Anda di halaman 1dari 1

@ Diagram di atas menunjukkan susunan yang lazim bagi peristiwa-peristiwa yang berlaku

apabila Alice mengarang satu mesej dengan menggunakan agen pengguna melnya (mail user
agent, MUA). Dia menaip masuk, atau memilih dari buku alamatnya, alamat e-mel penerimanya.
Dia menekan butang "hantar".

1. MUA-nya memformatkan mesej dalam suatu format e-mel Internet dan


menggunakan Protokol Pemindahan Mel Mudah (SMTP) untuk menghantar mesej
berkenaan ke agen pemindahan mel (mail transfer agent, MTA) tempatan,
iaitu smtp.a.org yang dikendali Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) langganan Alice.
2. MTA memeriksa alamat destinasi yang diberi dalam protokol SMTP (bukan dari
pengepala mesej), iaitu bob@b.org. Alamat e-mel Internet address ialah serangkai
bentuk localpart@exampledomain.com, yang dikenal pasti sebagai satu Alamat
Domain Layak Sepenuhnya (Fully Qualified Domain Address, FQDA). Bahagian
sebelum lambang @ ialah bahagian tempatan alamat, iaitu lazimnya nama
pengguna penerima, manakala bahagian selepas lambang @ ialah nama domain. MTA
mencari nama domain ini dalam Sistem Nama Domain untuk mencari pelayan
pertukaran mel yang menerima mesej dari domain itu.
3. Pelayan DNS untuk domain b.org, ns.b.org, membalas dengan rekod
MX menyenaraikan pelayan pertukaran mel untuk domain berkenaan, iaitu mx.b.org,
satu pelayan yang dikendali ISP Bob.
4. smtp.a.org menghantar mesej berkenaan ke mx.b.org dengan menggunakan SMTP
yang mengirimnya ke dalam peti surat pengguna bernama bob.
5. Bob menekan butang "dapatkan mel" dalam MUAnya, yang memungut mesej berkenaan
menggunakan Protokol Pejabat Pos (Post Office Protocol, POP3).
Diingatkan bahawa pihak-pihak, alamat-alamat e-mel dan nama-nama domain dalam penjelasan
ini adalah tidak wujud semata-mata.

Anda mungkin juga menyukai