Anda di halaman 1dari 2

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE ARKIB NEGARA DAN PARLIMEN

Pada tanggal 26, 27, 28 Mac 2017 yang lalu, lawatan sambil belajar ke Bangunan Parlimen dan
Arkib Negara Malaysia di Kuala Lumpur telah diadakan yang melibatkan seramai 26 pelajar
daripada Pelajar PISMP sem 2 Sejarah major dan minor. Lawatan ini berlangsung selama tiga hari
dua malam. Rombongan sambil belajar ini turut disertai oleh 4 pensyarah pengiring iaitu Dr Ismail,
Dr Azwan, Encik Mahayudin dan Encik Muhamad.

Pada awal pagi kira-kira pukul 8.00 pagi, kami dikehendaki untuk berkumpul di Jabatan
Sains Sosial (JSS). Kami berangkat pergi pada pukul 8.30 pagi dengan bas yang sediakan oleh
Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis (IPGKP). Perjalanan kami dimulakan dengan bacaan doa
oleh Ahmad Baihaqi sebelum memulakan perjalanan. Kami tiba pada pukul10.00 Pgi di Rehat da
Rawat (RNR) Gurun untuk bersarapan pagi. Seterusnya pada pukul 10.30 pagi kami meneruskan
perjalanan. Pada pukul 1 tenggahari kami singgah berehat, solat dan makan di RNR Tapah.

Kami tiba di destinasi penginapan pada pukul 6.00 petang dan menginap di Wsma Belia
Kuala Lumpur. Kami diberi masa untuk berehat sebelum jam 8.30 malam kerana pada pukul 8.30
malam kami diberi taklimat tentang berkaitan ke Arkib Negara oleh Pengerusi iaitu Suren. Selepas
itu, kami menaiki bus untu makan malam dan selesai makan kami balik ke tempat penginapan.

Keesokan harinya, pada pukul 8 pagi kami bertolak ke Arkib Negara Malaysia (ANM) dan
sewaktu perjalanan ke arkib kami singgah di kafe yang berdekatan dengan arkib untuk sarapan
pagi. Selesai sarapan, kami meneruskan perjalanan ke Arkib. Setibanya di arkib, kami disambut
mesra oleh seorang pegawai arkib iaitu Puan Suzana dan beliau mengiringi kami ke Dewan untuk
diberi taklimat tentang berkaitan dengan arkib. Kami diberi pencerahan mengenai tujuan arkib dan
beberapa jabatan atau seksyen yang menggerakkan arkib. Selepas selesai diberi taklimat, kami
dibawa ke bilik rawatan bahan arkib dan salah seorang pegawai dalam bilik tersebut iaitu Encik
Ireen memberikan penerangan proses merawat dan menjaga bahan-bahan dan dokumen-dokumen
yang penting untuk dijadikan bahan rujukan. Seterusnya, kami dibawa oleh Puan Suzana ke Dewan
penyelidikan arkib dan beliau memberikan penerangan tentang cara-cara untuk menggunakan
bahan arkib dan prosedur memasuki dewan arkib. Seterusnya, kami diberi peluang untuk melihat
sendiri proses rakaman lisan yang dijalankan dalam Studio rakaman. Kami selesai pada pukul 1.00
tengahari, kami makan tengahari dan solat sebelum ke Muzium Negara. Kami tiba di muzium
negara pada pukul 3.00 petang. Kedatangan kami disambut oleh pegawai muzium negara iaitu
Encik Ahmad dan beliau membawa kami melihat bahan-bahan sejarah yang ada dalam Muzium
Negara.
Pada 28 Mac 2017 pukul 8.00 pagi, kami bertolak ke Parlimen dan perjalanan kami
mengambil masa 30 minit untuk sampai ke Parlimen. Pada pukul 8.30 pagi, kami diberi taklimat oleh
Encik Najib iaitu pegawai Parlimen tentang peraturan-peraturan diparlimen. Selepas mengikuti
prosedur dan peraturan parlimen, kami dibenarkan untuk masuk ke Dewan persidangan untuk
melihat persidangan yang dijalankan. Selepas itu, kami dibawa ke Galeri Parlimen untuk melihat
barang-barang yang digunakan dalam persidangan seperti cokmar. Seterusnya, pada pukul 1.00
tenggahari kami diberi makan tengahari yang ditaja oleh Dato’ Seri Shahidan Kassim. Selesai
makan tengaharai, kami bergambar bersama Dato Seri untuk berterimakasih kepada beliau kerana
sudi menaja makanan kami. Kami sempat menanyakan soalan kepada Dato Seri selepas
bergambar de beliau. DatoSeri banyak berkongsi idea kepada kami dan memberikan semangat
untuk mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan Negara. Pada pukul 2.30 petang, kami menaiki bus untuk
bertolak balik ke IPGK Perlis.

Anda mungkin juga menyukai