Anda di halaman 1dari 15

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS (PROJEK/AMALI)

PEMERIKSA

Kekuatan :

Aspek yang perlu diperbaiki :

MODERATOR

Kekuatan :

Aspek yang perlu diperbaiki :

Tanda tangan Pemeriksa : Tanda tangan Moderator :

Tarikh : Tarikh :
Pengesahan pelajar terhadap maklum balas yang diberikan pensyarah :

Saya *faham dan bersetuju / tidak bersetuju dengan maklum balas yang diberikan oleh pensyarah

Tanda tangan pelajar

..................................................................................
( )
Tarikh :
* Sila potong yang tidak tidak berkenaan
1.0 PENGENALAN

Dalam tugasan kerja kursus bagi Kursus Asas Teknologi Rumah Tangga (RBT 1034), para pelajar
dikehendaki melaksanakan satu Projek Artikel Jahitan iaitu sarung bantal. Sepanjang tempoh
menyiapkan tugasan ini, saya telah menekankan pelbagai jenis jahitan yang telah saya pelajari
seperti jahitan tepi, jahitan lurus, jahitan pengemas dan sebagainya berbanding sebelum ini saya
kurang mahir dan tidak tahu akan tentang jahitan mahupun menggunakan mesin jahit. Pada akhir
tugasan ini, saya dapat menyiapkan sehelai sarung bantal yang begitu kemas dan selesa untuk
digunakan mengikut minat saya.

2.0 LAKARAN PROJEK

CONTOH LAKARAN PROJEK


3.0 PENCETUSAN IDEA

Selepas saya menerima soalan tugas kerja kursus, saya telah memilih sarung bantal sebagai
tugasan kerja kursus tanpa berfikir panjang. Pelbagai maklumat dan video berkenaan cara membuat
sarung bantal telah saya layari di laman sesawang bagi mendapatkan sumber dan contoh yang baik
untuk diaplikasikan pada penghasilan kerja kursus saya ini. Saya juga turut berbincang bersama
rakan-rakan yang lain saling berkongsi idea dalam menjayakan lagi tugas ini. Tugasan kerja kursus
ini juga telah kami lakukan bersama di bilik jahitan untuk saling bantu membantu dan berkongsi
kepakaran sendiri dalam bidang jahitan ini.

4.0 TUJUAN DAN HURAIAN PROJEK JAHITAN

Tugasan yang dijalankan ini juga bertujuan bagi memahirkan para pelajar menggunakan mesin dan
pelbagai alatan yang digunakan dalam jahitan. Secara tidak langsung juga, dapat saya praktikan diri
saya untuk belajar serta mahir dalam bidang ini sekaligus mampu memberi saya pengalaman untuk
mengajar dan menerapkannya kepada bakal anak-anak murid saya nanti. Selain itu, saya juga dapat
kenali segala alatan serta hiasan yang sesuai digunakan bagi menghasilkan sarung bantal ini.

5.0 FUNGSI TUGASAN

Sarung bantal merupakan projek jahitan yang saya pilih dalam tugasan ini. Saya memilih sarung
bantal kerana saya dapat menghasilkan lebih banyak sarung bantal selepas ini untuk kegunaan
bantal di bilik kediaman saya sebaik sahaja saya mampu menghasilkannya dalam tugasan ini.
Sebagaimana yang dimaklumi, penggunaan sarung bantal amat penting bagi mengelakkan bantal
yang digunakan itu kelihatan kotor dan berdaki. Di samping itu, saya juga telah diberikan kain fabrik
yang coraknya begitu lawa untuk dihasilkan. Tambahan pula, pelbagai hiasan yang sesuai seperti
butang dan fabrik kapas (cotton) telah saya jahitkan di sarung bantal kerana dapat mencorakkan
lagi keseimbangan tema warna dan corak sarung bantal itu.
6.0 FABRIK DAN ALATAN
FABRIK KEGUNAAN

1) Fabrik cotton

Digunakan untuk membuat artikel sarung bantal

ALATAN KEGUNAAN

1) Benang

Untuk menjahit jahitan tangan tangan dan

jahitan mesin
FABRIK KEGUNAAN

2) Jarum jahit tangan

Untuk menjahit semua jahitan tangan pada fabrik

3) Butang

Digunakan sebagai hiasan pada artikel sarung bantal


FABRIK KEGUNAAN

4) Penetas Jahitan

Digunakan untuk menetas jahitan

5) Gunting fabrik

Digunakan untuk menggunting artikel sarung bantal


6) Pembaris

Untuk mengukur dan menanda garisan lurus pada


perkataan pola

7) Pita ukur

Untuk mengukur pola dan fabrik mengikut ukuran

yang ditetapkan
8) Kapur penanda

Untuk membuat dan memindahkan garisan

pemadan pada artikel sarung bantal

9) Roda surih

Digunakan keatas kertas karbon untuk memindahkan


garisan pemadam ke atas pola atau
fabrik
10) Pensel

Untuk menanda pada pola dan melukis pelan

11) Mesin jahit

Untuk menjahit fabrik dengan jahitan yang kukuh


dan sesuai.
12) Kertas fabrik

Untuk memindahkan garisan ke atas fabrik

7.0 KRONOLOGI-KRONOLOGI MENJAHIT ARTIKEL JAHITAN SARUNG BANTAL

1) SEBELUM MENJAHIT

i. Menandakan garisan yang ingin dijahit


ii. Melakar dan melukis pola pada kertas.
iii. Memindahkan lukisan pada pola ke fabrik
iv. Menggunting kain fabrik mengikut saiz pola artikel sarung bantal

2) SEMASA MENJAHIT

i. Membuat jahitan pengemas tepi pada sekeliling fabrik.

ii. Bahagian luar fabrik pada lapisan pertama disertakan dengan bahagian luar fabrik lapisan
kedua dan kepilkan menggunakan jarum peniti serta jelujurkan pada bahagian tersebut.
iii. Menjahit fabrik dengan mesin mengikut garisan pemadan yang telah ditanda mengikut
pola asal.
iv. Seterusnya, kelim pengemas tepi pada bahagian yang tidak berjahit. Mulakan dengan
melipat bahagian belakang kelim untuk membuat kelim.
v. Selanjutnya, seterika kain tersebut supaya kelihatan kemas dan rapi
3) SELEPAS MENJAHIT

i. Menjahit dan membuat corak hiasan dengan butang dan pin bunga hiasan pada artikel
sarung bantal.
ii. Memasangkan bantal ke dalam artikel sarung bantal tersebut untuk dicuba sebelum
dihantar.

8.0 PERBELANJAAN KOS

8.1 PENGIRAAN KOS BAHAN


BIL BAHAN KUANTITI HARGA JUMLAH
SEUNIT (RM) HARGA (RM)

1 Kain cotton 1/2 meter RM 16 RM 8.00

2 Butang Hiasan 1 RM 5 RM 5.00

JUMLAH RM 13.00

8.2 PENGIRAAN KOS TAMBAHAN


BIL KOS SAMPINGAN JUMLAH (RM)

1 Elektrik RM 5.00

2 Jahitan pengemas tepi RM 2.00

JUMLAH RM 7.00

8.3 KOS BAHAN

KOS BAHAN + KOS SAMPINGAN = RM 13.00 + RM 6.00

JUMLAH KOS = RM 19.00


9.0 GERAK KERJA PENGHASILAN TUGASAN KERJA KURSUS

Proses memindahkan ukuran dari pola ke fabrik

Melakukan jahitan pengemas tepi pada fabrik


Menjahit fabrik pada mesin jahit untuk membuat jahitan yang kukuh

9.0 REFLEKSI

Menerusi tugasan artikel sarung bantal yang telah dihasilkan, saya berbesar hati ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada Pn. Noriadah Binti Abdul Karim serta rakan-rakan yang tidak pernah
memberi bantuan tunjuk ajar dan saling berkongsi idea dalam menghasilkan tugasan ini. Sepanjang
melaksanakan tugasan ini, begitu banyak perkara dan penggunaan mesin jahit yang saya perolehi.
Pada awalnya, saya tidak faham akan cara penggunaannya dalam menghasilkan tugasan ini,
namun selepas dibimbing oleh pensyarah serta rakan seperjuangan telah banyak saya terima
seperti cara menjahit dan sebagainya serta mengaplikasikannya dengan baik. Semasa melakukan
tugasan ini, sumber media sosial juga merupakan medium yang saya gunakan bagi menambah lagi
ilm pengetahuan dan tekniknya. Ini merupakan kaedah alternatif yang dilakukan oleh saya bagi
melihat segala kaedah pembuatannya dengan lebih produktif.

Selepas sahaja siap, saya dapat mengenali contoh-contoh hiasan yang boleh saya sertakan pada
jahitan sarung bantal. Sekaligus, dapat membuatkan artikel sarung bantal kelihatan lebih menarik
dan menonjol. Akhir sekali, melalui penilaian saya, saya dapat melihat bahawa sikap bekerjasama
antara satu sama lain begitu penting dalam menghasilkan tugasan artikel kerja kursus ini dengan
begitu baik dan sempurna.
10.0 RUJUKAN

Buku Panduan Melakar Pola, http://www.eazypola.com/


Rosli Ibrahim et.al. (2011). Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga.
Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
Rosita Jaafar, VARIASI TEKNIK MENJAHIT
Rosita Jaafar. (2006). Variasi Seni Jahitan: Panduan Menjahit Pola Rekaan Fesyen, Sulaman,
Manik dan Labuci. Shah Alam : Alaf 21 Sdn. Bhd
Siti Fatimah Dzulkifli (2015). Sulaman Benang. Dimuat turun daripada
https://www.slideshare.net/mobile/fatimadzulkifli/sulaman-benang

Anda mungkin juga menyukai