Anda di halaman 1dari 6

FALSAFAH DAN

LOGIKA MELAYU
JXEA 1104

NAMA : NORAZILA BINTI YAHYA


NOMBOR MATRIK : JEA 080086
TAJUK : HIKAYAT PAK BELALANG

SINOPSIS
Di sebuah desa tinggal satu keluarga miskin . Ketua keluarganya dipanggil Pak Belalang
kerana anaknya bernama Belalang . Pak Belalang bekerja mencari kayu di hutan dan
isterinya mengambil upah menumbuk dan menampi beras . Jika mereka berdua bekerja
,barulah mereka sekeluarga dapat makan . Suatu hari ,Belalang bermain agak jauh
hingga di sekitar istana dan dia berasa iri hati terhadap kehidupan anak-anak raja yang
mewah . Dia mencari idea untuk mengatasi kemiskinan mereka .
Suatu hari ,Belalang telah mencuri beberapa helai pakaian gundik raja yang
sedang dijemur , lalu disembunyikan di tengah hutan . Dia juga mengatakan kepada
anak-anak raja bahawa ayahnya seorang ahli nujum . Dayang-dayang memberitahu raja
bahawa pakaian mereka hilang dan raja menyuruh ahli nujum untuk meramal lokasi
pakaian itu disorok . Pak Belalang dipanggil ke istana untuk meramal pakaian gundik
raja yang hilang . Pak Belalang membakar dupa dan berpura-pura memejamkan mata
seolah-olah sedang mencari ilham dan memberitahu keberadaan pakaian tersebut . Raja
telah memberi upah kepada Pak Belalang kerana berhasil menemukan pakaian tersebut .
Suatu hari ,Belalang melihat raja sedang bergurau dengan seekor burung kuwau
dan kelihatannya raja sangat menyayanginya . Belalang telah mencuri burung itu dan
disembunyikan ke tengah hutan . Raja sangat murka setelah burung kesayangannya telah
hilang dan dia memerintahkan Pak Belalang untuk mencari burung kuwau itu . Pak
Belalang dapat menemukan burung tersebut setelah diberitahu oleh anaknya dan telah
diberi upah oleh raja .
Raja telah memanggil Pak Belalang kerana seorang saudagar telah kehilangan
tujuh peti barang berharganya dan jika Pak Belalang tidak dapat menemukan barangan
tersebut ,dia akan dibunuh . Pak Belalang telah meminta tempoh selama tiga hari untuk
menyelesaikan masalah ini . Pak Belalang telah menangkap pencuri itu yang bernama
Nafsu dan Badan . Beberapa bulan kemudian ,datang sebuah kapal ke negeri itu .
Nakhoda kapal itu sengaja singgah ke istana untuk mengadu nasib dengan mengajukan
beberapa pertanyaan . Jika raja dapat menjawabnya ,kapal dan isinya akan diserahkan
kepada raja , tetapi jika raja tidak dapat menjawab persoalannya separuh kerajaan raja
menjadi milik nakhoda itu .
Pertanyaan yang pertama ialah menentukan ujung dan pangkal sebatang kayu .
Soalan yang kedua ialah meneka yang mana satu anak itik jantan dan betina . Raja
meminta tempoh selama tiga hari untuk mencari jawapan . Raja kemudiannya
memanggil Pak Belalang untuk menjawab soalan tersebut dan jika Pak Belalang tidak
dapat menjawabnya ,Pak Belalang sekeluarga akan dibunuh . Pak Belalang berasa
kecewa dan melarikan diri dengan masuk ke sungai . Pak Belalang telah tersangkut pada
tali kemudi kapal nakhoda tersebut dan dia telah mendengar percakapan antara jurumudi
dengan jurubatu yang berkisar tentang jawapan yang dicarinya . Pak Belalang kembali
semula ke rumah dan telah menghadap raja untuk menjawab pertanyaan nakhoda itu .
Pak Belalang telah meminta para pembantu menyediakan sebuah pasu yang berisi
air . Kemudian Pak Belalang memasukkan kayu yang dibawa nakhoda itu perlahan-lahan
ke dalam pasu . Salah satu ujung kayu itu tenggelam terlebih dahulu . Menurut Pak
Belalang ,kayu yang tenggelam itu adalah bahagian pangkalnya . Bagi jawapan yang
kedua ,Pak Belalang mengatakan anak itik yang masuk ke dalam pasu terlebih dahulu
adalah itik jantan dan diikuti itik betina . Raja berasa lega kerana tidak menyerahkan
sebahagian istananya kepada nakhoda tersebut . Suatu hari , raja telah menyuruh Pak
Belalang meneka benda yang berada di dalam genggamannya . Pak Belalang mengeluh
sambil menyebut nama anaknya . “Wah ,Belalang , aku tidak dapat lagi bertemu dengan
Belalang!” . Raja berasa gembira kerana mempunyai ahli nujum yang handal . Sejak
saat itu , kesejahteraan keluarga Pak Belalang dijamin oleh raja sampai akhir hayatnya .

Suatu hari , Belalang telah mencuri pakaian gundik raja . Dia telah memberitahu
perbuatannya itu kepada Pak Belalang agar Pak Belalang dapat bertindak sebagai ahli
nujum . Belalang mencari idea untuk mengatasi kemiskinan mereka sekeluarga . Suatu
hari , seorang saudagar telah kehilangan tujuh peti barang berharganya . Raja yang
mendapat laporan tentang saudagar yang kehilangan tujuh peti hartanya itu segera
bermusyawarah dengan para menteri dan hulubalangnya . Raja telah memanggil Pak
Belalang untuk menyelesaikan masalah ini . Pak Belalang telah meminta tempoh selama
tiga hari untuk menyelesaikan masalah ini . Kemudian ,Pak Belalang telah menangkap
pencuri itu yang bernama Nafsu dan Badan . Mereka berdua telah menyerah diri kepada
Pak Belalang dengan harapan agar tidak dibunuh oleh raja . Pak Belalang telah
mengabulkan permintaan mereka .

Falsafah yang dapat diperolehi daripada Hikayat Pak Belalang ialah yang pertama

muafakat dan musyawarah . Falsafah ini terdapat pada watak raja dan para menterinya

dalam episod saudagar yang kehilangan tujuh peti hartanya . Raja yang mendapat

laporan tentang saudagar yang kehilangan tujuh peti hartanya itu segera bermusyawarah

dengan para menteri dan hulubalangnya . Falsafah ini juga terdapat dalam episod raja

yang mendapat tentangan untuk menjawab dua teka-teki nakhoda kapal yang sedang

berlabuh . Raja harus meneka dua anak itik yang baru menetas ,mana yang jantan dan

mana yang betina . Di samping itu ,raja juga harus meneka mana ujung dan mana

pangkal kayu yang dibawa nakhoda itu . Apabila raja dapat menjawab teka-teki itu ,

nakhoda akan menyerahkan kapal dengan isinya . Namun ,apabila raja tidak dapat

menjawab teka-teki itu , sebahagian negerinya akan diberikan kepada nakhoda . Raja
mengadakan musyawarah dengan semua orang besar dan orang kaya untuk

membicarakan masalah tersebut .

Falsafah yang kedua ialah suka menolong . Falsafah suka menolong ini terdapat

pada watak Pak Belalang dalam episod saudagar yang kehilangan tujuh peti hartanya .

Ketika dia melaporkan bahawa pencuri itu sudah tertangkap beserta barang curiannya ,

Pak Belalang menolong pencuri itu untuk memohon ampun kepada raja . Raja bersedia

mengampuni para pencuri itu asalkan harta saudagar itu telah ditemukan .

Selain itu ,falsafah yang dapat diperolehi daripada cerita ini ialah bekerjasama .

Falsafah ini terdapat dalam episod pencurian kain gundik raja . Belalang mencuri kain-

kain gundik raja yang sedang dijemur . Dia memberitahu perbuatannya itu kepada

bapanya . Hal itu dilakukan agar bapanya dapat bertindak sebagai ahli nujum jikalau raja

memanggilnya . Pak Belalang datang menghadap raja ,dia berpura-pura menilik . Tentu

sahaja tempat kain gundik raja itu diketahuinya kerana dia telah diberitahu oleh Belalang.

Setelah kain itu ditemukan ,Pak Belalang mendapat upah . Hal itu dilakukan Belalang

beberapa kali kepada para pembesar negeri itu sehingga mereka dapat makan minum

sekeluarga .

Falsafah yang keempat ialah kecerdikan . Falsafah ini terdapat pada watak

Belalang . Dia melihat kesukaran hidup kedua orang tuanya untuk mencari makan . Dia

berfikir tentang kesukaran hidupnya serta melihat peluang di istana raja . Kecerdasannya

membuahkan fikiran bagaimana dia dan orang tuanya dapat makan sehari-hari . Hal itu

juga dihubungkan pada kebiasaan adat orang masa itu yang hidup bermasyarakat .

Kebiasaan untuk percaya pada ahli nujum itulah yang membuahkan idea kepada Belalang

untuk menjadikan bapanya sebagai tukang tilik atau ahli nujum . Dia mencuri kain-kain

gundik raja dan disembunyikan di suatu tempat . Selain itu ,dia juga menyebarkan berita
kepada anak-anak gundik itu bahawa ayahnya pandai menilik . Hal itu dilakukan dengan

perhitungan agar raja akan memanggil ayahnya sebagai tukang tilik dan dia akan

memberitahu tempat kain itu disembunyikan . Apabila rancangannya berhasil ,tentulah

ayahnya akan mendapat upah dan mereka sekeluarga tidak akan kelaparan .

Kesimpulannya , kita haruslah berusaha dengan gigih untuk mencapai sesuatu

kejayaan . Berdasarkan Hikayat Pak Belalang ini dapat disimpulkan bahawa orang yang

cerdik dan banyak idea akan terhindar daripada bahaya . Dalam liku-liku kehidupannya

,Pak Belalang bernasib baik dalam setiap perbuatannya . Kadang-kadang usahanya

cukup berhasil ,tetapi saat lain harus mengalami suatu kecemasan yang luar biasa .

Peristiwa-peristiwa tersebut dapat dilalui oleh Pak Belalang kerana dia pasrah kepada

Allah atas nasib yang diberikan-Nya . Oleh kerana itulah dia selalu mendapat

pertolongan daripada Allah . Hal itu juga merupakan amanat yang tersirat dalam cerita

ini bahawa seseorang akan mendapat pertolongan apabila mahu berusaha dan pasrah .

Bibliografi :

Nikmah Sunardjo & Sulistiati Amir Mahmud . 2000 . Struktur Karya dan Nilai Budaya

dalam Hikayat Pak Belalang dan Lebai Malang , Hikayat Abu Nawas dan
Hikayat Mahsyud Hak . Jakarta : Pusat Bahasa Departmen Pendidikan Nasional .