Anda di halaman 1dari 4

LANGKAH PENYELESAIAN TERBAHAGI KEPADA EMPAT IAITU

PENDIDIKAN,PENGUATKUASAAN UNDANG2 PROGRAM KESEDARAN DAN HUBUNGAN


ANTARA KAUM

DALAM SUDUT PENDIDIKAN, KITA HARUSLAH PELAJARI BUDAYA PELBAGAI ETNIK

INI KERANA JIKA KITA PELJARI PELBAGAI BUDAYA ETNIK DI MALAYSIA, KITA DAPAT
MELAHIRKAN RASA TOLERANSI SESAMA KAUM. Melalui berkawan dengan pelbagai kaum,
KITA mampu mengenali budaya dan pantang larang mereka.Ibu bapa mestilah menggalakkan
anak-anak mereka untuk bersahabat dengan pelbagai etnik supaya gejala diskriminasi kaum
dapat diatasi sehingga akar umbi. CONTOHNYA TIDAK MAKAN MAKANAN DAGING DI
HADAPAN RAKAN KITA YANG BERBANGSA INDIA Bagi kaum India, lembu adalah satu
anugerah daripada Tuhan kepada manusia dan anugerah tersebut perlulah dihargai dengan
sebaiknya. MEREKA AKAN TERASA TERHARU DAN JUGA BERKEMUNGKINAN BESAR MEREKA
AKAN BERBUAT DEMIKIAN DNGAN TIDAK MEMAKAN MAKANAN DI HADAPAN KITA SEMSA
BULAN RAMADHAN.

MEMBENDUNG MASALAH DISKRIMINASI KAUM DI TEMPAT KERJA

Kita perlu ketahui masalah diskriminasi di tempat kerja bukan sahaja meliputi masalah
berkaitan dengan isu pemakaian pekerja malah ia juga boleh berlaku di dalam banyak
perkara seperti masalah diskriminasi dari segi jantina atau gender, diskriminasi dari aspek
agama atau kepercayaan, diskriminasi dari aspek bangsa, warna kulit dan keturunan,
diskriminasi dari segi umur, diskriminasi terhadap orang kurang upaya (OKU) dan lain-lain
lagi.

Segala masalah diskriminasi yang berlaku di tempat kerja ini akan menghasilkan impak
negatif bukan sahaja terhadap diri pekerja itu sendiri malah turut akan menjejaskan reputasi
dan produktiviti jabatan, organisasi atau syarikat yang terlibat dengan masalah berkenaan.

Walaupun negara kita sudah memiliki pelbagai jenis peruntukan undang-undang berkaitan
dengan pekerjaan seperti Akta Kerja 1955 [Akta 265] dan Akta Perhubungan Perusahaan
1967 [Akta 177] namun ia dilihat tidak memadai bagi memberi perlindungan yang
secukupnya terhadap isu yang berkaitan dengan masalah diskriminasi dalam negara kita.

Sejajar dengan Artikel 8 (2) Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan bahawa
“Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini tidak boleh ada
diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat
lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa
jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran
mana-mana undang-undang yang berhubung dengan pemerolehan, pemegangan atau
pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan atau apa-apa
pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan”, maka cadangan bagi
mewujudkan satu akta yang lebih khusus serta komprehensif bagi membendung masalah
diskriminasi ditempat kerja diberi pertimbangan secara serius oleh pihak kerajaan untuk
diwujudkan dalam negara kita.
Sudah sampai masanya untuk Malaysia memiliki akta khusus bagi membendung masalah
diskriminasi di tempat kerja supaya sebarang bentuk diskriminasi yang berlaku di tempat
kerja sama ada secara langsung atau tidak langsung dapat dinyatakan dengan lebih jelas
melalui peruntukkan undang-undang khusus mengenainya.

“Kesinambungan harmoni ini jelas kelihatan dalam gaya hidup baru generasi muda Malaysia.

WUJUD TOLERANSI ANTARA KAUM

Walaupun mereka berasal dari latar belakang sosial, agama dan etnik yang berbeza, namun
mereka dapat bersama-sama dan benar-benar menikmati cara hidup Malaysia.

“Perpaduan seperti ini yang mempunyai tahap toleransi yang tinggi dan mencari titik
persamaan tanpa mengurangi rasa hormat diri seseorang, menunjukkan evolusi kita sebagai
sebuah negara kerana toleransi dan kesederhanaan tidak dapat dipisahkan,” katanya.

Sementara itu, Baharin menyifatkan program sebegini mampu menjadi pendedahan awal
kepada golongan muda mengenai pentingnya toleransi antara kaum dan agama di negara ini.

“Terutama di pusat-pusat pengajian tinggi kerana di situ pelbagai kaum, bangsa dan agama
‘berhimpun’? Sudah tentu perpaduan dan toleransi menjadi kekuatan kepada pusat
pengajian tersebut dan seterusnya negara,

PROGRAM SAFE HEAL EMPOWER & STRENGTH

Majlis Prihatin Wanita UNISEL (MAWAR) dengan kerjasama Kelab Psikologi Industri di bawah
Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial pada 23 julai 2019 menganjurkan program bertajuk ‘Safe,
Heal, Empower and Strength’ (SHES) Program yang berlangsung di Auditorium Za’ba, UNISEL
Kampus Bestari Jaya itu diadakan bagi memberi kesedaran kepada semua pihak akan
kepentingan hak wanita serta kupasan isu penindasan dan diskriminasi yang perlu diatasi.
Program ini merupakan satu platform yang baik untuk memberi kesedaran kepada kaum
wanita selain membuka ruang kepada mereka untuk terus maju ke hadapan.

program tersebut juga berharap agar kaum wanita dapat memainkan peranan yang penting
dalam setiap perkara dan harus berani berusaha untuk terus maju ke hadapan.

MEMUPUK GENERASI YANG BERWAWASAN YANG AMAT MEMENTINGKAN PERPADUAN


KAUM SERTA TIDAK MELAKUKAN DISKRIMINASI DAN BESIKAP PREJUDIS TERHADAP KAUM
LAIN
TEORI CONTACT HYPOTHESIS

menunjukkan bahawa hubungan interpersonal antara kumpulan dapat mengurangkan


prasangka. Salah satu ahli teori awal yang mengkaji hipotesis hubungan adalah ahli psikologi
Harvard, Gordon Allport , yang menerbitkan buku berpengaruh The Nature of Prejudice pada
tahun 1954. Dalam bukunya, Allport mengkaji penyelidikan sebelumnya mengenai hubungan
dan prasangka antara kumpulan. Dia mendapati bahawa kontak mengurangkan prasangka
dalam beberapa kasus, tetapi itu bukan mujarab - ada juga kes di mana hubungan antara
kumpulan membuat prasangka dan konflik menjadi lebih buruk.

Menurut Gordon Allport, yang pertama kali mengemukakan teori, empat syarat diperlukan
untuk mengurangkan prasangka: status yang sama, tujuan bersama, kerjasama, dan
sokongan institusi.

Empat syarat

 Anggota kedua-dua kumpulan mempunyai status yang sama.


 Anggota kedua-dua kumpulan mempunyai tujuan Bersama
 Anggota kedua-dua kumpulan itu bekerjasama
 Terdapat sokongan institusi untuk hubungan tersebut (misalnya, jika pemimpin
kumpulan atau tokoh pihak berkuasa lain menyokong hubungan antara kumpulan).

Walaupun hipotesis hubungan dikaji paling kerap dalam konteks prasangka perkauman, para
penyelidik mendapati bahawa hubungan dapat mengurangkan prasangka terhadap anggota
pelbagai kumpulan terpinggir. Sebagai contoh, hubungan dapat mengurangkan prasangka
berdasarkan orientasi seksual dan prasangka terhadap orang kurang upaya. Para penyelidik
juga mendapati bahawa hubungan dengan anggota satu kumpulan tidak hanya
mengurangkan prasangka terhadap kumpulan tertentu, tetapi juga mengurangkan prasangka
terhadap anggota kumpulan lain. Para penyelidik telah mencadangkan bahawa hubungan
antara kumpulan dapat mengurangkan prasangka kerana ia dapat mengurangkan perasaan
cemas (orang mungkin ingin berinteraksi dengan anggota kumpulan yang tidak banyak
mereka hubungi).

KENALI BUDAYA DAN PANTANG LARANG

Walaupun amalan petua dan pantang larang lama ini berpaksi kepada agama suci Islam,
namun terdapat juga unsur-unsur animisme yang masih dikekalkan. Berasaskan senario ini,
makalah ini akan mengetengahkan unsur-unsur yang menunjukkan hubung kait antara petua
dan pantang larang tradisional Melayu Sarawak, khususnya dari aspek kehidupan seharian,
hidup berkeluarga dan keselamatan diri, dengan agama Islam dan unsur-unsur animisme.
Selain itu, penelitian akan berkisar tentang signifikan amalan petua serta pantang larang
tradisional ini pada zaman sekarang. Daripada penelitian, didapati bahawa petua dan
pantang larang tradisional masyarakat Melayu Sarawak mempunyai perkaitan rapat dengan
unsur-unsur yang dinyatakan sebelum ini, namun dengan batas dan penyesuaian
berlandaskan agama Islam. Selain itu, petua dan pantang larang lama ini dilihat bermanfaat
sebagai panduan dan nasihat kepada masyarakat dalam menelusuri alur kehidupan, justeru
ada antaranya yang masih diamalkan sehingga kini
KESIMPULAN

Sikap perkauman dan prejudis kaum mungkin tidak dapat dihapuskan sama sekali buat masa
ini.Tetapi jika kita terus bersikap bijak dan berhemah kita boleh membuat kemajuan yang
baik dalam memastikan gejala ini bukan sahaja terkawal, malah kesan-kesan buruknya ke
atas masyarakat dapat terus dikurangkan.  Kesimpulannya, prejudis, diskriminasi dan
stereotaip merupakan perkara yang tidak sihat sekiranya dilakukan mahupun menerima
perbuatan tersebut. Ketiga-tiga perkara ini hanya membawa keburukan berbanding kebaikan
dan mengukuhkan lagi bahawa ketiga-tiga perkara ini hendaklah sekerasnya dielakkan
daripada berlaku. Hidup yang lebih sihat dibentuk daripada usaha dan amalan yang sihat dan
positif oleh diri sendiri mahupun orang sekeliling. Namun ia salah satu langkah ke hadapan
yang boleh dilaksanakan segera untuk menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan
perpaduan kaum di negara ini terus terpelihara.walaupun ia tampak sperti tidak peri
pentingnya tentang isu prejudis dan diskriminasi kaum akan tetapi memberikan impak yang
besar seperti trajedi 13 mei

Anda mungkin juga menyukai