Anda di halaman 1dari 3

PENDIDIKAN SENI VISUAL

BAB 10: SENI TIPOGRAFI

MAKSUD:
Tipografi (typography) berasal daripada Bahasa Greek, iaitu typos yang bermaksud tanda
atau huruf manakala graphikos bermaksud melukis.

APLIKASI/FUNGSI:
 PAPAN TANDA
Umumnya, tipografi bagi tanda digunakan untuk menunjukkan arah atau amaran sama
ada menggunakan huruf, tanda baca ataupun symbol

 EMOTICONS
Merupakan visual yang menggambarkan perasaan atau emosi melalui representasi
ekspresi muka yang menggunakan jenis taip misalnya huruf, tanda baca dan symbol

 GRAFITI
Dikaitkan dengan tulisan ataupun lukisan yang dihasilkan dalam pelbagai teknik
menggunakan medium cat (khususnya cat semburan) pada dinding atau sebarang
permukaan yang kebiasaannya boleh dilihat oleh ramai orang

 POSTER
Bahan bercetak pada kertas dalam saiz dan format tertentu. Ia berfungsi untuk
menyampaikan maklumat atau promosi dengan menggunakan gebungan atau salah
satu elemen grafik seperti tipografi, ilustrasi, fotografi dan sebangainya

ANATOMI TAIP
CONTOH JENIS TAIP:
JENIS TAIP CONTOH JENIS TAIP
Huruf besar (capitals) ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ
Huruf kecil (lower abcdefghijklmnopqrstuvwyz
case)
SMALL CAPS ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ
Nombor 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 i ii iii iv v vi vii viii ix x xi`
Symbol matematik +-×÷=<>≤≥½¼%
Simbol-simbol lain @#$*£®©™

CONTOH KLASIFIKASI TAIP:


 OLD STYLE
 Ciri rekaan yang mengekekalkan reka bentuk daripada lukisan teknikal secara
manual
 Mempunyai bentuk serif yang bersudut dan tumpul, stroke tidak terlalu nipis
dan kurang kontras
 Contoh muka taip: Garamond dan Caslon

 TRANSITIONAL
 Terhasil daripada modifikasi taip old style
 Menggabungkan ciri-ciri yang terdapat pada kedua-dua old style dan modern
 Contoh muka taip: Baskerville dan Century Schoolbook

 MODERN
 Mempunyai ciri yang agak radikal berbanding old style dan transitional kerana
mempunyai stroke tebal dan nipis yang sangat kontras, serif yang lurus serta
paksi menegak
 Contoh muka taip: Bodoni dan Tiffany

 SLAB SERIF
 Mempunyai ciri stroke yang ketara dan tebal
 Biasanya digunakan bagi tujuan hiasan dan mempunyai ciri kebolehbacaan
yang rendah
 Contoh muka taip: Rockwell dan Egyptian

 SANS SERIF
 Taip ini tidak mempunyai serif
 Umumnya mempunyai saiz rekaan stroke yang sama dan berbentuk geometric
 Contoh muka taip: Arial dan Helvetica

 SCRIPT
 Diilhamkan daripada stroke yang dihasilkan menggunakan berus atau pena
 Secara umumnya, taip ini mempunyai dua ciri rekaan iaitu kasual ataupun
formal
 Contoh muka taip: Great Vibes dan Edwardian Script

TIPOGRAFI EKSPRESI:
Kita bukan sahaja membaca perkataan tetapi juga mampu membaca ekspresi pada reka
bentuk tipografi itu sendiri. Hal ini demikian kerana tipografi ekspresi memberi penekanan
secara visual (tersurat) terhadap maksud (tersirat) daripada sesuatu perkataan yang ingin
disampaikan

Contoh tipografi ekspresi


1. Onomatopoeia
2. Konotasi
3. Personifikasi taip
4. Figura taip