Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
LOGIKA MELAYU
( JXEA 1104 )
1
Pengenalan
Melayu. Pantun adalah salah satu kesenian Melayu yang terulung dan telah digunakan
secara meluas dalam pelbagai majlis seperti Majlis Peminangan, Majlis Perkahwinan dan
majlis-majlis formal yang lain. Disebalik pantun terkandung seluruh jiwa, seni,
kebijaksanaan, budi bahasa dan pandangan Orang Melayu. Pantun mempunyai makna
tersurat dan tersirat yang sarat dengan makna, kasih sayang dan tunjuk ajar.
Pantun terbahagi kepada 2 bahagian iaitu pembayang dan maksud yang saling
bertaut secara intergratis sehingga menjadi satu pengucapan yang indah. Bahagian ini
saling melengkapi zahir dan batin. Contohnya bunyi pada akhir baris pantun iaitu rima
‘abab’ yang memberikan intonasi bunyi yang indah. Produk warisan Melayu ini
merangkumi tiga aspek perhubungan iaitu hubungan antara manusia dengan dunia,
manusia dengan alam ghaib dan manusia dengan manusia. Tradisi pantun telah tersebar
luas dalam Masyarakat Melayu tradisional sehingga terbentuk sebahagian dari bahasa
basahan seharian.
Dalam konteks ini, saya memilih pantun nasihat sebagai bahan kajian saya untuk
diperincikan dari segi falsafah. Hal ini demikian kerana dalam pantun nasihat
mengandungi unsur pengajaran, nasihat dan tunjuk ajar. Unsur-unsur tersebut telah
dibawa dalam pengucapan yang indah dan dikias melalui pantun. Hal ini bersesuaian
2
dengan matlamat pantun sebagai wadah nasihat dan pengajaran dalam bentuk hiburan.
Dengan mengetengahkan karya pantun tradisional, saya berharap kesenian Melayu yang
halus ini akan kekal terpelihara bak kata pepatah ‘ tak lekang dek panas, tak lapuk dek
hujan ’.
3
Pantun 1
halaman 23 “ di atas, jelas mempunyai makna falsafah tersendiri yang cuba diutarakan
oleh penulis. Pantun nasihat ini terkandung umpama atau makna yang sarat dengan kias,
makna dan nasihat. Pada pendapat saya, antara falsafah yang dapat saya petik
berdasarkan pantun ini adalah berkenaan dengan kepentingan ilmu pengetahuan yang
dijadikan ‘ main point ‘ bagi pantun ini. Pantun nasihat ini ditujukan kepada semua
lapisan masyarakat.
dalam memartabatkan maruah manusia kearah yang lebih baik. Ilmu pengetahuan juga
dalam zaman kegelapan yang telah melanda masyarakat satu ketika dahulu. Ilmu
umpama lilin yang menerangi kegelapan. Dalam pantun ini menggambarkan bahawa
sebagai seorang murid, kita perlu mencari guru bagi menuntut ilmu. Apabila bertemu
guru, kita perlu memanfaatkan kehadiran guru dengan mendapatkan ilmu sebanyak
mungkin. Ilmu yang diperolehi perlulah diperingati dan dipatuhi bagi memastikan ilmu
4
Pantun 2
halaman 589”, saya dapat memetik pelbagai falsafah yang ingin dikeutarakan oleh
penulis pantun ini. Jelas bahawa pantun ini menggunakan tema ‘masa’ sebagai ‘main
point’. Penulis menyelitkan unsur-unsur kias, makna dan nasihat yang bertujuan supaya
pembaca dapat mentaarifkan pantun ini sebagai peringatan dan pengajaran. Masa
memainkan peranan yang penting dalam memastikan kehidupan yang lebih baik dan
sempurna. Sekiranya manusia mampu mengatur kehidupan dengan teratur dan sistematik,
maka manusia mampu meningkatkan taraf kehidupan ke arah yang lebih baik.
Jelas sekali, dalam pantun di atas, penulis menggambarkan bahawa masa yang datang
tidak akan kembali lagi. Masa haruslah dimanfaatkan dengan sebaiknya. Manusia perlu
memastikan bahawa mereka perlu mengatasi masa kerana sekiranya masa meninggalkan
mereka, manusia akan ketinggalan jauh di belakang sekaligus jauh dari arus
pembangunan. Amalan jangan membuang masa perlu disematkan ke dalam diri setiap
umat manusia. Hal ini demikian kerana masa bergerak pantas. Sekiranya kita
ketinggalan nescaya manusia akan rugi sama ada rugi di dunia dan rugi di akhirat.
5
Pantun 3
Menanam bunga di dalam pasu,
Bunga Melati dan Bunga Pandan,
Jangan ikut hawa nafsu,
Kelak nanti binasa badan.
atas, jelas mempunyai makna falsafah tersendiri yang cuba diutarakan oleh penulis.
Pantun nasihat ini terkandung makna yang sarat dengan kias, pengajaran dan nasihat.
Pada pendapat saya, antara falsafah yang dapat saya petik berdasarkan pantun ini adalah
berkenaan dengan nafsu. Sebagai seorang manusia, nafsu adalah satu dugaan yang besar
dan harus dikawal agar tidak tersasar ke lembah yang hina lagi merugikan.
Nafsu terbahagi kepada dua iaitu nafsu positif yang mengajak ke arah kebaikan
manakala nafsu negatife mengajak ke arah keburukan. Kawalan nafsu yang sistematik
adalah perlu. Ada pepatah mengatakan bahawa ‘ ikut hati, mati ’. Nafsu akan cuba
mempengaruhi hati supaya lalai dan alpa dengan tipu helah dunia. Hati yang mati akan
terus dinodai dan bergelumang dengan dosa umpama paku yang berkarat. Hakikat ini
perlu diteliti oleh manusia kerana nafsu dapat mempengaruhi hati. Oleh itu, manusia
perlu mengawal hawa nafsu dari setiap aspek. Caranya seperti melengkapkan diri dengan
ilmu agama, menghadiri ceramah dan forum, sentiasa menunaikan solat taubat serta
membaca Al-Quran. Hal ini bagi memastikan jasmani, emosi , rohani dan intelektual
6
Pantun 4
Tanah baik negerinya besar,
Banyak orang pergi mari,
Ramah baik lagi penyabar,
Banyaklah orang mesra di hati.
Berdasarkan pantun nasihat dari sumber “Pantun Bunga Rampai, halaman 30” di atas
jelas mempunyai makna falsafah tersendiri yang cuba dikeutarakan oleh penulis. Pantun
nasihat ini terkandung umpama atau makna yang sarat dengan kias, makna dan nasihat.
Pada pendapat saya, antara falsafah yang dapat saya petik berdasarkan pantun ini adalah
berkenaan akhlak mulia seperti penyabar dan ramah yang dijadikan ‘main point’ bagi
pantun ini. Penulis menjelaskan bahawa akhlak mulia mencerminkan sahsiah diri yang
tinggi. Gambaran ini tepat kerana akhlak mulia turut dituntut dalam ajaran agama islam.
Akhlak mulia seperti penyabar dan ramah akan disenangi masyarakat. Golongan ini
akan mudah dimesrai dan didekati. Masyarakat juga akan senang untuk mendampingi
dan mengeratkan silaturahim. Hal ini demikian kerana, sesiapa sahaja yang mempunyai
akhlak yang mulia, secara jelasnya manusia tersebut adalah manusia yang bertamadun.
Oleh itu,jelas membuktikan ilmu agama menjadi salah satu tunjang utama bagi
pembentukan akhlak yang murni. Buktinya, junjungan besar, Nabi Muhammad SAW
memiliki akhlak yang mulia apabila diterapi dengan ilmu agama yang tinggi.
7
Penutup
Pantun merupakan pengucapan kemelayuan yang sarat mengandungi seluruh jiwa, seni
dan pandangan tentang Melayu. Pantun nasihat pilihan saya ini sarat dengan pengajaran,
nasihat dan tunjuk ajar yang wajar untuk direnungi oleh masyarakat pada zaman ini.
Pantun merupakan ciptaan orang dahulu kala yang menjadi satu aspek untuk meluahkan
segala pengucapan sama ada berbentuk nasihat, tunjuk ajar mahupun sindiran. Pada
zaman ini, pantun masih lagi dibaca dan diteliti kerana nilai estetika yang tinggi.
Secara keseluruhannya, antara nilai falsafah yang dapat saya petik dari beberapa pantun
nasihat ini adalah berkenaan dengan kepentingan ilmu pengetahuan, menguruskan masa,
pengawalan hawa nafsu, akhlak mulia dan nilai murni. Keempat-empat aspek ini
8
Bibliografi
A. Bakar Hamid . 1974 . Diskusi Sastera Jilid . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Alias Yunos . 1966 . Pantun Melayu Sastera Rakyat . Kuala Lumpur : Penerbitan
Federal Berhad
Awang Sariyan . 2007 . Falsafah dan Logika Melayu . Kuala Lumpur : Synergymate
Sdn .Bhd.
Hashim bin Musa . Akademi 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu,
Zainal Abidin Bakar . 1983 . Kumpulan Pantun Melayu . Dewan Bahasa dan Pustaka.
9
10