Anda di halaman 1dari 14

Padang, atau kini dikenali sebagai Dataran Merdeka (Merdeka Square), adalah tempat

“British Union Jack” telah diturunkan dan bendera Persekutuan Tanah Melayu yang bebas,
dinaikkan buat pertama kalinya pada 31 Ogos 1957 untuk menamatkan pemerintahan Inggeris ke
atas Tanah Melayu setelah 151 tahun. Ia juga merupakan tempat untuk pertandingan kriket yang
sering dianjurkan oleh Kelab Diraja Selangor (Royal Selangor Club). (Malaysian Tourism
Promotion Board)

Dataran Merdeka (DM) adalah tempat awam yang berfungsi sebagai tempat bagi
masyarakat menjalankan aktiviti riadah. DM juga berfungsi sebagai ruang sivik bagi masyarakat
untuk berkumpul, melakukan aktiviti santai, dan meraikan pelbagai aktiviti (Child, 2004; Lynch,
1981; Marcus & Francis, 1998). DM merupakan contoh dataran bandar bersejarah yang ikonik
dalam bentuk padang terbuka. Sejak awal pembangunannya, ia berfungsi sebagai inti hijau kota

4
dan sebagai tempat orang ramai melakukan aktiviti sosial dan riadah (Anbalagan, 1999; Chen,
1998). Latar belakang sejarah DM telah menjadikannya sebagai mercu tanda di Kuala Lumpur
dan tarikan kepada pelancong di seluruh dunia. (Zakariya,K., & Harun, N.Z. / Asian Journal of
Behavioural Studies)
Skop kajian ini adalah tertumpu kepada kepentingan dan peranan DM sebagai sebuah
negara merdeka. Penekanan diberikan kepada aspek seni bina, fasiliti dan sejarah yang
disediakan kepada para pengunjung. Seterusnya, skop kajian ini juga fokus pelancong yang
datang melawat DM untuk mengetahui lebih lanjut tentang fasa kemerdekaan di Malaysia yang
telah menjadi salah satu tempat pusat pelancongan Malaysia. Selain itu, skop kajian ini juga
fokus kepada rakyat Malaysia dalam menjaga dan mengekalkan DM sebagai sebuah wahana
kesinambungan sebuah negara merdeka serta mengekalkan kedudukan dan reputasinya hingga ke
hari ini.

Tuntasnya, DM memiliki banyak kepentingan dan peranan sebagai sebuah negara


merdeka selain menjadi tempat pelancongan di Malaysia. Selain itu, rakyat Malaysia juga akan
lebih berdisiplin dalam menjaga dan mengekalkan DM sebagai wahana kesinambungan negara
merdeka. Hal ini dikatakan demikian kerana rakyat mempunyai semangat patriotisme dan
menghargai segala pengorbanan nenek moyang mereka terdahulu. Oleh itu, DM harus dijaga
kedudukan dan reputasinya agar ia tetap menjadi lambang kemerdekaan Tanah Melayu dari
dahulu kala.

5
2.0 Objektif Kajian
Kajian ini adalah untuk mencapai tiga objektif yang telah ditetapkan seperti berikut : 2

2.1 Mengkaji sejarah penubuhan DM sebagai medan kemerdekaan sesebuah negara. 2.2

2.2 Mengkaji peranan DM sebagai wahana kesinambungan sebuah negara merdeka. 2.3

2.3 Mengkaji cabaran mengekalkan DM sebagai wahana kesinambungan negara merdeka.


6
3.0 Kaedah Kajian

3.1 Kaedah Kepustakaan


Kaedah pertama untuk menyempurnakan dan menyiapkan kerja kursus ialah kaedah
perpustakaan. Dalam pelbagai jenis kaedah perpustakaan, sumber internet merupakan kaedah
yang paling utama digunakan dalam kajian ini. Sumber internet yang digunakan untuk
penyempurnaan kajian ini termasuk sumber dari Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia
yang mengenalkan sejarah DM. Selain itu, sumber jurnal, Jurnal Kajian Tingkah Laku Asian
yang ditulis oleh Dr. Khalilah Zakariya dan Nor Zalina Harun juga diguna dalam kerja kursus ini
untuk menerangkan fungsi, kepentingan dan peranan DM. Di samping itu, sumber e surat khabar
seperti MyMetro dan Berita Harian juga digunakan dalam menyempurnakan kerja kursus ini.

3.2 Kaedah Temuramah


Kaedah kedua yang digunakan untuk kerja kursus ialah kaedah temu ramah. Beberapa soalan
yang mengenai objektif kajian, pengajian sejarah penubuhan DM sebagai medan kemerdekaan
sesebuah negara, pengajian peranan DM sebagai wahana kesinambungan sebuah negara merdeka
dan pengajian cabaran mengekalkan DM sebagai wahana kesinambungan negara merdeka telah
disediakan untuk responden. Terdapat empat responden yang ditemu ramah untuk kajian
termasuklah Pn.Sivalatha, guru sejarah STPM Sekolah Menengah Kebangsaan St John
Institution, Puan Asha, Guru Sejarah di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas,
Encik Imtiyaaz, bekerja dan giat aktif di dalam Islamic Banking and Finance. Merupakan pelajar
contoh dalam kurikulum serta kokurikulum di Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah
pada tahun 2010 dan Encik Hafiz, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Kampar dan Exco
Angkatan Muda Keadilan Perak. Sebelum ini semasa kerajaan Pakatan Harapan memerintah,
beliau pernah menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Kampar dan Ahli Lembaga Pelawat
Hospital Batu Gajah.

7
4.0 Hasil Kajian
Kaedah Perpustakaan dan Kaedah Temu Ramah
4.1 Hasil Kajian 1
Tajuk: Sejarah penubuhan kawasan DM sebagai medan kemerdekaan sebuah negara.

Objektif kajian yang pertama adalah untuk memahami sejarah penubuhan DM sebagai
medan kemerdekaan di Malaysia. DM atau Lapangan Merdeka adalah tempat untuk
memperingati Hari Kemerdekaan Malaysia, yang merupakan destinasi paling sesuai untuk
mengungkap sejarah Kuala Lumpur. DM dahulunya dikenali sebagai Padang Kelab Selangor dan
terletak di pusat pentadbiran lama Kuala Lumpur. Pada asalnya, ini adalah tempat kriket Selangor
Club (sekarang Selangor Kings Club). Di sekitar kawasan ini terdapat bangunan bersejarah,
termasuk Bangunan Royal Selangor di mana orang-orang penting di sudut Kuala Lumpur sering
bertemu, Bangunan Sultan Abdul Samad, Muzium Sejarah Nasional dan Perpustakaan Peringatan
yang dibina pada tahun 1909, St Mary Katedral Anglican, sebuah bangunan yang bergaya dengan
senibina Gothic lebih dari seratus tahun dan kompleks Dayabumi moden yang menakjubkan
(Puan Asha, Responden 4).

Pada 31 Ogos 1957, bendera Inggeris telah diturunkan, menandakan berakhirnya


penjajahan Inggeris. Pada tahun 1957, Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang
pertama, mengeluarkan seruan suci, mendorong ribuan rakyat: "Merdeka! Merdeka! Merdeka!".
DM telah menjadi tempat sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia. Pelbagai acara diadakan
di DM. Contohnya, acara seperti Citrawarna dan Larian Merdeka. Bangunan Sultan Abdul Samad
pula siap dibina pada tahun 1897, digunakan sebagai pejabat beberapa jabatan forum penting
semasa zaman penjajahan Inggeris. Bangunan Sultan Abdul Samad adalah tanda terpenting yang
dibina oleh Inggeris di muka DM (Dinda Quratul Aini Putri, 2019).

8
Pada tahun-tahun awal, lokasinya berada di sekitar pemerintahan lama daerah
pentadbiran, Sungai Gombak dan ibu pejabat Jabatan Polis Negara. Lapangan terbuka ini pada
awalnya digunakan sebagai landasan tentera untuk polis dan tentera, dan kemudian diadopsi
sebagai kriket dan padang bola untuk kumpulan Inggeris dan elit. Ia juga berfungsi sebagai
dataran sivik untuk British pentadbiran untuk mengadakan majlis rasmi (Jabatan Perancangan
Bandar dan Desa Persekutuan, 2005; Shiang, 2002). Sebagai tempat perayaan, acara dan upacara
rasmi seperti polis dan tentera perbarisan, Queen Victoria Diamond Jubile tahun 1897 dan
Perbarisan Hari Kemerdekaan pertama pada tahun 1957 antara acara utama yang diadakan di
dataran ini (Amree, 2007). Perbarisan dan acara termasuk penglibatan orang ramai melalui
aktiviti seperti bunga api, hiasan dan sukan, kereta sorong dan perarakan kereta, pertunjukan
bunga, jualan buah-buahan dan sayur-sayuran serta pasar (Gullick, 1994), maklumat diperoleh
dari buku Khalilah Zakariya., & Nor Zalina (2013), ‘The People's Dataran: Celebrating Historic
Square as a Potential Temporary Market Space’.

Kajian morfologi Dataran Merdeka menunjukkan bahawa konteks awalnya merangkumi


penempatan orang Cina dan Melayu dan pasar (Gullick, 1994). Sebelum penyesuaian lapangan
oleh orang Inggeris sebagai tempat perbarisan dan medan rekreasi, ia nya digunakan oleh
peneroka Cina sebagai ladang sayur (Amree, 2007; Gullick, 2000; Ramsayer, 1991). Kemudian
semasa era jajahan Inggeris, pembangunan bersebelahan di sekitar kawasan seluas lima hektar ini
secara beransur-ansur berubah menjadi daerah pentadbiran, terdiri daripada rumah kedai,
bangunan komersial, pasar dan tempat beribadat (Wan Hashimah & Shuhana, 2005)

Selain itu, DM juga mempunyai bahagian bawah tanah. Terowong ini berfungsi sebagai
terowong keselamatan jika berlakunya peperangan atau darurat di Malaysia. Terowong ini dibina
ada tahun 1995. Jelaslah bahawa Dataran Merdeka bukan sahaja merupakan simbolik
kemerdekaan malahan tempat ini juga merupakan simbol kekuatan serta keselamatan negara.
Maka, rakyat perli mengambil iktibar daripada kejadian peperangan di Iraq serta kegunaan
terowong bawah tanah berkait rapat dengan terowong Dataran Merdeka. (Encik Hafiz,
Responden 3)

9
4.2 Hasil Kajian 2
Tajuk: Peranan DM sebagai wahana kesinambungan sebuah negara merdeka.

Objektif kajian yang kedua adalah untuk memahami peranan DM sebagai wahana
kesinambungan sebuah negara merdeka. DM berperanan sebagai identiti kemerdekaan juga bagi
tujuan memelihara peninggalan sejarah terdahulu. Kini, DM dijadikan imej tatapan dan coretan
oleh generasi muda serta generasi yang akan datang. Tempat bersejarah ini perlu dikekalkan dan
dipelihara agar warisan terdahulu dapat sentiasa disematkan dalam diri setiap lapisan masyarakat.
Misalnya, DM mempunyai nilai kesenian serta kisah tersendiri yang dapat melahirkan rasa
kesyukuran dan semangat patriotik seperti peribahasa, ‘kalau tidak dipecahkan ruyung masakan
dapat sagunya’. Oleh itu, memulihara dan memelihara DM merupakan peranan penting yang
perlu digalas oleh kita semua (Mypt3, 2020).

Selain itu, DM perlu dijadikan sebagai peringatan kepada setiap rakyat bahawa apa yang
kita miliki kini, iaitu kemerdekaan adalah diperoleh melalui hasil usaha yang perit. DM
merupakan penanda aras bagi rakyat untuk menunjukkan semangat kemerdekaan. Hal ini penting
kerana, erti kata merdeka perlu difahami supaya kita tidak mudah terpengaruh dengan kuasa
asing. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap negara mempunyai keunikan dan kebanggaan
tersendiri, biarpun Malaysia masih lagi dalam proses ingin mencapai kemajuan, kita perlu
memupuk perasaan bangga serta syukur kerana kita dilahirkan dalam sebuah negara yang
harmoni. Apabila dilihat secara positif, kemerdekaan pada hari ini dapat melambangkan makna
yang berbeza terhadap setiap individu. Oleh itu, dapat kita lihat bahawa DM merupakan sumber
inspirasi semangat keyakinan diri serta pemikiran rasional terhadap ramai (Membina generasi
berkualiti. HM Online, 2020).

Seterusnya, DM bukan sahaja berperanan sebagai simbolik kemerdekaan malahan ia juga


dijadikan sebagai sumber kekuatan semangat kekitaan di dalam kalangan rakyat Malaysia. DM
berfungsi sebagai tapak penyaksian sambutan Hari Kemerdekaan pada hujung bulan Ogos, setiap
tahun. DM berperanan sebagai tunggak utama bandar kerana ia dikelilingi oleh pelbagai

10
bangunan bersejarah. Misalnya, terdapat bangunan Royal Selangor Club bersebelahan DM,
bangunan tersebut merupakan tempat perjumpaan masyarakat Inggeris yang berpangkat tinggi
pada suatu ketika dahulu. Pada bahagian Selatan pula terdapat Muzium Sejarah Nasional dan
Galeri Kota Kuala Lumpur yang berfungsi sebagai sumber ilmu sejarah pada rakyat tempatan
serta pelancong. Di sebelah utara pula, terdapatnya pula gereja yang tertua di Malaysia. Bukan itu
sahaja, DM juga merupakan kawasan yang sesuai untuk bersantai pada waktu petang oleh seisi
keluarga selain dijadikan kawasan untuk berfotografi. Bangunan Abdul Samad yang mempunyai
perincian artifak yang hebat dapat menarik minat para remaja untuk mengambil gambar serta
menghayati perjuangan rakyat Tanah Melayu satu masa dahulu demi mendapatkan kemerdekaan
negara (Wisata Liburan, 2020).

Di samping itu, DM dibina sebagai simbol negara dan tempat perhimpunan solidariti .
DM terletak di kawasan yang strategik, iaitu di tengah-tengah kota Kuala Lumpur. DM kini
dijadikan sebagai tempat pelaksanaan pelbagai acara sukan dan rekreasi. Tamsilnya, pada tahun
lalu, DM dijadikan tapak bagi pelaksanaan festival permainan Malaysia yang bertujuan untuk
memperkenalkan permainan di negara kita. Festival ini telah disertai oleh rakyat tempatan dan
juga luar negara. Justifikasinya, DM bukan sahaja disenangi oleh masyarakat Malaysia malahan
menjadi tumpuan istimewa oleh pelancong.( Puan Sivalatha, Responden 1).

Sementara itu, peranan DM adalah sebagai tempat rakyat berkunjung pada masa lapang.
Pada pendapat Encik Imtiyaaz (responden, 2), semakin hari, peranan DM berubah mengikut
zaman. Sebagi contoh, pada suatu ketika dahulu, DM dianggap sebagai tempat yang penting bagi
menjalankan urusan negara dan untuk pengumuman penting rakyat Malaysia tetapi sekarang kita
lebih menganggap DM sebagai tempat untuk berekreasi, sebuah tempat pelancongan, tempat bagi
menjalankan konsert, tempat menjalankan perhimpunan dan sebagainya. Jelaslah bahawa fungsi
DM bukan hanya bagu tujuan memperingati sejarah dahulu malahan juga merupakan simbol
keharmonian dan ikatan silaturrahim antara etnik yang berbilang kaum. (Encik Imtiyaaz,
Responden 2).

11
4.3 Hasil Kajian 3
Tajuk: Cabaran mengekalkan DM sebagai wahana kesinambungan negara merdeka.

Objektif kajian yang ketiga adalah untuk mengkaji cabaran mengekalkan DM sebagai
wahana kesinambungan negara merdeka. Antara cabaran yang dihadapi dalam mengekalkan DM
adalah sikap tidak endah segelintir rakyat. Disebalik naungan kibaran bendera jalur gemilang,
rakyat Malaysia perlu menyemat sikap cinta akan negara khususnya generasi muda. Demi
menzahirkan perasaan cinta serta bangga terhadap negara, bulan Ogos dijadikan puncak sambutan
kemerdekaan. Jalur Gemilang berkibar megah menghiasi setiap penjuru DM serta
kawasan-kawasan bandar berhampiran. Pada pendapat Encik Imtiyaaz, kesedaran dalam diri
rakyat kini semakin pudar. Misalnya, setelah selesai sambutan kemerdekaan, bendera tidak lagi
dikibar megah malahan dibuang merata tempat atau dibiarkan begitu sahaja. Maka, sikap bersatu
padu demi memelihara keutuhan negara walau apa cabaran yang bakal ditempuh merupakan
semangat yang penting agar kita dapat mengekalkan DM sebagai wahana kesinambungan negara.
(Encik Imtiyaaz, Respondan 2).

Seterusnya, bagi mengekalkan wahana DM, pihak bertanggungjawab seperti kerajaan dan
media massa merupakan anggota penting dalam melahirkan sifat ihsan serta semangat patriotik
yang membara dalam diri setiap lapisan masyarakat. Misalnya, aktiviti seperti kempen kibar Jalur
Gemilang dan gotong-royong perlu digiatkan sehingga ke lapisan akar umbi agar dapat
melahirkan kesedaran. Generasi muda perlulah dididik menghayati kepayahan yang dilalui oleh
golongan terdahulu demi kemerdekaan supaya mereka dapat menyemarakkan semangat kesetiaan
dan kesatuan terhadap simbolik kemerdekaan negara, DM ( Kibar Jalur Gemilang, negara ini
milik kita, BH Online. (2020).

Kini, antara cabaran lain adalah seperti mengekalkan tujuan utama DM. Lebih banyak
program-program berunsur semangat patriotisme, semangat untuk belia juga, kempen-kempen
perlu dilaksanakan di DM. Hal ini penting kerana dapat memupuk semangat waja sebagai rakyat
Malaysia agar dapat lebih menjiwai DM. Maka, rakyat dapat lebih mengenali perkara penting

12
seperti tujuan adanya DM dan peristiwa di sebalik DM. Oleh itu, mengekalkan objektif utama
DM adalah tanggungjawab bersama.
Seterusnya, DM juga menghadapi cabaran dalam mengekalkan kedudukannya di mata
generasi muda. Mutakhir ini, segelintir rakyat Malaysia tidak berasa bangga dengan monumen
dan tempat bersejarah yang ada di Malaysia. Seperti apa yang dikatakan oleh Puan Asha
(Responden 4), ibu bapa serta guru perlu memainkan peranan dan tugas dalam mendidik generasi
muda bagi menyemaikan nilai patriotisme dan semangat sokongan terhadap produk tempatan.
Contohnya, pihak sekolah boleh membuat lawatan serta kajian mengenai kawasan sejarah supaya
generasi muda boleh mendalami nilai DM itu sendiri. Maka generasi muda perlulah menyemai
sikap disiplin dalam diri agar dapat mensyukuri nikmat jasa askar-askar Tanah Melayu terdahulu.
(Puan Asha, Responden 4).

Sementara itu, cabaran DM adalah dalam memberi visual kepada rakyat bahawa semangat
patriotisme perlu dijiwai, bukan sekadar simbolik. Semangat patriotisme itu wujud di kalangan
semua rakyat tanpa kira bangsa Melayu, Cina dan India. Kita hidup aman di dalam negara yang
mempunyai pelbagai agama dan bangsa tetapi persoalannya adakah generasi kini menjiwai
semangat patriotisme? Apabila dilihat, selain dijadikan sebagai tempat bersejarah, DM juga
merupakan medan perhimpunan yang berbentuk perkauman dijalankan. Contohnya, perhimpunan
hindraf yang diketuai daripada bangsa India. Tidak dapat dinafikan bahawa rakyat harus menjiwai
semangat cinta akan negara dan ingin berkorban bersama dalam mempertahankan negara.
Perarakan yang berunsurkan perkauman tidak seharusnya dibenarkan berlaku di DM. Hal ini
dapat mengakibatkan pencemaran kesucian DM selain memberi implikasi buruk terhadap imej
Malaysia sekiranya seluruh dunia dapat menyaksikan kejadian tersebut. (Puan Sivalatha,
Responden 1).

13
5.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, saban hari sambutan kemerdekaan semakin sepi. DM menjadi tempat
utama sambutan kemerdekaan diadakan tetapi semakin hari ia tidak mendapat sambutan yang
hangat dari rakyat. Jika perkara ini tidak dicegah, DM tidak lagi akan menjadi simbolik
kemuncak kemerdekaan. Misalnya, penaklukan penjajah dahulu telah merampas keuntungan
hasil bumi Malaysia selama 446 tahun. Perjuangan Leftenan Adnan yang berjuang hingga
kehabisan peluru demi mencapai kemerdekaan Malaysia perlu dijadikan pedoman hidup. Oleh
itu, sebagai anak Malaysia, rakyat perlu menghargai lambang kemerdekaan negara, iaitu DM.

Seterusnya, DM memainkan peranan penting bagi mengekalkan semangat patriotisme


dalam kalangan rakyat Malaysia. DM perlu dipelihara kerana kawasan ini merupakan bukti
kukuh yang dapat dilihatkan kepada generasi yang akan datang tentang peristiwa terdahulu.
Monumen ini dapat memberikan kita teladan, terutamanya bagi remaja kini yang semangat
patriotisme semakin tipis. Misalnya, patriotisme dapat dizahirkan dengan aktiviti seperti
mengibarkan Jalur Gemilang dan menghormati kawasan DM.

Akhirnya, generasi muda perlu menyahut cabaran dan bersemangat tinggi dalam
memelihara dan memartabatkan DM. Generasi muda merupakan aset utama negara dan mereka
perlu lah diberi pendidikan dan pencerahan yang baik mengenai sejarah Malaysia. Sudah terang
lagi bersuluh bahawa setiap anak jati negara berperanan penting untuk menjadi seorang rakyat
yang berguna kepada negara. Oleh itu, setiap generasi perlu mempunyai semangat untuk
menggadai harta dan nyawa mereka demi memelihara kemerdekaan dan kebebasan negara
daripada anasir-anasir luar.

14
6.0 Bibliografi
A. Amree (2007). Padang banyak melahirkan jaguh sukan Akhbar Kosmo, p. 12

J.M. Gullick (1994). Old Kuala Lumpur Oxford University Press, Shah Alam.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Persekutuan (2005). Open spaces in Urban Malaysia.
Kuala Lumpur: Ministry of Housing and Local Government Malaysia.

Khalilah Zakariya., & Nor Zalina (2018). The Square as an Outdoor Market Space: Exploring
the potentials of Dataran Merdeka. Asian Journal Of Behavioural Studies, 3(10), 183.
https://doi.org/10.21834/ajbes.v3i10.93

Khalilah Zakariya., & Nor Zalina (2013). The People's Dataran: Celebrating Historic Square as
a Potential Temporary Market Space. Procedia - Social And Behavioral Sciences, 85,
592-601. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2013.08.388

Kibar Jalur Gemilang, negara ini milik kita. BH Online. (2020). Retrieved 8 July 2020, from
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2019/08/591266/kibar-jalur-gemilang-ne
gara-ini-milik-kita.

Mypt3. (2020). Kepentingan Fungsi Bangunan Bersejarah Malaysia Pada Masa Kini?.Retrieved
10 July 2020, from https://mypt3.com/kepentingan-fungsi-bangunan-bersejarah.

Membina generasi berkualiti. HM Online. (2020). Retrieved 10 July 2020, from


https://www.hmetro.com.my/hati/2018/08/373013/membina-generasi-berkualiti.

Putri, D. Q. A. (2019, December 19). Pesona Bangunan Bersejarah di Dataran Merdeka


Malaysia. https://doi.org/10.31219/osf.io/u64em
15
Ramsayer, C. (1991). Kuala Lumpur Through the looking glass: Around the Padang.(Vol. IV).

Shiang, H. L. (2002). A comparison on urban spatial structures of the British Colonial port cities
among Calcutta, Georgetown and Singapore. Paper presented at the The Penang Story
Conference, Georgetown, Pulau Pinang.

Tourism.gov.my. (2020). Retrieved 23 July 2020, from


https://www.tourism.gov.my/pdf/uploads/media/mi%20kl%20heritage%20walk.pdf.

Wan Hashimah, W. I., & Shuhana, S. (2005). The old shophouses as part of Malaysian urban
heritage: The current dilemma. Paper presented at the 8th International Conference of the
Asian Planning Schools Association, Penang.

Wisata Liburan. (2020). Dataran Merdeka : Ruang Terbuka Hijau Penuh Sejarah Kemerdekaan
Malaysia. Retrieved 9 July 2020, from https://www.wisataliburan.com/dataran-merdeka/.

Anda mungkin juga menyukai