Anda di halaman 1dari 7

UNIVERSITI MALAYA

_____________________________________________________
_

AKADEMI PENGAJAIAN MELAYU


_____________________________________________________
_

FALSAFAH & LOGIKA MELAYU


JXEA 1104

KAJIAN TOKOH FALSAFAH:


IMAM AL-GHAZALI

_______________

Muhammad Marwan Bin Mohd Tanos


JEA 080058
Dr. Amran Muhammad

KAJIAN TOKOH FALSAFAH: IMAM AL-GHAZALI


Riwayat Hidup

Nama sebenar al-Ghazali ialah Hujjah al-Islam al-Imam Abu Hamid al-Ghazali

Muhammad bin Muhammad bin at-Tusi, dan digelar Samsuddin. Ada juga tokoh

mengatakan nama sebenar al-Ghazali ialah Muhammad bin Muhammd bin Muhammad

bin Ahmad. Tiga Muhammad yang berturut-turut merupakan namanya sendiri, nama

bapanya, kemudian nama datuknya dan Ahmad itu moyangnya. Seorang berbangsa Parsi,

beliau dilahirkan di Thus di dalam wilayah Khurasan pada tahun 450 Hijrah, bersamaan

dengan 1059 Masihi dan hidup di sekitar zaman Perang Salib. Bapanya adalah seorang

penenun bulu dan menjualnya di pasar Thus. Mempunyai seorang adik bernama Ahmad

yang digelar al-Futuh. Pendidikan asas yang diterima al-Ghazali ialah menghafal al-

Quran, asas membaca dan menulis, ilmu nahu Bahasa Arab, matematik, dan fiqah. Beliau

lancar menghafaz al-Quran dan paling cekap berdebat di zamannya. Semasa kecilnya, al-

Ghazali mempelajari sebahagian ilmu fiqh dari Imam Ahmad al-Razkani di tus, kemudian

berpindah ke Jurjan untuk menuntut pula dengan Imam Abu Nasr al-Ismaili

Kemudiannya, Imam al-Ghazali berpindah ke Naisabur atau Nieshapur untuk menuntut

ilmu dari Imam al-Haramian Abu al-Maali al-Juwaini (419-478 H) sehingga beliau mahir

dalam mazhab Syafi’I, ilmu khilaf, perubatan, usuluddin, usul fiqh dan matiq. Juga dapat

ilmu hikmah dan falsafah dan pernah menjadi pensyarah di Universiti an-Nizamiyyah

dan di sinilah beliau berada dikemuncak keilmuannya. Imam al-Ghazali telah

menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari Isnin 14 Jamadil Akhir tahun 505

Hijrah.

KAJIAN TOKOH FALSAFAH: IMAM AL-GHAZALI


Al-Ghazali Dan Pandangannya Terhadap Falsafah

Ilmu falsafah berpindah kepada bangsa Arab hasil galakan Khalifah al-Makmum

dan kerja tangan pakar-pakar penterjeamh(Salih Ahmad al-Syami:2001). Banyak buku

mantiq dan falsafah berbahasa Syria, Yunani dan Parsi yang dikarang Aristotle

diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab. Imam al-Ghazali mempelajari ilmu falsafah

untukk menyelamatkan dirinya sendiri dari perasaan syak dan keraguan, di samping

untuk mendapatkan rahsia yang akan dijadikan panduan untuk sampai kepada hakikat

dan kebenaran.

Al-Ghazali menemui kebenaran yang dicarinya dalam ilmu tasawwuf, yang

dimana sekarang dinaamkan Mysticism. Di sinilah perpisahan antara al-Ghazali dengan

sarjana-sarjana Eropah yang sama-sama menganut fahaman skeptic- tetapi pada akhirnya

emnempuh jalan yang menyimpang jauh dari agama. Imam al-Ghazali menerangkan

bahawasanya Ibnu Sina dan al-Farabi adalah tokoh yang bertanggungjawab

memindahkan ilmu Aristotle. Menurut beliau, falsafah secara ringkasnya dikategorikan

kepada enam aspek penting iaitu: matematik, fizik, metafizik (ketuhanan), politik, logik

dan etika (akhlak). Ilmu matematik ialah ilmu tentang kira-kira, geometrid dan lain-lain

yang mana tidak ada hubungan langsugn degnan agama. Beliau tidak menolak ilmu ini

kerana ia ilmu yang berdasarkan dalil dan bukti. Ilmu fizik adalah berkaitan tentang

kajian alam, langit, air, udara serta segala planet dan bintang dan bukanlah syarat agama

menyagkal ilmu ini.

Berbanding dengan yang lain, ramai pula ahli falsafah yang tersalah tentang

metafizik. Mereka tidak lagi berdaya memenuhi keperluan pembuktian sepertimana yang

KAJIAN TOKOH FALSAFAH: IMAM AL-GHAZALI


mereka isyaratkan dalam ilmu mantiq dan ini menyebabkan banyak persilisihan di antara

merka dalam menguasai masalah ini jumlah keaslahan mereka sebanyak dua puluh(20)

kesalahan. Tiga daripadanya wajib dikafirkan dan tujuh yang lain dihukum bid’ah. Tiga

masalah yang seemmangnya menyalahi pendapat orang Islam ialah ; jasad manusia tidak

dibangkitkan semula pada hari kiamat, Allah SWT hanya tahu perkara-perkara yang

umum(universal) dan tidak tahu perkara yang khusus(particular) dan, alam ini qadim dan

azali. Politik pula berdasarkan perbincangan mental yang menyentuh tentang hukum-

hukum masalah yang berkaitan dengan urusan duniawi. Ilmu logik pula tidak ada

hubungkait dengan sama ada menentang atau menyokong, malah ilmu ini

membincangkan cara-cara pendalilan dan qiyas (syllogism). Etika pula tertumpu kepada

menentukan sifat-sifat yan patut menhiasi jiwadan pelakuan seseorang yang memang

banyak jenis ragamnya

Walaupun begitu, menurut Imam al-Ghazali, Islam tidak melarang mempelajari

ilmu-ilmu seperti falsafah Greek asalkan ia tidak bertentangan dengan Islam sebagaimana

dibahaskan di dalam karyanya yang berjudul Tahafut al-Falasifah mengenai fizik dan

metafizik yang mengatakan alam ini terurus dengan sendiri tanpa kawalan.Walaupun

beliau bersetuju dengan sumbangan teori falsafah yang dipelopori oleh Aristotle dan

Plato terhadap nilai keilmuan, namun tidak kesemuanya beliau terima kerana terdapat

bahagian dari bidang falsafah yang bertentangan dengan akidah Islam.

Dalam kitab al-Munqidz Min ad-Dhalal, al-Ghazali menyatakan bahawa para filsuf

yang menganut pelbagai mazhab dan yang membawa pemikiran yang berciri kekufuran

dapat dibahagikan kepada tiga golongan; golongan pertaamialah golongan ad-Dahriyyah

(Athiest) yang mana mengingkari adanya Tuhan. Kata mereka, alam ini ada dengan

KAJIAN TOKOH FALSAFAH: IMAM AL-GHAZALI


sendirinya. Seperti haiwan yang ada melalui mani dan mani dari haiwan tanpa kesudahan

lingkarannya, demikian pula halnya dengan alam ini. Golongan ini adalah zindik.

Golongan kedua ialah golongan at-Tobi’iyyah (Naturalist) yang mana memusatkan

perbahasan pada alam fizikal, terutama haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Keajaiban yang

mereka temui menjadikan mereka mengakui adanya Pencipta yang Maha Bijaksana.

Golongan ini berpendapat setiap jiwa akan fana dan tidak kembali lagi. Lantaran itu

mereka mengingkari adanya hari akhirat, syurga dan neraka. Golongan ini juga termasuk

zindiq. Manakala golongan ketiga pula ialah golongan al-Ilahiyyah (Theist). Golongan ini

muncul daripada dua golongan yang telah dinyatakan dan mereka yang tergolong dalam

golongn ini antaranya Socrates, Plato dan Aristotle. Secara keseluruhannya, golongan al-

Illahiyyah ini menolak kedua-dua golongan terdahulu. at-Tobi’iyyah. Pada pendapat al-

Ghazali, Aristotlelah yang bertanggungjawab menyusun ilmu mantiq dan merapikan lagi

kaedah-kaedah sains. Aristotle juga menyanggah pemikiran para filsuf sebelumnya,

tetapi dia sendiri tidak mampu membebaskan diri daripada sisa-sisa kekufuran. Namun

begitu, ilmu-ilmu falsafah selain yang membincangkan sifat ketuhanan boleh diterima

selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Sebagai contoh al-Ghazali ilmu matematik

yang tidak dapat diingkari kebenarannya. Selain itu, Imama al-Ghazali juga ada

menggariskan apa yang patut diberikan perhatian berkaitan falsafah. Di dalam

tulisannya, al-MunqizMin al-Dalal, al-Ghazali menjelaskan falsafah mendapat

kemenangan dan boleh berdiri sendiri disebabkan dua kesilapan, iaitu; Kesilapan yang

muncul kerana pembentangan yang buruk yang dilakukan oleh orang-orang yang

membentangkan pendapat mereka tentang falsafah, dan yang kedua, kesilapan yang

muncul dari kejahilan pihak yang mempertahankan Islam dengan secara keseluruhannya

KAJIAN TOKOH FALSAFAH: IMAM AL-GHAZALI


meningkari falsafah

Imam al-Ghazali pernah memgatakan bahawa beliau tidak emndapati seorangpun

daripada tokoh ulama’ Islam yang memberi tumpuan kepada ilmu falsafah. Walaupun

para ulama’ kalam banyak mengecam falsafah namun dalam kitab-kitab yang mereka

tulis tentang falsafah hanyalah terdapat kata-kata yang kabur, kusut –masai serta

bertebaran di sana-sini. Al-Ghazali bangkit melakukan tugas yang dilakukan oleh

ulama’-ulama’ lain, bahkan tidak mampu dilakukan oleh mereka iaitu mempelajari ilmu

falsafah. Ujar beliau “Dengan pertolongan Allah, dalam tempoh kurang daripada dua

tahun saya emmpelajari falsafah dapatlah saya menguasai hingga ke akhir batas ilmu itu”

Walaupun menentang, beliau tetap mengikut pandangan-pandangan al-Farabi dan Ibnu

Sina tentang kejiwaan disamping masih menjadikan Aristotle sebagai panduan dalam

karya falsafahnya.

Sebagai kesimpulan, dapat dilihat Imam al-Ghazali amat memandang serius

tentang ilmu falsafah lebih-lebih lagi yang menyimpang dengan agaam Islam. Pendapat

dan pandangan beliau tentang falsafah telah menyelamatakan umat Islam daripada terus

menyimpang dari dari akidah dan syarak Islam. Walaupun beliau menentang falsafah,

tetapi al-Ghazali menerima suatu falsafah asalkan ia tidak melanggar norma agama Isalm.

KAJIAN TOKOH FALSAFAH: IMAM AL-GHAZALI


Bibliografi

Mahmud Hamdi Zamzuq, 1973, Antara Falsafah Islam Dan Falsafah Moden Barat:
Suatu Perbandingan Antaa Al-Ghazali Dan Descartes, Kaherah:Maktabah al-
Anglo al-Misriyyah.

Salih Ahmad al-Syami, 2001, Perjuangan Al-Ghazali menegakkan Kebenaran &


Menghapuskan Kebatilan. Johor: Perniagaan Jahabersa

Hasyim bin Haji Musa, Falsafah, Logik, Teori Nilai Dan Etika Melayu; Suatu
Pengeanlan, Kuala Lumpur:Akademi Pengajian Melayu.

Prof. Dr. Awang Sariyan.2007, Falsafah Dan Logika Melayu.Selangor: Synergymate


Sdn. Bhd.

(http://tokoh1038.blogspot.com/2005/03/. Tokoh Islam Imam Al-Ghazali Perintis


Falsafah Islam.html)

(http://en.wikipedia.org/wiki/Al-Ghazali)

(http://plato.stanford.edu/entries/al-ghazali/)

(http://www.geocities.com/pujangga1/0049.htm)

KAJIAN TOKOH FALSAFAH: IMAM AL-GHAZALI

Anda mungkin juga menyukai