Anda di halaman 1dari 34

FOLIO BAHASA MELAYU

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

NOVEL PUTERA GUNUNG


TAHAN

TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA

Nama :_______________________________________________

Tingkatan :_______________________________________________

Disediakan oleh: R.Subramaniam


ISI KANDUNGAN FOLIO PUTERA GUNUNG TAHAN.
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
Bil Tajuk dipelajari Tarik Ulang Soalan
h kaji SPM
1 Biodata pengarang
2 Sinopsis novel. Bab 1 - 11
3 Plot novel
4 • Eksposisi (Permulaan)
• Perkembangan cerita
• Perumitan (Konflik)
• Klimaks (Puncak)
• Peleraian cerita
5 Tema
6 Persoalan
7 Watak Utama / Wakatak Protagonis:Ratu
Bongsu
• Perwatakan watak utama
• peranan watak utama
8 Watak sampingan:
• Robert
• William
• Perempuan Tua
9 Nilai kemanusiaan
10 Nilai kemasyarakatan / Citra masyarakat /
Gambaran masyarakat / Unsur
kemsyarakatan / latar msayarakat
11 Latar novel
• Latar masa
• Latar tempat
• Latar masyarakat
12 Unsur pengajaran
13 Nilai kemanusiaan
14 Soalan tahun-tahun lepas SPM
15 Contoh jawapan
16 Soalan Percubaan SPM 2005
17 Soalan Percubaan SPM 2006
18 Latihan Kendiri
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN

KENALI WATAK DALAM NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN

RATU BONGSU
WILLIAM

ROBERT PEREMPUAN
TUA

PEREMPUAN
ALI DAN AWANG SAKAI
(JURUPANDU)

Ali mati dipatuk ular tedung.


Awang mati kerana kesejukan dan
sakit perut.
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN

SINOPSIS
Bab 1
Negeri Pahang merupakan sebuah negeri tersohor di Semenanjung
Tanah Melayu. Seorang gabenor yang memerintah Tanah Melayu pernah
mengatakan bahawa Pahang merupakan sebuah negeri terbesar dengan
sungai, harimau, gajah, dan hutan rimba yang besar. Negeri Pahang juga
memiliki pahlawan yang handal dan hebat seperti Datuk Bahaman, Tok
Gajah dan Mat Kilau. Gunung Tahan merupakan gunung tertinggi di
Semenanjung Tanah Melayu. Diceritakan bahawa orang-orang Melayu
yang kalah menentang Sikh (askar British) dalam peperangan telah
melarikan diri ke dalam hutan dan Gunung Tahan. Seorang anak raja yang
berasa malu atas kekalahan orang Melayu telah naik ke Gunung Tahan
dan tinggal di situ. Baginda dikenali sebagai Putera Gunung Tahan.
Oleh itu, pengarang memberi judul novel ini Putera Gunung Tahan.

Bab 2
Tuan Robert dan Tuan William datang ke Kuala Tembeling sekitar
1926. Mereka merupakan pakar ilmu tumbuh-tumbuhan dan juga haiwan.
Mereka ditugaskan untuk mencari tempat peranginan bagi pegawai tadbir
Inggeris. Ali dan Awang ditugaskan menjadi jurupandu. Dalam perjalanan
menuju ke puncak gunung, hujan turun dengan lebat siang dan malam. Ali
mati kerana dipatuk ular tedung sementara Awang mati kerana sakit perut
dan kesejukan. Hujan turun selama tujuh hari. Robert dan William
terpaksa bermalam di dalam gua. Pada hari ketujuh, hujan mulai reda.
Robert telah keluar merayau-rayau menyaksikan keindahan hutan tetapi
telah ditangkap oleh orang-orang sakai. Tuan William berusaha
mencarinya tetapi hanya terjumpa kesan-kesan dan garisan-garisan di
permukaan tanah menunjukkan ada pergelutan berlaku. William menduga
bahawa Robert telah diserang oleh orang asli. Oleh itu, William kembali ke
gua dan bermalam di situ. Pada keesokan harinya, William terjumpa
sehelai sapu tangan dengan tulisan darah memaklumkan bahawa Robert
telah ditangkap oleh orang sakai. Walau bagaimanapun, William tetap
mempercayai bahawa Robert masih hidup kerana arang asli di Tanah
Melayu tidak memakan daging manusia.

Bab 3
Tuan Robert merayau-rayau di luar gua tempat persembunyian
kerana hendak mengambil gambar pemandangan dan tumbuh-tumbuhan
yang cantik. Dia dikepung oleh orang sakai. Robert tidak melawan kerana
tidak sempat menggunakan pistolnya. Dia menyerah diri. Dia dibawa ke
perkampungan orang sakai. Terdapat beberapa pondok di situ. Robert
berpendapat orang sakai di situ sudah maju kerana terdapat tanaman ubi
kayu, jagung dan padi huma. Walaupun Robert tidak dapat berkomunikasi
dengan orang-orang sakai, Robert dilayan dengan baik. Dia diberi makan
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
ubi bakar. Pada waktu malam, diadakan majis jamuan dengan nyanyian
dan sorak-sorai. Hidangan yang disediakan termasuk dua ekor babi
gemuk, buah-buahan dan umbut-umbut tumbuhan di dalam hutan. Di situ
terdapat seorang perempuan tua keturunan Melayu yang tidak makan
daging babi yang dihidangkan. Orang tua itu meminta jasa baik Tok Batin
memberitahu Robert bahawa tujuan jamuan itu bagi meraikan Robert
yang dilantik sebagai ‘Batin Putih’, iaitu penghulu kepada masyarakat
sakai di situ.

Bab 4
Selepas jamuan, Robert masih tidak berpuas hati walaupun dilantik
sebagai penghulu kerana jawatannya itu tidak menjanjikan sebarang
ganjaran dalam bentuk wang. Tujuannya datang ke Tanah Melayu
bersama-sama dengan William adalah untuk mendapatkan ganjaran lima
ribu paun yang dijanjikan kerajaan Inggeris sekiranya mereka berdua
berjaya mendapatkan kawasan peranginan di puncak gunung itu.
Perempuan tua menceritakan asal-usulnya kepada Robert iaitu beliau
berasal dari Kampung Marhum, Pekan, Pahang. Suaminya meninggal
dunia dalam pertempuran dengan askar Inggeris. Dia amat kecewa
dengan orang-orang Melayu kerana mereka tinggalkan perempuan tua
yang sarat mengandung di dalam hutan dan melarikan diri apabila
diserang oleh askar Inggeris. Dia diselamatkan oleh orang-orang sakai.
Setelah bersalin, dia memencilkan diri di dalam hutan dan tinggal
bersama-sama dengan masyarakat sakai. Puteranya yang bernama
Tahan dibawa oleh orang-orang sakai untuk mempelajari pelbagai ilmu.
Perempuan tua juga meluahkan perasaan bencinya terhadap orang
Inggeris.

Bab 5
Semasa Robert datang ke rumah perempuan tua, dia sedang
mengajar agama Islam kepada perempuan-perempuan sakai. Perempuan
tua menjelaskan kepada Robert bahawa sebagai balasan orang-orang
sakai mengajarnya ilmu dunia seperti ilmu pengasih, pembenci, dan uabt-
ubatan. Robert tidak percaya akan ilmu-ilmu itu dan ingin mengajar
agama Kristian. Perempuan tua marah dan mengenakan ubat pengasih
(cenuai) dalam minumannya. Perbuatan ini menyebabkan Robert tergila-
gila akan seorang gadis sakai. Dia ingin mengahwininya dan terpaksa akur
dengan adat istiadat masyarakat sakai. Dia terpaksa lari berkaki ayam
menangkap perempuan sakai yang lari mengelilingi busut jantan
sebanyak tujuh kali. Dia gagal menangkapnya. Lalu, dia terpaksa
memanjat pokok untuk menangkapnya. Robert tergelincir dan jatuh lalu
mati.

Bab 6
William cuba mencari sahabatnya yang hilang dan terjumpa dengan
Kusina, orang bunian yang berpakaian lengkap dan bertombak. Kusina
memperkenalkan diri sebagai pengiring Ratu Bongsu. Kusina mengenakan
syarat bahawa William tidak boleh turun dari puncak Gunung Tahan
apabila tiba di puncak gunung. William bersetuju dengan syarat yang
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
dikenakan itu. Kusina memberitahu William bahawa Robert telah mati.
Selepas dua hari dua malam, mereka berdua sampai ke puncak gunung.
William terdengar suara ayam berkokok, kambing mengembek, suara
burung dan suara manusia tetapi semuanya tidak dapat dilihat. Tiba-tiba
Kusina menghilangkan diri. Namun, William gembira kerana dapat sampai
ke puncak gunung.

Bab 7
Pada keesokan harinya, apabila terjaga daripada tidur, William
mendapati ada beberapa orang lelaki muda bersenjatakan keris dan
tombak memberitahunya bahawa Ratu Bongsu sedang menunggunya di
istana. William memberitahu Ratu Bongsu bahawa kerajaan Inggeris
sanggup membayar lima ribu ringgit kepadanya setiap bulan sepanjang
hayatnya dan suatu kawasan yang luas untuk membina istana yang cantik
kalau Ratu Bongsu sanggup melepaskan Gunung Tahan. Ratu Bongsu
menolak tawaran William dan William dibenarkan tinggal di situ buat
selama-lamanya.

Bab 8
Selepas sebulan tinggal di situ, William berasa bosan. Pada suatu
hari, Ratu Bongsu memberi teropong ajaib yang dibuat daripada buluh
dan William meneropong untuk melihat isterinya yang berada di England.
Dia berasa kesal kerana dapat melihat isterinya sedang bercumbu dengan
seorang lelaki. Ratu Bongsu menyalahkan budaya barat yang
menggalakkan pergaulan bebas. Dengan berbekalkan teropong itu juga,
Ratu Bongsu dapat melihat tingkah laku masyarakat Melayu yang
mengamalkan pergaulan bebas, berkunjung ke tempat tari-menari,
bersuka-ria, dan mengandung anak di luar nikah. Pengaruh barat telah
membawa musibah kepada masyarakat Melayu.

Bab 9
Sebelum Maharani (seorang perempuan tua) memberi kebenaran
kepada Ratu Bongsu untuk menggunakan beringin bercakap, baginda
dinasihati agar berhati-hati dengan William. William dapat melihat dan
mendengar perbualan antara isterinya dengan pemuda tersebut.
Isterinya mengadu bahawa William tidak bertanggungjawab kerana
langsung tidak mengutus berita dan mengirim wang selama setahun.
Pemuda itu andaikan bahawa William sudah mati. kemudian, Ratu Bongsu
menawarkan khidmat burung pesuruh jaya yang boleh membawa surat
William kepada isterinya yang berada di London. William sebenarnya
menulis surat meminta kerajaan Inggeris menghantar bantuan bagi
menawan Gunung Tahan. Ratu Bongsu dan William dapat meneropong
tingkah laku orang Melayu yang telah memeluk agama kristian dan pergi
ke gereja.

Bab 10
Selepas tiga bulan, datanglah dua buah kapal terbang ke tempat itu.
Namun, Ratu Bongsu mengesan hal itu terlebih dahulu dan mengarahkan
rakyatnya agar bersembunyi dan meninggalkan tempat itu. Ratu Bongsu
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
mengarahkan William agar mengambil Teropong dari bilik khazanahnya.
Ketika itu, Kusina telah menguncikan pintu bilik istana. Kapal terbang
telah tiba dan mengebom istana Ratu Bongsu dan puncak Gunung Tahan.
Kedua-dua kapal terbang Inggeris terhempas semasa hendak mendarat.
Daripada tujuh orang anak kapal, hanya isteri William, iaitu Mem William
terselamat. Setelah dijampi dan dirawat, isteri William sedar tetapi masih
terkejut.

Bab 11
Selepas tiga bulan, Ratu Bongsu membina sebuah bangunan yang
kecil tetapi comel sebagai tempat tinggal Mem William. Dia berasa insaf
kerana berlaku curang. Selepas tiga tahun tinggal di puncak Gunung
Tahan, Ratu Bongsu berkahwin dengan Mem William.

Tema dan Persoalan:

Maksud
Tema
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN

Maksud
Persoala
n

TEMA

Novel Putera Gunung Tahan karya _____________________________ bertemakan


nasionalisme orang Melayu menentang penjajah Inggeris. Buktinya, pahlawan-pahlawan
Melayu seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman dan Tok Gajah berjuang menggadai nyawa
menentang penjajah Inggeris. Ratu Bongsu juga digambarkan sebagai seorang yang tetap
mempertahankan Gunung Tahan daripada diserah kepada Inggeris walaupun dijanjikan
pelbagai kemewahan.

PERSOALAN

Buktinya ialah____________________________________
Perlunya sikap antipenjajah

________________________________________________

Buktinya ialah ____________________________________


Pembesar Melayu berdiam diri
setelah disogok
________________________________________________

Buktinya ialah ____________________________________


Tipu muslihat yang dilakukan
oleh penjajah. ________________________________________________

Buktinya ialah ____________________________________


Kelemahan orang Melayu dari Watak dan
segi ekonomi dan sosial
________________________________________________
Perwatakan

RATU BONGSU / PUTERA GUNUNG


TAHAN
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN

Ratu Bongsu merupakan anak_____________________________. Baginda


dilahirkan di __________________.Semasa usia baginda sepuluh tahun, baginda dibawa oleh
_______________________ untuk diajar pelbagai ilmu. Baginda seorang yang tegas.
Buktinya___________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
Seorang yang baik hati. Buktinya __________________________________________
___________________________________________________________________________
_________________________________________________________________. Seorang
pemerintah yang peka. Buktinya ________________________________________________
___________________________________________________________________________

PEREMPUAN TUA

Perempuan Tua merupakan bonda _______________________. Perempuan Tua


seorang yang kehilangan suaminya dalam pertempuran menentang penjajah _____________.
Dia seorang yang berpendirian tegas. Buktinya _____________________________________
___________________________________________________________________________
______________________________________. Seorang yang berpegang kuat pada ajaran
agama.
_____________________________________________________________________
__________________________________________________________. Seorang yang benci
akan penjajah. Buktinya _______________________________________________________
___________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________.

TUAN ROBERT
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN

Tuan Robert merupakan seorang pakar botani dan haiwan. Seorang yang tamak.
Buktinya___________________________________________________________________
__________________________________________________________________________.
Seorang yang suka berpura-pura. Buktinya ________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
____________________________________. Seorang yang suka bercakap besar. _________
___________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________.

TUAN WILLIAM

Tuan William, teman baik Tuan Robert. William seorang yang tamak. Buktinya
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
Seorang suami yang tidak bertanggungjawab. Buktinya ______________________________
___________________________________________________________________________
_____________________________________________________. Seorang yang sentiasa
mempunyai niat jahat. Buktinya _________________________________________________
___________________________________________________________________________
__________________________________________________________.

Nilai Kemanusiaan dan Unsur Pengajaran


FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
Nilai Kemanusiaan Unsur Pengajaran

1 Kasih sayang. Perempuan Tua


Kita hendaklah _______________________________
mengambil berat tentang hal
puteranya dan menasihati Ratu ___________________________________________
Bongsu agar jangan terlalu
___________________________________________
mempercayai Tuan William.
___________________________________________

2 Semangat patriotisme.
Kita hendaklah _______________________________
Pahlawan-pahlawan Melayu
seperti Mat Kilau dan Tok ____________________________________________
Gajah sanggup menentang
____________________________________________
penjajah Inggeris.
____________________________________________

3 Tolong-menolong.
Kita hendaklah ______________________________
Masyarakat sakai menolong
Perempuan Tua yang sarat ____________________________________________
mengandung dan ditinggalkan
____________________________________________
di dalam hutan seorang diri.

4 Keberanian. Ratu Bongsu


Kita hendaklah _______________________________
berani berhadapan dengan
serangan orang-orang Inggeris ____________________________________________
yang menggunakan dua buah
____________________________________________
kapal terbang.
____________________________________________.

5 Belas kasihan. Ratu Bongsu


Kita hendaklah _______________________________
membantu mengeluarkan Mem
William daripada kapal ____________________________________________
terbang yang terhempas.
____________________________________________
____________________________________________

PLOT
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN

Tuan William menulis surat


kepada kerajaan British untuk
menghantar dua buah kapal
terbang pengebom untuk menawan
Gunung Tahan.

KLIMAKS

PELERAIAN

PLOT
Kapal terbang berkenaan telah
EKSPOSISI
terhempas dan William mati di
dalam istana. Ratu Bongsu
menyelamatkan Mem William.
Mem William bersetuju
menjadi permaisuri Ratu
Pada mulanya diceritakan Bongsu.
kemasyhuran negeri Pahang
termasuk para pahlawan yang
menentang pihak penjajah
Inggeris. Robert dan William
mencari tempat peranginan untuk
pegawai Inggeris.

LATAR
Latar Masyarakat
TEMPAT Latar Masa
Di kawasan Gunung Tahan, sama ada
diMasyarakat
kaki bukit, pertengahan
terdiri Sebelum
dan
daripada
di berlaku banjir besar pada
R
A

A
T

puncak
masyarakat
gunung. orang
Jugaasli,
berlaku
orangtahun
diMelayu
Gua 1926. Peristiwa berlaku
Batu.
dan Peristiwa
penjajah. jugaJuga berlaku
sebelum
terdapat
di kemerdekaan Tanah
perkampungan
masyarakat bunian orangyang sakai.
tidak
Melayu.
Juga
boleh Peristiwa juga berlaku pada
berlaku
dilihatdidengan
sekitarmata
istana
kasar.
Ratu Bongsu.
waktu siang dan malam.
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN

Soalan Tahun-tahun lepas

Tahun Soalan (a) Soalan (b)


Nov. 2001 Kewajaran pengakhiran sebuah Persoalan
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
novel
Jun 2002 Sinopsis Empat nilai murni
Nov. 2002 Tema Latar Masyarakat
Jun 2003 Klimaks dan peristiwa kesudahan Latar Tempat
cerita.
Nov. 2003 Contoh persoalan kegigihan Menghuraikan watak utama
Jun 2004 Cabaran watak utama Empat unsur pengajaran
Nov. 2004 Tiga nilai kasih sayang Peranan watak utama dalam
menyelesaikan konflik
Jun 2005 Watak sampingan Tiga peristiwa yang dapat diteladani.
Nov. 2005 Nilai murni dalam novel Perbandingan latar tempat dalam
dua buah novel.
Jun 2006 Dua peristiwa yang menunjukkan Berdasarkan dua buah novel,
pertentangan antara watak dalam jelaskan dua nilai kemasyarakatan
sebuah novel. daripada setiap novel.
Nov. 2006 Unsur Pengajaran dalam sebuah Berdasarkan dua buah novel,
novel. jelaskan satu Persoalan daripada
setiap novel.

Jun 2007 Tema Nilai

Jelaskan dua peristiwa yang dapat Berdasarkan dua buah novel yang
Nov. 2007 dikaitkan dengan persoalan maruah. anda pelajari, huraikan cara watak
utama setiap novel menyelesaikan
konflik yang dihadapinya.

Aspek Kajian Sastera:

• Sinopsis (Jul 2002)


• Tema (Nov 2002) (Jun 2007)
• Persoalan(Nov 2001, Nov 2003),(Nov, 2006) (Nov 2007)
• Watak & Perwatakan (Nov 2003, Jun 2004, Jun 2005, Jun 2006)
• Plot (Nov 2001, Jul 2003)
• Konflik (Nov 2004) (Nov 2007)
• Latar (Nov 2002, Jul 2003),
• Latar tempat - Banding 2 novel (Nov 2005)
• Nilai (Jul 2002, Nov 2004, Jun 2006) (Jun 2007)
• Pengajaran (Jun 2004), (Nov, 2006)
• Peristiwa/Teladan (Jun 2005)
• Gaya Bahasa
• Watak Perempuan
• Biodata Pengarang
• Teknik Plot

Bentuk Soalan
• Soalan 4.
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
• 15 markah diperuntukkan. Gabungan markah ialah 8 dan 7 atau
gabungan lain yang seimbang.
• Soalan ini wajib dijawab.
• Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada 8 novel berikut:
o Terminal Tiga karya Othman Puteh
o Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusuf
o Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said
o Bukit Kepong karya Ismail Johari
o Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
o Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah
o Julia karya Abu Hassan Morad
o Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad
• 2 soalan akan dikemukakan.
• Soalan pemahaman terhadap kandungan novel menyoal berasaskan
kata tanya berikut:
o Apa...
o Siapa...
o Di mana...
o Mengapa/Kenapa...
o Bagaimana...
• Terdapat juga soalan yang mengemukakan satu pernyataan terlebih
dahulu dan diikuti oleh soalan yang bermula dengan arahan berikut:
oJelaskan...
oTerangkan...
oHuraikan secara ringkas...
oGambarkan ...
• Aspek kesusasteraan yang bakal disoal meliputi:

o Tema dan persoalan


o Watak dan perwatakan (Dinamik, statik dsb)
o Plot
o Latar (Tempat, masa dan masyarakat)
o Gaya bahasa
o Sudut pandangan
o Nilai dan pengajaran.
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN

Pendekatan menjawab soalan

• Memandangkan tiada petikan diberi seperti soalan KOMSAS lain,


anda perlu menjawab berdasarkan bacaan dan ingatan anda
terhadap teks novel yang telah dipelajari.
• Pilih satu novel sahaja.
• JANGAN mencampuradukkan jawapan anda seperti soalan 1
dijawab berdasarkan satu novel manakala soalan kedua
berdasarkan novel yang lain.
• Fahami apa yang terkandung dalam teks novel yang dipilih
terutama mengikut aspek struktur kesusasteraan yang telah
disenaraikan di atas.
• Baca soalan dan garis kata kunci soalan.
• Jangan terkeliru dengan pernyataan awal soalan. Ia mungkin
menggambarkan apa yang dikehendaki atau mungkin sebaliknya.
• Pastikan manakah aspek struktur kesusasteraan yang dikehendaki.
• Padankan apa yang disoal dengan markah yang diperuntukkan
kerana jumlah markah boleh menggambarkan berapa isi yang
dikehendaki.
• Contohnya:
o Jika soalan berkehendakkan anda menghurai 2 pengajaran
yang terdapat dalam novel yang anda pelajari, setiap
pengajaran diberi 1 markah manakala huraian dan contoh
diberi 1 markah lagi, menjadikan semuanya 4 markah. Markah
bahasa 4, menjadikannya 8 markah.
• Tulis menggunakan ayat yang sempurna dari segi struktur ayat dan
tanda baca yang digunakan.
• Gunakan bahasa yang standard, bukannya yang dipengaruhi kata
pinjaman atau loghat tempatan.
• Sekiranya soalan terdiri daripada dua bahagian, jawab bahagian
kedua dalam baris baru.
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
• Dicadangkan anda menggaris setiap isi yang dikemukakan dengan
pensel.
• Dicadangkan anda menggunakan tidak lebih daripada 20 minit
untuk menjawab kedua-dua soalan dalam bahagian ini.

Contoh Soalan dan Jawapan

1. Dalam sesebuah novel, terdapat peristiwa-peristiwa yang menarik dan


meninggalkan kesan terhadap pembaca. Berdasarkan novel yang telah anda
pelajari, huraikan satu peristiwa yang paling menarik dan berkesan bagi diri anda.
Jelaskan mengapakah anda berpendapat sedemikian.

Tuan Robert dikenakan cenuai dan tergila-gilakan perempuan Sakai. Tuan Robert
menghina kehidupan orang Sakai. Perempuan tua mengenakan cenuai sehingga dia tergila-
gilakan perempuan Sakai dan ingin mengahwininya. Tuan Robert mengikut segala adat resam
orang Sakai hingga akhirnya diperbodoh-bodohkan malah dia mati akibat terjatuh dari pokok.

Serangan kapal terbang Inggeris terhadap Gunung Tahan. Tuan William mati manakala
Gunung Tahan selamat. Tuan William membelot terhadap Ratu Bongsu dan menggunakan
burung pesuruhjaya untuk menghantar maklumat ke London dan meminta pihak Inggeris
menyerang Gunung Tahan. Ratu Bongsu menyeru Kusina memerangkap Tuan William di
dalam bilik hingga dia menjadi mangsa pengeboman oleh bangsanya sendiri. Peristiwa ini
menarik kerana membuktikan kebijaksanaan Ratu Bongsu menyelamatkan Gunung Tahan
dan orang Bunyian.

2. Huraikan mana-mana satu watak sampingan berdasarkan novel yang telah anda
pelajari.

Di Hadapan Pulau:
Afidah:
Sensitif. Selalu menangis apabila pergi ke kubur datuknya. Mudah bersimpati. Bersimpati
dengan nasib malang Aziz. Penyayang. Dia sayangkan datuknya. Dia meraung kesedihan
apabila datuknya terkorban akibat terkena bom askar Jepun. Taat. Dia mematuhi nasihat
datuknya supaya bermalam di rumah Mak Ketong.

Tuk Marzuki:
Bertanggungjawab. Dia yang menjaga Aziz. Bijak. Bercerita tentang sejarah silam. Berani.
Ke Merlimau ambil beras walaupun suasana perang.

Putera Gunung Tahan:


FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
Tuan Robert:
Tamak. Ingin menawan puncak Gunung Tahan kerana hadiah lima ribu paun.
Sombong. Dia memperbodohkan masyarakat Sakai dan bermegah tentang cara hidupnya.
Penipu. Dia ingin membeli kulit harimau putih daripada perempuan tua dan memberitahu
kawan-kawannya di London bahawa dia yang memburu harimau putihitu.

Tuan William:
Berani. Sanggup menempuh cabaran di dalam hutan belantara bersendirian. Penipu.
Menagih simpati Ratu Bongsu untuk mengirim surat kepada kerajaannya agar menawan
Gunung Tahan secara kekerasan. Pemaaf. Dia memaafkan isterinya yang berlaku curang
terhadapnya.

3. Semangat setiakawan sering ditonjolkan oleh pengarang dalam sesebuah novel.


Buktikan penyataan ini berdasarkan novel yang telah anda pelajari.

Robert dengan William. Mereka berdua bersama-sama menempuh segala cabaran


semasa mendaki Gunung Tahan. Perempuan Tua dengan Orang Sakai. Apabila perempuan tua
ditinggalkan di dalam hutan seorang diri dan ketika sarat mengandung, maka orang-orang
Sakailah yang membantu dan menyelamatkannya. Ratu Bongsu dengan orang bunian.
Apabila menyedari pihak Inggeris akan mengebom istananya, Ratu Bongsu memberitahu
orang-orang Bunian agar menyembunyikan diri supaya tidak menjadi mangsa pengeboman.

4. Huraikan empat pengajaran.

Kita hendaklah mempertahankan tanah air daripada dijajah oleh kuasa luar.
Contohnya Datuk Bahaman dan pejuang-pejuang bangsa sanggup berkorban demi
membebaskan negara daripada belenggu penjajah. Sebagai seorang isteri janganlah berlaku
curang terhadap suami. Contohnya Mem William berlaku curang terhadap suaminya di
London ketika suaminya berada di Tanah Melayu. Kita hendaklah menjaga maruah diri kita.
Contohnya Tengku Aisah bergaul bebas dengan lelaki dan didapati mengandung di luar
nikah. Kita hendaklah mempunyai pegangan agama yang kuat. Contohnya perempuan tua
tetap menganut agama Islam dan menyebarkan agama Islam di kalangan orang-orang Sakai.

5. Pelbagai kejayaan telah dicapai oleh watak utama dalam sesebuah novel.
Bandingkan sebab-sebab kejayaan watak utama dalam dua buah novel yang telah
anda pelajari.

Dalam novel Putera Gunung Tahan, Ratu Bongsu mempunyai pendirian yang kuat
sehingga William tidak dapat membeli puncak Gunung Tahan daripada Ratu Bongsu. Dalam
novel Di Hadapan Pulau, Aziz pula rajin. Dia selalu membantu Syed Fikri di kebun sayur.
Dalam novel Putera Gunung Tahan, Ratu Bongsu mempunyai sifat baik hati dan bersifat
penyayang. Dia memberi khidmat teropong ajaib, beringin bercakap dan burung pesuruhjaya
kepada William. Aziz dalam novel Di Hadapan Pulau turut memiliki sifat baik hati
ataupenyayang. Dia memicit-micit tengkuk Syed Fikri selepas dia mengadu sakit setelah
bekerja di kem Jepun. Nilai-nilai yang diamalkan oleh watak-watak ini yang membawa
kepada kejayaan mereka.
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
6. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan persoalan-persoalan yang
menarik perhatian anda. Nyatakan contoh-contoh yang sesuai.

Di Hadapan Pulau:
Semangat bekerjasama dan bergotong-royong. Penduduk kampung bergotong-royong
membina shelter. Kesempitan hidup akibat peperangan. Penduduk kampung menghadapi
kekurangan makanan sehingga Taksiah sanggup menggadai maruahnya. Kekejaman tentera
Jepun. Jepun menyeksa penduduk dan memaksa meeka bekerja sebagai buruh paksa.

Putera Gunung Tahan:


Penentangan terhdap penjajah. Walaupun negeri Pahang mundur, rakyat tidak rela
negeri itu dijajah oleh Inggeris. Pahlawan-pahlawan seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman dan
Mat Gajah sanggup berkorban dalam usaha menentang penjajah. Sikap orang Melayu yang
bermuka-muka. Ada sebilangan orang Melayu yang menjadi tali barut orang Inggeris dan
memihak mereka dan menentang orang Melayu sendiri. Sikap sombong orang Inggeris.
Orang Inggeris memandang rendah terhadap orang Melayu. Robert memberitahu perempuan
tua bahawa agama kristian lebihbaik daripada Islam. Orang Melayu mudah terpengaruh
dengan cara hidup barat. Haji Adam menjadikan rumahnya sebagai tempat hiburan yang
menggalakkan percampuran lelaki dan perempuan. Sebagai contoh, Tengku Aisah
mengandung di luar nikah.

7. Huraikan teknik penceritaan yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari.

Teknik Penceritaan: Dialog, monolog, monolog dalaman, pemerian, imbas muka,


imbas kembali, suspens / kejutan. Teknik dialog. Perempuan tua berbual dengan Tuan Robert.
Teknik monolog dalaman. Tuan Robert bercakap dalam hatinya kenapa dia boleh terjatuh
cinta dengan perempuan Sakai padahal dia pernah jumpah ramai gadis yang cantik. Teknik
pemerian. Ishak Hj. Muhamad menceritakan keadaan negeri Pahang secara panjang lebar.
Teknik imbas kembali. Perempuan Tua menceritakan kepada Tuan Robert kisah 30 tahun
dahulu sebelum bersama orang-orang Sakai. Teknik suspens/kejutan. Peristiwa dua buah
kapal terbang menyerang puncak Gunung Tahan.

8. Kekuatan utama sesebuah novel ialah kebolehan pengarang melukiskan wataknya


secara realistik. Sejauh manakah watak utama dalam novel yang telah anda pelajari
dibangunkan secara realistik.

Dalam novel Putera Gunung Tahan watak utama ialah Ratu Bongsu. Baginda
dilahirkan di dalam hutan oleh perempuan tua dan menjadi pemerintah di puncak Gunung
Tahan. Novel ini berlatarkan zaman penjajah dan tidak hairanlah Perempuan tua membawa
Ratu Bongsu ke dalam hutan. Ini disebabkan pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah
Melayu memang ramai melarikan diri ke dalam hutan untuk meneruskan perjuangan
menentang penjajah. Ratu Bongsu dilukiskan sebagai seorang yang bersemangat patriotisme.
Sebagai keturunan raja baginda memang wajar memiliki ciri-ciri ini. Baginda digambarkan
sebagai seorang yang tidak terpengaruh dengan harta atau kekayaan. Walaupun William
menawarkan pelbagai ganjaran yang lumayan, baginda tetap menolak tawaran berkenaan. Ini
merupakan ciri-ciri masyarakat tradsional ketika itu. Mereka hidup secara kolektif dan
sentiasa mementingkan kebajikan masyarakat dan bukan individu. Ratu Bongsu
digambarkan sebagai seorang yang berbudi bahasa dan bersopan santun. Walaupun William
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
berniat jahat, baginda tetap memberi layanan yang baik kepadanya. Ini memang masuk akal
kerana masyarakat Melayu terkenal dengan budi bahasa yang tinggi.

9. Latar sesebuah novel merupakan rakaman ciri-ciri masyarakat dan budaya.


Berdasarkan novel yang telah anda pelajari huraikan secara mendalam latar
masyarakat dan budaya yang digunakan.

Dalam novel Putera Gunung Tahan, terdapat masyarakat Melayu yang sanggup
menentang penjajah seperti Perempuan Tua, Datuk Bahaman, Tok Janggut dan lain-lain. Bagi
golongan ini kedaulatan tanah air jauh lebih diutamakan daripada memikirkan keselamatan
diri dan keluarga. Ada juga ahli masyarakat Melayu yang bersubahat dengan kaum penjajah
dan menyokong mereka semata-mata untuk mendapatkan jawatan dan pangkat. Mereka
hanya memikirkan kepentingan diri dan keluarganya sahaja. Mereka langsung tidak
memperlihatkan semangat patriotisme. Kehadiran kaum penjajah iaitu Inggeris telah
mengubah cara hidup dan budaya sebilangan kecil masyarakat Melayu.Golongan ini diwakili
oleh Tn.Hj.Adam dan Tengku Aishah. Rumah yang sepatutnya dijadikan surau telah
dijadikan tempat hiburan. Tengku Aishah mewakili masyarakat Melayu elit yang terjerumus
dalam budaya liar barat dan mengandung tiga bulan akibat pergaulan bebas.

10. Kekuatan utama sesebuah novel ialah kebolehan pengarang melukiskan wataknya
secara realistik. Sejauh manakah watak utama dalam novel yang telah anda pelajari
dibangunkan secara realistik.

Dalam novel Putera Gunung Tahan watak utama ialah Ratu Bongsu. Baginda
dilahirkan di dalam hutan oleh perempuan tua dan menjadi pemerintah di puncak Gunung
Tahan. Novel ini berlatarkan zaman penjajah dan tidak hairanlah Perempuan tua membawa
Ratu Bongsu ke dalam hutan. Ini disebabkan pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah
Melayu memang ramai melarikan diri ke dalam hutan untuk meneruskan perjuangan
menentang penjajah. Ratu Bongsu dilukiskan sebagai seorang yang bersemangat patriotisme.
Sebagai keturunan raja baginda memang wajar memiliki ciri-ciri ini. Baginda digambarkan
sebagai seorang yang tidak terpengaruh dengan harta atau kekayaan. Walaupun William
menawarkan pelbagai ganjaran yang lumayan, baginda tetap menolak tawaran berkenaan. Ini
merupakan ciri-ciri masyarakat tradsional ketika itu. Mereka hidup secara kolektif dan
sentiasa mementingkan kebajikan masyarakat dan bukan individu. Ratu Bongsu
digambarkan sebagai seorang yang berbudi bahasa dan bersopan santun. Walaupun William
berniat jahat, baginda tetap memberi layanan yang baik kepadanya. Ini memang masuk akal
kerana masyarakat Melayu terkenal dengan budi bahasa yang tinggi. Ratu Bongsu juga
digambarkan sebagai seorang pemimpin yang berpandangan jauh. Ciri-ciri ini harus ada pada
seorang raja. Sebagai pemerintah seharusnya mempunyai visi dan misinya sendiri.
Sehubungan ini, Ratu Bongsu meyedari akibat dan kesan buruknya kalau masyarakat Melayu
membenarkan orang Inggeris menjajah Tanah Melayu. Ratu Bongsu juga digambarkan
sebagai seorang pemimpin yang cerdik. Sebagai seorang pemimpin sifat ini amat dimiliki
oleh seseorang. Ciri-ciri ini terserlah apabila baginda berjaya memerangkap William di
dalam istana dan berjaya menyelamatkan diri dan kaum Bunyian apabila dua buah kapal
terbang mengebom istananya. Berdasarkan bukti-bukti yang dinyatakan di atas jelaslah
bahawa pengarang melukiskan watak Ratu Bongsu secara realisitik.

11. Huraikan nilai negatif masyarakat yang dapat anda perhatikan dalam novel yang
telah anda pelajari.
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN

Dalam novel Putera Gunung Tahan terdapat ahli masyarakat yang rosak akhlak.
Contohnya dapat kita lihat apabila Tn.Hj.Adam membuka sebuah tempat hiburan. Tengku
Aishah yang selalu mengunjungi tempat ini telah mengandung tiga bulan akibat pergaulan
bebas dengan kaum lelaki. Dalam novel ini juga terdapat ahli masyarakat yang tidak
berpegang teguh pada ajaran agama. Terdapat beberapa orang Melayu memasuki gereja
bersama-sama dengan orang inggeris. Juga terdapat ahli masyarakat yang tamak akan harta
dan kekayaan dunia. Willian dan Robert mewakili golongan ini. Mereka berdua sanggup
menggadai nyawa mereka demi menawan puncak Gunung Tahan. Malah William sanggup
membunuh Ratu Bongsu dan masyarakat Bunyian apabila menghubungi kerajaan di London
untuk menghantar dua buah kapal terbang untuk mengebom istana Ratu Bongsu. Selain itu,
terdapat juga ahli masyarakat yang tidak mengenang budi. Masyarakat Melayu tinggalkan
perempuan tua yang sarat mengandung di dalam hutan apabila melarikan diri ke dalam hutan
setelah dikejar oleh pihak Inggeris. Perempuan tua diselamatkan oleh kaum Sakai. Terdapat
juga ahli masyarakat yang memandang hina pada kaum lain. Contohnya Robert memandang
hina akan kaum Sakai setelah ditawan oleh mereka. Akhirnya dia dikenakan minyak cenuai
dan Robert tergilakan perempuan Sakai yang dihinanya. Akibatnya dia mati dalam keadaan
yang hina. Selain itu, terdapat ahli masyarakat yang menjadi tali barut orang Inggeris dan
menganiaya kaumnya sendiri. Didapati ada ahli masyarakat yang menyokong orang Inggeris
dan menganiaya pejuang bangsa.

12. Huraikan unusr pengajaran yang dapat anda peroleh melalui novel yang telah anda
pelajari.
Dalam novel Putera Gunung Tahan terdapat banyak unsur pengajaran. Sebagai rakyat
tercinta negara ini, kita hendaklah mempertahankan negara kita daripada diceroboh oleh
kaum asing. Contohnya Ratu Bongsu dan Perempuan Tua mempertahankan tanah air
daripada dikuasai oleh orang-orang Inggeris. Suami perempuan tua meninggal dunia dalam
usaha menentang penjajah dan perempuan tua sendiri melarikan diri ke dalam hutan untuk
meneruskan perjuangannya. Kita hendaklah menolong seseorang yang memerlukan bantuan.
Contohnya Ratu Bongsu menolong William mendapatkan khidmat teropong terus, beringin
bercakap dan burung pesuruh jaya. Kusina membantu William mendaki gunung Tahan dan
bertemu dengan Ratu Bongsu. Kita hendaklah mempunyai pendirian yang kuat. Contohnya
Perempuan tua dan Ratu Bongsu tetap tidak berganjak daripada keputusan mereka untuk
tidak menyerahkan Gunung Tahan kepada orang Inggeris walaupun dijanjikan ganjaran yang
lumayan. Kita hendaklah bersikap jujur. Contohnya Robert mahu menipu bahawa dialah yang
menangkap harimau putih. Kita hendaklah menjaga maruah diri. Contohnya Tengku Aishah
mengandung tiga bulan kerana pergaulan bebas dan bertindak di luar batasan dengan terikut-
ikut budaya barat yang liar. Kita hendaklah berpegang kuat pada agama kita. Contohnya
perempuan tua tetap beragama Islam walaupun tinggal bersama orang Sakai.

13. Watak protagonis biasanya memiliki nilai murni yang boleh dijadikan contoh
kepada orang lain. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, nyatakan nilai
murni yang dimiliki oleh watak berkenaan.

Watak protagonis dalam novel Putera Gunung Tahan ialah Ratu Bongsu. Ratu
Bongsu memiliki banyak nilai murni yang boleh diteladani oleh orang lain. Nilai murni
ditonjolkan oleh Ratu Bongsu ialah baik hati. Ini dapat dilihat apabila beliau membantu
William mendapatkan khidmat teropong, beringin bercakap, dan burung pesuruh jaya.
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
Cintakan tanah air. Dalam novel ini, Ratu Bongsu mempertahankan puncak Gunung Tahan
daripada terlepas ke tangan penjajah. Beliau menggagalkan segala usaha William untuk
menawan Gunung Tahan. Ketegasan. Ratu Bongsu mempunyai ketegasan dalam
mempertahankan Gunung Tahan walaupun akan dibayar dengan harga yang tinggi oleh
William. Kepintaran. Dalam novel ini, kepintaran Ratu Bongsu dapat dilihat apabila mampu
memerangkap William sehingga William mati akibat pengeboman kapal terbang negaranya
sendiri. Bertanggungjawab. Ratu Bongsu bertanggungjawab kepada penduduk Bunyian.
Apabila dua buah kapal terbang menyerang istana baginda, baginda mengarahkan penduduk
di bawah jagaannya tidak menjelma atau bersembunyi supaya tidak membahayakan nyawa
masing-masing.

14. Pengarang yang berpengalaman akan menggunakan pelbagai gaya bahasa dalam
menghidupkan karyanya. Huraikan gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang
anda pelajari.

Gaya bahasa yang digunakan oleh pengarang dalam novel Putera Gunung Tahan
secara keseluruhannya adalah mudah difahami. Terdapat perkataan klasik seperti “kotak
pemukul gambar.” Juga terdapat penggunaan bahasa Arab seperti “Alhamdulillah.” Ada juga
penggunaan kata-kata Inggeris seperti “Good morning old lady.” Pengarang juga
menggunakan simpulan bahasa seperti “Masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang
kambing mengembek.” “Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.” Ada penggunaan
gaya bahasa simile.Contoh “seperti beruk patah kaki.”

15. Perjalanan cerita sesebuah novel banyak bergantung kepada kebolehan pengarang
mewuudkan konflik pada watak-watak utamanya. Huraikan konflik sedemikian
pada watak-watak utama dalam novel yang telah anda pelajari.

Terdapat banyak konflik yang diwujudkan oleh penulis dalam novel Putera Gunung
Tahan. Pada permulaan cerita Robert hilang dan William tertanya-tanya tentang nasib Robert
dan memikirkan tentang nasib kawannya apabila ditangkap oleh kaum Sakai. Pembaca turut
tertanya-tanya apakah yang akan berlaku kepada Robert. Sebenarnya dia diberi layanan yang
baik malah diberi jawatan sebagai batin putih. Konflik turut dialami oleh William yang beria-
ia hendak mengetahui akan hal isterinya yang berada di London. Melalui teropong ajaib
didapati isterinya bermadu kasih di atas ranjang dengan lelaki lain. Konflik turut dapat dirasai
apabila istana Ratu Bongsu ingin dibom oleh dua buah kapal terbang Inggeris. Pembaca
tertanya-tanya adakah niat jahat william akan berjaya atau sebaliknya. Pembaca tertanya-
tanya apakah Ratu Bongsu dapat menyelamatkan diri dan kaum Bunyian daripada komplot
William itu.

16. Sesebuah novel sering memperlihatkan beberapa latar tempat yang berbeza.
Buktikan penyataan ini berdasarkan novel yang telah anda pelajari.

Dalam novel Putera Gunung Tahan cerita berkisar sekitar beberapa latar tempat yang
berbeza. Kebanyakan kisah berlaku di dalam hutan dan puncak Gunung Tahan tempat
tinggal Ratu Bongsu.Peristiwa pengeboman dua buah kapal terbang berlaku di situ.
Kebanyakan kisah juga berlaku di perkampungan orang asli di mana Robert telah ditangkap
dan ditahan oleh kaum Sakai. Kisah seperti Robert mengejar perempuan muda dengan
berkaki ayam dan peristiwa memajat pokok untuk menangkap perempuan muda sakai turut
berlaku di sini.Kisah juga berlaku di kota London apabila William meneropong untuk
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
mengetahui akan hal isterinya semasa ketiadaannya di rumah. Ketika itu didapati isterinya
berasmara dengan lelaki lain. Cerita juga berlaku di kawasan perkampungan, di rumah
Tn.Hj.Adam, gereja dan pusat hiburan kunjungan Tengku Aishah yang mengamalkan cara
hidup bebas akibat pengaruh barat.

Soalan Percubaan 2005


1. Negeri Johor
1.1 Nyatakan dua latar tempat dalam novel yang anda kaji dan huraikan peristiwa
yang berlaku di tempat itu.
1.2 Berdasarkan novel yang anda kaji, jelaskan persoalan-persoalan yang menarik
perhatian pembaca dengan menggunakan contoh-contoh yang sesuai.

2. Negeri Sembilan

2.1 Huraikan latar masa dalam satu novel yang anda kaji.
2.2 Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, jelaskan dua persamaan dan dua
perbezaan watak utama dalam kedua-dua novel itu.

3. Negeri Melaka

3.1 Kejayaan dan keberkesanan sesebuah novel bukan disebabkan peranan watak utama
semata-mata tetapi disokong dan dibantu oleh watak sampingan. Berdasarkan novel
yang anda kaji, huraikan perwatakan watak sampingan perempuan yang terdapat
dalam novel tersebut.
3.2 Latar masyarakat mempengaruhi kehidupan bermasyarakat. Merujuk kepada novel
yang anda pilih, jelaskan persamaan latar masyarakat yang terdapat dalam kedua-
dua buah novel tersebut.

4. Negeri Terengganu (Percubaan Pertama)

4.1 Berdasarkan contoh-contoh yang sesuai daripada dua buah novel yang anda pelajari,
nytakan empat persoalan yang mempunyai ciri-ciri persamaan.
4.2 Peranan watak-watak sampingan banyak membantu penceritaan sesebuah novel.
Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan peranan watak sampingan yang
membantu perkembangan watak utama.

5. Negeri Terengganu (Percubaan Kedua)


FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN

5.1 Tema merupakan mesej utama pengarang untuk dipersembahkan kepada pembaca.
Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tema secara jelas.
5.2 Latar masa dalam sesebuah novel dapat memberi gambaran yang lebih jelas tentang
masa berlakunya sesuatu peristiwa. Jelaskan tiga latar masa dan peristiwa yang
berlaku pada masa tersebut.

6. Penang Free School

6.1 Watak dan perwatakan merupakan perkara yang amat penting dalam sesebuah cerita.
Berdasarkan novel yang anda kaji, jelaskan mengapakah watak antagonis
ditonjolkan oleh pengarang?
6.2 Huraikan empat latar tempat dan peristiwa yang berlaku berdasarkan novel yang
anda kaji.

7. Negeri Kedah

7.1 Huraikan tiga persoalan kebijaksanaan dalam novel yang anda pelajari.
7.2 Latar masa dalam sesebuah novel dapat memberi gambaran yang lebih jelas tentang
masa berlakunya sesuatu peristiwa. Jelaskan tiga latar masa dan peristiwa yang
berlaku pada masa tersebut.

8. Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

8.1 Teknik imbas kembali dan teknik imbas muka sering digunakan oleh penulis
dalam menghidupkan jalan cerita sesebuah novel. Berikan dua contoh peristiwa bagi
menggambarkan setiap teknik plot tersebut.
8.2 Huraikan latar masa serta peristiwa menarik yang berlaku pada masa berkenaan
seperti yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

9. Negeri Perak

9.1 Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan bagaimanakah pengarang memulakan
ceritanya dan apakah keistimewaan permulaan cerita itu?
9.2 Huraikan latar masa bagi novel yang telah anda kaji.

10. Negeri Kelantan

10.1 Berdarkan dua buah novel yang telah anda kaji, bandingkan latar masyarakat
dalam kedua-dua buah novel tersebut.
10.2 Teknik suspens sering digunakan oleh pengarang sebagai teknik penceritaan dalam
sesebuah novel. Huraikan penggunaan teknik tersebut berdasarkan novel yang anda
kaji.
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN

Soalan Percubaan 2006

1. Negeri Johor
1.1 Dalam sesebuah novel terdapat watak sampingan yang bertindak membantu
watak utama. Pilih satu watak sampingan berkenaan dan huraikan tindakan-
tindakan watak sampingan yang tersebut untuk membuktikan kenyataan di atas.
1.2 Bekerjasama ialah nilai murni yang sering ditemukan dalam sesebuah novel. Buat
perbandingan tentang nilai tersebut berdasarkan peristiwa-peristiwa dalam dua
buah novel yang telah anda kaji.

2. Negeri Melaka (Percubaan)

2.1 Kerjasama merupakan salah satu nilai murni yang terdapat dalam novel yang telah
anda kaji. Buktikan penyataan tersebut.
2.2 Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, bandingkan tema novel-novel
berkenaan.

3. Negeri Melaka (PRA SPM)

3.1 Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang
menimbulkan suspens kepada pembaca.
3.2 Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan dua persoalan daripada
setiap novel.

4. Negeri Perak

4.1 Pengarang sering mengemukakan teguran tentang amalan yang tidak sihat dalam
masyarakat melalui karyanya bagi menimbulkan kesedaran dan melahirkan
masyarakat yang harmoni. Berdasarkan novel yang anda pelajari, jelaskan dua
teguran yang dikemukakan oleh pengarang.
4.2 Teknik plot yang lazim digunakan oleh pengarang dalam sesebuah karya ialah
teknik imbas kembali. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan
satu contoh peristiwa imbas kembali bagi setiap novel.
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN

5. Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

5.1 Terdapat pelbagai teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam novelnya.
Antaranya ialah teknik suspens. Huraikan dua peristiwa yang menggunakan teknik
suspens dalam satu novel yang telah anda pelajari. Apakah kesan unsur suspens
tersebut kepada pembaca?
5.2 Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, bandingkan satu persoalan
dalam setiap novel dengan memberikan contoh yang sesuai.

6. Penang Free School

6.1 Kehadiran watak sampingan adalah untuk memperkukuh pernyataan tema,


persoalan dan nilai dalam sesebuah karya kreatif. Huraikan dua nilai kasih sayang
yang dimiliki oleh watak sampingan dalam sebuah novel yang telah anda kaji.
6.2 Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan persoalan-persoalan
yang berbeza daripada kedua-dua novel tersebut.

7. Negeri Sembilan

7.1 Huraikan empat pengajaran yang terdapat dalam novel yang telah kaji.
7.2 Peranan watak sampingan banyak membantu perkembangan plot sesebuah novel.
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, bandingkan perwatakan watak
sampingan dalam setiap novel itu.

8. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

8.1 Pengarang sering memaparkan kritikan sosial dengan mengetengahkan kepincangan


yang berlaku dalam masyarakat. Huraikan dua kepincangan yang berlaku dalam
masyarakat berdasarkan novel yang telah anda kaji.
8.2 Latar masa merupakan aspek penting dalam sesebuah novel. Huraikan tiga latar
masa dan peristiwa yang berlaku berdasarkan novel yang anda pelajari.

9. Negeri Terengganu

9.1 Pelbagai kepincangan yang berlaku dalam masyarakat yang cuba didedahkan oleh
pengarang. Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan dua
kepincangan yang berlaku dalam masyarakat yang cuba didedahkan oleh
pengarang daripada setiap novel tersebut.
9.2 Plot memainkan peranan penting dalam sesebuah novel kerana plot yang baik dapat
menarik perhatian pembaca untuk terus membaca dan menghayati hasil
kesusasteraan. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan plot yang
terdapat dalam novel tersebut.
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN

TEMA - Semangat cinta _________________dan perjuangan _____________________


tanah air daripada dijajah oleh Inggeris.

Pahlawan-pahlawan Melayu seperti _______________________________berjuang bermati-


matian menentang ___________kerana tidak mahu negeri Pahang dijajah oleh___________.
Orang Melayu banyak yang tinggal di dalam hutan kerana benci kepada Inggeris dan
Perempuan Tua sanggup tinggal dengan ________________di kaki Gunung Tahan. Beliau
juga benci kepada bangsanya sendiri yang mementingkan diri. Ratu Bongsu sanggup hidup
dengan ______________________di puncak Gunung Tahan dan memerintah negerinya
dengan penuh patriotik. Ratu Bongsu berusaha bersungguh-sungguh mempertahankan
Gunung Tahan daripada penjajah walaupun ditawarkan oleh Tuan William dengan tawaran
yang________________. Kejayaan Ratu Bongsu yang jelas diperlihatkan dalam novel ini
ialah menggagalkan cubaan Inggeris menyerang Gunung Tahan dan memungkinkan
________________jatuh cinta kepadanya.

PERSOALAN

1. Sifat tamak penjajah Inggeris di Tanah Melayu.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

2. Sikap Penjajah Inggeris yang sombong.

________________________________________________________________________
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
________________________________________________________________________

3. Pengaruh Inggeris dalam kehidupan masyarakat Melayu.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

4. Penentangan terhadap Inggeris.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

5. Sikap orang Melayu yang belot dan mengkhianati tanah air sendiri.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

6. Adat istiadat dan cara hidup orang Sakai.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

7. Keindahan dan keajaiban di puncak Gunung Tahan.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

PLOT

Binaan Plot

1. Permulaan cerita - pengenalan negeri _____________pahlawan-pahlawan yang


gugur dalam peperangan menentang Inggeris dan watak-watak orang melayu yang
telah tewas dalam peperangan tersebut di Gunung Tahan.

2. Perkembangan cerita - Tuan Willian dan ____________mendaki Gunung Tahan dan


situasi Tuan Robert di perkampungan orang Sakai sehingga kematian Tuan Robert.

3. Perumitan / konflik cerita - Tuan William berkonflik dengan ___________dalam


mempertahankan hak.
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
4. Kemuncak cerita - Kedatangan dua buah ____________menyerang puncak Gunung
Tahan dan kesan serangan itu terhadap istana dan penduduk negeri tersebut.

5. Peleraian cerita - percintaan _________________dengan Ratu Bongsu berakhir


dengan perkahwinan.

LATAR

1. Latar Tempat

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

2. Latar Masa

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

3. Latar Masyarakat

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

NILAI ( Isikan tempat kosong dengan contoh yang sesuai)

1. Cinta akan tanah air.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

2. Keberanian.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

3. Kasih Sayang.
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

4. Kebijaksanaan.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

5. Belas Kasihan.

________________________________________________________________________

6. Berpendirian Tegas.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

7. Taat Kepada Agama.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

8. Nasihat-menasihati.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

PENGAJARAN

(Isikan tempat kosong dengan contoh yang sesuai)

1. Kita hendaklah insaf tugas sebagai warganegara untuk mempertahankan tanah air
daripada dijajah.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

2. Kita hendaklah berani mempertahankan negara daripada dijajah.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

3. Kita hendaklah mempertahankan kesucian agama.

________________________________________________________________________
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
________________________________________________________________________

4. Kita hendaklah mematuhi adat istiadat masyarakat setempat.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

5. Kita hendaklah mendengar nasihat orang tua / orang yang lebih berpengalaman.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

6. Kita hendaklah mempunyai rasa simpati dan belas kasihan sesama insan.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

7. Kita hendaklah bijaksana dalam melakukan sesuatu tindakan.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

8. Kita janganlah tamak akan harta kekayaan hingga mendatangkan keburukan


kepada diri sendiri.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

9. Kita jangan mudah terpengaruh dengan budaya hidup orang barat yang negatif.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

10. Kita janganlah belot dan mengkhianati tanah air tercinta.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

11. Kita janganlah bersikap sombong hingga menyakiti hati orang lain.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

12. Kita janganlah melakukan perbuatan maksiat yang ditegah oleh agama.
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

13. Kita janganlah berlaku curang pada suami.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

14. Kita janganlah bertindak keterlaluan hingga mengakibatkan kemusnahan.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

15. kita janganlah menggunakan jasa keturunan nenek moyang untuk mendapatkan
sesuatu kepentingan bagi diri sendiri.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

GAYA BAHASA

1. Gaya Bahasa

a. Gaya bahasa dialog.

b. Gaya bahasa bercerita.

2. Keragaman Bahasa.

a. Ayat yang digunakan oleh pengarang _____________________________

b. Diksi atau pemilihan kata oleh pengarang seperti berikut :

i. Pemilihan kata-kata klasik - contohnya, ___________________________

ii. Pemilihan kata-kata asing - contohnya, _____________________________

iii. Pemilihan kata-kata yang ___________ - contohnya, ...sedang berenang dengan


tenang dan senang...

c. Peribahasa- contohnya, ____________________________________________________


FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
d. Simile - contohnya;_______________________________________________________

e. Hiperbola - contohnya; ____________________________________________________

f. Personifikasi - contohnya;__________________________________________________

3. Fungsi Unsur Gaya Bahasa.


i. Dapat mengindahkan karya dan memungkinkan bunyinya sedap didengar.

ii. Dapat memberi gambaran yang jelas.

iii. Dapat memberi kesan yang mendalam dan menarik minat pembaca.

iv. Unsur gaya bahasa dapat memperkaya bahasa.

v. Dapat menghidupkan cerita.

vi. Dapat menunjukkan pengarang memperoleh identiti tertentu.