Anda di halaman 1dari 1

1.

0 PENGENALAN

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP) adalah tanggungjawab untuk
memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dengan melihat siapa yang mencipta risiko
dan siapa yang bekerja dengan risiko. Ia juga melibatkan peraturan kendiri (self-regulation),
perundingan (consultation) dan kerjasama dan penglibatan pekerja.

Antara contoh bahaya di tempat kerja adalah :


I) Bahaya Kimia - gas/vapour, habuk dan wasap
II) Bahaya Psikososial - gangguan seksual, tekanan kawan sekerja, jiran/keluarga dan penyalahgunaan
dadah
III) Bahaya Ergonomik
IV) Bahaya Biologi - bakteria/virus/spora, habuk tumbuhan
V) Bahaya Fizikal - mekanikal, elektrikal, bising/getaran, tempat tinggi, haba dan tekanan

Tujuan akta ini pula adalah :


I) Keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang sedang bekerja; - (pekerja)
II) Melindungi orang bekerja dan selainnya daripada aktiviti yang melibatkan risiko; - (orang awam,
pelawat)
III) Mengadakan suasana tempat kerja selamat dan sihat (bersesuaian dengan kehendak fizikal dan
mental pekerja)
IV) Untuk mengadakan perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dengan peraturan dan
tataamalan industri yang diluluskan di bawah peruntukan Akta (tidak terhad kepada akta&peraturan)

Tanggungjawab majikan ada perlu menyediakan dasar keselamatan dan kesihatan secara
bertulis iaitu seperti Dasar Am, Organisasi dan Perkiraan. Selain itu, majikan perlu menyediakan
organisasi dan perkiraan keselamatan dan kesihatan. Seterusnya, majikan perlu memastikan setakat
yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjanya seperti teruknya bahaya atau risiko,
pengetahuan dan cara menghapuskan atau mengurangkan bahaya atau risiko dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai