Anda di halaman 1dari 2

Nama Guru Pelatih : Teresa Chee Lee Phin

No. Kad Pengenalan : 951107-12-5756

Angka Giliran : 2016151340028

Program : PISMP BCN SEM 8 AMBILAN JUN 2016

Unit : Bahasa Cina SJK (C)

PENYATAAN PROFESIONAL

Saya Teresa Chee Lee Phin merupakan seorang guru pelatih PISMP Ambilan Jun 2016 yang
mengambil Bahasa Cina sebagai bidang teras dan Bahasa Inggeris (TESL) sebagai elektif teras
dari Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar. Saya akan menjalani Internship di SJK (C)
Kampung Seri Sikamat Seremban selama 4 minggu. Tempoh masa bagi Internship ini bermula
pada 24 Feb 2020 hingga 27 Mac 2020. Program latihan Internship ini dilaksanakan sebagai
memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Sebelum menjalani Internship ini, saya sebagai guru pelatih telah menjalani latihan
perguruan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) selama 4 tahun dan 6 bulan. Latihan
yang dijalani adalah berkaitan dengan pembelajaran secara teoritikal seperti ilmu pedagogi dan
psikologi pendidikan untuk kanak-kanak. Semua ini juga termasuk ilmu tentang strategi
pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah, pengurusan, kurikulum pendidikan dan
sebagainya. Internship yang akan dijalani ini sebenarnya akan menterjemahkan segala dapatan
tersebut secara sebenar dan konkrit mengikut situasi semasa kerana guru pelatih akan
menggunakan atau mengaplikasikan teori yang dipelajari di IPGM dengan mengikut kesesuaian
penggunaannya di sekolah. Oleh itu, Internship yang akan dijalani adalah satu instrumen praktik
yang amat penting di dalam menjana perkembangan proses pembelajaran dan pembentukan
guru yang mahir dan berpengetahuan luas dalam pengajarannya di sekolah kelak.

Oleh yang demikian, perkara yang paling utama sekali yang diharapkan sepanjang 4
minggu tempoh Internship ini adalah guru pelatih dapat mempraktikkan segala ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di IPGM di sekolah. Ianya disusuli dengan latihan
sebenar proses PdP di blik darjah. Apa yang diharapkan, Internship ini dapat membuka satu
ruang pengetahuan yang bermakna kepada saya sebagai guru pelatih, berpeluang untuk
memantapkan lagi ilmu pendidikan, kemahiran, bakat, minat dan kaedah serta pendekatan
sedia ada. Saya akan menggangap Internship ini sebagai satu cabaran dan ia akan menjana
pengetahuan yang baru secara langsung. Sememangnya, sekolah adalah salah satu gedung
ilmu yang mempunyai banyak perkara yang boleh dijadikan sumber rujukan dalam pengajaran
dan pembelajaran (PdP). Ilmu yang diperolehi itu akan bermakna kepada guru pelatih dalam
menjana perkembangan ke arah pembinaan guru yang cemerlang.

Selain itu, perlaksanaan proses akademik dan kokurikulum di sekolah adalah begitu
kompleks kerana menjalinkan semua unsur ilmu menjadi satu dan diterjemahkan kepada
pembentukan insan yang sempurna. Semuanya dijalankan sejajar dengan falsafah pendidikan
negara yang dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelek serta sosial (JERIS). Ianya ditadbir dengan pengurusan sekolah yang
melibatkan sebahagian besar pihak guru itu sendiri dengan dibantu oleh sebahagian kecil
sahaja pihak bukan guru.

Justeru itu, Internship yang akan dijalani nanti diharapkan akan dapat membantu saya
mengetahui pengurusan di sekolah dengan lebih mendalam. Hal ini akan dapat melatih saya ke
arah menguasai urus tadbir pengurusan sekolah dengan lebih mahir. Pengurusan adalah
perkara yang begitu rumit untuk dilaksanakan kerana melibatkan semua pihak dan kebanyakan
hal. Ianya juga melibatkan proses melalui prosedur yang telah ditetapkan pihak kementerian
kepada pengurusan sekolah. Semua itu amat memerlukan guru yang berpengetahuan dalam
hal-hal pengurusan sekolah.

Kesimpulannya, saya berharap melalui Internship guru PISMP untuk ambilan Jun 2016
ini, agar ianya akan dapat memberi kesan langsung dan bermakna kepada guru pelatih seperti
saya, seperti apa yang telah diharapkan.

Akhir kata, saya mengharapkan agar warga SJK (C) Kampung Seri Sikamat Seremban
dapat memberi tunjuk ajar kepada saya sekiranya saya menghadapi sebarang masalah tentang
pengajaran dan pembelajaran (PdP) sepanjang tempoh Internship. Amat besar harapan saya,
Internship ini dapat memberi pengetahuan, pengalaman dan pembaharuan dalam diri saya.
Semua yang saya kutip sepanjang Internship nanti akan meningkatkan kemahiran dan prestasi
saya dalam bidang pendidikan, dan akan menjadikan saya sebagai guru yang berdedikasi dan
berwawasan serta berbakti kepada bangsa dan negara saya.

Anda mungkin juga menyukai