Anda di halaman 1dari 10

Jawab semua soalan.

Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.

1 Bimbingan orang mahir dalam sesuatu bidang seperti bidang muzik dan sukan merupakan contoh pendidikan

A secara formal. B secara tidak formal.

C jarak jauh. D berterusan.

2 Pendidikan sepanjang hayat amat penting dalam pembinaan

A kesejahteraan negara. B pembangunan negara.

C modal insane yang berkualiti. D jati diri.

3 Kemahiran ini perlu dikuasai agar kita dapat memahami dan mengingati pelajaran dengan lebih efektif.

A Kemahiran membaca. B Kemahiran berfikir.

C Kemahiran ICT. D Kemahiran pengurusan masa.

4 Universiti Putra Malaysia menawarkan program pendidikan sepanjang hayat melalui

A Pusat Pendidikan Jarak Jauh. B Pusat Pendidikan Luar.

C Institut Perkembangan Pendidikan. D Pusat Pendidikan Berterusan.

5 Encik Dayalan telah membahagikan masanya untuk bekerja, bersama keluarga dan berehat. Tindakan yang

dilakukan oleh beliau jelas menunjukkan bahawa beliau mahir dalam

A memahami situasi keluarganya. B menjaga hati keluarga.

C mengurus masa. D menilai.

6 Kanak-kanak seharusnya didedahkan dengan pelbagai _________________sejak dari kecil.

A situasi B kemahiran

C pembelajaran D keadaan

1
7 Apakah kelebihan orang yang pandai menguruskan masa?

A Semasa memperoleh kejayaan dalam hidupnya.

B Dapat melakukan banyak perkara daripada orang lain.

C Dapat menjalankan aktiviti kehidupannya dengan tenang dan terkawal.

D Tidak memerlukan bantuan orang lain dalam melakukan sesuatu perkara.

8 Kita perlu berfikir dan bertindak secara rasional terhadap sesuatu perkara. Sekiranya seorang murid menghadapi

masalah, tindakan rasional yang manakah perlu dilakukan?

A Pendam dalam hati. B Cari jalan penyelesaian sendiri.

C Berbincang dengan guru dan ibu bapa. D Cuba sedaya upaya melupakan masalah tersebut.

9 Apakah kaitan antara pendidikan sepanjang hayat dengan pembangunan negara?

A Amalan pembelajaran sepanjang hayat membantu membangunkan sesebuah negara.

B Negara yang maju memerlukan rakyat yang berkemampuan untuk belajar dan berpendidikan tinggi.

C Negara akan lebih maju dengan adanya pelbagai sumbangan idea dan kemahiran baru oleh masyarakat yang
berilmu.

D Pembangunan negara akan menjadi lebih pesat apabila ramai individu meneruskan pengajian dalam sesuatu
bidang.

10 Mengapakah pendidikan sepanjang hayat dikatakan dapat membentuk individu yang cemerlang?

A Memupuk kesejahteraan hidup dan meningkatkan kuasa individu.

B Mendidik diri kita sepanjang masa dan menjadikan kita sebagai individu yang berpengaruh serta dikenali
dalam masyarakat.

C Pendidikan yang berterusan menjamin kekayaan pada masa hadapan dan menjadikan kita sebagai individu
yang serba boleh.

D Individu yang sentiasa berusaha mencari ilmu dapat melengkapkan diri dengan kemahiran baru dan

pengetahuan terkini serta membentuk keperibadian yang baik.

2
11 Mengapakah memilih bidang yang sesuai dan diminati sebagai bidang kerjaya adalah penting bagi setiap
individu?

A Dapat terus mengasah bakat dalam bidang tersebut.

B Dapat memberi komitmen yang tinggi dan sumbangan yang besar untuk pembangunan negara.

C Tidak ada orang lain yang dapat menandingi kehebatannya dalam bidang tersebut.

D Dapat mencapai kepuasan diri sendiri dalam melaksanakan kerjaya tersebut.

12 Antara berikut, perkara yang manakah harus dihindarkan dalam melengkapkan diri kita dengan ilmu

pengetahuan?

A Berusaha dengan lebih gigih lagi.

B Sabar dan tabah dalam menghadapi cabaran.

C Bertenang dan berdoa untuk berjaya dalam kehidupan.

D Berputus asa apabila tidak dapat melaksanakan sesuatu perkara.

13 Apakah yang dimaksudkan dengan pembelajaran kendiri?

A Kemampuan untuk menguasai bidang yang diceburi.

B Kebolehan membuat kesimpulan sendiri terhadap sesuatu isu dan permasalahan.

C Kebolehan untuk meneruskan pembelajaran walaupun terdapat pelbagai halangan.

D Keinginan diri untuk mengembangkan minda ingin tahu dan dahaga akan ilmu.

14 Apakah yang dimaksudkan dengan masyarakat?

A Kumpulan yang dapat bertindak dengan sendiri.

B Sekumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat.

C Golongan yang mampu mentafsir ilmu.

D Norma masyarakat.

15 Kebolehan memahami perasaan orang lain atau berkongsi perasaan tersebut bermaksud

A menghargai nyawa. B empati.

C jati diri. D cinta akan keamanan.

3
16 ________________ bermaksud tindakan berasaskan kepada pemikiran yang rasional.

A Empati B Perikemanusiaan

C Kemanusiaan D Norma masyarakat

17 Nilai cinta akan negara bermaksud

A perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi
kepentingan diri.

B kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada raja dan negara.

C kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara.

D hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian.

18 Sambutan bersama golongan yang kurang bernasib baik dapat memupuk ________yang harus dimiliki oleh

manusia yang berperikemanusiaan.

A norma B nilai-nilai murni

C simpati D empati

19 Perubahan iklim secara mendadak dan pencairan ais di kutub utara merupakan antara isu kemanusiaan yang
berkaitan dengan

A alam sekitar. B politik.

C jenayah. D jangkitan penyakit.

20 Institut _________adalah asas pembentukan masyarakat harmoni.

A pendidikan B kekeluargaan

C swasta D kerajaan

21 Antara berikut, yang manakah merupakan golongan ahli masyarakat yang harus sentiasa kita bantu?

A Berpendapatan rendah. B Mempunyai penyakit yang agak serius.

C Kurang berupaya dan tidak bernasib baik. D Ramai bilangan ahli keluarganya.

4
22 Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan individu yang menghargai nyawa?

A Eddy sentiasa bertolak ansur antara satu sama lain.

B Anson selalu membiarkan orang lain menindasnya tanpa melakukan apa-apa.

C Jamaluddin cepat marah dan tegas jika berlaku perbezaan pendapat dengan rakannya.

D Ismail selalu menunjukkan perasaan untuk mendapatkan keadilan.

23 Antara berikut, yang manakah boleh mengancam nyawa manusia?

A Keruntuhan akhlak dan moral ahli masyarakat.

B Kemerosotan ekonomi dan kejatuhan nilai mata wang.

C Pertambahan kemasukan warga asing ke dalam negara.

D Penyakit-penyakit kritikal seperti Aids dan Selsema Burung.

24 Bagaimanakah cara untuk menjaga maruah negara?

A Meninggikan diri agar dihormati dan disegani oleh orang lain.

B Sentiasa cuba untuk menyumbang sesuatu untuk pembangunan negara.

C Membangkang pembaharuan yang dilakukan untuk negara.

D Menjaga diri dan tidak bergaul dengan kaum lain.

25 Sebagai seorang remaja, apakah perkara yang dapat dilakukan untuk memelihara maruah dan nama negara?

A Elakkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial seperti penggunaan dadah.

B Bekerja sambilan selepas waktu persekolahan untuk menambahkan pendapatan.

C Menyebarkan maklumat penting negara melalui internet kepada rakan di luar negara.

D Belajar bersungguh-sungguh untuk menyambung pengajian di luar negara dan menyertai gerakan anti
kerajaan.

26 Ibu bapa yang cemerlang dapat melahirkan anak-anak yang

A stabil. B cemerlang.

C ego. D sensitive.

5
27 Apakah perkara-perkara yang harus diberi perhatian oleh ibu bapa dalam mendidik dan mengasuh anak-anak?

A Pilih kasih terhadap anak-anak.

B Memahami keperluan dan kehendak anak-anak.

C Mengongkong kebebasan anak-anak.

D Bersikap autokratik dalam mendidik anak-anak.

28 Apakah akta yang berkaitan dengan upacara perkahwinan di Jabatan Pendaftaran Negara atau Pejabat

Perwakilan Malaysia di luar negara?

A Akta Undang-undang Perkahwinan dan Perceraian 1966.

B Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.

C Akta Perkahwinan dan Perceraian 1986.

D Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1996.

29 Restu ibu bapa perlu diperoleh sebelum dilangsungkan perkahwinan supaya

A wujudnya persefahaman antara golongan ibu bapa dengan bakal menantu.

B pasangan boleh meminta bantuan daripada mereka sekiranya dalam keadaan terdesak.

C ibu bapa tahu siapa yang patut dipersalahkan jika berlaku perkara yang tidak diingini.

D anak dan bakal menantu dapat hidup dalam keadaan bahagia.

30 Wawasan diri merupakan _____________ yang akan menjadi panduan dan pendorong untuk berjaya.

A usaha B petunjuk C perangsang D matlamat hidup

31 Mengapakah wawasan diri seseorang tidak sama dengan wawasan diri orang lain?

A Tahap pemikiran yang berbeza B Masalah individu yang berbeza

C Keupayaan diri individu yang tidak sama D Minat dan bakat individu yang tidak sama

32 Penetapan wawasan diri akan mendorong seseorang menjadi individu yang

A kreatif B berdisiplin

C berputus asa D mementingkan diri sendiri


6
33 Kehidupan tanpa _____________________ibarat membiarkan diri kita terumbang ambing dibawa arus tanpa
arah dan tujuan.

A minat B matlamat C personaliti D nilai

34 Antara berikut, individu yang manakah mempunyai wawasan diri?

A Tina berangan-angan menjadi seorang pereka fesyen; dia selalu bercerita tentang angan-angannya

itu kepada rakan-rakannya.

B Suzi ingin menjadi doktor; dia sentiasa berusaha memperbaiki penguasaannya dalam subjek

Sains.

C Dina ingin menjadi juruterbang tetapi dia tidak berminat dalam subjek Matematik dan Sains.

D Minu berhasrat menjadi penyanyi; dia selalu berlatih menyanyi secara bersendirian.

35 Sebarang usaha yang dilakukan dalam menghadapi dan mengatasi kegagalan dan cabaran akan

A menghasilkan matlamat seseorang. B mencerminkan wawasan seseorang.

C memperkukuhkan rancangan seseorang. D membina personality seseorang.

36 Padanan yang manakah menunjukkan langkah ke arah usaha yang cemerlang?

A Mengikut kemampuan- tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

B Kebingungan –kurang jelas.

C Kurang keyakinan- sanggup berkorban masa.

D Mengurus masa dengan bijak- berani bertindak.

37 Faedah yang diperoleh oleh murid hasil usahanya yang cemerlang ialah

A kejayaan. B kepopularan.

C kegembiraan. D keseronokan.

7
38 Mempunyai sikap kesungguhan yang tinggi adalah amalan orang yang mempunyai

A harga diri yang tinggi. B sikap berwawasan.

C strategi pembelajaran berkesan. D daya tahan yang mendalam.

39 _____________________merupakan realisasi secara beransur-ansur bagi sesuatu matlamat yang berfaedah.

A Usaha B Tindakan

C Kejayaan D Rancangan

40 ___________________dan membuat nota merupakan antara asas pembelajaran yang baik.

A Menghadiri sekolah B Mengikuti kelas tambahan.

C Lulus peperiksaan. D Mengulang kaji pelajaran.

41 “ Lebih besar _______________yang kita hadapi, lebih besarlah kejayaan yang kita akan kecapi.

A keseronokan B rintangan

C kerugian D kemenangan

42 _______________akan menjadi faktor penolak yang sentiasa mendorong anda supaya sentiasa berusaha
melakukan sesuatu.

A Daya dorongan diri yang kuat. B Semangat yang kuat.

C Semangat tekad yang maksima. D Penampilan diri yang positif.

43 Sesungguhnya menghadapi dan mengatasi cabaran akan membina ______________seseorang.

A bakat B personaliti

C minat D kecenderungan.

44 Aishah seorang yang dapat mengawal tingkah laku dan berdisiplin. Dia dikatakan seorang murid yang
cemerlang dalam aspek

A emosi B intelek

C jasmani D rohani

8
45 Susan dapat menyelesaikan soalan matematik dan sentiasa kreatif dalam menulis karangan. Susan lebih
menonjol dalam aspek

A emosi B rohani

C intelek D jasmani

46 Antara yang berikut yang manakah adalah ciri-ciri individu yang mempunyai perkembangan diri yang

seimbang?

A Individu yang sentiasa menghormati orang lain.

B Individu yang sentiasa sihat dan cergas.

C Individu yang sentiasa sedia membantu orang lain.

D Individu yang sentiasa bekerja sepenuh masa untuk menambah pendapatan.

47 Individu yang berjaya dalam hidup dan kerjaya ialah individu yang mempunyai ciri yang

A pintar dan cekap.

B kuat mengamalkan ibadat.

C selalu membantu orang susah.

D lengkap dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani.

48 Pilih pasangan yang betul.

A Intelek- perkembangan tubuh badan.

B Jasmani- perkembangan minda.

C Rohani- perkembangan perasaan dan hati.

D Jasmani- pengawalan perasaan.

49 Beriadah dikatakan penting untuk kesihatan___________dan ______________________.

A jasmani, rohani B fizikal, mental

C emosi, mental D jasmani, emosi

50 Perbuatan pahala dan dosa digariskan dalam aspek

A jasmani B emosi

C intelek D rohani

9
SKEMA JAWAPAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN LIMA

1. B 16. B 31. D 46. D

2. C 17. A 32 .B 47. D

3. A 18. B 33. D 48. C

4. B 19. A 34.A 49 B

5. C 20. B 35.B 50 D

6. B 21. C
36. B
7. C 22. A
37. B
8. C 23. D
38. A
9. C 24. B
39. B
10. D 25. A
40. A
11. B 26. B
41. A
12. D 27. B
42. B
13. D 28. B
43. C
14. B 29. A
44. A
15. B 30. D
45. C

10