Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Jurucakap Pasukan Polis Simpanan Pusat (CRPF), Abriham Pankaj, berkata sekitar
2,500 anggota sudah tiba dan mereka dikerahkan ke seluruh lembah Kashmir,
dengan lebih ramai lagi dalam perjalanan ke kawasan terbabit.
Seorang lagi pegawai polis yang enggan dikenali berkata sekitar 5,000 anggota
separa tentera tambahan dikerahkan mulai minggu ini, termasuk daripada Pasukan
Keselamatan Sempadan India (BSF).
Sejumlah 12 orang ditembak mati sejak bulan lalu dalam kes pembunuhan
terancang, termasuk polis, buruh asing dari negeri utara India dan ahli setempat
daripada komuniti Sikh serta Hindu.
Polis dan anggota separa tentera berpakaian jaket kalis peluru serta memegang
senapang automatik dilihat mempergiatkan pemeriksaan dalam kalangan penduduk,
termasuk kanak-kanak di jalanan.
Kemarahan semakin memuncak di wilayah berkenaan sejak Ogos 2019 apabila New
Delhi menarik balik dasar separa autonomi separa dan mengembalikan Kashmir di
bawah pemerintahan langsung kerajaan pusat. - AFP