Tugas Pengawas 2020
Tugas Pengawas 2020
{AJK Eksekutif}
Ahli Jawatan Kuasa Eksekutif (Executive Council)
AJK Eksekutif terdiri daripada Ketua Pengawas, Penolong Ketua Pengawas,
Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, dan Penolong Bendahari.
Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa Eksekutif:-
Menjaga disiplin semua pelajar.
Mengawasi kelakuan dan disiplin semua pengawas.
Mesyuarat AJK Eksekutif mesti diadakan sekurang-kurangnya dua minggu
sekali atau mengikut keadaan semasa.
Mesyuarat tersebut dipengerusi oleh Ketua Pengawas atau wakilnya.
Majlis ini berhak mengambil tindakan dan memberi hukuman yang
munasabah kepada pelajar dan pengawas dalam mesyuarat tersebut.
Pelajar-pelajar dan pengawas-pengawas yang menimbulkan masalah
harus dibawa ke mesyuarat yang diadakan dan didakwa.
Pelajar-pelajar dan pengawas pengawas yang disyaki melakukan
kesalahan akan diberi peluang untuk mempertahan diri.
Majlis AJK Eksekutif akan membuat keputusan dalam hal ini.
Keputusan maktamad dibuat oleh Ketua Pengawas dan Guru Pengawas
Jenis Kesalahan dan Tindakan Oleh AJK Eksekutif
Kesalahan-kesalahan pelajar dan pengawas yang akan diambil tindakan oleh AJK
Eksekutif adalah seperti berikut :
Ponteng sekolah/ponteng kelas
Merokok
Pergaduhan
Datang lewat
Tidak memakai stoking,name-tag/lencana
Rambut(panjang,berwarna,berfesyen)
Kurang bersopan dari segi tingkahlaku dan budi bicara
Tidak mematuhi peraturan sekolah ataupun kesalahan umum
Menggunakan kenderaan dalam kawasan sekolah secara bahaya
Jenis-jenis tindakan yang akan diambil terhadap kesalahan pelajar-palajar dan
pengawas-pengawas:
Nasihat dan amaran
Detention Class
Menulis karangan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris
Denda (wang tunai/buku)
Merotan (merujuk kepada Guru Besar)
Tindakan yang sewajarnya
Sekiranya tindakan yang diambil oleh AJK eksekutif itu tidak berkesan, pelajar
dan pengawas tersebut akan dirujuk kepada Guru Besar
{Mesyuarat-mesyuarat}
Mesyuarat Agung Tahunan
Ia merupakan mesyuarat yang wajib dijalankan pada awal tahun.
Dipengerusi oleh Ketua Pengawas dengan adanya kehadiran Tuan
Pengetua ataupun wakilnya serta guru-guru pengawas.
Mesti dihadiri oleh semua pengawas.
Urusan Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah:-
Menerima dan mengesahkan laporan tahunan.
Menerima dan mengesahkan penyata kira-kira tahun lepas yang telah
diaudit oleh guru yang telah dilantik untuk menjalankan tugas tersebut.
Melantik dua orang juruaudit daripada kalangan guru bagi tahun akan
datang.
Mempertimbangkan sebarang perkara berdasarkan notis secara bertulis
yang telah dibuat kepada setiausaha sekurang-kurangnya seminggu sebelum
mesyuarat tersebut.
Mengemukakan dan mempertimbangkan sebarang isu lain yang telah
diputuskan oleh Jawatankuasa Lembaga Pengawas.
Mesyuarat Umum
Diadakan sebulan sekali.
Diwajibkan hadir oleh semua ahli Lemabga Pengawas.
Agenda, tempat, masa dan guru-guru pengawas yang akan hadir
hendaklah diumumkan kepada semua pengawas bertulis sekurang-kurangnya
seminggu sebelumnya.
Laporan minit mesyuarat yang lalu daripada Setiausaha atau Penolongnya
mesti disahkan dalam mesyuarat tersebut.
Tanpa pengesahan oleh majoriti, laporan-laporan tersebut tidak akan
diterima.
Pengawas-pengawas yang tidak bersetuju dengan laporan-laporan
tersebut dikehendaki memberi sebab-sebabnya menolak laporan tersebut.
Laporan aktiviti daripada pengawas yang telah dipertanggungjawabkan
serta perancangan aktiviti yang akan dilakukan hendaklah dipertimbangkan
dalam mesyuarat.
Sebarang cadangan yang tidak menerima sokongan mejoriti tadak akan
diterima kecuali adanya undi pemutus daripada Ketua Pengawas atau guru-guru
pengawas.
Laporan mengenai segala projek yang berkaitan dengan pihak pentadbiran
sekolah mesti dibuat dan diserahkan kepada Tuan Pengetua.Tanpa kebenaran
Tuan Pengetua, projek tersebut akan dibatalkan.
Agenda-agenda mesyuarat:
1. Ucapan Ketua Pengawas
2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
3. Pengesahan dan pembentangan laporan kewangan
4. Perkara-perkara berbangkit dan tindakannya
5. Perkara-perkara khas
6. Hal-hal lain
Agenda ini boleh diubahsuai mengikut kehendak dan keadaan semasa.
{Tugas Pengawas}