Anda di halaman 1dari 5

ISI KANDUNGAN :

PERKARA MUKA SURAT

Muka depan 1
Isi kandungan 2

1.0 Pengenalan
1.1 Gambaran ringkas mengenai perkhidmatan tren di Malaysia 3
1.2 Tujuan esei dan skop esei 3

2.0 Penyebab Kesesakan Dalam Tren


2.1 Penggunaan tren pada waktu puncak 3
2.2 Faktor luar jangka disebabkan gangguan bekalan elektrik 3-4
2.3 Tren tidak mengikut jadual ketibaan 4

3.0 Penyelesaian yang akan membantu meredakan kesesakan dalam tren 4


3.1 Mengenakan tambang murah pada waktu bukan puncak 4
3.2 Penyediaan bas 4
3.3 Menambah laluan tren 4-5

4.0 Kesimpulan 5
Rujukan 6

1
1. 0 Pengenalan

1.1 Gambaran ringkas mengenai perkhidmatan tren di Malaysia

Kereta api, atau tren terdiri daripada beberapa kenderaan landasan yang boleh bergerak
bersama untuk membawa muatan atau penumpang dari satu tempat ke tempat yang lain
melalui laluan tertentu (Wikipedia, 2018). Pada masa ini, ramai masyarakat yang
menggunakan tren berbanding dengan kenderaan sendiri. Ini dapat dibuktikan dengan
laporan yang dikeluarkan oleh Bernama (2018) yang menyatakan bahawa purata jumlah
harian penumpang perkhidmatan rel dan bas di Lembah Klang Kuala Lumpur
merekodkan tren menaik pada tahun lepas dengan peningkatan 3.7 peratus atau 1,206,111
berbanding 1,162,717 pada 2016 (Bernama, 2018).

1.2 Tujuan Esei dan skop esei


Tujuan esei ini ditulis adalah untuk mengetahui sebab-sebab kesesakan dalam tren dan
cadangan penyelesaian yang akan membantu keadaan ini terutama di Malaysia. Skop
adalah membincangkan tentang faktor penyumbang kepada kesesakan dalam tren dan
cadangan bagi meredakan kesesakan dalam tren di Malaysia.

2.0 Penyebab Kesesakan Dalam Tren

2.1 Penggunaan tren pada waktu puncak


Antara penyebab kesesakan dalam tren ialah penggunaan tren pada waktu puncak.
Wikipedia (2013) menyatakan waktu puncak ialah waktu yang paling banyak kenderaan
di jalan raya dan pengguna kenderaan awam. Biasanya hal ini berlaku dua kali sehari,
yang pertama ketika para pekerja masuk pejabat pada waktu pagi dan yang kedua pada
waktu petang ketika para pekerja pulang dari pejabat. Kadang kala, terjadi juga waktu
puncak ketika tengah hari, iaitu apabila para pekerja keluar makan dan para pelajar balik
sekolah (Wikipedia, 2013). Buktinya, Jarod Lim (2016) pernah menyatakan bahawa
seorang pengaturcara yang bernama Suzanne Lee Sook Hsen berkata “saya menaiki tren
dari stesen KLCC untuk pulang ke rumah dan kadang kala saya tidak dapat menaiki tren
kerana keadaan tren yang sesak pada waktu puncak” (Jarod Lim, 2016).

2.2 Faktor luar jangka disebabkan ganguan bekalan elektrik


Faktor seterusnya ialah ganguan bekalan elektrik. Disebabkan gangguan bekalan elektrik,
tren tidak dapat melanjutkan perjalanan, seterusnya menyebabkan kesesakan dalam tren.
Sebagai contoh, Faizal Nazaruddin dan Fatihah Mohamed (2017) menyatakan ratusan

2
penumpang komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) terperangkap selama
sejam selepas tren itu terkandas berhampiran Stesen Salak Selatan sebelum diselamatkan
oleh pegawai dan kakitangan KTMB. Kejadian tersebut menyebabkan semua penumpang
terpaksa bersesak dalam kepanasan yang disebabkan oleh bekalan elektrik terputus
(Faizal Nazaruddin & Fatihah Mohamed, 2017).

2.3 Tren tidak mengikut jadual ketibaan


Sebab ketiga berpunca daripada tren yang tiba tidak mengikut jadual. Punca kelewatan
ini menyebabkan bilangan pengguna tren bertambah dalam satu-satu masa dan akan
menimbulkan kesesakan dalam tren. Buktinya, Salnuraini (2015) menyatakan dalam
kajian beliau bahawa apabila jarak masa diantara ketibaan tren dengan pelepasan tren
terlalu lama, hal ini akan menyebabkan masa tren menunggu di platform adalah lama dan
menyebabkan jarak masa untuk tiba di stesen seterusnya lewat dan bilangan penumpang
juga akan turut bertambah dan mengakibatkan kesesakan dalam tren (Salnuraini, 2015).

3.0 Penyelesaian yang akan membantu meredakan kesesakan dalam tren

3.1 Mengenakan tambang murah pada waktu bukan puncak


Penyelesaian yang pertama bagi penggunaan pada waktu puncak ialah mengenakan
tambang murah pada waktu bukan puncak untuk mengelakkan penggunaan pada satu
masa. Sebagai contoh, Kementerian Pengangkutan mengenakan tambang yang murah
bagi penggunaan tren pada waktu bukan puncak untuk mengoptimumkan penggunaan
tren (Izwaashura Sadali,  2018).

3.2 Penyediaan bas


Penyelesaian yang kedua bagi faktor luar jangka ialah dengan penyediaan bas. Sebagai
contoh, MStar (2016) pernah menyatakan bahawa pihak RapidKL pernah menyediakan
bas sebagai pengangkutan tambahan untuk membawa penumpang dari stesen yang
terjejas (MStar, 2016).

3.3 Menambah laluan tren


Penyelesaian yang ketiga bagi masalah tren tidak mengikut jadual ketibaan ialah dengan
menambah laluan tren di Malaysia. Ini kerana dengan banyaknya laluan tren, hal ini
dapat menyingkatkan masa perjalanan tren seterusnya dapat mengurangkan bilangan

3
penumpang yang diangkut dalam satu-satu masa. Hal ini dapat dibuktikan melalui
kenyataan yang dibuat oleh Ros Hamira (2015) bahawa RapidKL pernah mengadakan
penstrukturan semula pada 45 laluan bagi mengurangkan pemindahan penumpang serta
menjimatkan masa (Ros Hamira, 2015).

4.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kesesakan dalam tren dan
langkah yang boleh diambil untuk membentung hal ini daripada terus berlarutan. Pihak
yang berkuasa hendaklah memainkan peranan penting dalam hal ini agar masalah yang
dihadapi oleh pengguna tren dapat diatasi dari masa ke semasa.

(644 Patah Perkataan)

4
RUJUKAN

 Wikipedia. (2018, Jun 20). Kereta api. Dicapai dari


https://ms.wikipedia.org/wiki/Kereta_api

 Bernama. (2018, Mac 07). Jumlah penumpang harian pengangkutan awam meningkat.
Dicapai dari http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jumlah-penumpang-harian-
pengangkutan-awam-meningkat-spad-169796

 Wikipedia. (2013, Mac 16). Waktu sibuk. Dicapai dari


https://ms.wikipedia.org/wiki/Waktu_sibuk

 Jarod Lim. (2016, Jul 16). Gridlock at LRT stations. Dicapai dari
https://www.thestar.com.my/metro/community/2016/07/16/gridlock-at-lrt-stations-
passengers-want-more-trains-prasarana-says-20-additional-ones-are-on-the-wa/

 Faizal Nazaruddin & Fatihah Mohamed. (2017, Apr 11). Terperangkap sejam, tren rosak.
Dicapai dari http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?
y=2008&dt=0318&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_11.htm

 Salnuraini. (2015). Analisis masa ketibaan dan pelepasan tren bagi sistem transit aliran
ringan. Dicapai dari
http://eprints.uthm.edu.my/7989/1/SALNURAINI_BINTI_DAWAM_@_TAWIL.pdf

 Izwaashura Sadali. (2018, Oct 01). Saran tambang lebih murah untuk waktu bukan
puncak bagi optima penggunaan tren. Dicapai dari https://paultan.org/2018/10/01/lrt-
disaran-beri-tambang-lebih-murah-untuk-waktu-bukan-puncak-bagi-optima-penggunaan-
tren-loke/

 MStar. (2016, Sep 07). Hujan, bekalan elektrik terputus punca kelewatan di waktu
puncak. Dicapai dari http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/09/07/hujan-
bekalan-elektrik-terputus/

 Ros Hamira. (2015, Feb 17). Pengangkutan awam. Dicapai dari


http://5irsyad2015.blogspot.com/2015/02/pengangkutan-awam.html

Anda mungkin juga menyukai