastera Dan Agama. Dlm.Prof.Datuk Ismail Hussein, Sastera dan Agama (hlm.
Braginsky V.I.(1994). Erti Keindahan dan Keindahan Erti Dalam Kesusasteraan Melayu Klasik.
Hashim Haji Musa.(2001).Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu Suatu
Pengenalan.Kuala Lumpur:APM.
Harun Mat Piah.(2000). Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Ismail Hussein, Sastera dan Agama (hlm. 93-119). Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Malaya.