Anda di halaman 1dari 11

Siri Modul Aktiviti Pembelajaran Aktif

DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR

Unit 1: Pengenalan Kepada Pendidikan,


PERKEMBANGAN PENDIDIKAN

Falsafah, Dasar & Pembangunan


KPF 3012

NAMA PELAJAR
Fakulti Pembangunan Manusia
NAMA NO. MATRIK

GROUP KULIAH :

PENSYARAH :

TARIKH SERAH :

Semester 1 Sesi 2018/2019

Jabatan Profesional Pendidikan


Fakulti Pembangunan Manusia
UNIT 1 Pengenalan Kepada Pendidikan, Falsafah, Dasar, Sistem dan Pembangunan

PANDUAN PENGGUNAAN MODUL LATIHAN


 Pensyarah dikehendaki memuat naik unit modul ke Portal Myguru seminggu lebih awal
sebelum tarikh sesi pengajaran dan pembelajaran bermula.
 Pelajar mesti memuat turun unit modul dan melengkapkan semua maklumat.
 Pelajar perlu membawa hardcopy unit modul yang telah lengkap dijawab ke dalam kelas
semasa sesi bersemuka (kuliah) untuk pembentangan dan perbincangan.
 Pelajar perlu memberi maklumbalas terhadap maklumat yang dibentang.
 Pelajar perlu menyemak dan membetulkan jawapan yang ditulis dalam unit modul.
 Jawapan yang telah sempurna mestilah dimuat naik ke Portal Myguru di laman
Assignment sebagai satu tugasan yang akan dinilai.

Hasil Pembelajaran
Setelah melengkapkan aktiviti ini, anda dapat;
i. menyatakan pengertian pendidikan, falsafah dan sistem.
ii. menerangkan hubungkait antara falsafah, dasar dan sistem pendidikan.
iii. membincangkan fungsi falsafah terhadap pendidikan pendidikan.
iv. membahaskan pengaruh pendidikan terhadap pembangunan.

Kandungan

UPSI-ZA-KPF3012 Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar


1.0 Sinopsis 1
1.1 Pemetaan ringkasan kandungan. 2
1.2 Konsep & pengertian falsafah, pendidikan, dasar dan sistem. 3
1.3 Hubungkait falsafah pendidikan, dasar pendidikan dan sistem pendidikan. 7
1.4 Fungsi falsafah terhadap pendidikan. 8
Pengaruh pendidikan terhadap pembangunan. 9

1.0 Sinopsis

Unit ini menjelaskan konsep dan pengertian tentang istilah asas pendidikan, falsafah, dasar,
sistem dan pembangunan. Pengertian yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh barat dan Islam
digunakan untuk dibandingkan. Seterusnya hubungkait antara istilah tersebut juga
dikemukakan untuk memaparkan kejelekitannya dalam pendidikan.
UNIT 1 Pengenalan Kepada Pendidikan, Falsafah, Dasar, Sistem dan Pembangunan

1.1 Pemetaan Ringkasan Kandungan

UPSI-ZA-KPF3012 Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar


UNIT 1 Pengenalan Kepada Pendidikan, Falsafah, Dasar, Sistem dan Pembangunan

1.2 Konsep & Pengertian:


Pendidikan, Falsafah, Dasar dan Pembangunan

1.2.1 Pendidikan
i. Konsep & Pengertian

Pendidikan = Education
Education = Latin: e’ex (keluar) + ducereduc (memimpin)
Education = Educere (bring out) & Educare (bring up)
Pendidikan = Didikan (educere) & latihan (educare)

Tokoh Pengertian Pendidikan


Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati, dan rohani,
Yusuf al-Qardawi (1980) jasmani, akhlak, dan tingkah laku. Ia bertujuan menyediakan manusia hidup dalam
masyarakat bagi menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan.
John Dewey Pendidikan sebagai proses membentuk kecenderungan asasi yang berupa
(1859-1925) kepercayaan dan perasaan terhadap alam sejagat dan sesama manusia.
Pendidikan juga suatu proses bagi mengatur dan menambah pengetahuan yang
dimiliki supaya dapat hidup dengan lebih selamat.
Socrates (470–399sm) Pendidikan ialah usaha pembinaan pekerti dan pengembangan akal fikiran.

Rumusan:
Pendidikan dalam konteks Islam merupakan suatu proses membangunkan ciri-ciri keinsanan, kerohanian,
kemasyarakatan dan ketakwaan dalam diri manusia untuk beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Manakala
dari persepsi barat, pendidikan merupakan proses membangunkan akal fikiran dan membina pengalaman
dalam kehidupan.

UPSI-ZA-KPF3012 Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar


ii. Jenis Pendidikan

Kriteria Pendidikan Formal Pendidikan Informal Pendidikan Nonformal


Perkembangan ilmu & Bina kemahiran untuk
Perkembangan kemahiran,
Reka bentuk kemahiran, jangka masa kehidupan, jangka masa
jangka masa pendek.
yang lama. berterusan.
Guru terlatih, pedagogi,
Pengajaran Keluarga & masyarakat. Ahli masyarakat yang pakar.
bilik darjah.
Seragam, berjadual, buku Teguran, larangan, panduan,
Pembelajaran Berjadual.
teks, bilik darjah. pencontohan, ibarat tamsil.
Rasmi: Prasekolah,
Tidak rasmi: rumah,
sekolah rendah & Rasmi & tidak rasmi: agensi
Institusi masyarakat, rumah ibadat,
menengah, IPT (bangunan kerajaan & swasta.
dewan orang ramai & padang.
& kelas).
Rasmi, kebangsaan,
Kurikulum Tidak rasmi, tersirat. Tidak rasmi.
berstruktur, tersurat.
Penilaian Rasmi & kebangsaan. Pandangan masyarakat. Kehadiran, pencapaian.
Perjawatan: sijil, Diploma,
Pengiktirafan Masyarakat, budaya. Sijil penyertaan/ kecekapan.
Ijazah.
Organisasi Kerajaan/ swasta. Keluarga, masyarakat. Kerajaan, swasta, NGO.
UNIT 1 Pengenalan Kepada Pendidikan, Falsafah, Dasar, Sistem dan Pembangunan

1.2.2 Falsafah
i. Konsep & Pengertian
Falsafah = Philosophy (Bahasa Inggeris)
Philosophy = Philosophia (Yunani) = Philos (Cinta) + Sophia (bijaksana/arif)
= The love of wisdom (Cinta terhadap kebijaksanaan/ kearifan).

Tokoh Pengertian Falsafah


Aristotle Falsafah ialah disiplin yang menyelidiki asas dan sebab segala benda. Beliau menetapkan
(384–322 sm) falsafah sebagai ilmu tentang kebenaran yang diperoleh menerusi cabang ilmunya seperti
metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik.
Dewey, J. Falsafah sebagai alat perjuangan manusia melakukan penyesuaian dalam sesuatu kebudayaan
(1859–1925) dan persekitaran.
Al-Farabi Falsafah terbahagi kepada dua iaitu falsafah teori (an-Nadhariyyah) dan falsafah praktik (al-
(870–950) Amaliyyah). Falsafah teori bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang ada, tanpa tuntutan untuk
mewujudkannya dalam amal. Manakala falsafah praktik (al-Amaliyyah) bertujuan mengetahui
sesuatu yang seharusnya berlaku dalam amalan.
Haji Abdul Beliau membahagikan falsafah kepada falsafah ketuhanan dan falsafah hidup. Falsafah
Malik Karim ketuhanan merujuk kepada hakikat mengenal pencipta. Melalui pancaindera dan akal, manusia
Amrullah dapat mempersaksikan alam ini dengan pelbagai sifat dan lakunya. Manakala falsafah hidup
(Hamka) merujuk kepada manusia sebagai ciptaan Allah yang diamanahkan untuk melaksanakan
(1908 - 1981) bertanggungjawab sebagai khalifah di bumi ini dengan menggunakan kebijaksanaan akal, akhlak
dan amalan dengan sebaik-baiknya.
Rumusan: Falsafah sangat berkait rapat dengan kehidupan manusia sendiri. Kehidupan yang bagaimanakah
menjadi pilihan manusia untuk menempuhinya? Apakah yang membentuk persekitaran kehidupan manusia?
Bagaimanakah manusia menanggap tentang dirinya? Apakah erti bagi suatu kehidupan? Jelas bahawa
persoalan falsafah berkitar pada tiga dimensi iaitu (i) diri dan kehidupan manusia, (ii) bumi dan alam tempat
manusia hidup dan (iii) ketuhanan. Falsafah melibatkan proses berfikir secara radikal, sistematik dan universal.

UPSI-ZA-KPF3012 Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar


1.2.3 Falsafah Pendidikan
Falsafah Pendidikan : Ilmu falsafah + ilmu pendidikan
: Hakikat pelaksanaan pendidikan

Tokoh Pengertian Falsafah Pendidikan


Al-Ghazali Pendidikan mempunyai pengaruh yang besar terhadap perkembangan kanak-kanak.
(1058 - 1111) Pendidikan sangat menentukan kehidupan sesuatu bangsa dan pemikirannya. Falsafah
pendidikan membentuk kaedah pemikiran falsafah dalam kerangka menyelesaikan
permasalahan pendidikan. Situasi ini kemudian menghasilan teori dan kaedah pendidikan
untuk menentukan pelaksanaan aktiviti pendidikan.
Abdul Fatah Falsafah pendidikan merupakan suatu sistem kepercayaan, pegangan atau prinsip am yang
Hasan (2001) membincangkan pelbagai hal tentang pendidikan dan pengajaran yang patut dilaksanakan di
sekolah atau di dalam bilik darjah.
Ornstein dan Perbincangan pendidikan yang berkaitan dengan persoalan berikut sangat dipengaruhi ilmu
Hunkins (2014) falsafah. Oleh kerana ilmu tersebut berkaitan langsung dengan pendidikan maka persoalan-
persoalan tersebut menjurus kepada persoalan falsafah pendidikan. Apakah yang menjadi
arah/ hala tuju pendidikan? Mengapakah ada matlamat yang dianggap bermakna?
Sejauhmanakah wujud perbezaan didikan dan latihan? Adakah perlu wujud bentuk
pengetahuan yang berbeza? Bagaimanakah kandungan kurikulum yang digunakan dibentuk?
Adakah kurikulum yang berbeza diperlukan untuk murid yang berbeza? Bagaimanakah
bentuk kurikulum yang spesifik boleh dijustifikasikan dengan baik?
Rumusan: Falsafah pendidikan merupakan suatu proses yang mempunyai dua hujung yang saling berkait iaitu
mendidik dan pendidik. Pendidik (guru-guru) mempunyai falsafah yang tersendiri melaksanakan proses
mendidik untuk mencari kebenaran, kenyataan dan kebijaksanaan untuk disampaikan kepada yang dididik.
UNIT 1 Pengenalan Kepada Pendidikan, Falsafah, Dasar, Sistem dan Pembangunan

1.2.4 Dasar Pendidikan

Tokoh Pengertian Dasar Pendidikan


Kamus Dewan Dasar dirujuk sebagai asas, tunjang, teras yang bertujuan untuk pengukuhan sesuatu perkara
Edisi 3 (2005).
Trowler (2003) Dasar pendidikan sebagai suatu prinsip dan tindakan yang khusus berkaitan dengan isu-isu
pendidikan, yang diikuti atau seharusnya diikuti dan direka bentuk untuk mencapai matlamat
yang ditetapkan.
Abdullah Sani Dasar pendidikan merupakan suatu garis panduan untuk mencapai hasrat pendidikan yang
(2003) dimatlamatkan.
Sufean Hussin Mengkategorikan dasar-dasar pendidikan yang digubal kepada empat tujuan utama iaitu
(2002) kawalan (mendisiplin), solusi (penyelesaian masalah), kebajikan (perkhidmatan) dan inovasi
(pembaharuan).
Rumusan: Dasar merupakan formulasi idea-idea sebagai suatu garis panduan untuk tindakan. Dalam pendidikan,
dasar-dasar yang dibina menjadi panduan ke arah mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Pelaksanaan sesuatu
dasar pendidikan melibatkan aspek perundangan yang disahkan.

1.2.5 Sistem Pendidikan

Tokoh Pengertian Sistem Pendidikan


Steiner (1988) Thus, the components or subsystems of an education system are teacher, student, content and
context, and affect relations pertain to how these components are connected.
Theodore W.F An education system must include teacher, student, content, and context components which
(1991) are related. For example, teaching-studenting processes and teaching-studenting structures
are types of relationships between teachers and students in an education system. Further
types of relationships include student-content, teacher-content, etc.

UPSI-ZA-KPF3012 Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar


Rumusan: Sistem pendidikan mengandungi banyak subsistem/komponen yang saling berinteraksi. Sistem
pendidikan yang berjaya ialah apabila semua komponen saling bergabung dan menyokong antara satu sama
lain. Sistem yang sedang bergerak tidak boleh diganggu kerana boleh menyebabkan sistem yang sedang
beroperasi mengalami kerosakan dan kemusnahan. Sistem pendidikan perlu sentiasa diberi perhatian dan
ditambahbaik agar sentiasa dapat bergerak lancar ke arah mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Contoh
subsistem dalam sistem pendidikan ialah kurikulum, peperiksaan, institusi, sumber manusia, pentadbiran &
pengurusan, perjawatan dll.

1.2.6 Pembangunan Pendidikan

Tokoh Pengertian Pembangunan


Muhammad Konsep pembangunan dalam Islam adalah berasaskan kepada keesaan Allah, matlamat
Syukri Saleh ialah keredahan Allah (mardatillah) dan kerangkanya mencakupi skala waktu panjang iaitu
(2002) waktu kehidupan di alam roh, dunia dan akhirat. Sepanjang skala itu, manusia mesti
mencapai kebahagian di dunia dan akhirat.
A. Aziz Pembangunan merujuk perubahan sosial, melibatkan pelbagai aspek dalam masyarakat
Deraman (2010) seperti persepsi politik, tanggapan tentang kemajuan ekonomi dan amalan budaya
UNESCO Development education, with its global outlook, emphasis on social justice and focus on
(2013) critical pedagogy and processes of learning has a strong contribution to make to all of these
debates. It is particularly relevant in the contemporary context, characterized by an
increasing recognition of the fact that ‘education is pivotal for development in a rapidly
changing world’ and the need to place greater emphasis on the social role of education in
enabling ‘people to fulfill their individual potential and to contribute to the economic, political
and social transformation of their countries’
UNIT 1 Pengenalan Kepada Pendidikan, Falsafah, Dasar, Sistem dan Pembangunan

Rumusan: Pembangunan pendidikan tidak boleh berlaku secara sendirinya. Pelaksanaannya memerlukan
perancangan yang sistematik berpandukan matlamat yang hendak dicapai.
1.3 Hubungkait Falsafah, Dasar & Sistem Pendidikan

A
FALSAFAH B PENDIDIKAN Rajah 1.1:
Perkaitan falsafah, dasar
C dan sistem pendidikan

Komponen Huraian Contoh

Falsafah merupakan hasil pemikiran yang Falsafah


A
mempertimbangkan pelbagai soalan dan dari pelbagai Pendidikan
Falsafah
sudut serta melihat gambaran besar yang menyentuh Kebangsaan
Pendidikan
persoalan itu. (FPK)

B Daripada falsafah barulah dasar digubal. Dasar Dasar


merupakan formulasi idea-idea sebagai panduan untuk Pendidikan
Dasar tindakan. Pelaksanaan sesuatu dasar membabitkan Percuma
Pendidikan persoalan perundangan. (DPP)

UPSI-ZA-KPF3012 Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar


Apabila suatu dasar sudah termaktub maka sistem Sistem
didirikan bagi melaksanakan dasar dan falsafah tersebut. Pendidikan:
C Sesuatu sistem mempunyai komponen yang rumit dan Pendidikan
kompleks. Pelaksanaan sistem yang berjaya apabila peringkat pra
Sistem semua komponen saling bergabung dan menyokong sekolah,
Pendidikan antara satu sama lain. rendah,
menengah,
Khas

Rumusan: Falsafah, dasar dan sistem pendidikan walaupun dilihat secara yang berbeza
dengan fungsi yang berbeza tetapi hakikat pelaksanaannya adalah satu. Ketiga-tiganya
saling berhubungkait ke arah pelaksaan pendidikan yang sempurna dan mencapai
matlamat yang dihasratkan.
UNIT 1 Pengenalan Kepada Pendidikan, Falsafah, Dasar, Sistem dan Pembangunan

1.4 Fungsi & Implikasi Falsafah Terhadap Pendidikan

Fungsi Keterangan & Contoh

Membina makna pendidikan itu sendiri adalah kerja falsafah untuk


membezakannya dengan makna-makna yang lain dengan mengambilkira
cabang-cabang metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik. Setiap
i. cabang memberi pengertian yang tersendiri:
Ketepatan makna  Metafizik: Ketuhanan, realiti dan kesejagatan.
pendidikan  epistemologi: Perihal ilmu/ pengetahuan.
 Aksiologi: Perihal nilai (etika & estetika).
 Logik: Pemikiran & Penyelesaian masalah.
Contoh: Pendidikan, pengajaran, pembelajaran, kurikulum, pentaksiran.

Falsafah pendidikan menentukan arah ke manakah setiap warganegara


perlu dibimbing pada peringkat usia persekolahan. Sekolah merupakan
ii. institusi yang dibina untuk kepentingan masyarakat bagi menyediakan
Menentukan tempat didikan yang sempurna terhadap anak-anak mereka menjadi
matlamat / hala insan yang sempurna dan warga negara yang dicita-citakan.
tuju pendidikan
Contoh: Keinsanan, kemanusiaan, ketuhanan, pembangunan,
kelestarian.

UPSI-ZA-KPF3012 Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar


Tujuan pendidikan yang telah ditetapkan memberi gambaran yang
jelas tentang hasil pendidikan (outcome) yang mesti dicapai,
v. warganegara yang bagaimana yang semestinya dibentuk dan
Kebermaknaan pembangunan yang bagaimana yang akan dilaksanakan.
hasil pendidikan
Contoh: Warganegara berakhlak, harmoni, bersatu padu, seimbang,
progresif.

Dengan adanya matlamat dan hasil pendidikan yang hendak dicapai,


iii. maka perkara penting berkaitan dengannya ialah menetapkan cara
Menetapkan atau proses yang perlu dilaksanakan ke arah mencapai matlamat dan
proses hasil pendidikan tersebut.
pendidikan
Contoh: Bersepadu, menyeluruh, seimbang, harmonis.

Membina falsafah pendidikan merupakan langkah pertama untuk


iv. membaiki proses pendidikan dalam sistem pendidikan yang
Penambahbaikan dilaksanakan di sesebuah negara.
pendidikan Contoh: Pendidikan sepanjang hayat, pendidikan masa depan,
pendidikan potensi.
Rumusan:
Manusia berbeza dengan makhluk lain ialah kerana fungsi manusia itu sendiri dijadikan oleh
Pencipta untuk memimpin, mentadbir dan mengurus alam ini dengan sebaiknya. Pendidikan
adalah kunci utama untuk menyedarkan manusia dari kejahilan dan kebodohan. Hanya
manusia yang bijaksana yang tahu dirinya adalah insan istimewa. Falsafah pendidikan
berfungsi secara langsung untuk mengupayakan manusia berfikir dan bertindak secara
bijaksana. Dari aspek kepentingan falsafah pendidikan pula, ia terlalu luas untuk
UNIT 1 Pengenalan Kepada Pendidikan, Falsafah, Dasar, Sistem dan Pembangunan

dibincangkan kerana disipli ini mencakupi kehidupan manusia itu sendiri.

1.5 Pengaruh Pendidikan Terhadap Pembangunan

PENDIDIKAN PEMBANGUNAN
(Pembolehubah (Pembolehubah Bersandar)
Bebas)
Pengaruh Pendidikan Kesan Terhadap Pembangunan
i. i. Pembangunan wanita dan keluarga: Tahap literasi yang semakin
Peluang pendidikan tinggi dalam kalangan wanita menunjukkan hubungan yang signifikan
yang sama. terhadap penurunan kadar kelahiran, penurunan kadar kematian,
peningkatan tahap penjagaan kesihatan dan peningkatan kualiti
keluarga.

ii. ii. Pembangunan ekonomi: Pembasmian buta huruf melalui literasi


Pendidikan kemahiran. fungsian telah berjaya meningkatkan produktiviti dalam pengeluaran
hasil ekonomi. Hal ini disebabkan peningkatan dalam kebolehan
membaca & kecekapan bekerja dalam kalangan rakyat
iii. iii. Pembangunan sosial: Pendidikan memainkan peranan penting dalam
Pendidikan berterusan. pembangunan keluarga, masyarakat dan negara menerusi kesedaran
dan penglibatan dalam memupuk perpaduan, keselamatan,
kesejahteraan dan keharmonian.
iv.
iv. Pembangunan politik: Pendidikan telah memberikan kesan untuk
Pendidikan percuma.
menyokong kualiti kehidupan menerusi politik dan hak bersuara.

UPSI-ZA-KPF3012 Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar


v.
v. Pembangunan agama: Literasi agama telah meningkatkan
Pendidikan agama.
kesedaran masyarakat untuk hidup mengikut ajaran agama dan
berakhlak mulia.

vi. vi. Pembangunan sukan: Pendidikan dalam aktiviti jasmani dan sukan
Pendidikan sukan. pada peringkat sekolah telah memupuk minat dan penglibatan dalam
sukan pada peringkat sekolah dan kebangsaan serta mengharumkan
nama negara pada peringkat antarabangsa. Pembangunan
pelancongan sukan.
vii. vii. Pembangunan nilai patriotik & kewarganegaraan: Mewajibkan
Pendidikan Sejarah & pendidikan sejarah telah memupuk nilai patriotik dalam kalangan
Sivik. rakyat yang berbeza latar belakang untuk memartabatkan bangsa dan
mendaulatkan negara.
viii. viii. Pembangunan Sains & Teknologi: Pendidikan STEM memainkan
Pendidikan STEM. peranan positif dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi melalui
produktiviti, pengurangan ketidakseimbangan pendapatan dan
meningkatkan penggunaan inovasi teknologi.
Rumusan: Pendidikan memainkan peranan penting dan memberikan pengaruh yang besar terhadap
pembangunan insan dan negara. Pendidikan yang dilaksanakan sama ada secara informal, formal atau non
formal berupaya memberi sumbangan terhadap pembangunan ekonomi, sosial, politik, patriotik, sains &
teknologi, sukan, agama dan sebagainya. Kemajuan sesebuah negara diukur menerusi tahap pendidikan
yang dimiliki oleh rakyatnya.
UNIT 1 Pengenalan Kepada Pendidikan, Falsafah, Dasar, Sistem dan Pembangunan

Latihan Objektif

1. Falsafah berasal dari perkataan Yunani iaitu 'Philos' dan 'Sophia'.

Manakah di antara berikut makna yang tepat bagi perkataan 'sophia'?


A. Baik. B. Bijak.
C. Cantik. D. Pandai.

2. Adalah menjadi hak kanak-kanak di Malaysia dan seluruh dunia untuk mendapatkan pendidikan wajib
selama 11 tahun.
Manakah berikut berkaitan dengan pendidikan wajib yang dinyatakan di atas?
A. Pendidikan formal. B. Pendidikan informal.
C. Pendidikan non formal. D. Pendidikan berterusan.

3. Rujuk Rajah 1 di bawah:

X
FALSAFAH Y PENDIDIKAN

UPSI-ZA-KPF3012 Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar


Rajah 1: Hubungan falsafah, dasar dan sistem pendidikan

Apakah fungsi Z dalam perkembangan pendidikan di Malaysia?


A. Menetapkan bentuk, proses dan matlamat pendidikan.
B. Formulasi idea-idea sebagai panduan untuk tindakan dalam pendidikan.
C. Integrasi komponen-komponen pelaksanaan pendidikan ke arah mencapai matlamat.
D. Pemikiran yang mempertimbangkan pelbagai persoalan dan gambaran holistik tentang pendidikan.

4. Pendidikan membolehkan rakyat lebih menyedari tentang kehidupan dan kelangsungan tamadun. Rakyat
lebih sedar tentang arah aliran menurunkan kadar kelahiran dan kematian, meningkatkan gaya hidup sihat
dan penjagaan kebersihan.

Berdasarkan kenyataan tersebut, pendidikan memberikan kesan terhadap _________


A. perubahan sosial. B. perubahan politik.
C. perubahan ekonomi. D. perubahan kepercayaan.

5. Setiap cabang falsafah memberi pengertian yang tersendiri:


 Metafizik: Ketuhanan, realiti dan kesejagatan.
 Epistemologi: Perihal ilmu/ pengetahuan.
 Aksiologi: Perihal nilai (etika & estetika).
 Logik: Pemikiran & Penyelesaian masalah.

Pernyataan di atas merujuk kepada fungsi falsafah terhadap pendidikan yang berkaitan dengan

9
UNIT 1 Pengenalan Kepada Pendidikan, Falsafah, Dasar, Sistem dan Pembangunan

__________
A. ketepatan makna. B. penetapan proses.
C. penentuan matlamat. D. langkah penambahbaikan.
Latihan Esei

1. Jelaskan pengertian perkara berikut:


i. falsafah pendidikan.
ii. dasar pendidikan.
iii. sistem pendidikan.

2. Terangkan hubungkait di antara falsafah, dasar dan sistem pendidikan di Malaysia.

3. Bincangkan fungsi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia.

4. Bahaskan konteks pengaruh pendidikan terhadap pembangunan insan dan negara.

Carian Maklumat

Dasar
Sufean Hussin (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan: Teori dan Analisis. Kuala Lumpur: DBP
http://siteresources.worldbank.org/INTPSIA/Resources/490023-1120845825946/Education.pdf

Falsafah & Falsafah Pendidikan

UPSI-ZA-KPF3012 Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar


https://uk.sagepub.com/sites/default/files/upm-binaries/33124_5355_Bailey_Chap_01.pdf
http://archive.mu.ac.in/myweb_test/ma%20edu/M.A.%20Edu.%20Philosophy.pdf
http://ctle.hccs.edu/facultyportal/tlp/seminars/tl1071SupportiveResources/comparison_edu_philo.pdf
https://oregonstate.edu/instruct/ed416/PP1.html

Pembangunan
http://unesdoc.unesco.org/images/0023/002305/230508e.pdf
https://ageconsearch.umn.edu/bitstream/12875/1/er930006.pdf

Pendidikan
http://ajph.aphapublications.org/doi/pdf/10.2105/AJPH.27.6.587

Anda mungkin juga menyukai