Anda di halaman 1dari 3

CERITA RAKYAT APAI SALOI

Pada zaman dahulu kala, di sebuah kampung yang sangat kecil, tinggal seorang nenek

tua dengan cucunya yang sangat lurus bendul yang dikenali sebagai Apai Saloi. Apai

Saloi seorang anak yatim. Sejak kecil lagi, dia dibela oleh neneknya. Selama ini, dia

sentiasa menurut sahaja kata-kata orang di sekelilingnya. Disebabkan Apai Saloi

seorang yang sangat lurus bendul, ramailah kawan-kawannya mengambil kesempatan

untuk mempergunakannya.

Pada suatu hari Apai Saloi diajak kawannya Apai Seumang-umang pergi ke hutan

mencari harta kerana niatnya ingin mempergunakan Apai Saloi yang terkenal dengan

sifat lurus bendul tersebut. 

Apai Seumang-umang: Apai saloi, mahukah kamu ikut saya ke hutan?

Apai Saloi: Ke hutan? Kita mahu buat apa ke hutan? (Soal Apai saloi sambil

menggaru-garu kepalanya)

Apai Seumang-umang: Kita pergi mencari harta. Jangan risau. Keluar sahaja kita

dari hutan, kita pasti akan kaya. Hehehe…

Apai Saloi: Wah!! Bunyi macam seronok saja. Baiklah, saya akan ikut kamu ke hutan.

(Sambil mengosok-gosok telapak tangannya kerana keseronokan)

Kerana bercadang untuk merantau sebulan, mereka menyediakan bekal yang

mencukupi sebelum meninggalkan rumah panjang.


Keesokkan harinya, mereka berdua pun berangkat meninggalkan rumah panjang

dengan menyusuri Sungai Rajang. Setelah agak lama bersampan melalui sungai,

mereka pun naik ke darat. Apai Saloi hanya mengikut Apai Seumang-umang dari

belakang.

Mereka berjalan terus berjalan di dalam hutan . Bila penat mereka berehat dan

kembali meneruskan perjalanan.  Sehinggalah pada suatu hari mereka terjumpa

sebuah gua. Apai Saloi tetap mengikut Apai Seumang-umang memasuki gua tersebut.

Alangkah terkejutnya mereka apabila terlihat cahaya yang bergemerlangan dari

timbunan emas dan permata. Seronoknya Apai Seumang-umang kerana bertemu

dengan harta karun yang banyak seperti yang diingininya. Tetapi Apai Seumang-

umang baru tersedar mereka tidak membawa bekas untuk mengisi harta karun

tersebut.

Apai Seumang-umang meminta Apai Saloi menunggu di dalam gua sementara dia

keluar mencari rotan untuk dibuat bakul. Apabila Apai Seumang-umang keluar dari

gua, tinggallah Apai Saloi seorang diri. Kerana menunggu terlalu lama, Apai Saloi pun

tertidur.

Tiba-tiba Apai Saloi terjaga apabila terdengar suara dari beberapa orang lelaki

yang bersenjata tombak dan parang.

“Apa yang kamu buat di sini?”  tanya salah seorang dari lelaki tersebut.

“Aku menjaga harta karun ini “ jawab Apai Saloi.

“Harta ini siapa yang punya?”  tanya lelaki tersebut lagi.


”Tentulah raja yang punya”  jawab Apai Saloi.

“Bawa orang ini bersama harta ke istana” , perintah seorang lelaki lain yang seperti

seorang ketua.

Apai Saloi dibawa ke istana dan menerima anugerah dan pujian dari raja kerana

beranggapana Apai Saloi telah menjaga harta karun raja yang telah hilang selama

ini.

Anda mungkin juga menyukai