Anda di halaman 1dari 1

(aku berjanji taat setia kepada Rasulullah).

Qadhi iyadh : pembaiatan Rasulullah dalam hadith ini terbatas pada


solat dan zakat sahaja kerana kemasyhuran keduanya itu. Dan tidak
disebut puasa atau selainnya kerana termasuk keduanya itu dalam
mendengar dan taat

Riwayat Imam Bukhari dalam kitab Al Buyu’, dari Jalur Sufyan dari
Ismail : Kalimat tersebut (mendengar dan taat) ditemukan juga
dalam Riwayat imam bukhari dalam kitab al buyu’ (jual beli)

Riwayat Muslim dalam kitab Ahkam, dari Jalur Sya’bi dari Jarir :
Katanya “aku berjanji kepada Rasulullah untuk mendengar dan
patuh”. Kemudian beliau berpesan kepadaku, “semampumu dan
ikhlas kepada seluruh muslim”.

Diriwayatkan oleh Ibn Habban, dari Jalur Abi Zar’ah bin Amru bin
Jarir dari datuknya dan keatas : jika Jarir membeli sesuatu atau
menjual selalu berkata kepada sahabatnya. “ketahuilah bahawa
yang kami ambil darimu lebih kami sukai dari apa yang kami berikan
kepadamu. Oleh kerana itu pilihlah.”

Diriwatkan juga dari Thabrani dalam biografinya : bahawa budaknya


membelikan seekor kuda untuknya dengan harga 300. Ketika ia
melihatnya, makai a datang kepada pemiliknya dan berkata “Kuda
milikmu ini lebih baik daripada 300. Maka ia terus menambah lagi
sehingga diberikan padanya 800.”

Al Qurtubi berkata, “bai’at yang dilakukan oleh Rasulullah kepada


para sahabatnya adalah untuk memperbaharui janji dan
menegaskan perintah, maka berbeza-beza pada lafaznya. Lafaz
“sesuai dengan kemampuanmu” adalah perkara yang dibai’atkan
harus berupa sesuatu yang mampu dilaksanakan. Sebagaimana
syarat dalam taklif (pembebanan kewajipan). Dan merasakan
sesuatu dengan berkata padanya lafaz pemberian maaf jika terjadi
kesilapan atau kesalahan

Anda mungkin juga menyukai