Anda di halaman 1dari 16

TOPIK 2 LOMPAT KIJANG DAN LOMPAT JAUH

TOPIK 2 LOMPAT KIJANG DAN LOMPAT JAUH

HASIL PEMBELAJARAN: Topik 1: Sukan Olahraga


Setelah mengikuti topik ini, anda akan Topik 2: Lompat Kijang dan Lompat Jauh
dapat:
Topik 3: Melempar Cakera dan Lontar
x Memahami mengenai lompat kijang Peluru
dan lompat jauh
Topik 4: Merejam Lembing dan Lompat
x Mencirikan perbezaan dalam teknik Tinggi
lompatan dalam lompat kijang dan Topik 5: Lari Pecut, Lari Berpagar dan
lompat jauh Lari Berganti-ganti
x Menjelaskan teknik-teknik yang betul Topik 6: Lari Jarak Sederhana dan Jarak
dalam lompat kijang dan lompat jauh Jauh

x Mempraktikkan semua teknik yang Topik 7: Perancangan Pengurusan


telah dibincangkan dengan berkesan Kejohanan Olahraga
Topik 8: Perancangan Pengurusan
Kejohanan Olahraga (Teknikal)
Topik 9: Persediaan Sebelum Kejohanan
Olahraga
Topik 10: Peranan Semasa dan Selepas
Kejohanan Olahraga
PENGENALAN
Lompat kijang dipercayai bermula pada abad
RINGKASAN TOPIK
ke-19 di Ireland. Buat pertama kalinya acara
lompat kijang ini dipertontonkan adalah Pengenalan
apabila pelompat melakukan dua kali
2.1 Lompat Kijang
lompatan dengan menggunakan sebelah kaki
yang sama sebelum melakukan lompatan 2.1.1 Fasa Lompatan
seperti acara lompat jauh (long jump). Ini 2.1.2 Latihan Ansur maju
menunjukkan, acara lompat kijang ini adalah Lompat Kijang
gabungan acara lompat jauh dengan
lompatan seperti gaya seekor kijang. Versi 2.2 Lompat Jauh
terawal ini dipertandingkan pada Sukan 2.2.1 Gaya Lompatan
Olimpik moden tahun 1896 di Athens, Greek.
Pemenang pertama acara ini ialah James 2.2.2 Fasa Lompat Jauh
Connoly dari Greek. Acara lompat jauh pula 2.2.3 Latihan Ansur Maju
dikesan sejak dari zaman Masihi lagi.
Lompatan awal yang dicatatkan dalam rekod 2.2.4 Pengukuran Jarak
ialah oleh Chionis sejauh 7.05 meter pada Lompatan
tahun 656 Masihi. Bagaimanapun terdapat 2.2.5 Undang-Undang
perbezaan cara lompatan pada zaman kuno Asas Lompat Jauh
dengan zaman sekarang, di mana didapati
pada zaman itu lompatan dilakukan berkali- 2.2.6 Peralatan dan
kali. Kawasan Lompatan
Rumusan

OUM
23
LOMPAT KIJANG DAN LOMPAT JAUH TOPIK 2

2.1 LOMPAT KIJANG


Lompat kijang merupakan satu acara olahraga yang
kompleks dari segi kemahiran melaksanakannya
berbanding dengan lompat jauh. Ini adalah kerana
pelompat perlu memberi perhatian kepada koordinasi
pergerakannya. Tambahan pula, pelompat perlu
memperseimbangkan ketinggian ketiga-tiga lonjakan yang
dilakukan dan jarak langkah ketika fasa melangkah supaya
mencapai satu lompatan yang baik.

Acara lompat kijang mengandungi rangkaian tiga


pergerakan. Rangkaiannya adalah satu lompatan dengan
sebelah kaki (hop) kemudian melangkah dengan kaki yang
satu lagi dan diakhiri dengan satu lompatan. Lompatan
panjang yang pertama (melonjak dan mendarat dengan
kaki yang sama) diikuti dengan satu langkah panjang
(dengan satu kaki dan daripada langkah itu kepada satu
lompatan jauh (mendarat dengan kedua belah kaki).

2.1.1 Fasa Lompatan

Rajah 2.1: Fasa penuh lompat kijang

Bagi acara lompat kijang fasa lompatannya dibahagikan kepada empat fasa utama seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1. Berikut adalah pecahan fasa yang terlibat:

1. Larian Penujuan (Approach)

Seperti dalam lompat jauh, kelajuan semasa larian penujuan akan menentukan jarak
terbaik yang boleh didapati. Penujuan harus cukup cepat untuk menghasilkan tiga
fasa lompatan yang berjaya. Jumlah langkah yang diambil adalah antara 16 ke 18
langkah untuk atlet muda dan antara 18 ke 22 langkah untuk atlet dewasa.

OUM
24
TOPIK 2 LOMPAT KIJANG DAN LOMPAT JAUH

2. Melonjak (Hop)

Atlet untuk acara ini tidak membuat persediaan khas untuk lonjakannya pada
langkah-langkah akhir. Dia hanya cuba mengekalkan sudut badan yang ada semasa
lariannya. Dia tidak memecahkan ritma lariannya pada lonjakan tetapi meneruskan
lompatan dengan sebelah kaki sebagai kesinambungan dari larian.

Kaki melonjak harus diletakkan dengan rata di atas papan lonjak dan atlet berlari ke
atas daripada langkah terakhir itu. Lutut yang mendahului dinaikkan dan digerakkan
ke belakang semasa lutut kaki yang melonjak dinaikkan ke paras pinggang. Kaki
melonjak kemudiannya perlu diluruskan ke hadapan dengan tumit terlebih dahulu
menyentuh tanah.

3. Langkah (Step)

Dalam fasa ini anda perlu menaikkan lutut yang bebas ke atas dan ke hadapan
sementara kaki yang melangkah digunakan untuk melakukan tolakan maksimum dari
permukaan. Anda perlu menarik tumit ke dalam ketika lutut kaki belakang
dibengkokkan di bawah badan semasa di udara. Aksi ini menolong imbangan dan
melambatkan pendaratan yang aktif.

OUM
25
LOMPAT KIJANG DAN LOMPAT JAUH TOPIK 2

Semasa lompatan ini, kaki lonjakan asal haruslah dibengkokkan di bawah sebelum
ianya diangkat ke bahagian belakang semasa cubaan mendarat. Ini dapat
membantu memberikan keanjalan kepada fasa melangkah dan menghasilkan jarak
yang lebih jauh.

4. Lompatan (The Jump)


Sasaran pelompat ialah ketinggian dan menggunakan hayunan kaki dan lengan
untuk melakukan lompatan jauh. Teknik `gantung', iaitu melengkungkan badan untuk
mengekalkan pinggul ke atas adalah aksi yang sangat berkesan. la tidak sukar untuk
dilakukan dan berkesan untuk mencegah putaran ke hadapan.

5. Mendarat (Landing)

Untuk mencapai jarak yang terjauh sekali, pelompat mesti cuba supaya tumit
mendarat seberapa jauh yang boleh ke hadapan tanpa terduduk atau terjatuh ke
belakang ke dalam kawasan mendarat. Bahagian atas badan harus ditolak ke

OUM
26
TOPIK 2 LOMPAT KIJANG DAN LOMPAT JAUH

hadapan seberapa jauh yang boleh. Lengan yang menjangkau diturunkan ke


belakang atlet sebelum mendarat. Semasa tumit mencecah pasir, lengan di bawa ke
hadapan dengan pantas.

Semak Kendiri 2.1


1. Apakah fasa yang terlibat dalam lompat kijang
2. Bincangkan kaedah ini dan kenal pasti perbezaan yang terdapat pada
setipa fasa.

2.1.2 Latihan Ansur Maju Lompat Kijang

Bagi memantapkan lagi kemahiran anda dalam acara ini berikut adalah cadangan latihan
yang boleh anda ikuti:
1. Mulakan dengan belajar Lompat Kijang Berdiri.
(a) Berdiri di belakang satu garisan dengan sebelah kaki di depan (kaki kanan).
(b) `Hop' dari kaki kanan melintasi garisan dan mendarat di atas kaki kanan juga.
(c) Melangkah ke depan dengan kaki kiri.
(d) Melompat ke depan dari kaki kiri dan mendarat di atas kedua dua kaki.
(e) Ulangi latihan di atas beberapa kali.

OUM
27
LOMPAT KIJANG DAN LOMPAT JAUH TOPIK 2

(f) Mang dengan memberi perhatian pada butiran seperti yang dinyatakan dalam
rangkaian di bawah.
(g) Berdiri di atas sebelah kaki (kanan) dengan kaki kiri dipegang oleh tangan kiri
(Rajah a)
(h) Hop dengan kaki kanan dan mendarat di atas kaki kanan juga (Rajah b).

Semak Kendiri 2.2


1. Apakah latihan ansur maju yang sesuai dilakukan untuk acara lompat
kijang
2. Melalui perbincangan apakah kaedah lain yang boleh membantu
mempertingkatkan kemahiran dalam acara lompat kijang.

2.2 LOMPAT JAUH

Sejarah awal acara lompat jauh dikesan sejak dari zaman Masihi lagi. Lompatan awal
yang dicatatkan dalam rekod ialah oleh Chionis sejauh 7.05 meter pada tahun 656 Masihi.
Bagaimanapun terdapat perbezaan cara lompatan pada zaman kuno dengan zaman
sekarang, di mana didapati pada zaman lompatan dilakukan berkali-kali.

OUM
28
TOPIK 2 LOMPAT KIJANG DAN LOMPAT JAUH

Pada sukan Olimpik moden pertama yang diadakan pada tahun 1896, lompat jauh
merupakan salah satu acara utama yang dipertandingkan. Rekod dunia dalam acara
lompatan dicipta oleh Bob Beamon dari Amerika Syarikat sejauh 8.90 meter.

Bagaimanapun Carl Lewis dan Mike Powel, keduanya dari Amerika Syarikat berjaya
memecahkan rekod dunia beberapa kali. Ini menunjukkan bahawa persaingan acara
lompat jauh sentiasa berkembang dari masa ke semasa.

Objektif utama dalam acara ini ialah untuk mencapai jarak lompatan yang semaksimum
mungkin yang mampu dilakukan oleh atlet. Acara ini memerlukan atlet untuk
menggabungkan larian pantas dan lompatan serta lonjakan yang baik. Ini memerlukan
koordinasi kemahiran yang ada iaitu larian pantas dan lonjakan dan juga ciri fizikal atlet
seperti fleksibiliti.

2.2.1 Gaya Lompatan

Terdapat tiga gaya lompatan dalam acara lompat jauh iaitu:


1. Gaya Layar

2. Gaya Gantung

3. Gaya Tendang Jauh

OUM
29
LOMPAT KIJANG DAN LOMPAT JAUH TOPIK 2

2.2.2 Fasa Lompat Jauh

Rajah 2.2: Fasa pergerakan penuh lompat jauh

Gaya lompatan bagi acara ini terdiri dari empat fasa utama iaitu:

1. Fasa Penujuan

Dalam fasa ini anda perlu berlari dengan kelajuan yang tinggi dan terkawal. Apa
yang perlu anda ambil kira ialah bilangan langkah dalam larian. Anda perlu mencapai
kepantasan yang paling maksimum bagi menghasilkan lonjakan yang baik.

Pastikan anda menerapkan gaya larian lari pecut ketika cubaan lompatan. Apabila
anda telah menghampiri papan lonjak, pastikan ketika itu anda sudah bersedia untuk
melakukan lonjakan. Ketika anda berada di langkah paling akhir anda perlu
merendahkan sedikit bahagian badan. Ini bertujuan untuk membantu anda
mendapatkan tolakan yang berkesan melalui kaki yang telah dibengkokkan.

2. Fasa Lonjakan (Take Off)

Dalam fasa ini penumpuan banyak bergantung kepada keupayaan anda melompat
tinggi. Ketika ini anda perlu menyesuaikan keadaan tapak kaki ketika melonjak
mestilah memijak papan lonjak dengan tepat di mana hujung kaki anda tidak
menyentuh mana-mana kawasan yang terletak di hadapan papan.

Tolakan kaki yang kuat dan lurus diperlukan pada saat akhir bagi membantu badan
melonjak dengan tinggi. Dalam masa yang sama ketika lonjakan buat, kaki anda

OUM
30
TOPIK 2 LOMPAT KIJANG DAN LOMPAT JAUH

yang bebas hendaklah dihayun dengan kuat ke hadapan dengan meninggikan


bahagian lutut. Pastikan anda menghayun kedua-dua belah tangan dihayun ke
hadapan dan ke atas secara serentak bagi membantu mencapai lonjakan yang lebih
tinggi.

3. Fasa Layangan

Fasa seterusnya merupakan antara fasa yang penting di mana dalam fasa ini gaya
badan dan pergerakan dalam lompatan akan membantu anda berada lama dalam
fasa ini sebelum mendarat. Selepas anda telah melonjak, gaya badan akan menjadi
seperti berikut:
(a) Dalam gaya tendang kayuh, anda seolah-olah seperti melangkah di udara dan
badan anda berada dalam posisi tegak.
(b) Gaya layar pula anda akan melunjurkan kedua-dua belah kaki ke hadapan dan
badan akan dicondongkan ke hadapan dan tangan dihulur hingga ke hujung kaki.
(c) Gaya gantung anda akan mengangkat kedua-dua belah tangan ke atas seolah-
olah seperti sedang bergantung di udara. Kedua-dua kaki pula diangkat ke
belakang.
(d) Gaya selangkah, anda akan menghayunkan bahagian kaki yang bebas ke
hadapan selepas lonjakan. Kaki digunakan untuk membantu lonjakan anda
mengikut dari belakang. Ini akan membuat kaki anda berada di dalam keadaan
kaki yang terbuka luas ketika di fasa layangan. Sebelum anda mendarat, kaki
yang anda gunakan untuk lonjakan akan membawa anda ke hadapan bersama
dengan kaki bebas.

Gaya tendang kayuh Gaya layar Gaya gantung

OUM
31
LOMPAT KIJANG DAN LOMPAT JAUH TOPIK 2

4. Fasa Pendaratan
Semasa berada dalam fasa ini, pelompat mesti memberi perhatian kepada imbangan
badan dan pencapaian jarak. Kaki dihulur ke hadapan dan sewaktu mencecah
tempat mendarat (tumit kaki dahulu) lutut dilenturkan untuk mengurangkan kesan
tekanan pendaratan dan tangan dihayun ke atas. Badan dicondongkan ke hadapan
supaya keseluruhan badan terus menuju ke hadapan.

Semak Kendiri 2.3


1. Apakah fasa yang terlibat dalam lompat jauh?
2. Kenal pasti perbezaan yang terdapat pada setiap fasa dan
bandingkan perbezaannya dengan fasa lompat kijang.

2.2.3 Latihan Ansur Maju

Ada beberapa kaedah yang boleh anda gunakan untuk mempertingkat kemahiran dalam
acara ini antaranya:

1. Melompat halangan secara berturut-turut (Consecutive jump over obstacels)

• Gunakan jarak lompatan yang pendek


• Mendarat menggunakan kaki yang bebas
• Gunakan kaedah “3-stride rhytm”
• Jarak antara stau halangan 6-8 meter
• Jarak diubah bersama dengan kelajuan larian
• Cadangan tinggi halangan antara 30-50 cm

OUM
32
TOPIK 2 LOMPAT KIJANG DAN LOMPAT JAUH

2. Melompat dari Platform (Takeoff from Platform)

• Gunakan kaedah stride 5-7


• Cuba berada dalam fasa layangan ketika di udara
• Mendarat menggunakan pendekatan jangkauan kaki
• Cadangan ketinggian platform antara 15-25 cm

3. Lonjakan pendek (Short approach takeoff)

• Gunakan kaedah stride 5-7


• Cuba berada dalam fasa layangan ketika di udara
• Berikan banyak tumpuan kepada lonjakan secara aktif
• Mendarat dengan pendekatan jangkauan kaki (stride position)

Semak Kendiri 2.4


1. Jelaskan apakah latihan yang boleh anda gunakan untuk tujuan
peningkatan kemahiran dalam acara lompat jauh.
2. Sebagai seorang guru bincangkan apakah persediaan penting yang
perlu dilakukan sebelum latihan ansur maju dimulakan.

OUM
33
LOMPAT KIJANG DAN LOMPAT JAUH TOPIK 2

2.2.4 Pengukuran Jarak Lompatan

Rajah 2.3: Cara mengukur lompatan

Ukuran jarak lompatan diukur dari titik sentuhan atau pendaratan dengan papan lompatan
tanpa mengira titik itu diperoleh melalui pendaratan kaki atau mana-mana anggota tubuh
badan. Lompatan yang dikira sah adalah diukur daripada tepi papan ke tanda yang telah
anda buat dalam ruangan tambak (pit) yang berhampiran ke arah papan lonjak. Pastikan
juga sebelum sebarang lompatan dibuat sentiasa pastikan pasir berada dalam keadaan
rata. Ini bertujuan untuk membantu memudahkan pengukuran dibuat dengan jelas dan
tepat.

Rajah 2.4: Mengukur lompatan di tengah tambak

Rajah 2.5: Mengukur lompatan di sebelah sisi tambak

OUM
34
TOPIK 2 LOMPAT KIJANG DAN LOMPAT JAUH

2.2.5 Undang-undang Asas Lompat Jauh

Bagi acara lompat jauh, IAAF telah menggariskan beberapa undang-undang yang
digunakan dalam pertandingan. Antara undang-undang tersebut ialah:
(a) Giliran atau susunan peserta yang melakukan lompatan hendaklah diundi terlebih
dahulu.
(b) Lompatan paling jauh akan dikira daripada beberapa lompatan yang dilakukan oleh
setiap peserta.
(c) Jika jumlah peserta adalah lebih daripada lapan orang, maka setiap peserta akan
diberi tiga kali lompatan. Lompatan yang terbaik akan diambil dan lapan peserta
terbaik akan dipilih untuk ke pusingan seterusnya clan diberikan tiga lompatan lagi.
(d) Peserta hendaklah melakukan larian di lorong yang dibenarkan sahaja.
(e) Setiap peserta didapati melakukan kesalahan sekiranya:
(i) Kaki peserta melebihi papan lompatan (papan lonjakan) dengan mana-mana
bahagian tubuh sebelum lompatan dibuat.
(ii) Ketika lompatan, kaki peserta memijak atau menyentuh di luar kawasan tepi
papan lompatan.
(iii) Berundur melalui kawasan lompatan selepas melompat.

2.2.6 Peralatan dan Kawasan Lompatan

Berikut adalah senarai peralatan yang diperlukan ketika acara lompat jauh:
x Lorong larian
Lorong khas sekurang kurangnya selebar 1.22 meter dan tidak kurang 40 meter.
Lorong hendaklah bebas dari segala gangguan dan halangan.
x Papan melonjak
Saiz papan ialah 1.22 meter panjang dan 20 cm lebar. Biasanya berwarna putih atau
yang senang dilihat.

x Penanda plastisin
Digunakan untuk mengesan dan membuktikan pembatalan. Diletakkan pada
bahagian hadapan papan melonjak. Ukuran antara 98mm hingga 102 mm lebar.

OUM
35
LOMPAT KIJANG DAN LOMPAT JAUH TOPIK 2

x Kawasan pendaratan
Kawasan khas untuk melakukan pendaratan dan diisikan dengan pasir halus yang
agak lembap. Lebar kawasan ini sekurang kurangnya 2.75 meter dan 9 meter
panjang.

x Pita pengukur
Untuk menentukan dan mengukur jarak lompatan yang dilakukan.

x Bendera isyarat
Untuk memaklumkan kepada pegawai sama ada lompatan yang dilakukan batal atau
sah. Bendera warna merah diangkat jika batal dan putih jika lompatan sah.

OUM
36
TOPIK 2 LOMPAT KIJANG DAN LOMPAT JAUH

x Pengukur halaju angin


Digunakan untuk mengetahui halaju angin semasa acara lompatan berlangsung.

Semak Kendiri 2.5


1. Apakah undang-undang yang perlu dipatuhi dalam acara lompat jauh
2. Jelaskan peralatan yang digunakan untuk mengukur jarak lompatan
dalam lompat jauh.

RUMUSAN
x Acara lompat kijang mengandungi rangkaian tiga pergerakan

x Rangkaiannya adalah satu lompatan dengan sebelah kaki (hop) kemudian


melangkah dengan kaki yang satu lagi dan diakhiri dengan satu lompatan. Lompatan
panjang yang pertama (melonjak dan mendarat dengan kaki yang sama) diikuti
dengan satu langkah panjang (dengan satu kaki dan daripada langkah itu kepada
satu lompatan jauh (mendarat dengan kedua belah kaki)

x Lompat kijang melibatkan empat fasa lompatan iaitu larian penujuan, melonjak,
langkah, lompatan dan mendarat.

x Objektif utama dalam acara lompat jauh ialah untuk mencapai jarak lompatan yang
semaksimum mungkin yang mampu dilakukan oleh atlet. Acara ini memerlukan atlet
untuk menggabungkan larian pantas dan lompatan serta lonjakan yang baik. Ini
memerlukan koordinasi kemahiran yang ada iaitu larian pantas dan lonjakan dan
juga ciri fizikal atlet seperti fleksibiliti.

x Fasa yang terlibat dalam acara lompat jauh ialah fasa penujuan, lonjakan, layangan
dan mendarat.

OUM
37
LOMPAT KIJANG DAN LOMPAT JAUH TOPIK 2

RUJUKAN
Ahmad Wafi. (1996). Olahraga: Balapan. Kuala Lumpur: Goodmark Enterprise.

Helen Ten. (1996). Manual Olahraga. Selangor: Junjuara Publication.

Teng Boon Tong. (1989). Panduan Pengajaran Olahraga. Kuala Lumpur: Longman.

Teng Boon Tong. (2001). Panduan Pengajaran Olahraga: Kursus Diploma Perguruan
Malaysia. Selangor: Pearson Education.

OUM
38

Anda mungkin juga menyukai