Anda di halaman 1dari 1

MODUL ICE-BREAKING

Nama aktiviti : “Daun Halal”

Masa : 20 minit

Alatan : Kad Poker

OBJEKTIF :
1. Membina hubungan, interaksi dan kerjasama antara pelajar.
2. Menggalakkan pelajar mengenali antara satu sama lain.
3. Mewujudkan perasaan hormat-menghormati.

PROSEDUR :
1. Fasilitator menerangkan fungsi daun poker dan jenisnya.
2. Setiap pelajar diberikan kad setiap satu yang berlainan jenis dan nombor, pelajar
diminta untuk mengingati nombor dan jenis kad tersebut.
3. Fasilitator mengumpul kembali kad tersebut dan daun poker ditaburkan di atas
lantai dan pelajar diminta mengambil mana-mana kad tanpa sebarang bunyi dan
dalam keadaan “jalan itik” dalam kiraan lima.
3. Pelajar diminta berdiri di dalam bulatan dan meletakkan daun tersebut di atas
dahi.
4. Peserta diminta mengecam dan mengambil semula kad mereka dengan peserta
lain dengan mengucapkan perkataan “terima kasih”.

FALSAFAH :
1. Berkomunikasi dengan orang lain walaupun sekejap.
2. Kad Poker hanyalah satu permainan, tetapi kalau di salah guna akan menjadi
haram.
3. Orang berbudi kita berbahasa.

UNTUK MODUL YANG LAIN SILA LAYARI http://kaunselingsmkas.blogspot.com/

perkongsian itu satu penghormatan...