Anda di halaman 1dari 14

KBAT : TINGKATAN 3

Bab 1 : Memohon Keampunan Dan Rahmat Allah Swt


Raja Firaun dan Raja Namrul merupakan dua contoh pemimpin yang bersikap zalim
terhadap rakyatnya. Pelbagai kezaliman yang telah dilakukan demi untuk mengekalkan
kuasa bahkan pernah menganggap diri mereka sebagai tuhan.
1- Pada pandangan anda, apakah faktor utama yang menyebabkan sesetengah pemimpin di
dunia melakukan kezaliman terhadap rakyatnya?
➢ Lahir perasaan ingin mempertahankan kuasa kerana tamakkan harta dan pangkat tanpa
mempedulikan keperluan dan masalah rakyat jelata. Oleh itu setiap pemimpin perlu
mengambil tanggungjawab sebagai pemimpin yang menjaga rakyatnya bukan
menzalimi mereka.

Bab 2 : Meyakini Hari Kebangkitan


Mukmi yang cemerlang di dunia dan di akhirat ialah orang yang sentiasa mensyukuri
nikmat anugerah Allah swt sama ada banyak mahupun sedikit.
1- Sebagai seorang murid, bagaimanakah cara anda menunjukkan rasa syukur terhadap
kecemerlang anda dalam pelajaran?
➢ Tidak kedekut ilmu yang dimiliki dengan cara berkongsi ilmu dengan kawan-kawan
seperti memberi tunjuk ajar dan berbincang bersama-sama. Dengan demikian Allah
akan memberkati ilmu dan kecemerlangan yang kita perolehi.

2- “tanah yang gersang menjadi subur”


Terangkan pemahaman anda tentang perumpamaan ini dalam konteks kekuasan Allah swt
menghidupkan semula manusia.
➢ Perumpamaan ini menunjukkan abhawa manusia yang telah mati iaitu (tanah yang
gersang) apabila dikehendaki oleh Allah akan hidup kembali (menjadi sumber) di
akhirat nanti untuk menerima pembalas-Nya.

3- Umat Islam digalakkan menyelidik khazanah Allah swt untuk mendapatkan kebahagian di
dunia dan di akhirat.
Huraikan hujah anda untuk menyokong pernyataan di atas?
➢ Melalui kajian dan penyelidikan manusia dapat memanfaatkan segala khazanah di ala
mini seterusnya digunakan untuk memakmurkan bumi. Dengan anugerah Allah ini
manusia dapay menjalani kehidupan dengan sempurna.
Bab 3: Memanfaatkan Anugerah Allah Swt
Semasa dalam pengembaraan anda ke sebuah kawasan tanah tinggi, anda telah melihat
keunikan dan keindahan alam yang terdiri daripada flora dan founa yang bersungguh
menakjubkan.
1- Berdasarkan pengalaman anda di atas, apakah yang terfikir dalam kotak pemikiran anda
tentang kehebatan dan kekuasan Allah swt yang mencipta alam ini.
➢ Saya dapat bayangkan betapa kehebatan Allah mencinta makhluk-Nya dengan
pelbagai manfaat dan fungsi tersendiri yang tidak mungkin mampu dihasilkan oleh
manusia. Oleh itu, segala ciptaan Allah ini mampu menginsafkan manusia betapa
lemahnya mereka berbanding kehebatan Allah.

Umat Islam yang rajin berfikir tentang kejadian diri dan alam menjadi umat yang kritis
dan kreatif sehingga mampu melahirkan tokoh-tokoh terkenal seperti Ibnu Sina ahli
perubatan dan al-Biruni ahli geologi.
2- Sebagai seorang murid, bagaimanakah anda menggunakan akal fikiran untuk menjadi
seperti tokoh-tokoh di atas?
➢ Saya akan menggunakan akal yang sempurna anugerah Allah ini untuk menimba ilmu
sebanyak yang mungkin dan merealisasikannya dalam kehidupan diir dan orang lain
berdasarkan syariat Islam.

Bab 4: Mengingati Allah Swt Menenangkan Hati


Ceteknya pengetahuan agama menyebabkan ramai remaja kini mudah terjebak dengan
perkara-perkara negatif yang boleh merosakkan akhlak seperti pergaulan bebas, gejala
merempit, pecah rumah dan sebagainya
1- Manusia yang tidak mengingati Allah swt lebih senang untuk melakukan maksiat dan
perkara mungkar seperti yang dinyatakan di atas. Huraikan hujah anda.
➢ Mereka mudah untuk melakukan maksiat kerana sering tewas dengan kekangan nafsu,
contohnya sentiasa menggoda manusia kea rah kejahatan dan mungkar. Oleh itu, kita
peru membawa hawa nafsu tersebut dengan ilmu-ilmu agama yang menjadi benteang
segala perkara yang melalaikan.
“Umat islam yang sentiasa mengingati Allah swt hatinya menjadi tenteram”
2- Terangkan hujah anda untuk menyokong pernyataan di atas.
➢ Jiwa orang sentiasa mengingati Allah akan terarah kepada kebaikan dan rasa seronok
melakukan ibadat.
➢ Dengan mengingati Allah hatinya tidak sibuk untuk memikirkan urusan dunia yang
tidak pernah selesai.

Bab 5: Menunaikan Kewajipan Solat Jumat


Bekerja mencari rezeki merupakan tuntutan dalam Islam. Setiap orang Islam wajib
mencari rezeki untuk keperluan ahli keluarganya. Perkara utama dalam pencarian rezeki
mestilah dari sumber yang halal.
1- Pada pandangan anda, mengapakah kita wajib memastikan rezeki yang diperolehi adakah
dari sumber yang halal di sisi Islam?
➢ Rezeki yang diperoleh dari sumber yang halal walaupun sedikit akan memberi
keberkatan dan manfaat yang besar kepada seseorang Muslim seperti berniaga
mengikut kehendak syarak. Oleh itu, kita mestilah sedaya upaya menghindarkan diri
daripada sumber yang haram dan syubhah.

Orang yang menjaga waktu solatnya adalah orang paling beruntung di akhirat kerana
solat adalah ibadat yang pertama dihisab oleh Allah swt di akhirat kelak berbanding
dengan amalan-amalan wajib yang lain.
2- Pada pandangan anda, mengapakah masih ramai dalam kalangan remaja Islam kini masih
mengabaikan ibadat solat walaupun acap kali peringatan telah diberikan?
➢ Pengabaikan solat berlaku kerana terlalu mengejar kemewahan hidup sehingga lupa
perintah Allah. Contohnya mereka menganggap kesenangan hidup bergantung semata-
mata pada harta. Oleh itu orang yang hamper kepada Allah sahaja yang boleh membawa
kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Bab 6: Amalan Mukmin Cemerlang


Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
“sembahyang itu tiang agama. Barang siapa yang mendirikannya maka dia telah
menegakkan agamanya dan barang siapa yang meninggalkannya, mak dia telah
meruntuhkan agamanya”
1- Berdasarkan pengertian di atas, mengapakah orang yang meninggalkan solat diumpamakan
seperti orang yang meruntuhkan agamanya? Nyatakan pandangan anda.
➢ Solat adalah iabdat asas dalam agama yang menjadi amalan pertama akan dihisab di
akahirat. Tanpa solat, segala ibadat lain tidak diterima oleh Allah. Oleh itu orang yang
tidak mengambil berat tentang ibadat solat seumpama orang yang meminggirkan
agamanya.

Bab 7: Ihsan Terhadap Binatang


(* gambar orang laga ayam)
1- Pada pandangan anda, apakah faktor utama amalan ini masih lagi diamalkan oleh masyarakat
kita.
➢ Jahil dalam ilmu agama serta tidak amhu mendalaminya ontohnya tidak mengetahui
perkaraa hala dan ahram. Oleh itu, kita hendaklah perka dengan perkara=peraka yang
melanggar syariat yang menyebabkan kemurkaan Allah.

Bab 8: Beriman Kepada Rasul


Akhir-akhir ini timbul golongan mengakui dan meyakini ajaran yang terdapat dalam al-
Quran tetapi tidak menyakini hadis yang disampaikan oleh Rasul dikenali sebagai
golongan antihadis.
1- Apakah hukum mengingkari hadis Nabi saw dan nyatakan hujah anda.
➢ Wajib beriman dengan hadis Rasulullah kerana hadis adalah sumber kedua
perundangan Islam selepas al-Quran. Oleh itu orang yang mengingkari hadis bererti dia
tidak beriman kepada Rasul yang membawa kepada murtad.

Pada sesi persekolahan yang baru bermula, anda telah dilantik sebagai bendahari kelas.
Anda diberikan tanggungjawab untuk mengumpul dana bagi menyiapkan projek taman
bunga di sekolah.
2- Jelaskan sifat yang perlu ada bagi seorang bendahari dalam manjalankan tugasnya
berdasarkan sifat-sifat wajib bagi Rasul.
➢ Sifat jujur dan amanah menjadi sifat paling utama dalam memeganag tanggungjawab
sepeti tidak melakukan pecah amanah. Oleh itu setiap tanggungjawab yang
diamanahkan hendaklah dilaksanakan dengan penuh ikhlas dna jujur.
Rasulullah saw adalah rasul Uluazmi. Baginda sabar menghadapi pelbagai ujian dan
cubaan seperti ancaman bunuh, leher Baginda dijerut dengan serban, dan dilontarkan
dengan batu semasa berdakwah.
3- Berdasarkan pernyataan di atas, bagaimanakah anda boleh mengambil iktibar daripada
kesabaran Rasulullah saw dalam perjuangan menuntut ilmu.
➢ Bersabar mengahadapi cabaran dalam menuntut ilmu dan tidak mudah berputus asas
contonya terus berusaha apanila mengalami kegagalan. Oleh itu, dengan sababr dan
cekal kita kan memjadi pelajar yanag cemerlang dan mendapat kejayaan di dunia dan
di akhirat.

Bab 9: Beriman Kepada Hari Akhirat


Maksud firman Allah swt : apabila ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau
dipercepatkan walau sesaatpun.
1- Berdasarkan ayat di atas, sebagai umat Islam apakah persediaan kita untuk menghadapi
kematian?
➢ Melakukkan amalan solehah sebanyak mungkin di samping meninggalkan amalan yang
sia-sia contohnya menyerpurnakan ibadat wajib dan membanyakkan ibadat wajib dan
membanyakkan ibadat sunat. Dengan demikian, kita akan sentiasa berada dalam
keadaan bersedia apabila ajal menjemput kita.

Aiman seorang budak yang nakal dan suka melanggar displin sekolah serta tidak
menunaikan solat. Semenjak dia berkawan rapat dengan Fazli, sifat Aiman telah berubah
menjadi seorang yang mematuhi displin dan tidak lagi meninggalkan solat.
2- Berdasarkan pernyataan di ats, sejauh manakah faktor rakan sebaya boleh meningkatkan
pahala seseorang? Huraikan pandangan anda.
➢ Rakan yang baik akan sentiasa mempengaruhi rakannya ke arah kebaikan seperti
menegur dan menasihati kawan yang melakukam perkara yang tidak betul seterusnya
membimbing kea rah jalan yang benar. Oleh itu, sebagai kawan kita berhak memberi
nasihat kepada kawan kitaa kea rah yang lebih baik.

Dulu Zainurin sering melawan dan tidak mendengar nasihat ibu bapa dan gurunya. Apa
sahaja perkara yang tidak disukai oleh ibu bapa dan gurnunya di akan lakukan. Tetapi
sekarang dia telah menyesal dan ingin kembali ke pangkal jalan.
3 (i)- Pada pandangan anda, apakah tindakan yang perlu dilakukan seseorang yang terlanjur
melakukan dosa?
➢ Zainurin perlu mengakui kesalahannya dan menginsafi dengan sebenar-benarnya dosa
yang telah dilakukannya dengan bertaubat bersungguh-sungguh di samping berazam
tidak akan mengulanagi lagi kesalahan tersebut.

3 (ii)- Bagaimankah cara untuk menghindarkan diri daripada godaan syaitan yang sentiasa
mengajak manusia ke arah kejahatan dan dosa?
➢ Jadikan zikrullah dan baca al-Quran sebagai sesuatu amalan yang istiqamah dalam
kehidupan kerana syaitan suka berdamping dengan orang yang lalai daripada
mengingati Allah dan sering melakukan maksiat.

4- Tiada seorang pun yang dapat mengalak atau berbohong ketika dibicarakan di hadapan
Allah swt. Apakah hujah anda bagi menyokong pernyataan di atas.
➢ Allah menghitung semua amalan yang dilakukan oleh manusia sama ada kecil atau
besar, dan tidak ada sesuatu yang dapat disembunyikan daripada perhitungan Allah.
Pada hari perhitungan di akhirat, lidah manusia telah dikunci dan anggota lain menjadi
saksi perbuatan manusia di dunia.

Terdapat sesetengah perniaga atau penjual yang sengaja melakukan penipuan dalam
perniagaan seperti mengurangkan timbangan ketika berurus niaga dengan pelanggan.
Keadaan ini berlaku kerana ingin meraih keuntungan yang segera dan berlipat ganda.
5- Nyatakan pandangan anda mengenai cara berurus niaga seperti di atas dengan mengaitkan
dengan al-Mizan Allah swt.
➢ Keadaan ini menjadi bukti manusia dipengaruhi nafsu dan emosi ketika membuat
pertimbangan tetapi al-Mizan Allah adalah Maha Adill dalam mengadil setiap amalan
manusia. Oleh itu kita per;u berhati-hati dalam melakukan sebarang urusan untuk
mengelakkan azab Allah di akhirat kelak.

Orang yang berjaya melalui titian al-Sirat akan berbahagiaa kerana berjaya melepasi
halanagn daripada terjatuh ke dalam jurang api neraka. Mereka seterusnya akan menunju
ke syurga dengan palbagai kenikmatan yang tiada tolak bandingnya.
6- Sebagai pelajar, apakah amalan sebaiknya agar kita berjaya melalui titian al-Siratt dengan
mudah?
➢ Melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya di samping menjaga akhlak
mulia seperti berbuat baik kepada ibu bapa, guru, dan semua orang tidak kira di mana
kita berada. Mudah-mudahan segala amalan kita kan mendapt keredaan dan rahmat
Allah di dunia dan di akhirat.

7- Sebagi seorang Islam, apaka persediaan yang perlu kita lakukan agar mendapat syafaat
baginda di akhirat nanti?
➢ Rasulullah akan memberi syafaat di akhirat kepada orang yang mengasihi dan
mencintai baginda contohnya banyak berselawat dan mengamalkan Sunnah baginda
ketika hidupnya. Dengan demikian orang yang memperolehi syafaat di akhirat adalah
orang yang beruntung serta dikasihi Allah dan Rasul-Nya.

Bab 10: Beriman Kepada Qadak Dan Qadar


Firman Allah swt yang bermaksud:
…. Maka apabila kamu berazam, bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah
mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya.
1- Berdasarkan ayat di atas, apakah yang akan berlaku sekiranya seseorang itu hanya
bertawakal tanpa berusaha dalam melakaukan sesuatu perkara?
➢ Tawakal kepada Allah mestilah didahului dengan usaha dan ikhtiar yang bersungguh-
sungguh. Bertawakal tanpa usaha tidak mendatangkan faedah kerana tidak bertepatan
dengan konsep tawakal yang sebenar.

Terdapat dalam kalangan umat Islam yang berpendapat bahawa beriman kepada Qadak
dan Qadar boleh menyebabkan kemunduran dan menghalang pembangunan sesebuah
masyarakt dan negara.
2- Naytakan hujah anda untuk menolak pandangan di atas.
➢ Berimaan kepada Qadak dan Qadar akan menjana sifat positif seterusnya mmembawa
kepada kecemerlangan hidup seperti rajin berusaha, tidak berputus asa atas kegagalan,
reda dan tabah mengharungi pelbagai ujian hidup. Oleh itu beriman dengan Qadak dan
Qadar Allah ini bukan alasan sesebuah pembangunan akan terbantut.

Bab 11: Solat Ketika Sakit


(* gambar Ali baling di atas katil)
1- Ali terlibat dalam kemalangan jalan raya. Dia tidak boleh melakukan solat secara
biasakerana paha kanannya telah patah.
Berdasarkan gambar di atas, nyatakan cara rukhsah solat yang boleh dilakukan oleh Ali
yang dibenarkan dalam Islam.
➢ Ali hendaklah menunaikan solat secar menelentang dengan menghalakan kakinya ke
arah kiblat.
➢ Kepada hendaklah ditinggikan sedikit supaya menghadap kiblat.
➢ Rukuk dan sujud dengan menggunakan isyarat kepala.

Sebilangan umat Islam pada hari ini lebih suka menghabiskan masa dengan perkara-
perkara yang tidak berfaedah daripada menunaikan solat walaupun mereka dalam keadaan
sihat walafiat.
2- Pada pandnagan anda, apakah faktor utama yang mnyebabkan mereka ini mengabaikan
tuntutan solat?
➢ Tidak didedahkan dengan didikan agama yang sempurna sejak kecil menyebabkan
mereka lalai dengan perkara keduniaan contohnya menganggap solat tidak penting dan
malas melakukannya. Oleh itu, ibadat itu perlu diterap sejak kecil lagi supaya menjadi
rutin dan suatu kewajipan yang wajib dilaksanakan dalam apa jua keadaan.

3- Firman Allah swt yang bermaksud:


“…Dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan
keji dan mungkar…. ”
Huraikan kesan ayat di atas dalam konteks kehidupan umat Islam.
➢ Solat yang dilakukan dengan penuh khusyuk dan ikhlas akan memberi kesan kepada
kehidupannya di luar solat seperti sentiasa ingat kepada balasan Allag apabila ingin
melakukan kejahatan dan maksiat. Oleh itu, solat dapat mendisplinkan seseorang dalam
kehidupannya.

Bab 12: Solat Aidilfitri Dan Aidiladha


1- Banyak perkara yang bertentangan agama berlaku dalam masyarakat Islam kini ketika
menyambut hari raya yang melanggara syariat seperti pembaziran, bunga api, dan
sebagainya. Huraikan pandangan anda untuk mengatasi masalah ini.
➢ Masyarakat islam Islam perlu kembali kepada syariat Islam yang dijarkan oleh
Rasulullah ketika menyambut har raya seperti banyakkan bertakbir dan saling ziarah-
menziarahi bagi mengeratkan silaturahim sesama umat Islam. Oleh itu, segala perkara
dan amalan yang tidak berkaitan dengan syariat Islam hendaklah dihindarkan.

Bab 13: Solat Sunat Hajat


1- Anda telah gagal dalam ujian di sekolah walaupun telah banyak kali menunaikan solat
Hajat.
➢ Saya akan meneruskan solat Hajat tanpa berputus asas sehingga Allah
memperkenankan hajat saya. Oleh itu saya perlu ada kekuatan dan keyakinan yang
tinggi bahawa Allah akan memakbulkan doa saya pada suatu masa nanti.

Bab 14: Solat Sunat Tahajud


1- Banyak halangan yang sering mengganggu seseorang untuk bangun malam dan melakukan
solat Tahajud seperti terlalu letih, malas, dan sebagainya.
Nyatakan cadangan anda untuk memudahkan seseorang itu bangun malam melakukan solat
sunat Tahajud.
➢ Tidak makan dan minum terlalu banyak
➢ Tidak melakukan dosa-dosa kecil

2- (gambar Azmi solat tahajud kul 4.00am)


Ibadat solat sunat Tahajud seperti yang dilakukan oleh Azmi di atas boleh melahirkan murid
yang berdisplin dan ikhlas melaksanakan tanggungjawab dalam kehidupan.Kemukakan hujah
anda bagi menyokong pernyataan di atas.
➢ Solat tahajut dapat membentuk keikhlasan jiwa seseorang untuk melakukan ibadat
kerana keikhlasan yang berlandaskan iman sahaja yang dapat membina kehidupan
sejahtera dan berdisplin. Oleh itu, dengan bangun malam untuk beribadat bukan alasan
untuk tidak berjaya dalam hidup.

Solat Tahajud merupakan solat sunat yang dilaksanakan setelah bangun daripada tidur.
Solat sunat ini dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadat tambahan. Rasulullah
saw tidak pernah meninggalkan solat ini sepanjang hayat baginda.
3- Sebagai seorang murid, bagaimanakah anda boleh membudayakan amalan ini dalam
kehidupan.
➢ Saya boleh menjadikan amalan solat tahajud itu sebagai malam sebaik terbangun dari
tidur. Amalan ini boleh dilakukan dnegan adanya keazaman yang tinggi dan disertai
dengan sifat ikhlas. Oleh itu, saya perlu berusaha belajar untuk membiasakan diri
dengan melakukan solat tahajud ini secara beristiqamah.

Bab 15: Pengurusan Jebazah Satu Kefardhuan


Kewajipaan orang yang masih hidup ke atas orang yang telah meninggal dunia antaranya
ialah menyembahyangkan jenazah. Walau bagaimanapun masih ramai orang yang
menziarahi kematian tetapi tidak menunaikan solat Jenazah.
1- Huraikan hujah anda yang menyebabkan keadaan ini boleh berlaku.
➢ Hujah saya keadaan ini berlaku kerana samata-mata memberi alasan tidak tahu cara-
cara menunaikan solat jenazah tetapi tidak ada usaha untuk memperlajarinyya seperti
berkata ‘tidak mengapalah biar orang lain yang tahu melaksananya’. Oleh itu, walaupun
solat jenazah adalah fardhu kifayah tetapi setiap orang perlu memperlajarinya kerana ia
adalah tuntutan syarak.

Bab 16: Zakat Harta


Salwa mempunyai sejumlah 500 gram emas berbentuk barang kemas pemberian arwah
ibunya. Separuh daripada barang kemas tersebut sering digunakannya untuk perhiasan diri
dan anak-anaknya.
1- Berdasarkan situasi di atas, terangkan kewajipan zakat yang perlu ditunaikan oleh Salwa.
➢ Salwa wajib mengeluarkan zakt hanaya bagi baranng kemas yang tidak digunakan
sebagai perhiasan. Oleh itu, salwa perlu megeluarkan 2.5% daripada 250 gram emas
yang disimpannya.

Ibadat zakat dapat meningkatkan taraf hidup umat Islam dan memajukan ekonomi negara di
samping mendapat pahala yang bersar di sisi Allah swt.
2- Kemukakan cadangan anda untuk meningkatkan kesedaran kepada umat Islam terhadap
kepentingan mengeluarkan zakat harta apabila cukup syarat-syaratnya.
➢ Malaksanakan penguatkuasaan ynag kosisten oleh pihak yang bertanggungjawab
terhadap orang yang enggan membayar zakat harta yang cukup syarat-syaratnya
sepertimengenakan hukuman atau denda. Oleh itu, setiap muslim aka nada insiatif dan
keinsafan untuk melaksanakan kewajipan berzakat ini.
Bab 17: Keunggulan Perjuangan
1- Berdasarkan latar belakang kehidupan Sayidatina Fatimah, mengapakah beliau dijanjikan
dengan jawatan ketua wanita di dunia dan di akhirat?
➢ Sayidatina Fatimah adalah wanita contoh, akhlak mulia, dan serba boleh sebagai
seorang anak, seorang isteri yang taat, dan seorang ibu yang penyayang. Oleh itu, setiap
wanita Islam hendaklah menjadikan Sayidatina Fatimah sebagi ikon dalam kehidupan
sehari-harian.

2- Golongan wanita bukan sahaja berperanan sebagi seorang isteri dan ibu tetapi sewajarnya
dapat memberi sumbangan dalam pembangunan negara. Pada pandangan anda, sejauh
manakah peranan yang dimainkan oleh wanita dalam membangunkan dan memajukan
negara.
➢ Sayidatina Fatimahwanita jua berperanan sebagai pemakin kepada kemajuan negara
dalam pelbagai bidang yang bersesuaian dengan fitrah eanita seperti dalam bidang
pendidikan dan pperubatan. Oleh itu, setiap wanita Islam perlu mempunyai sifat jati
diri dan berwawasan demi melahirkan sebuah masyarakat dan negara maju dalam aspek
rohani dan jasmani.

Ketika Perang Yarmuk, panglima tentera Rom dengan angkuh berkata kepada tentera
Islam: “Sekiranya kamu mahu berundur akan aku berikan setiap seorang daripada kamu
makanan, pakaian, dan wang sepuluh dinar.” Lalu segera dijawab Sayidina Khalid: “
Kami tidak ke sini kerana kelaparan tetapi kami datang ke sini kerana dahagakan darah
kamu”
3- Merujuk kepada pernyataan di atas, apakah sifat yang ditunjukkan oleh Khalid al-Walid
dalam membuat keputusan tersebut dan bagimanakah sifat tersebut boleh dipratikkan
dalam kehidupan seorang Muslim.
➢ Sayidina Khalid seorang pahlima yang snagat bertanggungjawab dan amanah dalam
melaksanakan tanggungjawab walaupun cuba diberi pelabagai sogokan harta. Bahkan
tawaran tersebut menyebabkan beliau lebih bersemangat untuk memerangi musuhnya.
Oleh itu, sikap amanah sanagt penting dalam apa juga tugasan yang
dipertanggungjawwabkan.
Bab 18: Kepimpinan Rasulullah Saw Di Madinah
Piadam Madinah mengajar umat Islam bahawa peraturan dan undang-undnag sangat
penting dalam kehidupan manusia. Undang-undang berperanan mendidik manusia
supaya lebih berdisplin dalam segala urusan.
1- Berdasarkann pernyataan di atas, apakah kepentingan peraturan selain membentuk individu
yang berdisplin?
➢ Undang-undang dapat membentuk manusia taatkan perintah Allah dna Rasul, ibu bapa,
dan pemimpin yang adil. Tanpa undang-undang kehidupan manusia akan kucar-kacir
dan berlaku pergaduhan. Oleh itu, peraturan dan undang-undnag sangat penting dalam
kehidupan.

Setelah enam tahun Rasulullah saw dan para sahabat berhijrah ke Madinah. Maka timbul
peranan rindu kepada keluarga dan kampung halaman mereka di Makkah. Oleh itu,
Rasulullah saw dan sahabat membuat keputusan untuk pulang ke Makkah untuk
menunaikan ibadat umrah.
2- Berdasarkan pernyataan di atas, apakah pengajaran yang dapat anda peroleh daripada
semangat cintakan Islam dan tanah air yang ada pada diri Raslulullah saw dan para sahabat
baginda? Huraikan.
➢ Semangat cintakan agama dan tanah air perlu ditanam sejak kecil lagi kerana Rasulullah
sangat cintakan tanah kelahirannya Makkah dan berusaha untuk mengambilnya
smeula. Oleh itu, setipa warga negara mesti mempertahankan kedaulatan negaranya
daripada dijajah oleh negara-negara lain.

Bab 19: Pembukaan Kota Makkah


1- Setiap negara mempunyai undang-undang dan peraturan yang wajib dipatuhi oleh setiap
warganegara. Menurut pandangan anda, apakah yang akan berlaku sekiranya rakyat tidak
mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan di dalam sesebuah negara?
➢ Sesbuah negara itu akan menjadi hura-hara kerana segala undnag-undang tidak dipatuhi
contohnya berlaku kemalanagan akibat tidak mematuhi peraturan di jalan raya. Oleh
itu, setiap undang-undang yang ditetapkan di dalam sesebuah negara perlu dipatuhi oleh
setiap rakyatnya.
Bab 20: Adab Dalam Hubungan Sosial
Alan, Muthu dan Alvin melawat Azrul yang sedang sakit akibat kemalangan jalan raya.
Walaupun berlainan agama dan bangsa mereka sangat akrab dan saling membantu sama
ada di sekolah mahupun di luar sekolah.
1- Merujuk pernyataan di atas, apakah tujuan umat Islam diajar melayan tetamu walaupun
mereka bukan beragama Islam?
➢ Tetamu bukan Islam juga oerlu dilayan dengan baik agar mereka tertarik dengan
amalan Islam kerana Islam adalah agama yang sejahtera untuk seluruh alam contohnya
menghargai tetamu yang hadir menziarahi kita. Oleh itu, umat Islam tidak dibenarkan
menyakiti hati seseorang walaupun bukan beragama Islam.

Azli dan Faizal sering menghabiskan duit belanja sekolah yang diberikan oleh ibu
bapanya dengan berkunjung ke pusat-pusat hiburan. Tindakan mereka tidak diketahui
oleh ibu bapa masing-masing.
2- Berdasarkan pernyataan di atas, apakah peranan ibu bapa untuk menangani masalah gejala
sosial remaja kini?
➢ Ibu bapa hendaklah sentiasa peka dengan segala aktiviti anak-anak selepas waktu
persekolahan seperti mengambil tahu ke mana anak-anak pergi dan mengenali kawan-
kawan yang mendampinginya. Oleh itu, setiap ibu bapa perlu membuat pemantauan
rapi terhadap aktiviti anak-anak dan bukan menyediakan wang perbelanjaan semata-
mata.

Firman Allah swt yang bermaksud:


“.. dan katakanlah kepada hamba-hambaku, hendaklah mereka mengucapkan perkataan
yang lebih baik”
3- Berdasarkan maksud potongan di atas, Islam amat menitikberatkan adab-adab bercakap
dalam majlis agar mendapat keberkatan Allah swt.
Huraikan hujah anda terhadap apa yang akan berlaku sekiranya seseorang itu tidak beramal
dengan tuntutan ayat di atas.
➢ Tidak mendapat kepercayaan masyarakat kerana adanya unsur-unsur pembohongan
yang menyebabkan seseorang itu mendapat kemurkaan Allah dan seterusnya
dimasukkan ke dalam api neraka. Oleh itu, kita hendaklah menjauhi perbuatan tersebut
supaya mendapat keberkatan daripada Allah.
4- Hazwan telah bercadang untuk berkunjung ke rumah Muthusamy. Sebelum meninggalkan
rumah, dia memaklumkan kepada bapanya tentang tujuannya itu, ayahnya menasihati
supaya menjaga adab-adab sebagai tetamu.
Pada pandangan anda, mengapakah Hazwan perlu mematuhi nasihat ayahnya?
➢ Memelihara dan menjaga imej keluarga denga menunjukkan adab-adab sebagai tetamu
dan mendapt mengeratkan hubungan silaturahim. Dengan itu, martabat Islam akan
dipandnag tinggi oleh masyarakat bukan Islam.

Bab 21: Adab Terhadap Ibu Bapa


Maksud hadis Rasulullah saw: daripada Abdullah bin Amru daripada Muhammad saw
bersabda: “Keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa, kemurkaan Allah terletak
pada kemurkaan ibu bapa”
1- Berdasarkan maksud hadis di atas, apakah yang akan berlaku sekiranya anda gagal beraml
dengan tuntutan hadis di atas.
➢ Hidup tidak diberkati oleh Allah kerana telah melakukan sesuatu yang dimurkai-Nya.
Contohnya mengherdik ibu bapa dengan kata-kata kesat meru[kan dosa besar dan tidak
diredhai Allah. Oleh itu, seseorang anak wajib menyayangi kedua ibu bapanay agar
tidak dibenci oleh Allah.

Bab 22: Adab Berpidato


Firman Allah swt yang bermaksud: Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada
orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amalan soleh dan berkata,
“Sesungguhnya aku termasuk orang yang berserah diri”
1- Berdasarkan ayat di atas, nyatakan hujah anda yang menunjukkan pidato memainkan
peranan penting dalam berdakwah kepada masyarakat.
➢ Pidato adalah salah satu cara berdakwah yang diajarkan dalam islam untuk menarik
perhatian orang ramai kepada ajaran Islam seperti berdebat dan berhujah berdasarkan
nas syarak. Oleh itu, pemidato perlu memiliki ilmu yang secukupnya sebagai hujah
dalam berpidato.

Anda mungkin juga menyukai