Anda di halaman 1dari 5

ISU-ISU DAN CABARAN UTAMA PEMBANGUNAN

Dua isu utama iaitu:

1. Kemiskinan
2. Pengangguran

1. Kemiskinan

1. Keperluan Asas
Kemiskinan adalah "unsufficiency basic needs" ataupun satu keadaan yang wujud bila mana
tidak dapat memenuhi kepada keperluan asasi iaitu makanan, tempat tinggal dan pakaian. Apa
yang dimaksudkan dengan keperluan asasi ini mungkin berubah dari masa dan tempat.

2. Kecekapan Fizikal
Mengikut Peter Townsend (1962:225), 'The meaning of poverty'
“Sesebuah keluarga dan kumpulan dalam sesebuah kelompok penduduk boleh dikatakan dalam
keadaan miskin bila mereka kekurangan sumber (pendapatan) untuk memperolehi jenis
makanan yang berzat, mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti dan keadaan hidup yang asas,
yang biasanya dijangkakan/dikehendaki di dalam masyarakat yang mereka diami”.

Rowntree berpendapat golongan miskin dikenalpasti sebagai mereka yang berpendapatan tidak
mencukupi bagi memenuhi keperluan asas secukup hidup untuk mempertahankan kecekapan
gizikal (Rowntree, lihat dalam Holman, 1978:5). Sekiranya seseorang tidak memperoleh
pendapatan yang dapat memenuhi keperluan asas yang utama (makanan), atau tidak dapat
makanan yang berzat yang diperlukan untuk kesihatan badan dan tidak dapat memenuhi serta
mengekalkan kecekapan fizikalnya, maka mereka termasuklah dalam golongan miskin.

Syed Husin Ali (1978:5); "Kemiskinan dan Kelaparan Tanah Di Kelantan" merumuskan
bahawa kemiskinan itu merupakan keadaan apabila:

1. Wujud kekurangan keperluan-keperluan asas, iaitu makanan, perumahan serta pakaian


dan kemudahan-kemudahan sosial seperti api, air, hospital serta sekolah.
2. Wujud kelemahan-kelemahan ekonomi (economic weaknesses), keadaan ini timbul
kerana ketiadaan atau kekurangan kemampuan dari segi tingkat pendapatan, pemilikan
dan pekerjaan yang rendah.
3. Dari segi sosial, golongan yang dikatakan miskin itu menduduki lapisan bawahan dalam
sistem susun lapis masyarakat.

Rohana Yusof (1997), ciri kemiskinan adalah berikut:

1. Meliputi anggota masyarakat yang menghadapi kebuluran atau mati tanpa perlindungan.
2. Meliputi masyarakat yang tidak mempunyai keupayaan pendapatan.
3. Meliputi masyarakat yang tidak mempunyai hak ke atas sumber-sumber kuasa sosial
seperti suara, politik dan pemilihan ke atas sumber-sumber.
4. Meliputi masyarakat yang tidak menikmati keperluan-keperluan asas seperti
perlindungan, makanan dan pakaian yang mencukupi mengikut ukuran sara hidup sesuatu
masyarakat.

3. Ukuran Kemiskinan
-Kemiskinan masih menjadi agenda utama yang membelenggu kehidupan sebahagian besar
masyarakat di negara-negara membangun.
-Terdapat dua ukuran kemiskinan:
● 1. Kemiskinan Mutlak (Absolute poverty)
Miskin ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) kerajaan iaitu
pendapatan purata bulanan sebanyak RM529 ataupun pendapatan perkapita purata
bulanan sebanyak RM106 dan kurang dengan tanggungan purata seramai lima orang.
Manakala golongan miskin tegar merupakan golongan yang mempunyai pendapatan
purata bulanan separuh daripada PGK mutlak ataupun sebanyak RM265.

● 2. Kemiskinan Relatif (Relative poverty)


Kemiskinan relatif pula membandingkan kemiskinan dengan keadaan kedudukan taraf
hidup masyarakat secara keseluruhannya, iaitu mengaitkan kemiskinan dengan agihan
pendapatan dalam masyarakat tersebut (Kamal Salih, 1983: 5). Mengikut konsep ini,
kemiskinan adalah keadaan kekurangan yang pasti dirasai apabila dibanding dengan
kebajikan yang diterima oleh orang lain.

4. Ukuran Kemiskinan Di Malaysia


-Ianya boleh dibahagi kepada dua :

1. Kemiskinan mutlak – berdasarkan PGK


Sebelum 1993 = (RM350)
1993 – 1995 = (RM405
1995 = (RM425)
1997 = (RM460)
2002 = (RM529)
2006-KINI = (RM620)

Golongan termiskin? Separuh daripada PGK

2. Kemiskinan relatif – perbandingan dua kumpulan.

Agihan pendapatan (RM Ketujuh).


i. Kump. berpendapatan rendah = kurang dari RM1,000.
ii. Kump. Berpendapatan pertengahan = RM1,000 –RM3,000
iii. Kumpulan berpendapatan Tinggi = lebih daripada RM3,000

5. Fenomena Kemiskinan Di Malaysia

● Kemiskinan kaum Melayu masih berada di atas paras purata nasional (23.8%) iaitu
17.3%, kaum cina mencapai 7.15% dan kaum india 9.7%
● Kemiskinan di malaysia mempunyai 3 ciri penting:
○ kemiskinan mempunyai hubungan rapat dengan faktor etnik, geografi dan aktiviti
ekonomi.
○ masalah kemiskinan adalah lebih ketara di luar bandar, dan
○ kemiskinan bandar mempunyai masalah yang berlainan daripada kemiskinan luar
bandar.

6. Matlamat Basmi Kemiskinan DEB Dicapai Melalui:

i. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan mereka yang menghasilkan


pengeluaran yang rendah, menambah peluang-peluang menukar lapangan dan juga
mengadakan berbagai perkhidmatan sosial yang percuma dan dibantu.
ii. Wujud pelbagai dasar seperti Dasar Perusahaan Awam, Dasar Pelaburan Negara,
Dasar Perindustrian Negara, Dasar Perbandaran dsbnya.
iii. Sejak DEB, bertambahnya peranan atau penglibatan kerajaan dalam bidang ekonomi
iaitu secara ekonomi campuran.

7. Langkah-Langkah DEB Bagi Basmi Kemiskinan

i. Meningkatkan produktiviti dan pendapatan golongan miskin desa melalui pembukaan


tanah baru dan penempatan petani.
ii. Mewujudkan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan di sektor perkilangan.
iii. Memperbaiki infrastruktur (jalan raya, pengairan dan lain-lain).
iv. Memperbaiki kemudahan awam (kesihatan, telefon dan lain-lain).
v. Meluaskan peluang-peluang pelajaran kepada semua kaum.
vi. Menggalakkan penglibatan semua kaum dalam semua jenis aktiviti ekonomi, sosial
dan politik.
vii. Memodenkan suasana hidup luar bandar.

8. Pencapaian DEB Bagi Basmi Kemiskinan

-Secara keseluruhannya, DEB berjaya membawa perubahan dalam tempoh 20 tahun ia


dilaksanakan (1970-1990) sepanjang tempoh Rangka Rancangan Jangka Panjang 1 (RRJP1).
-Tidak dinafikan hasilnya adalah posititf dan ia berjaya mencapai 'perpaduan nasional' melalui
falsafah 'pembangunan dengan pengagihan saksama'.

i. Purata pertumbuhan ekonomi negara ialah sebanyak 6.7 peratus, di mana keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar meningkat hampir tiga kali ganda iaitu
daripada RM21,548 juta (1970) kepada RM59,155 juta (1990). Pendapatan per
kapita telah meningkat kepada RM6,180 (1990) daripada RM1,109 pada tahun 1970.
Kadar inflasi pula dikekalkan pada tahap 4.6 peratus.

ii. Rekod pertumbuhan ekonomi pula daripada enam peratus sepanjang tahun 1960-an
meningkat kepada 6.7 peratus sepanjang 1970 sehingga 1990-an.

iii. Kadar kemiskinan bagi keseluruhan isi rumah menurun daripada 42.4 peratus pada
tahun 1976 kepada 17.1 peratus pada 1990. Kadar kemiskinan di luar bandar juga
telah menurun daripada 50.9 peratus pada tahun 1976 kepada 21.8 peratus pada tahun
1990.

i. Sementara itu, hak milik modal saham bumiputera juga meningkat daripada 2.4
peratus pada tahun 1970 kepada 20.3 peratus pada tahun 1990.

i. Pada umumnya, DEB berjaya membawa perubahan besar tetapi terdapat juga
batasannya. Sebagai contoh, dari aspek susunan guna tenaga, bilangan bumiputera
dalam sektor moden (profesional dan pengurusan) masih rendah.

2. Pengangguran

● Terdapat empat jenis pengangguran:


1.Pengangguran akibat pengesuaian
(Penawaran buruh tidak bersesuaian dengan kehendak majikan)
2. Pengangguran bermusim
(Disebabkan perubahan keadaan cuaca)
3. Pengangguran akibat perubahan struktur
(Perubahan jangka panjang dalam struktur pekerjaan, misalnya perubahan penggunaan
teknologi).
4. Pengangguran berpusingan
(Akibat turun naik aktiviti perniagaan)

1. Pengangguran Siswazah

● Sebab-sebab pengangguran siswazah:


● Kelembapan ekonomi
● Usaha-usaha kerajaan untuk mengurangkan saiz perkhidmatan awam
● Penawaran siswazah dari institusi tempatan dan luar negara semakin bertambah
● Ketidakseimbangan di antara penawaran kerja siswazah dari segi kelayakan dan
pergolakan dengan keputusan majikan
● Ketidakseimbangan di antara pekerja yang sedia ada dengan pencari kerja
siswazah

2. Langkah-Langkah Mengatasi Masalah Siswazah Menganggur

● Menubuhkan jawatankuasa kabinet Program Peluang Pekerjaan


● Melalui Biro Pekerjaan Ikhtisas, Jabatan Tenaga Rakyat untuk menempatkan siswazah
menganggur di sektor swasta
● Membantu menubuhkan Pusat Maklumat Pekerjaan Siswazah (PMPS) dan Institut
Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER)
● Mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi negara terutamanya melalui pelaburan sektor
swasta

3. Lain-Lain Tindakan
● Perubahan sikap ibu bapa dan para siswazah
● Ibu bapa dan para siswazah perlu mengubah sikap mereka tentang pendidikan
Institut Pengajian Tinggi tidak harus dianggap sebagai pasport untuk menjawat
jawatan dengan gaji yang tinggi dan kerja di pejabat.
● Kaunseling kerjaya
● Kaunseling kerjaya haruslah bermula daripada peringkat sekolah untuk memberi
bimbingan kerjaya yang betul.
● Reformasi kurikulum
● Kurikulum kursus di universiti perlu diubah daripada yang berorientasikan
akademik kepada yang berorientasikan pekerjaan dengan tujuan untuk
mengurangkan ketidakseimbangan di antara latihan dan kelayakan siswazah
dengan keperluan majikan.

Anda mungkin juga menyukai