Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Minggu 1

Pada 5 jan 2011 yang lalu , perjumpaan pandu puteri telah diadakan buat pertama
kalinya untuk ahli –ahli yang baru iaitu guru-guru pelatih sem 3 ambilan Januari 2010.
Seramai 37 orang ahli keseluruhannya yang hadir untuk perjumpaan ini.Perjumpaan
pandu puteri akan diadakan pada setiap hari rabu dari pukul 2.30 petang hingga pukul
4.30 petang dan setiap pelatih yang terlibat diwajibkan hadir .

Kami diperkenalkan dengan dua pensyarah pembimbing iaitu Pn Tan Seok Kiang
dan Cik Juriah bt Abu Bakar bagi membimbing kami mengenai pandu puteri.Pada hari
itu, kami telah membuat perlantikan organisasi baru untuk tahun ini dan pembahagian
patrol .Kami dibahagikan kepada empat patrol iaitu Patrol Bunga Lili, Patrol Bunga
Matahari,Patrol Bunga Raya dan Patrol Bunga Orkid.Saya terpilih dalam Patrol Bunga
Raya dan juga terlantik sebagai penolong ketua patrol.

Dua orang pembimbing kami memberitahu kami mengenai cara pakaian yang
lengkap yang kami harus ikuti.Selain itu mereka juga menunjuk kami istiadat mengambil
kehadiran dan cara pembentukan ladam kuda.Cara ini merupakan satu ilmu bau kepada
saya kerana sebelum ini saya berada di bawah kadet St John Ambulans semasa di
sekolah menengah.

Selepas itu .kami dibenarkan keluar baris dan duduk di kawasan yang teduh untuk
aktiviti seterusnya. Pensyarah pembimbing kami menerangkan mengenai sejarah dan
perkara perkara lain mengenai pandu puteri.Kami diedarkan dengan nota-nota sebagai
pengukuhan .

Perjumpaan kami diakhiri dengan nyanyian lagu ”Taps” dan lagu ”Dunia”.Buat
pertama kali kami nyanyi lagu ini,jadi saya tidak beberapa tahu akan lirik lagunya.Kami
mengulangi lagu ini buat beberapa kali dan akhirnya berjaya mendapat”tune” lagunya.
Perjumpaan ini memberi saya banyak pendedahan yang baru dan memberikan
pengalaman yang menyeronokkan . Saya berharap perjumpaan yang akan datang akan
memberikan ilmu yang baru.

Anda mungkin juga menyukai