Anda di halaman 1dari 1

Kebelakangan ini, minat membaca dalam kalangan kanak-kanak semakin pupus ditelan arus

pemodenan. Ini mengakibatkan masih ada lagi kanak-kanak yang belum menguasai kemahiran
membaca khasnya. Punca permasalahan berkemungkinan disebabkan oleh buku cerita yang masih
ada pada masa kini tidak relevan dengan perkembangan teknologi. Hal ini demikian kerana semua
pengetahuan kini boleh dicapai di hujung jari. Oleh itu, buku cerita diinovasikan kepada yang lebih
mudah dan menarik serta sesuai dengan peredaran zaman. Kanak-kanak secara semula jadi suka
akan gambar yang mempunyai ilustrasi yang menarik melalui gabungan pelbagai warna serta lukisan
yang indah. Buku cerita elektronik merupakan salah satu tarikan yang memberi nafas baharu seiring
dengan arus teknologi kini. Buku cerita elektronik ini bukan sahaja menarik dengan pelbagai
penggunaan warna, animasi, dan ilustrasi malahan ia mudah diperoleh terutamanya di laman
sesawang. Buku cerita elektronik ini juga dapat memberi keseronokan baharu kepada kanak-kanak
kerana bukan sahaja dijelmakan dalam cara yang baharu tetapi juga sesuai dengan pendekatan
kanak-kanak pada zaman moden ini. Oleh yang demikian, penggunaan buku cerita elektronik ini
mampu meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid sekolah rendah.

Anda mungkin juga menyukai