Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
dengan harapan mereka ke Piala Dunia masih seimbang ketika juara baharu Eropah
itu mahu melupakan mimpi buruk pada 2018.
Masih segar selepas kejayaan pada Euro 2020, Itali mengetuai Kumpulan C
menerusi perbezaan gol berbanding Switzerland dengan kedua-dua pasukan
bertarung bagi mendapatkan satu tempat ke kejohanan tahun depan di Qatar.
Roberto Mancini mengambil alih skuad Azzurri selepas kegagalan pasukan itu ke
Piala Dunia di Russia, kali pertama mereka tidak layak dalam tempoh enam dekad
namun menyedari apa yang perlu dilakukan ketika ini.
"Adalah penting kami bermain baik kerana selepas Euro, ia adalah yang terbesar
tahun ini. Kami tahu kami perlu menang," kata Mancini.
Mancini bagaimanapun cuba tenang melihat jadual yang akan kembali meletakkan
Itali ke pentas terbesar bola sepak selepas lapan tahun.
Kekalahan playoff kepada Sweden pada lewat 2017 menyebabkan negara itu
terjatuh ke dalam gaung yang dalam lalu ketinggalan di belakang pasukan Eropah
lain dan bukan lagi dianggap pasukan yang melahirkan bakat kelas dunia.
Sejak itu, bekas pengendali Inter Milan dan Manchester City itu membawa kembali
kehebatan dalam skuad kebangsaan dengan menukar gaya barisan pemain baharu
dan veteran.
"Ia perlawanan yang penting, sangat penting sebenarnya, dan memang benar jika
kami menang ia akan membuka pintu ke Piala Dunia, tapi ia hanya perlawanan bola
sepak."