Anda di halaman 1dari 12

TUGASAN ARTIKEL

TUGASAN BERKUMPULAN
VKMB2031 COMMUNITY DEVELOPMENT IV
KUMPULAN D

NAMA PENSYARAH: PUAN ROSNIDA BT ROMLI

NAMA NO. MATRIK

AINAA SYAHIRAH BINTI ISMAIL 261098


MARIA JASMIN BINTI MOHAMED JAMIL 261120
SITI KHADIJAH BINTI ABDUL HALIM 263282
ANAS QURSYIAH BT JEFFRI 263081
AIDA THAQIFAH BT ABD LATIB 264233
NURUL SYAIRAH BT SAID 262805
Artikel 1: Gejala Buli dalam Kalangan Pelajar

Kejadian buli di sekolah seringkali dipapar di dada-dada akhbar lebih-lebih lagi


melibatkan dalam kalangan pelajar. Perkara sedemikian berlaku akibat daripada masalah
disiplin yang sukar untuk dibanteras yang bakal membawa kesan kepada proses pengajaran dan
pembelajaran. Menurut kajian yang dijalankan, rasa ingin membalas dendam, rasa seronok
serta ego merupakan punca disebalik kes buli berlaku. Setiap hari pasti akan terdapat pelajar
yang takut untuk ke sekolah kerana risau akan dibuli oleh rakan-rakan. Di Malaysia, beberapa
siri kes buli di sekolah-sekolah menunjukkan masalah yang perlu diberi perhatian serius seperti
yang dapat dilihat dalam keratan akhbar di atas. Salah satu kes buli yang memberi kesan negatif
adalah pelajar dibuli oleh senior sehingga menyebabkan beliau putus urat saraf dan koma 2
bulan. Mangsa-mangsa buli takut untuk ke sekolah adalah kerana mereka merupakan sasaran
buli. Hal in menyebabkan mereka akan kerap ponteng sekolah, berasa kemurungan dan
pelbagai tingkah laku yang membawa kepada kegagalan mereka di sekolah. Perkara ini dapat
dibuktikan dari sumber Sinar Harian pada tarikh 8 April 2016.

Terdapat beberapa faktor yang dapat dikesan seseorang pelajar ini berani berkelakuan
sedemikian. Antara faktornya ialah terpengaruh dengan rakan sebaya. Faktor ini merupakan
faktor paling kuat dalam mengubah tingkah laku seseorang pelajar tersebut. Individu yang
membuli ini mungkin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka dan terdapat kebarangkalian
mereka juga merupakan pernah menjadi mangsa buli. Kesannya akan menyebabkan individu
tersebut mengalami gaangguan personaliti dimana mereka tidak lagi rasa bersalah apabila
melakukan kesilapan dan merasakan apa yang dilakukan adalah perkara biasa. Golongan ini
kebaiasaannya terdapat pada kanak-kanak cergas yang melampau yang sering bersikap tidak
mempedulikan perasaan orang lain. Faktor yang seterusnya adalah dari media massa dan cetak
yang memaparkan aksi-aksi, pertuturan dan tingkah laku yang tidak sepatutnya ditunjukkan di
media elektronik dan media cetak yang akhirnya menyebabkan mereka terpengaruh dan
menjadi ikutan seolah-olah pelakon tersebut menjadi ‘role model’ bagi golongan remaja.

Setiap apa yang berlaku pasti ada jalan penyelesaian yang boleh dilakukan untuk
menangani atau mengurakan gejala tersebut. Pelbagai langkah drastik boleh diambil untuk
membendung masalah kemelut ini. Salah satunya ialah pihak kerajaan seperti Kementerian
Pelajaran perlu menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah melalui mata
pelajaran tertentu seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan
sebagainya. Selain itu, peranan daripada pihak sekolah itu juga amat perlu dengan mengadakan
ceramah mahupun kempen seperti kempen anti-buli yang sewajarnya diwujudkan secara
berterusan dari semasa ke semasa agar para pelajar dapat menyedari untuk mejauhi diri
daripada gejala buli. Mengadakan kuiz tentang kes buli atau minggu perangi buli merupakan
salah satu inisiatif yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah dalam menangani masalah kes
buli ini. Begitu juga, pengawasan di setiap pelusuk kawasan sekolah seperti di belakang
bangunan sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi perlu diperketatkan supaya tidak memberi
sebarang peluang dan ruang kepada si pembuli untuk membuli mangsanya. Hal ini perlu diberi
perhatian terutamanya pihak sekolah.

Secara kesimpulannya, kes membuli bukanlah satu perkara mudah yang boleh
dipandang ringan dari semua aspek. Oleh itu, untuk mengurangkan masalah ini semua pihak
hendaklah memainkan peranan masing-masing terutamanya memberi lebih autoriti kepada
pihak berwajib untuk menanganinya. Sekiranya perkara ini dititkberatkan dan diambil serius
nescaya masalah buli di Malaysia dapat diatasi dan akhirnya negara dapat membentuk satu
masyarakat yang berkarisma serta berdisiplin.
Artikel 2: Kesaksamaan Gender Tanggungjawab Semua

Sambutan Hari Wanita disambut pada tanggal 8 Mac setiap tahun. Sambutan ini
dismbut oleh seluruh dunia bagi meraikan setiap insan yang bergelar wanita. Hari ini sangat
bermakna bagi setiap wanita bagi menghargai mereka yang telah berjuang dan juga untuk
menegakkan hak wanita dan kesamarataan dari segi gender tanpa ada unsur berat sebelah.
Namun, masih ramai lagi di kalangan masyarakat kita yang memandang serong terhadap hak
kesaksamaan gender ini.

Negara Malaysia tidak membezakan hak serta kewajipan di antara kaum wanita dan
lelaki. Namun, dari segi institusi kerajaan, latar belakang dalam sosio dan budaya, keluarga
dan masyarakat masih lagi terdapat isu bias gender.maih lagi terdapat jurang antara gender
lelaki dan wanita di dalam beberapa bidang seperti guna tenaga, pendidikan, ekonomi, sosial,
kesihatan dan politik. Ini boleh dibuktikan berdasarkan Indeks Jurang Gender Global (IJGG)
dan Indeks Jurang Gender Malaysia (IJGM). Sebagai, bukti berlaku bias gender ialah pada
tahun 2020, skor IJGG bagi negara Malaysia ialah 0.68 dimana skor 1 bersamaan dengan
saksama mutlak dan 0 ialah ketaksamaan mutlak. Ini telah membuktikan bahawa Malaysia
merupakan negara yang mempunyai jurang yang luas di antara kedua-dua gender dalam
kalangan negara Asia Tenggara.

Isu sosial berkaitan dengan wanita seperti berlaku penindasan sosial terhadap mereka
juga sering kita dengari. Terdapat banyak isu yang timbul seperti keganasan terhadap wanita
dan kanak-kanak, keganasan rumah tangga dan kehamilan remaja kian meningkat. Didalam isu
rumah tangga, kebanyakan golongan wanita telah mengalami penderaan sosial kerana mereka
terpaksa bergantung sepenuhnya kepada pasangan dan tidak terdedah dengan dunia luar. Hal
ini kerana mereka telah dihalang untuk bekerja dan dikongkong oleh pasanagn dimana telah
berlakunya penderaan dari segi kewangan disebabkan tiada wang simpanan sendiri. Daripada
isu-isu sebegini penulis telah berpendapat bahawa terdapat empat perkara yang boleh dilakukan
iaitu dengan merai dan mengangkat pencapaian wanita, mempertingkatkan pengetahuan dan
kesedaran terhadap ketaksamaan gender, menghargai pengorbanan wanita serta mengambil
tindakan untuk memperkukuh kesaksamaan gender.

Kesimpulannya, peranan atau tugas wanita terhadap keluarga, masyarakat dan negara
ini begitu luas dan amat diperlukan. Kita semua hendaklah memandang tinggi dan memberi
peluang kepada wanita untuk membuktikan kemampuan mereka ini. Sikap memandang rendah
terhadap keupayaan dan kemampuan wanita bukanlah satu tindakan yang tepat dalam
kehidupan dunia penuh cabaran ini. Slogan “pemuda harapan negara pemudi tiang negara”
harus menjadi peringatan kepada kita bahawa betapa besarnya sumbangan wanita terhadap
kemajuan negara itu.
Artikel 3: Jadikan Gotong Royong Sebagai Tradisi Komuniti Setempat

Menurut keratan akhbar tersebut, Program Komunikasi untuk mengubah tingkah laku telah
dilaksanakan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Chembong Jaya. Tujuan program ini
diadakan untuk mengeratkan hubungan komuniti setempat dan agensi kerajaan berkaitan di lokasi
berkenaan. Mereka menjadikan amalan gotong-royong dan membersihkan perumahan sebagai
program tahunan sejak tahun 2010 lagi. Melalui program ini, pelbagai sikap dan nilai dapat
dibentuk oleh setiap individu.
Setiap aspek kehidupan manusia adalah berkaitan dengan sistem nilai. Nilai berkait rapat
dengan pengalaman dan pendirian seorang individu serta boleh mempengaruhi motif, alasan dan
justifikasi setiap tindakan individu tersebut. Nilai juga wujud dalam kelompok sosial yang lebih
besar seperti keluarga, komuniti, organisasi dan masyarakat. Nilai-nilai yang terkandung dalam
kelompok sosial tersebut mungkin berbeza di antara satu kelompok dengan kelompok yang lain.
Namun lazimnya, sistem nilai masyarakat merupakan nilai representetif yang dihormati, diamalkan
dan dipatuhi oleh semua kelompok sosial.
Nilai merupakan dimensi yang amat relevan dengan sikap dan amalan masyarakat dan ini
menjadikannya amat penting dalam proses pembangunan masyarakat. Elemen penting
pembangunan masyarakat adalah penjanaan nilai sepunya di antara ahli masyarakat pelbagai etnik
di peringkat tempatan dan antarabangsa kerana nilai sepunya masyarakat tempatan wajar dilihat
sebagai dasar atau rujukan kepada pemilihan atau penetapan nilai-nilai pembangunan di negara
tersebut.
Gotong-royong adalah sikap atau kegiatan yang dilakukan oleh masyarakat secara
bekerjasama dan saling tolong-menolong dalam menyelesaikan pekerjaan dengan secara sukarela.
Gotong-royong bermaksud tolong-menolong atau kerja bersama-sama. Aktiviti gotong-royong
masih banyak dilakukan di kampung-kampung. Namun begitu, kurang dilakukan dibandar pada
masa kini. Hal ini mungkin juga kerana suasana bandar dimana penduduk kebanyakannya tidak
ambil cakna tentang jiran tetangga dan kawasan sekitar menyebabkan aktiviti gotong royong sukar
dijalankan. Aktiviti gotong-royong ini perlu dihidupkan kembali dalam masyarakat di negara ini
untuk mengeratkan perpaduan di antara kaum.
Tidak dinafikan bahawa gotong royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif.
Melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasama membersihkan taman permainan, longkang,
mahupun rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan antara masyarakat. Gotong royong turut
merapatkan hubungan ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni yang suci. Gotong-royong juga
mampu mewujudkan kesan-kesan positif yang sebenarnya dapat membantu menangani gejala-
gejala buruk dalam masyarakat seperti penagihan dadah dan kecurian. Semua orang mengetahui
bahawa sesuatu kerja yang berat akan menjadi mudah jugak dilakukan bersama-sama. Itulah
prinsip gotong royong.

Artikel 4: Eratkan jalinan kekeluargaan bersama

Keluarga adalah aspek yang penting dalam kehidupan setiap manusia. Mereka merupakan orang
yang bernilai dalam kehidupan kita mereka akan selalu di samping kita tidak kira susah atau
senang. Mereka juga lebih mengenali diri kita berbanding dengan rakan-rakan dan orang lain. Ibu
bapa merupakan institut pendidikan terawal bagi seorang kanak-kanak. Secara tidak langsung
mereka membantu dalam pembentukan peribadi kita. Kehidupan kita tidak akan lengkap dan
bermakna tanpa keluarga.

Dalam meniti arus kemodenan ini, kebanyakan ibu bapa tidak lagi meluangkan masa
bersama keluarga. Demi mencari rezeki untuk keluarga, mereka terlalu sibuk dengan pekerjaan
masing-masing sehingga mengabaikan hubungan antara keluarga. Kewujudan alat elektronik
seperti telefon pintar, tablet dan sebagainya merumitkan lagi keadaan dan merosakkan kualiti masa
yang diluangkan bersama keluarga secara fizikal. Oleh itu, ibu bapa perlulah memainkan peranan
dalam merancang kaedah terbaik untuk melaungkan masa bersama keluarga.

Berdasarkan artikel tersebut, terdapat dua kaedah yang dapat dijalankan oleh ibu bapa
untuk mengeratkan hubungan di antara ahli keluarga. Pertama sekali, ibu bapa hendaklah
mengagihkan tugasan kepada semua ahli keluarga. Tugasan harian seperti mengemas rumah atau
membasuh pakaian adalah salah satu contoh tugasan yang dapat dilakukan bersama. Anak-anak
terutamanya yang masih kecil suka diberikan tanggungjawab kerana mereka berasa mereka
memainkan peranan yang penting dalam menyelesaikan tugasan tersebut. Tugasan yang diberikan
akan menyemai nilai tanggungjawab dalam diri ahli keluarga terutamanya anak-anak.

Selain itu, nilai bekerjasama dapat dipupuk dalam diri setiap ahli keluarga terutamanya
anak-anak. Tugasan harian seperti mengemas rumah adalah sukar untuk diselesaikan apabila
bersendirian. Agihan tugas dapat meringankan beban tersebut secara tidak langsung anak-anak
dapat mempelajari betapa pentingnya kerjasama dalam memastikan keadaan rumah sentiasa bersih
dan terurus. Dalam masa yang sama, setiap ahli keluarga dapat berinteraksi dan berhubung dan
seterusnya mengukuhkan hubungan kekeluargaan. Akan tetapi, tugasan-tugasan tersebut perlulah
dijadikan rutin agar menjadi kebiasaan ahli keluarga selain dapat memperbanyakkan masa bersama
keluarga.

Kedua, hubungan kekeluargaan dapat dieratkan dengan mengadakan tabung dan menabung
bersama-sama. Melalui tugasan yang telah diagihkan, ibu bapa hendaklah menyediakan tabung
sebagai ganjaran apabila tugasan dapat diselesaikan. Sebagai contoh, apabila si ibu sedang
memasak, si ayah mencuci pinggan dan anak-anak dapat membantu dalam penyediaan makanan
dan membuang sampah setalah selesai memasak.

Apabila tugasan itu selesai, sejumlah wang akan dimasukkan ke dalam tabung yang telah
disediakan. Apabila tabung tersebut penuh, wang tersebut boleh digunakan untuk percutian
sekeluarga atau membeli hadiah untuk ahli keluarga sempena ulang tahun. Secara tidak langsung,
mereka akan lebih bersemangat dan terdorong untuk melakukan tugasan dengan lebih baik.
Hasilnya, nilai berjimat cermat dan nilai saling menghargai antara satu sama lain dapat disemai
dalam diri ahli keluarga terutamanya anak-anak yang masih kecil.

Hubungan kekeluargaan dapat dieratkan lagi dengan meraikan kejayaan yang dikecapi
bersama-sama ahli keluarga. Selain menyemai amalan menabung, hasil tabungan yang sudah
penuh tersebut dapat digunakan untuk aktiviti sekeluarga seperti percutian, sambutan ulang tahun
dan berkelah bersama-sama. Masa yang terluang tersebut dapat mencipta kenangan baru. Keluarga
yang mempunyai hubungan yang erat adalah amat penting untuk anak-anak kerana mereka akan
melihat keluarga mereka sebagai keluarga yang bahagia.

Intihanya, pelbagai kaedah yang dapat dilakukan untuk mengeratkan hubungan


kekeluargaan walaupun setiap ahli sibuk dengan komitmen masing-masing. Akan tetapi, setiap ahli
keluarga perlulah memainkan peranan dalam menjayakan usaha ini. Usaha-usaha yang dilakukan
hendaklah dipupuk dari peringkat awal lagi. Setiap usaha walau sedikit, akan menyumbang kepada
pembentukan keluarga yang erat.
Artikel 5: Bapa Cabul 3 Anak Kandung

Seperti yang kita ketahui artikel diatas bertajuk ‘bapa cabul 3 anak kandung’. Ianya ditulis
oleh NurFarahin Hussin iaitu salah seorang pengarang surat khabar Utusan. Artikel ini diterbitkan
pada 31 Oktober 2018. Artikel ini memberitahu bahawa seorang bapa telah mencabul anak
kandungnya sendiri yang berusia lima tahun, tiga tahun dan setahun. Laporan ini dibuat oleh ibu
mangsa sendiri.Bapa mangsa mencabul anaknya di rumah mereka. Pada mulanya nenek mangsa
yang mengenalpasti perkara berlaku kepada cucunya. Mangsa memberitahu kepada neneknya
tentang perlakuan ayahnya. Iaitu mangsa memberitahu bahawa ayahnya memasukkan jari ke dalam
kemaluan dan dubur mangsa yang berusia tiga tahun. Mangsa juga melihat ayahnya melakukan
perkara yang sama terhadap kakaknya yang berusia lima tahun tersebut. Mangsa juga memberitahu
neneknya bahawa kemaluannya berasa sakit namun tiada siapa yang mempercayainya lalu ibu
mangsa membawa anaknya ke hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut. Hasil daripada
pemeriksaan tersebut terdapat koyakan lama kepada ketiga-tiga mangsa. Akhirnya suspek ditahan
dan kes disiasat mengikut kanun keseksaan.

Isu tentang cabul.rogol,liwat anak kandung sudah menjadi buah mulut seantero dunia.
Dalam kes ini berkaitan dengan bapa cabul anak kandung. Isu ini juga hangat diutarakan oleh
masyarakat Malaysia amnya. Masalah ini juga merupakan salah satu masalah utama dalam institusi
kekeluargaan dan kemasyarakatan di Malaysia. Mengikut statistik Polis Diraja Malaysia
mencatatkan kes seperti ini meningkat saban tahun. Keadaan seperti ini membimbangkan banyak
pihak antaranya adalah kementerian wanita dan pembangunan masyarakat, jabatan NGO dan
kerajaan. Hal seperti tidak seharusnya di pandang enteng oleh seluruh masyarakat malah harus
mengambil peranan dalam melaksanakan tanggungjawab bersama bagi menangani masalah seperti
ini.
Terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil bagi megelakkan perkara seperti ini berlaku.
Antaranya adalah ibu bapa harus memberi sepenuh perhatian kepada anak-anak mereka.
Contohnya ibu bapa harus mendengar cerita mereka memberi nasihat kepada mereka sekiranya
berlaku sebarang masalah. Selain itu ibu bapa harus mempercayai mereka. Sebagai contoh, ibu
bapa harus mempercayai apa yang mereka cerita dan ibu bapa harus melakukan kaji selidik
terhadap cerita mereka, Seterusnya ibu bapa boleh melaporkan hal-hal seperti anak mereka dicabul,
dirogol, diliwat dan sebainya di talian yang telah di sediakan oleh perbadanan kerajaan dan bukan
kerajaan. Guru juga boleh melakukan sesi kaunseling dengan pelajar mereka sekiranya ibu bapa
mereka tidak mengendahkan mereka. Kerajaan juga melakukan kempen atau pendedehan tentang
masalah ini merupakan masalah yang serius. Masyarakat juga boleh membuat laporan sekiranya
melihat,mendengar atau mengetahui tentang perkara ini kepada pihak yang bertanggungjawab.

Terdapat juga kesan sekiranya perkara ini dipandang remeh oleh masyarakat antaranya
seseorang mangsa boleh membunuh diri kerana merasakan beban mereka terlalu berat dan
menganggap tiada siapa yang boleh membantu mereka. Seterusnya mereka boleh menjadi individu
yang liar kerana sudah terbiasa dengan kehidupan dicabul,dirogol dan sebagainya. Selain itu
seseorang individu itu juga boleh menjadi individu yang menyendiri. Hal ini kerana mereka merasa
takut untuk mendekati seseorang individu kerana meraka menganggap individu tersebut akan
mengambil kesempatan terhadap dirinya. Disamping itu seseorang mangsa boleh terjerumus untuk
melakukan perkara yang sama terhadap individu yang lain. Akhirnya seseorang mangsa cabul juga
boleh memendam perasaan dendam terhadap pelakunya tidak kira mereka adalah saudara kandung
atau bukan. Secara tidak langsung akan wujud jenayah seperti membunuh dan sebagainya. Hal ini
akan mengakibatkan jenayah dalam kalangan remaja akan meningkat bermula daripada perkara
seperti ini. Justeru perkara seperti harus pengajaran kepada semua lapisan masyarakat sebelum nasi
menjadi bubur.

Kesimpulannya sudah terang lagi bersuluh semua pihak harus memandang isu ini secara
lebih serius. Setiap pihak harus memainkan peranan masing-masing dalam memastikan masalah
seperti ini dapat dibendung dan tidak berulang lagi. Kita tidak seharusnya mengabaikan nasib
mereka yang telah dilakukan sebegitu kerana mereka juga mempunyai masa depan. Mereka jugalah
merupakan tiang negara. Kita haruslah memberikan sokongan moral,nasihat dan bimbingan
kepada mangsa-mangsa ini.
RUJUKAN

Mohamad, Z. (n.d.). Eratkan Jalinan Kekeluargaan Bersama. Didapati dari theAsianparent:


https://my.theasianparent.com/cara-mengeratkan-hubungan-kekeluargaan

Nurfarahin Hussin. (2018, November 1). Bapa Cabul 3 Anak Kandung. Utusan Malaysia, 14.

Sinar Harian. Jadikan gotong royong sebagai tradisi komuniti setempat. Didapati dari

Kementerian Perpaduan Negara: https://www.perpaduan.gov.my/ms/negeri-

sembilan/keratan-akhbar/jadikan-gotong-royong-sebagai-tradisi-komuniti-setempat

Berma, P. M. (2020, March 8). Didapati dari


https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/03/663102/kesaksamaan-gender-
tanggungjawab-semua

Yaacob, N. (2017, March 2). Kes Buli. Retrieved from ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM
PENDIDIKAN: http://isukontemporarisme6044.blogspot.com/2017/03/isu-1-kes-
buli.html

Anda mungkin juga menyukai