Anda di halaman 1dari 2

Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang

disediakan. Dalam setiap ayat di bawah ini satu kesalahan bahasa, terdapat satu
kesan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

1. Majlis perasmian bangunan baharu itu akan diadakan di minggu hadapan.


di – pada

2. Kehilangan remaja perempuan itu telah dilaporkan oleh ibu dan bapanya ke pihak polis.
ke – kepada

3. Penduduk Taman Prima saling bantu-membantu untuk menjayakan majlis rumah


terbuka.
saling bantu-membantu – saling membantu

4. Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkata, Malaysia dihormati dalam kalangan negara
Islam dan negara bukan Islam kerana amalan kesederhanaan dalam beragama.
berkata – bertitah

5. Para-para guru perlulah tabah dalam mendidik anak bangsa.


Para-para – Para

6. Ai Ling adalah murid Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati.


adalah – ialah

7. Guni yang berisi pasir itu sangat berat hingga tidak terangkat akan Joseph.
akan – oleh

8. Emma sungguh terkejut bila namanya dipanggil oleh ayah tirinya yang garang itu.
bila – apabila

9. Pihak hospital akan menjalankan siasat bedah terhadap mangsa kemalangan itu.
siasat bedah – bedah siasat

10. Puan Anita membawa anaknya ke Izham Klinik yang terletak di hujung pekan itu.
Izham Klinik – Klinik Izham
11. Sultan Kelantan sudah bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
pada pagi tadi.
bertolak - berangkat

12. "Terdapat banyak jentik di dalam kolah yang terbiar di luar rumah itu," kata Pak Mail
kepada isterinya.
jentik – jentik-jentik

13. Ibu memasukkan satu setengah cawan tepung ke dalam adunan kek itu.
satu setengah cawan – satu cawan setengah

14. "Pilihlah mana kain songket yang kamu suka," kata Hajar kepada adiknya.
mana – mana-mana

15. Cendol itu nenek sediakan untuk tetamu istimewa yang akan berkunjung ke rumah
kami pada petang ini.
nenek sediakan – disediakan oleh nenek

16. "Sejak tahun lalu berbagai projek telah dilaksanakan di kawasan itu," kata Encik
Hamidi kepada Encik Heng.
berbagai – berbagai bagai

17. Dua orang anak-anak lelaki Pak Hassan bekerja sebagai anggota polis.
orang anak-anak – orang anak

18. Pulau Mabul merupakan salah sebuah pulau yang paling tercantik di Sabah.
paling tercantik - tercantik

19. Encik Zaki menghadiahi isterinya selembar rantai emas sempena ulang tahun
perkahwinan mereka yang ketiga.
selembar - seutas

20. Wau merupakan sejenis permainan tradisional yang sangat popular di kalangan
rakyat biasa dan golongan istana sekitar kurun ke-15.
di kalangan – dalam kalangan

Anda mungkin juga menyukai