Anda di halaman 1dari 3

BAHAGIAN 4

KEPENTINGAN BANGUNAN KOTA A’FAMOSA MASA KINI

4.1 Fungsi Kota A’Famosa

Dalam meniti era zaman globalisasi yang serba moden dan berteknologi canggih masa kini,

golongan remaja dan belia muda pada masa kini banyak terdedah kepada dunia siber hingga

lupa sebenarnya Malaysia mempunyai bangunan bersejarah yang banyak meninggalkan nilai

sejarahnya yang tersendiri. Sebagai contoh seperti yang dikaji dalam tugasan ini iaitu tentang

Kota A’Famosa. Bangunan bersejarah ini banyak mengandungi nilai kesenian dan nilai

budaya yang tersendiri jika dilihat dengan teliti pada bangunan-bangunan ini. Hal ini juga

kerana, kalau tidak dipecahkan ruyung masakan dapat hasil sagunya. Bangunan bersejarah ini

juga dapat merakamkan sejarah penting negara dan mencirikan identiti sesebuah negara. Oleh

yang demikian, pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan bersejarah sangatlah penting di

negara kita agar warisan bersejarah ini dapat dinikmati bagi generasi yang akan datang.

Antara kepentingan yang boleh diperoleh adalah tinggalan bangunan sejarah negara dapat

dipelajari dan didalami oleh semua lapisan masyarakat. Dengan peninggalan bangunan

sejarah ini secara tidak langsung fakta sejarah dapat didalami dengan mudah. Para pelajar

juga akan mudah tertarik dan berminat dalam mendalami sejarah negara ini. Selain itu

peranan kerajaan perlu mewujudkan subjek Sejarah di sekolah seluruh negara sama ada

sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Antara corak pembelajaran yang lebih efektif

dan berkesan adalah dengan mengadakan lawatan ke tempat bersejarah tersebut. Sebagai

contoh, lawatan ke bangunan Kota A’Famosa boleh diadakan oleh setiap Persatuan Sejarah di

sekolah supaya dapat mengingatkan dan mengimbau kembali nostalgia sejarah silam yang
berlaku di Tanah Melayu. Dengan ini secara tidak langsung, setiap individu dapat mengambil

iktibar supaya peristiwa hitam yang berlaku di negara kita tidak akan diulangi lagi. Bak kata

pepatah lama juga iaitu Biar putih tulang, jangan berputih mata.

Selain itu kepentingan bangunan bersejarah ini adalah kerana kemampuan menarik minat

pelancong untuk berkunjung dan secara tidak langsung menyumbang kearah nilai ekonomi

sesebuah negara. Hal ini kerana tempat-tempat bangunan bersejarah dan peninggalannya

akan menjadi tarikan tumpuan para pelancong luar dan dalam negara. Dengan adanya

bangunan bersejarah ini maka, industri pelancongan akan semakin berkembang dan

seterusnya meningkatkan pengaliran wang asing masuk ke dalam negara dan membantu

menumbuhkan ekonomi negara. Oleh yang demikian ekonomi negara juga akan semakin

meningkat naik dan dapat menembusi pasaran global. Misalnya Kota A’Famosa yang banyak

mempunyai sejarah. Bangunan-bangunan bersejarah seperti inilah dapat menarik tumpuan

pelancong untuk menyaksikan sendiri keunikan dan keindahan bangunan tersebut. Hal ini

juga bertepatan dengan pepatah Melayu klasik yang ada mengatakan di mana ada gula, di

situlah ada semut. Oleh yang demikian, kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah berasa

bangga dengan bangunan lama bersejarah di negara kita dan janganlah kita hanya

memandang sebelah mata terhadap peninggalan bangunan ini.

Selain itu juga bangunan bersejarah amat penting dalam industri perfileman dalam

memartabatkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Hal ini kerana, latar belakang

tempat dan sesuatu lokasi pengambaraan memainkan peranan yang penting dalam sesebuah

filem. Hal ini merujuk latar belakang bangunan bersejarah sewajarnya digunakan seandainya

filem yang dihasilkan itu bertemakan peristiwa yang bersejarah. Sebagai contohnya seperti

melakonkan semula filem teori kedatangan Portugis ke Melaka yang berlatar belakangkan

bangunan Kota A’Famosa yang mampu memberi impak yang berkesan dalam jiwa penonton.
Dengan ini secara tidak langsung, nama Malaysia akan diangkat menjadi terkenal dan

dikenali ramai masyarakat dunia.

Selain itu kepentingan bangunan bersejarah ini juga kerana nilai estetika dan nilai-nilai seni

budaya boleh diperolehi dan dipelajari menerusi bangunan bersejarah ini. Sebagai contoh

bangunan A’Famosa, seni bina yang penuh dengan kehalusan dan keindahan yang

bercorakkan warisan budaya bangsa asal Portugis, jika dilihat dengan teliti. Oleh hal yang

demikian jelaslah senibina dan ukiran yang terdapat di bangunan serta di dinding dapat

memberi pendedahan tentang keunikan budaya orang terdahulu iaitu orang Portugis.

Sebahagian besar ukiran dan corak banyak dipengaruhi oleh budaya Portugis yang menjajah

di Melaka pada ketika itu.

Seterusnya, kepentingan dan fungsi lain bangunan bersejarah adalah dapat menjadikannya

sebagai bahan penyelidikan dan kajian. Hal ini amat penting bagi individu yang mempunyai

minat mendalam terhadap sejarah dan juga bagi para sejarawan dan pengkaji sejarah. Dengan

kewujudan dan pengekalan peninggalan ini, maka sejarah Tanah Melayu pada suatu masa

dahulu sebelum merdeka dapat dibuktikan tanpa ada unsur tokok tambah pelbagai cerita.

Sebagai contoh, semasa peperangan tiga segi melibatkan kuasa besar seperti yang Acheh,

Melaka dan Johor maka bangunan A’Famosa telah didirikan di Melaka. Dan sehingga ke hari

ini, kita dapat melihat bangunan A’Famosa masih berdiri utuh dan menjadi kebanggaan

warga Melaka dan juga rakyat Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai