Anda di halaman 1dari 8

1.

0 Pendahuluan

Pemimpin ditafsirkan sebagai seseorang yang diiktiraf oleh satu atau lebih daripada seorang, di
mana pemimpin tersebut mempunyai pengaruh, berwibawa dan mempunyai kuasa. Berlaku
sama ada dalam jangka masa atau pendek pada situasi tertentu. Seseorang pemimpin terlebih
dahulu perlu memahami dengan jelas bagaimana pemimpin perlu membimbing pengikutnya.
Pemimpin merupakan individu yang boleh mempengaruhi kepada individu yang lain di dalam
satu organisasi. Kepimpinan yang menarik adalah wujud pemimpin yang berada dalam
organisasi yang mempunyai struktur tersendiri dengan mewujudkan hubungan pemimpin dan
pengikut bagi mencapai kecemerlangan. Pencapaian yang cemerlang dalam sesuatu organisasi
memerlukan aktiviti yang di rancang oleh pemimpin bagi mendorong pengikutnya meningkatkan
prestasi dan keazaman kearah kecemerlangan organisasi tersebut.

Komunikasi dua hala antara pemimpin dan pengikut adalah penting. Pemimpin sentiasa
mencari peluang untuk menginovasi, membangun dan memajukan diri. Walau bagaimanapun,
pemimpin bukanlah membentuk sesuatu dengan sendirinya, malah ia memerlukan sokongan
dan penglibatan serta kerjasama semua pihak. Kekuatan komuniti dan organisasi dapat di nilai
apabila suara pemimpin atau ketua didengar dan dihormati. Pekerja menghormati setiap
pendapat dan pandangan yang dinyatakan pemimpin untuk memastikan matlamat organisasi
tercapai. Persekitaran positif juga dapat mengubah sesuatu keputusan apabila suara pengikut
didengari bertujuan untuk berbincang dan membuat keputusan. Ini dapat dilihat melalui
pentadbiran sekolah yang mana pihak pentadbir akan mendengar dan berkongsi pendapat
dengan guru untuk memastikan pentadbiran sekolah berjalan dengan lancar. Pengalaman dan
pengetahuan yang dimiliki oleh guru membantu dalam meningkatkan prestasi sekolah dengan
lebih baik. Suasana kerja akan bertambah baik apabila penglibatan setiap guru dan pekerja
berbanding suasana kerja yang mengutamakan kepentingan diri sendiri. Pelaksanaan tugasan
berdasarkan tahap kemampuan dan membantu untuk melaksanakan setiap tugasan adalah
penting untuk diterapkan kepada guru dan pekerja. Ini akan membantu pihak pentadbiran
sekolah dalam melaksanakan setiap kehendak yang dinyatakan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.

1
2.0 Objektif

Bagi mencapai tujuan tugasan, terdapat dua objektif kajian yang ditetapkan. Kajian ini bertujuan
untuk :

1) Untuk mengenalpasti masalah-masalah yang timbul kepada pemimpin dalam mentadbir


organisasi.
2) Untuk mengenalpasti sejauh mana pelaksanaan gaya kepimpinan dapat membantu
pemimpin dalam mentadbir organisasi.

3.0 Penyata Masalah

Pemimpin sebuah organisasi berhadapan dengan pelbagai cabaran dimana fleksibiliti dan
kebijaksanaan pemimpin diperlukan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan
menggunakan gaya kepimpinan yang bersesuaian demi kepentingan bersama. Gaya
kepimpinan yang sesuai akan mempengaruhi cara kerja, komitmen dan produktiviti. Kepimpinan
adalah proses mendorong pekerja untuk melaksanakan kerja dan menanam sifat kerjasama di
kalangan pekerja sehingga mencapai tahap maksima yang ditetapkan. Namun begitu,
kepuasan bekerja sukar untuk dicapai sekiranya berlaku isu atau masalah yang melibatkan
pentadbiran organisasi. Isu masalah dalam kepimpinan dapat dilihat dalam setiap pentadbiran
organisasi. Masalah yang timbul lebih rumit apabila sukar untuk mencari pelakunya. Terdapat
pelbagai masalah dan kes yang terjadi dalam sebuah organisasi, namun pekerja akan
mengambil pendapat mendiamkan diri dan pemimpin akan dipersalahkan. Menurut John C.
Maxwell, kepimpinan seseorang akan menentukan jatuh dan bangun organisasinya.

Masalah dan isu yang melibatkan sesebuah organisasi berpunca daripada masalah
yang merangkumi penglibatan dan pelaksanaan. Aspek yang dilihat berdasarkan masalah
kurangnya kesedaran diri, sama ada dari tampuk kepimpinan atau dalam kalangan kakitangan.
Masalah yang dapat dikenal pasti adalah tiada pemimpin yang ketara. Ini jelas apabila
pemimpin yang menguruskan secara mikro atau yang menghilangkan diri untuk masa yang
lama boleh menjadi penyebab utama berlakunya masalah besar. Sebagai contoh, Steve Jobs
pernah menyatakan yang beliau lebih cenderung mengambil atau merekrut kakitangan yang
bijak dan terlatih supaya mereka boleh berkongsi pendapat dan memberitahu perkara yang

2
perlu di lakukan dalam sebuah organisasi. Namun begitu, pendekatan tersebut tidak bermakna
beliau hanya melihat pelaksanaan sesesuatu produk dan membiarkan pekerjanya membuat
kerja. Pendekatan ini adalah untuk meningkatkan prestasi setiap pekerja dan membantu
pekerja mengetahui hala tuju setiap organisasi. Mustahil untuk seorang pekerja untuk
mengetahui setiap perlaksanaan kerja betul atau tidak jika tiada pemimpin yang memberi tunjuk
ajar. Contoh yang boleh dikenal pasti yang mempunyai perkaitan dengan kepimpinan sekolah
ialah setiap guru perlu mendengar pandangan pentadbir atau ketua dalam setiap pelaksanaan
tugasan yang diamanahkan.

Masalah seterusnya yang kerap terjadi dalam sebuah organisasi adalah pelaksanaan
tugasan yang diberi merupakan cabaran dan perkara baru dan suasana kerja menjadi senyap
dan sunyi. Kebanyakan pemimpin mengetahui suasana sekiranya ingin mencari punca isu dan
masalah. Pertanyaan atau pendapat tidak dapat dinyatakan atas sebab hilang keyakinan
terhadap kepimpinan atau penyelesaian terhadap sesuatu masalah tidak dilaksanakan. Sebagai
pemimpin, tugas untuk menyuarakan pendapat dan berbincang dalam menangani masalah
yang dihadapi. Sesetengah pekerja sukar untuk berbicara dan kurang selesa untuk menyatakan
masalah yang dihadapi, sebagai pemimpin yang berdedikasi haruslah perlu mengetuai
organisasi untuk mencapai penyelesaian yang terbaik. Sikap mengelak atau lari dari masalah,
ia hanya akan menjadikannya lebih besar dan lebih sukar untuk ditangani.

4.0 Kajian Literatur

Kepimpinan mempunyai pelbagai definisi. Terdapat banyak kajian mengenai kepimpinan, tetapi
masih belum ada sepakatan mengenai pendefinisian tersebut. Konsep awal kepimpinan adalah
mengaitkan pemimpin dengan kedudukan rasminya. Dalam bidang kepimpinan, dapat dilihat
konsep memujuk untuk memastikan pekerja mematuhi arahan yang diberikan pemimpin lebih
berkesan dalam pelaksanaan tugasan. Pemimpin boleh didefinisikan sebagai ketua yang
memimpin di dalam kumpulannya atau ketua yang memimpin orang bawahannya yang
mempunyai autoriti dan suara yang dapat mempengaruhi kumpulan. Kepimpinan adalah
tingkah laku individu, apabila sedang mengarahkan aktiviti kelompok ke arah matlamat yang
dikongsikan bersama. Kepimpinan juga merupakan proses untuk mempengaruhi sesuatu
kumpulan bagi memcapai matlamat.

3
5.0 Rumusan/Perbincangan

Kepimpinan dalam pendidikan adalah memainkan peranan penting dalam melaksanakan


budaya positif di sekolah. Ini juga mempengaruhi murid dalam pembelajaran dan pencapaian.
Keberkesanan kepimpinan di sekolah dapat mencapai transformasi sebuah sekolah.
Pendekatan kepimpinan yang berkesan dapat mengubah sekolah biasa kepada sekolah yang
mencapai kejayaan yang terbaik. Antara gaya kepimpinan yang berkesan dalam pendidikan
bagi persediaan untuk memberi impak dalam satu kepimpinan adalah kepimpinan instruksional.
Gaya kepimpinan mempengaruhi hasil pembelajaran murid dengan meningkat prestasi dan
kualiti pengajaran. Untuk mencapai matlamat, pemimpin bertanggungjawab dalam pembanguna
setiap guru. Kepimpinan instruksional merangkumi perancangan, penilaian dan peningkatan
dalam pengajaran dan pembelajaran. Pemimpin intruksional perlu untuk menyelesaikan
masalah dalam pedagogi dan mengambil tindakan bagi peningkatan prestasi guru.

Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada “pimpin”. Pimpin bererti bimbing, pandu
atau tunjuk. Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke
suatu tempat. Kepimpinan didefinisikan sebagai “keupayaan memimpin” dan kepemimpinan
pula “keupayaan sebagai pemimpin, daya seseorang pemimpin”, ( Kamus Dewan 2014).
Kepimpinan ialah tingkah laku yang mempunyai keupayaan mengubah haluan sesuatu
organisasi. Kepimpinan perlu memlilh kriteria-kriteria tertentu dalam usaha mencapai objektif
organisasi. Pemimpin bileh memantau pekerja agar mengikut kriteria yang ditetapkan atau
dipilih untuk tujuan pembangunan dan kejayaan di samping dapat membntuk corak kerja
pasukan yang erat dan bagus. Kepimpinan merupakan satu perkara yang menarik kepada
golongan masyarakat. Kepimpinan memberi gambaran individu yang berkuasa dan dinamik.
Kepimpinan juga merupakan satu proses di antara individu dengan kumpulan khususnya
individu dengan keseluruhan ahli-ahli yang menganggotai kumpulan. Setiap yang terlibat dalam
proses interaksi ini boleh dianggap memegang peranan yang tertentu yang membezakan
antara satu sama lain. Asas yang membezakan antara satu sama lain ialah pengaruh,
pemimpin mempengaruhi dan pengikut mematuhi.

Memimpin merupakan satu tindakan atau satu aktiviti yang dilakukan oleh seseorang
individu, dan individu memainkan peranan kepimpinan, menggunakan pengaruhnya terhadap

4
individu lain iaitu pengikutnya kearah pencapaian matlamat. Kepimpinan bermaksud pengaruh
interpersonal, di mana individu tersebut dilatih dan dilaksanakan secara langsung menerusi
proses komunikasi untuk mencapai kejayaan. Kepimpinan merupakan proses yang kompleks di
mana seseorang itu mampu mempengaruhi individu lain bagi memcapai misi, tugasan atau
objektif organisasi. Kemahiran memimpin merupakan sesuatu yang boleh di pertingkatkan
masa ke semasa. Kemahiran berkerjasama amat di tekankan di dalam sebuah organisasi bagi
mencapai kecemerlangan, Sebagai seorang pemimpin, kemampuan untuk memberi arahan
kepada pengikut wujud dalam setiap kredibiliti pemimpin, namun pematuhan terhadap arahan
tersebut akan menjadi penanda aras pemimpin tersebut. Jika masalah dari segi pematuhan
ketara di lihat dalam sebuah organisasi, seseorang pemimpin perlulah mewujudkan sikap
kerjasama dengan pekerja dalam suatu organisasi bagi mencapai kecemerlangan. Dalam
menjayakan sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan, seorang pemimpin juga perlu
berpengetahuan luas. Kepimpinan wujud dalam apa jua aktiviti yang disusun secara rapi dan
sistematik. Kepimpinan juga berkait secara langsung dan tidak langsung dalam aktiviti
organisasi. Kepimpinan juga berkait rapat dengan kuasa. Setiap ketua perlu memiliki
perancangan sendiri dan mantap. Seorang pemimpin perlu untuk menetapkan matlamat,
menyusun, mengarah dan menyelaras serta mengawal bagi mencapai matlamat yang
ditetapkan,

Gaya kepimpinan merupakan cara seseorang pemimpin menggunakan kuasa yang


dimiliki sebagai alat untuk mempengaruhi pekerja supaya bekerja kuat untuk mencapai objektif
organisasi. Kepimpinan memainkan peranan yang penting dan menjadi salah satu penyumbang
keberhasilan kerja dalam usaha mencapai matlamat pertubuhan sesebuah organisasi.
Kenyataan ini disokong oleh Malik (2013) yang juga menyatakan kepimpinan adalah proses
mempengaruhi aktiviti individu atau sekumpulan individu dalam usaha ke arah pencapaian
matlamat. Path Goal Theory adalah teori pendekatan paling berpengaruh bagi gaya
kepimpinan. Ini adalah menerusi teori ini, pemimpin memberi hala tuju, sokongan kepada
pekerja, memilih gaya kepimpinan yang sesuai dengan pekerja dan persekitaran bagi mencapai
matlamat. Sikandar (2013) menerusi Richard et al (2012) menyatakan terdapat tiga pendekatan
yang telah dicadangkan iaitu gaya kepimpinan menyertai (participate), gaya kepimpinan
menyokong (supportive) dan gaya kepimpinan mengarah (directive).

Gaya kepimpinan menyertai(participate) adalah gaya kepimpinan yang memberi


bimbingan kepada pekerja dan membenarkan penglibatan pekerja dalam membuat keputusan,

5
memberikan idea dan perbincangan tetapi pemimpin masih lagi membuat keputusan akhir. Hal
ini dapat dilihat melalui tugasan baru atau aktiviti yang perlu dilaksanakan di dalam sekolah.
Pihak pentadbir perlu menerima pandangan daripada guru dan pekerja dari aspek pengurusan
dan pentadbiran. Namun, pihak pentadbir juga mempunyai hak untuk membuat keputusan
akhir. Pihak pentadbir perlu mengetahui setiap isu dan masalah yang melibatkan guru dan
pekerja. Setiap isu dan masalah perlu diselesaikan tanpa ada berat sebelah dan ketidakpuasan
hati daripada pihak guru dan pekerja. Gaya kepimpinan menyokong (supportive) gaya
kepimpinan yang menumpukan kepada kewujudan hubungan baik dengan pekerja dan
meenuhi keperluan mereka. Bagi aspek ini, pihak pentadbiran boleh menggunakan pendekatan
ini untuk mengenal pasti masalah yang di hadapi oleh gutu dan pekerja. Setiap pandangan
daripada mereka perlu dipertimbangkan dan diteliti. Pihak pentadbir juga perlu menyokong
setiap tugasan dan aktiviti yang dilaksanakan oleh guru dan pekerja. Gaya kepimpinan
mengarah (directive) ini menggunakan pendekatan memberi tumpuan kepada menyediakan
panduan khusus, mewujudkan jadual kerja dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh pekerja.
Dalam aspek ini, pendekatan ini menggunakan perancangan yang sistematik dalam
pelaksanaan setiap tugasan yang diberikan. Guru dan pekerja diberikan garis panduan yang
ditetapkan untuk menyelesaikan tugasan.

Dalam perbincangan ini telah menyatakan kepimpinan adalah proses dimana seseorang
individu mempengaruhi anggota-anggota lain didalam kumpulannya kearah mencapai tujuan
dan matlamat organisasi. Dalam erti kata lain, kepimpinan ialah proses yang sangat berkaitan
dengan pengaruh dimana sesorang itu berjaya mempengaruhi pengikut yang dipimpin supaya
mengubah sikap dan tingkah laku mereka. Tegasnya pemimpian memimpin dan dipimpin.
Kepimpinan ialah tenaga penting disebalik kejayaan organisasi dan organisasi tidak boleh
mencapai kejayaaan tanpa kepimpinan yang berkesan. Setiap pemimpin bertanggungjawab
membantu, menunjukkan arah tujuan dan memberikan sokongan kepada pengikutnya untuk
mencapai tujuan individu amnya dan organisasi khususnya.

6
6.0 Penutup

Pada kesimpulannya, untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi seorang pemimpin perlu
mempunyai nilai dan etika iaitu merumus, memperjelas dan menghayati budaya kerja di dalam
organisasi. Pemimpin mesti peka bagi menjadi role model kepada pekerja dan
memperkukuhkan amalan dan budaya kerja cemerlang. Justeru itu, panduan, nilai dan etika
perlu di rangka bagi pemimpin tersebut supaya dapat membawa organisasinya ke arah
mencapai matlamat kecemerlangan. Peranan pemimpin dalam pengurusan organisasi untuk
mencapai matlamat penting dalam menentukan kerjayaan sebuah organisasi. Terdapat kajian
yang dilakukan mengenai aspek-aspek kepimpinan dan prestasi organisasi, aspek kepimpinan
juga dapat membantu dalam meningkatkan prestasi sebuah organisasi. Kejayaan
kecemerlangan organisisi bergantung kepada pemimpin yang memberi perkhidmatan yang
berkualiti dan menerapkan nilai-nilai murni dalam sebuah organisasi.

Diharapkan dengan tugasan ini akan memberi sedikit sebanyak gambaran dan
maklumat kepada pemimpin sama ada secara langsung ataupun tidak dalam aspek persediaan
pemimpin dalam melaksanakan kepimpinan yang disenangi dan dipatuhi oleh pengikut atau
pekerja dalam sebuah organisasi yang diketuai. Selain itu, diharapkan tugasan ini juga dapat
membantu dalam penambahbaikkan sebuah organisasi pada masa akan datang. Tugasan ini
juga dapat memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada dalam kepimpinan dalam
sebuah organisasi.

7
7.0 Rujukan

Nurul Ain Binti Azmi. (2017). Kajian Terhadap Hubungan Antara Gaya Kepimpinan Dan Budaya

Organisasi Dengan Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Pensyarah Kolej Komuniti Ledang.

National Inovation and Invention Competition Through Exhibition.

Suthida Prasitthipab. (2008). Family Communication Paterrns: Can They Impact Leadership

Syles?Masters Theses & Specialist Projects. Paper 16.

Edith Cowan University. (2019). 5 Effective Leadership Style In Education. Retrieved from

https://studyonline.ecu.edu.au/

Malik, S. H (2013). Relationship between Leader Behaviors and Employees : Job Satisfaction.

Leadership in Health Services, Vol 19 No 2.

Anda mungkin juga menyukai