Anda di halaman 1dari 1

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri memohon agar pembukaan Laluan Perjalanan

Vaksinasi (VTL) darat antara Malaysia dan Singapura dibuka bersekali dengan VTL
udara pada 29 November ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad, berkata pihaknya berharap agar
permintaan itu dipertimbangkan.

Katanya, terdapat 300,000 rakyat negara ini yang bekerja secara harian dan ulang
alik ke republik itu setiap hari.

"Kenyataan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama
rakan sejawatnya Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong. Kerajaan negeri
menggambarkan kepada kementerian berkaitan dengan pengumuman VTL itu,
kalau boleh dapat disekalikan dengan VTL melalui jalan darat.

"VTL menerusi udara telah dibincangkan. Tetapi melalui jalan darat, kerajaan negeri
meminta supaya tarikh pelaksanaan disekalikan, mengikut prosedur operasi
standard (SOP) yang dipersetujui kedua-dua negara, semoga ia dapat
direalisasikan," katanya.

Beliau berkata demikian, pada sidang media Majlis Apresiasi Pre ihsan Johor 3.0
2021 petugas info on whells (IOW) Jabatan penerangan Johor dan pengamal media
Johor di Auditorium RTM Johor, di sini.

Baru-baru ini, Malaysia dan Singapura mengumumkan akan melancarkan laluan


perjalanan vaksinasi (VTL) bagi pengembara antara kedua-dua negara yang
menggunakan mod pengangkutan udara, untuk pengembara yang sudah lengkap
divaksinasi.

VTL antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA).

Menurut Hasni, SOP VTL darat bergantung kepada kapasiti pembinaan Pusat
Pengembara Perniagaan (BTC) yang sudah mula dibina.

Pihaknya mencadangkan kapasiti pengembara sehari antara 100 individu yang


menaiki pengangkutan awam sahaja.

"Kalau VTL udara mungkin lebih mudah dikendalikan kerana setiap penerbangan
mempunyai jadual masa ketibaan, yang membolehkan petugas bersedia.

"Dari segi VTL darat, memerlukan persediaan petugas seperti Jabatan Imigresen
dan bergantung kepada keluasan BTC bagi menjalankan ujian saringan COVID-19
terhadap pengembara.

"Buat permulaan mungkin boleh hadkan dengan jumlah 100 pengembara yang
hanya menaiki pengangkutan awam sahaja, kerana ia mudah untuk dikawal,"
katanya.