Anda di halaman 1dari 11

BAGAIMANAKAH ANDA DAPAT MAINKAN PERANAN UNTUK MEMBENTUK

JIWA DAN MINDA SYARIAH DALAM DIRI ANDA SENDIRI DAN ORANG LAIN

SEANDANINYA ANDA DIBERI PELUANG UNTUK BERKECIMPUNG DALAM

SISTEM KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN SYARIAH DI NEGARA INI?

Syariah Islam adalah hukum dan aturan Islam yang mengatur seluruh sendi

kehidupan umat manusia. Di dalam Syariah Islam merupakan panduan

integral/menyeluruh dan sempurna bagi kehidupan manusia di dunia ini. Setiap

perundangan hukum dalam syariah Islamiyah adalah bertujuan untuk melindungi

atau memelihara kepentingan akal, agama, harta, nyawa dan nasab atau keturunan

umat manusia. Islam adalah agama yang syumul ( sempurna), setiap garis panduan

yang telah ditetapkan dalam Islam adalah bersesuaian mengikut tempat, bangsa

dan zaman. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah Al-Jathiah ayat 18 yang

bermaksud :

“Pada kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad s.a.w dan utuskan

engkau) menjalankan satu jalan yang cukup lengkap dan hukum-hukum agama ;

Maka turutlah akan jalan itu dan jangan engkau menurut hawa nafsu orang-orang

yang tidak mengetahui (perkara yang benar.”)

Untuk itu adalah menjadi hasrat saya untuk menanam minda dan jiwa saya perkara-

perkara berikut bagi menyediakan diri saya berkecimpung dalam sistem kehakiman

dan perundangan syariah Islam iaitu:

1
a) Menegakkan Keadilan

Tujuan syariah Islam adalah untuk menegakkan keadilan terhadap individu dan

masyarakat. Sehubungan dengan itu, keadilan akan dibina atas dasar mengambil

hak daripada orang zalim dan memberi hak kepada yang kena zalim atau tertindas.

Al-Quran mewajibkan setiap manusia berlaku adil di dalam segala urusannya,

terutama daripada kalangan pemerintah yang berkuasa.

Hal ini dijelaskan Allah s.w.t yang bermaksud,

Jika kamu menghukum manusia hendaklah kamu menghukum seadil-adilnya (Al-

Nisa' : 58)

Al-Quran menjelaskan bahawa keadilan hanya dapat dilaksana setelah seseorang

itu mempunyai daya kekuatan dan keinginan yang cukup kuat untuk melaksanakan

hukum-hukum Allah s.w.t. Allah mewajibkkan seseorang itu menjatuhkan hukuman

secara adil walaupun mengenai dirinya sendiri atau ibubapanya. Perkara ini hanya

dapat dilaksanakan dengan kekuatan iman dan taqwa.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud,

Wahai orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak

keadilan, menjadi saksi kerana Allah, biarpun terhadap dirimu sendiri atau kepada

kedua ibubapamu (Al-Nisa' :58)

2
Keadilan syariah dapat dilihat dengan wujudnya kesamarataan di dalam

mentaklifkan segala fardu ain. Setiap manusia diwajibkan melaksanakan syariat

Allah dan meninggalkan segala laranganNya tanpa ada kekecualian kepada

individu-individu tertentu. Keadilan akan menghasilkan pelaksanaan segala titah

perintah Allah s.w.t dan meninggalkan segala laranganNya. Sedangkan kezaliman

pula ialah meninggalkan segala suruhanNya dan mengerjakan segala larangan Allah

s.w.t.

Adil bermaksud bahawa setiap sudut dan aspek diberikan peluang dan ruang

secukupnya serta diberikan hak seadilnya.

Rasulullah s.a.w diminta menyeru manusia melakukan keadilan seperti yang

diperintah oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud,

Katakanlah : Tuhanku menyuruh menjalankan keadilan (al-Araf: 29)

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak

menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia

supaya kamu menetapkannya dengan adil (al-Nisa': 58)

Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu Kitab yang mengandungi kebenaran,

supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang Allah wahyukan

kepadamu dan janganlah kamu menjadi pembela bagi orang yang khianat (al-Nisa':

105)

Keadilan mesti dilakukan secara saksama walaupun terhadap diri, keluarga atau

saudara-mara sendiri. Dalam hal ini, tidak wujud perbezaan antara yang kaya

dengan yang miskin.

Semuanya hamba Allah dan mesti diadili berdasarkan firman Allah yang bermaksud,

3
Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar

menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri

atau ibubapa dan kaum kerabatmu, dan sama ada terhadap yang kaya ataupun

yang miskin. Maka Allah lebih mengetahui keadaan kedua-duanya. Maka janganlah

kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang daripada kebenaran. Dan jika

kamu memutar-belitkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya

Allah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan (al-Nisa': 135)

Keadilan merupakan sifat Allah. Bagi menegakkan keadilan kita hendaklah menjadi

saksi kepada Allah walaupun ini memusnahkan kepentingan kita sendiri atau

memusnahkan kepentingan mereka yang rapat dan kita kasihi. Dalam hal ini

pepatah Latin ada berbunyi,"Jalankanlah keadilan walaupun langit runtuh".

b) Pembangunan Akhlak

Pembangunan akhlak menurut konsep Islam adalah pembangunan manusia itu

sendiri kerana alam ini dan seluruh isinya adalah dijadikan untuk beribadat kepada

Allah ( Ahmad, 1977). Firman Allah bermaksud,

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka

menyembah dan beribadat kepadaKu (Al-Dzaariyat : 56)

Pembangunan Islam juga diertikan sebagai usaha-usaha penyusunan semua bidang

sosial, politik, ekonomi, undang-undang dan sistem nilai kepada satu keadaan yang

sesuai dengan hakikat dan fitrah kemanusiaan sehingga tercapainya satu peringkat

tertinggi dalam pembangunan rohani (Azidah 1981). Pembangunan ini menekankan

pembentukan kekuatan, baik tenaga, jiwa, mental atau fizikal dari panduan wahyu

4
yang disalurkan melalui kehendak manusia untuk memperbaiki sesuatu kelemahan

dan meningkatkannya kepada yang lebih baik dengan tujuan mencari keredhaan

Allah (Hailani 1982). Ia melibatkan individu, masyarakat dan negara.

Pembangunan insan juga mestilah menitikberatkan pembangunan kognitif. Akal

fikiran mestilah diisi dengan pelbagai jenis ilmu yang dianjurkan oleh Islam untuk

mempelajarinya. Antara ilmu yang perlu dititikberatkan ialah ilmu berkenaan dengan

Fardu Ain seperti ilmu Tauhid, Feqah dan juga Tasawwuf serta ilmu-ilmu

pengetahuan yang lain seperti ilmu Sains dan Geografi. Melalui ilmu tersebut, para

pelajar tidak akan sahaja mengenali hakikat sesuatu kejadian berdasarkan kepada

sifat tabiinya sahaja, bahkan mereka akan cuba berfikir bahawa di sebalik segala

kejadian tersebut, ada Penciptanya iaitu Allah s.w.t. Kesan sampingan yang akan

timbul ialah mereka akan berasa takjub atas kekuasaan Allah dan seterusnya akan

mendorong jiwa mereka untuk tunduk patuh kepada perintahNya.

Kepintaran akal fikiran sahaja tidak mampu melahirkan insan yang benar-benar

cemerlang, sebaliknya keperluan terhadap kestabilan emosi, perwatakan serta nilai

dan konsep diri adalah penting (Muhamed Fauzi, 2004). Ini bertitik tolak daripada

lahirnya kegagalan demi kegagalan di kalangan mereka yang berlQ tinggi seperti

berlakunya jenayah kolar putih yang tinggi, kadar tekanan emosi dan tekanan serta

kegagalan menghadapi tekanan dan rakan sekerja dengan efektif. Kenyataan ini

tidak berlaku dalam ketamadunan Islam khususnya pada zaman-zaman emasnya

iaitu di zaman Nabi Muhammad s.a.w serta zaman Khulafa' Rashidin. Pemimpin-

pemimpin agung Islam sering dilihat sebagai orang yang bersepadu dengan

perkembangan yang seimbang sama ada daripada aspek jasmani, rohani, intelek

mahupun emosi. Bahkan, apabila diteliti, Islam mementingkan kesihatan ruhiyyah

5
yang menjadi entiti asas dalam kehidupan malah yang menentukan hala tuju

kehidupan selepas mati.

Manusia yang mantap EQ (kecerdasan emosi) sentiasa tunduk kepada Tuhannya.

Menjalankan segala titah perintahNya dan menjauhi segala luranganNya.

Menegakkan syariatNya dan mentadbir alam dengan syariat Allah.

Dalam konteks pembangunan kerohanian ataupun spiritual, ia menjurus kepada

pembangunan insan. Selain daripada keperluannya untuk turut berlandas kepada

hukum syarak, ia juga akan menjadikan manusia lebih menghalusi, memahami serta

menghayati urusan-urusan yang bersangkutan dengan perhubungan di antara

manusia dengan Tuhan dan insan dengan makhluk Allah yang lain.

Pembangunan spiritual merupakan suatu proses yang bertujuan untuk melahirkan

jiwa yang bertaqwa. lanya merupakan unsur yang perlu difahami dan dititikberatkan

oleh semua umat. Ketiadaan jiwa yang bertaqwa akan mengakibatkan fungsi akal

dan fizikal menjadi lumpuh. Manusia secara umumnya akan menggunakan

kecerdasan akal dan juga kekuatan yang ada pada tubuh badannya untuk membina

tamadun material. Bagi memastikan cita-cita tersebut lercapai, jiwa insan perlulah

diisi dengan perasaan cintakan Allah dan Rasul serta cinta kepada kehidupan

akhirat.

Mengabdikan diri kepada Allah termasuklah melaksanakan seluruh perintah dan

menjauhi segala laranganNya dan juga mengekalkan rasa kehambaan. Sebagai

khalifah Allah pula, manusia telah dipertanggungjawabkan untuk memakmurkan

muka bumi Allah ini berpandukan segala hukum-hakam dan syariat Allah dalam

segenap aspek kehidupan seperti bidang ekonomi, perubatan, pertanian, sains,

leknologi, pendidikan dan sebagainya. Justeru kesedaran terhadap tanggungjawab

ini yang lahir dari jiwa seorang mukmin yang sebenar, sudah pasti dapat membawa

6
perubahan kepada ummah dan seterusnya mengembalikan kegemilangan Islam

seperti suatu waktu dahulu.

c) Memastikan Rakyat Berhak Dan Bebas Memiliki Kekayaan

Sebagai seorang pengamal undang-undang Syariah adalah menjadi tanggungjawab

memastikan rakyat berhak dan bebas memiliki kekayaan kerana ia merupakan naluri

semula jadi manusia. Allah s.w.t telah menggalakkan manusia mencari dan

memperkembangkan harta dengan membahagikan kehidupan manusia kepada dua

bahagian iaitu masa untuk beribadat khusus dan masa untuk ibadat umum, iaitu

mencari kelebihan hidup di dunia ini seperti maksud firman Allah :

Maka apabila kamu selesai mengerjakan sembahyang, bertebaranlah di muka bumi

dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung

(Al-Jumu'ah: 10)

Harta merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia dan ia menjadi

wasilah menuju akhirat. Justeru, mencari rezeki yang halal wajib hukumnya, sama

ada untuk nafkah diri sendiri atau ahli keluarga. Sebaliknya pula, syariah Islam

mengharamkan segala kegiatan menceroboh hak orang lain, seperti mencuri dan

merompak. Syariah menetapkan hukum, mana-mana pencuri yang sabit

kesalahannya dikenakan hukuman potong tangan. Hal itu dijelaskan menerusi

firman Allah yang bermaksud:

Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri, maka

(hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa

yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah

(Al-Mai'dah: 38)

7
Selanjutnya, penyamun dan perompak pula dikenakan hukuman lebih dahsyat serta

lebih berat. Hal itu kerana jenayah yang dilakukan lebih besar dan lebih membahaya

seperti secara terang-terangan, kekerasan, mengugut, menggunakan senjata serta

kadang kala mangsanya dicederakan atau dibunuh. Pada dasamya, hukuman hudud

yang dikenakan terhadap perompak di jelaskan menerusi firman Allah yang

bermaksud:

Bahawasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan rasul-Nya serta

melakukan bencana kerosakan di muka bumi, ialah dengan dibalas bunuh (kalau

mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas) atau dipotong tangan dan kaki

mereka dengan berselang seli (kalau mereka merampas sahaja) atau dibuang

negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman awam) (Al-Maidah: 33)

d) Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah

Penguatkuasaan segala perintah dan larangan yang terdapat dalam syariat Islam

tertakluk kepada hukum-hukum taklifi iaitu wajib, sunat, haram, harus dan makruh.

Bagi menjamin pematuhan, undang-undang syariah tidak semata-mata bergantung

pada hukum keduniaan, iaitu kekuatan pendapat orang ramai dan agensi-agensi

penguatkuasaan undang-undang seperti pasukan polis, mahkamah dan penjara.

Faktor pematuhan yang utama dalam kes syariah ialah kesedaran penganutnya

akan kewujudan Allah dan sifat Allah yang Maha Melihat dan juga keyakinan

bahawa semua perkataan dan perbuatan setiap individu dicatatkkan oleh malaikat

yang mengiringinya. Di akhirat, semua manusia akan dibawa kehadapan Allah untuk

disoal tentang amalannya. Keyakinan dan kesedaran inilah yang membentuk hati

nurani yang disedarkan dalam pemikiran manusia yang akan menyeru individu ke

arah jalan yang benar dan membenci kejahatan. Walaubagaimana pun, ini tidak

8
menghalang faedah penggunaan hukum atau sekatan-sekatan yang lain. Hati nurani

manusia boleh diicemarkan oleh syaitan dan nafsu jahat yang boleh mengakibatkan

keganasan dan keingkaran.

Tekanan sosial boleh memainkan peranan sebagai pencegah yang berkesan dan

ketakutan terhadap hukum perundangan boleh menghindarkan keganasan yang

ingin dilaksanakan. Walaubagaimanapun, hukum ini hanya digunakan dalam kes

pelanggaran yang konkrit, yang terbukti atau yang diakui, sedangkan rasa cinta

kepada Tuhan dan rasa takut kepadaNya mencegah perlanggaran yang dilakukan

secara sembunyi serta menggalakkan perbuatan-perbuatan sukarela yang baik dan

amal kebajikan. Oleh itu sebagai tambahan kepada kekuatannya sebagai hukum

yang suci, syariah Islam memerlukan pemerintah mengambil langkah-langkah

pencegahan terhadap sebarang pelanggaran yang berlaku atau yang berulang kali

berlaku. Dalam kebanyakan kes pencabulan, syariah tidak mendefinisikan bentuk

hukuman yang seharusnya dikenakan tetapi menyerahkannya kepada

kebijaksanaan pemerintah. Hanya bagi beberapa jenis pelanggaran sahaja yang

dinyatakan hukuman-hukumannya yang khusus iaitu, pembunuhan, pencurian,

perompakan, zina dan pengambilan arak. Hukuman-hukuman khusus berkenaan

perbuatan salah ini dikenali sebagai hudud (kata jama' bagi hadd), manakala

hukuman yang tidak didefinisikan oleh syariah dikenali sebagai ta'zir. Menurut

pendapat Imam Syafie, peminum arak yang sabit kesalahannya dikenakan hukuman

40 sebatan. Hal itu berdasarkan hadith riwayat 'Ali Ibn Abu Talib: Rasulullah

menyebat (terhadap kesalahan minum arak) 40 sebatan dan Abu Bakar juga berbuat

begitu.

Begitu juga al-Quran telah menjelaskan aspek penghukuman yang tegas terhadap

jenayah zina sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud,

9
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina maka deralah tiap-tiap seorang

dari keduanya seratus kali dera, janganlah belas kasihan kepada keduanya

mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah jika kamu beriman kepada Allah

dan hari akhirat dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh

sekumpulan dari orang beriman (An-Nur: 2)

Kesimpulan Syariah atau undang-undang Islam pada hakikatnya adalah sebahagian

daripada undang-undang ciptaan Allah s.w.t untuk seluruh alam ini (Qutb, Sayyid,

t.thn.). Ia dicipta untuk mengatur kehidupan umat manusia sesuai dan selaras

dengan perkembangan dan perjalanan alam serta fitrah manusia sendiri. Allah s.w.t

yang menciptakan manusia Maha Mengetahui segala kehendak dan keperluan

hambaNya. Oleh itu undang-undang Islam yang diciptakan itu adalah untuk dipatuhi

dan ditaati oleh seluruh umat manusia bagi memenuhi segala tuntutan hidup

mereka.

Berasaskan iman kepada Allah s.w.t, para malaikat, Kitab-kitab dan RasulNya

manusia hams membangunkan kehidupan di dunia ini sesuai dengan kehendak dan

ketetapan serta garis panduan Tuhannya. Garis panduan atau syariah ini apabila

dipatuhi akan menjamin keselamatan individu, keluarga, masyarakat dan negara di

dunia dan di akhirat. Semua kekuatan dan kehebatan ini terhasil melalui peraturan

Ilahi. Semangat pengabdian kepada Allah yang berpangkal kepada iman ini

membentuk insan yang terbangun jiwanya. Ekoran dari itu, semua aspek

pembangunan akan diresapi dengan amalan kebaikan dan diredai Ilahi. Orang-

orang yang beriman dan bertakwa, akan tetap berpegang teguh, bahawa al-Quran

dan al-Sunnah adalah panduan hidup sejati yang menjadi benteng dalaman mereka.

Jikalau saya menjadi pengamal undang-undang Syariah di Malaysia, saya mesti

10
mempunyai minda dan jiwa syariah dalam diri saya bagi mempertahankan undang-

undang Syariah di Malaysia.

11

Anda mungkin juga menyukai