Budaya Dan Penguasaan Teknologi Dalam Pembangunan Pendidikan Amat Penting Di Kalangan Tenaga Pengajar Dan Pelajar Malahan Kanak

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 4

Budaya dan penguasaan teknologi dalam pembangunan pendidikan amat penting di

kalangan tenaga pengajar dan pelajar malahan kanak-kanak juga turut serta dalam era
globalisasi yang memberi tumpuan kepada pembangunan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi. Salah satu cara untuk meningkatkan keberkesanan dan kefahaman pembelajaran
prasekolah adalah dengan memasukkan teknologi ke dalam pengajaran dan pembelajaran
untuk kemudahan prasekolah. Alatan atau perisian teknologi pada peringkat prasekolah telah
memberi kesan positif yang meluas terhadap pembelajaran kanak-kanak pada zaman ini.
Akibatnya, guru harus memiliki pemahaman dasar tentang cara menggunakan komputer dan
teknologi dalam proses pembelajaran dan pengajaran supaya dapat berjalan dengan lancar,
mencabar dan inovatif .Hal ini bertepatan dengan kajian (Hough & Ellis, 1997) dan (Clements,
1987) mendapati bahawa Teknologi Maklumat dan Komunikasi dapat membantu kanak-kanak
mengembangkan idea menghasilkan sesuatu yang kreatif dan inovatif .Oleh itu,guru Pendidikan
Awal Kanak-kanak perlulah meningkatkan penguasaann teknologi maklumat dan komunikasi
dalam diri mereka supaya dapat dipraktikkan dalam pembelajaran dan pengajaran setanding
dengan arus pemodenan teknologi pada era globalisasi ini.

        Pada era digital ini,guru Pendidikan Awal Kanak-kanak haruslah meningkatkan


penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam konteks pengajaran dan pembelajaran
pendidikan awal kanak-kanak supaya pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan
berkesan.Sebagai contoh, penggunaan unsur-unsur multimedia seperti powerpoint, canva dan
lain-lain sebagai alat bantu mengajar.Penggunakan sumber pengajaran digital atau Power Point
mempunyai kesan yang lebih baik kepada guru kerana meraka berasa pencarian maklumat
menjadi lebih senang dan dapat menjelaskan sesuatu topik dengan mudah kerana boleh
menggunakan video dan animasi yang lebih realistik berbanding hanya penerangan semata-
mata .Di samping itu, guru berasa lebih yakin kerana penggunaan alat bantu mengajar ini
dapat meningkatkan kemahiran dalam menyampaikan isi pelajaran menggunakan teknologi
pada masa kini . Ia juga menjadikan pemahaman dan pembelajaran lebih mudah untuk kanak-
kanak.Semasa menyediakan pelajaran berasaskan multimedia ,guru merasa pembelajaran dan
pengajaran menjadi lebih menyeronokkan dan kreativiti mereka telah meningkat sekaligus
menarik minat guru malahan kanak-kanak untuk belajar menggunakan multimedia. Menurut
(Cohen, 2011), kanak-kanak zaman milenia ini sering menggunakan peranti mudah alih untuk
meneroka dan belajar secara semulajadi. Dalam erti kata lain, anak-anak muda hari ini belajar
perkara yang sama seperti generasi sebelumnya, seperti ujian, sentuhan, dan pengulangan,
tetapi mereka berbuat perkara demikian dengan menggunakan peralatan teknologi maklumat
dan komunikasi terkini, seperti telefon pintar, tablet, dan papan putih interaktif..Oleh itu,guru
juga boleh menggunakan papan putih elektronik kepada murid-murid supaya mereka lebih
faham dan kretif.Sebagai contoh kanak-kanak dapat mempelajari bentuk-bentuk dengan
melukis dan mewarna pada papan putih grafik sekaligus dapat mempelajari tentang warna
-warna yang terdapat di muka bumi seterusnya mengasah bakat bakat dan kreativiti
mereka..Hal ini membantu kanak-kanak memahami dalam masa yang singkat dan seronok
malahan dapat mengalihkan perhatian anak-anak muda semasa mereka belajar.Oleh itu,guru
haruslah menambahkan penguasaan dalam teknologi maklumat dan komunikasi agar proses
pembelajaran dan pelajaran berjalan dengan seronok dan mudah difahami oleh kanak-kanak
dengan menggunakan alat bantu mengajar moden.

Selain itu,penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi perlu ditingkatkan oleh guru
Pendidikan awal kanak-kanak agar dapat membantu kanak-kanak yang berkeperluan khas.
Proses pembelajaran dan pengajaran secara formal untuk murid-murid berkeperluan khas tidak
lagi berkesan seterusnya memerlukan cara atau Teknik yang tertentu untuk menarik minat
mereka untuk belajar sekaligus fokus di dalam kelas.Penggunaan multimedia dan komputer
khususnya dalam proses pembelajaran dan pengajaran pendidikan khas dapat mewujudkan
proses pembelajaran yang seronok apabila kanak-kanak tersebut ingin belajar
bersama.Sebagai contoh,kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan rabun boleh
belajar menggunakan komputer dengan guru meletakkan pelekat huruf yang besar dan
bewarna pada papan kekunci agar dapat memudahkannya menulis dan menggunakan
komputer. Dengan pembudayaan penggunaan komputer yang berterusan, ia memberi banyak
kelebihan kepada murid pendidikan khas untuk bersaing dengan pelajar biasa. Ini bagi
mengelak murid pendidikan khas ketinggalan berikutan perkembangan pesat teknologi dan
komunikasi.Selain itu, teknologi maklumat dan komunikasi meningkatkan kefahaman dan
penguasaan kanak-kanak.Hal Ini berlaku kerana guru pandai memberi ruang dan peluang
menggunakan teknologi dengan cekap kepada murid berpendidikan khas mengikut
kemampuan mereka. Murid-murid boleh mengambil peluan mengakses maklumat yang sukar
atau tidak diketahai Ini dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar. wujudSelain
itu, situasi ini mewujudkan suasana pembelajaranSeronok dan mencabar kemahiran kognitif
mereka. Selain itu,Penggunaan kemahiran dan komunikasi dalam pendidikan khas juga
semakin meningkat pada tahap tertentu memotivasi murid pendidikan khas untuk mendalami
teknologi moden.Oleh itu,guru Pendidikan awal kanak-kanak perlu menguasai teknologi
maklumat dan komunikasi agar murid Pendidikan khas juga dapat mempelajari teknologi
moden selaras dengan murid biasa.

Di samping itu, memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang
pelbagai keupayaan apabila guru Pendidikan awal kanak-kanak mengusai teknologi maklumat
dan komunikasi. Di dalam sesebuah kelas tidak semua kanak-kanak mempunyai kebolehan
yang sama dalam menerima sesuatu yang diajar oleh guru. Justeru itu melalui penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi , murid-murid dapat memahami apa yang diajar dengan
lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan
hasil daripada penggunaan alatan tenologi maklumat dan komunikasi tersebut. Sebagai
contoh, melalui pengunaan alat seperti powerpoint, grafik, audio, video dan sebagainya
murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang di ajar oleh guru kerana di beri gambaran
yang menarik dan tambahan audio suara istimewa .Hal ini menyebababkan murid-murid lebih
mudah untuk memahami apa yang guru ajar berbanding dengan proses pembelajaran dan
pengajaran yang berbentuk pengkuliahan.Selain itu,guru juga dapat menggunakan teknologi
maklumat dan komunikasi untuk pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah
kehidupan sebenar dan aktiviti yang berbentuk simulasi.Sebagai contoh,guru membuatkan
aktiviti simulasi jahitan agar dapat memperluaskan pengetahuan dan pengalaman kanak-
kanak kerana aktiviti ini melibatkan pencarian maklumat berkaitan jahitan di internet malah
dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.Oleh itu,penguasaan teknologi maklumat yang
tinggi penting kepada guru Pendidikan awal kanak-kanak

Kesimpulannya,penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan awal


kanak-kanak semakin meningkat di merata dunia. Ini kerana generasi hari ini sememangnya
hampir dengan teknologi, dan mereka boleh mempelajari sesuatu dengan cepat dengan
menggunakan teknolgi maklumat dan komunikasi. Selain itu,era endemik ini menyebabkan
permintaan semasa teknlogi maklumat dan komunikasi meningkat. Sebagai contoh, Revolusi
Perindustrian memerlukan perubahan dalam pendidikan, dan pandemik Covid 19 mengubah
sepenuhnya landskap pendidikan. Oleh itu, sama ada kita suka atau tidak, kita mesti
menerima kenyataan ini, dan kita mesti membuat perubahan. Pengintegrasian teknologi
maklumat dan komunikasi dalam pendidikan awal kanak-kanak harus terus dikekalkan dan
ditambah baik dari semasa ke semasa.Oleh itu,penguasaan guru tentang maklumat dan
komunikasi sangat penting dalam melahirkan kanak-kanak yang cerdik pandai.

Anda mungkin juga menyukai