Anda di halaman 1dari 25

Ahmad Sanusi Azmi

Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

ANCAMAN PEMIKIRAN LIBERAL TERHADAP


PEMBANGUNAN PERADABAN ISLAM DI
MALAYSIA: ANALISIS ISU-ISU BERKAITAN
PENAFSIRAN AL-QURAN
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Universiti Sains Islam Malaysia

Article Progress
Abstrak Received: 12 Jan 2020
Pasca pilihanraya ke 14 (PRU14) menyaksikan beberapa isu telah Revised: 1 Jun 2020
diketengahkan oleh golongan liberal yang melihat dan menilai Accepted: 15 Julai 2020
insiden berkaitan Islam melalui kerangka pemikiran baharu.
*Corresponding Author:
Persembahan isu yang dipotret oleh kumpulan ini berupaya Ahmad Sanusi Azmi,
menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat Muslim Pensyarah Kanan,
apabila sebahagian pendekatan dan kefahaman yang dibawa jelas Fakulti Pengajian Quran
Sunnah, Universiti Sains
bercanggah dengan panduan yang telah digariskan oleh syarak. Islam Malaysia, USIM
Penerimaan terhadap idea kontroversi yang dilontarkan oleh email:
golongan liberal semakin memperlihatkan peningkatan. Terkini (sanusi@usim.edu.my)
beberapa cadangan dan olahan semula ayat al-Quran
dikemukakan oleh mereka dipaparkan di media sosial bagi
meraih sokongan massa. Kajian ini (1) meneroka beberapa isu
dalam penafsiran semula ayat al-Quran dan hadith oleh golongan
liberal dalam media rakyat, (2) meneliti penghujahan mereka
serta (3) menilai pandangan tersebut melalui perspektif
pandangan sarjana silam dan moden berteraskan manhaj yang
dibangunkan oleh ahli sunnah wal jamaah. Kajian ini bersifat
kualitatif di mana analisis teksual digunakan sebagai mekanisme
utama dalam penerokaan makna teks. Analisis perbandingan
(comparative analysis) turut diaplikasikan bagi menilai kaedah
pemahaman moden dan klasik dalam menentukan ketepatan
makna berdasarkan metode yang telah dibangunkan oleh sarjana
ulum al-Quran dan ulum al-hadith. Kajian ini mengesahkan akan
kewujudan ancaman terhadap kefahaman masyarakat dalam
memahami al-Quran dan sunnah melalui neraca pemikiran liberal
yang bertentangan dengan kerangka yang telah dibangunkan oleh
sarjana ahli sunnah wal jamaah.

Katakunci: liberal, ancaman, Quran, hadith

57
Ahmad Sanusi Azmi
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

PENDAHULUAN
Al-Quran dan hadith merupakan sumber utama umat Islam. Setiap sistem dan
peraturan yang dibentuk dalam perundangan syariat adalah berteraskan kepada
dua rujukan ini. Namun, mutakhir ini terdapat golongan liberal yang mula
mempersoal serta mempertikaikan ketepatan makna penafsiran al-Quran yang
telah dibina oleh sarjana Muslim silam. Malah ada yang telah mula menolak
hadith sebagai sebahagian daripada sumber perundangan Islam. Kekeliruan
serta penyelewengan yang disebarkan oleh kumpulan liberal ini telah membawa
kepada pengharaman gerakan serta pemikiran yang dianjurkan oleh mereka.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25-27 Julai 2006 telah
memutuskan bahawa aliran pemikiran liberal yang dibawa oleh golongan ini
telah menyeleweng dari segenap aspek. Manakala pada 17 Julai 2014 pula,
Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah mewartakan fatwa yang menegaskan
tentang penyelewengan kumpulan ini.1 Beberapa institusi agama di Malaysia
turut mengeluarkan pandangan yang sama berhubung kesesatan ideologi
gerakan pemikiran Islam liberal ini.2

PENDEKATAN LIBERAL TERHADAP AL-QURAN


Dalam mencorak kerangka pemikiran baharu, golongan liberal didapati
konsisten dengan beberapa prinsip asas yang diyakini oleh mereka. Antara
pegangan dasar yang diperjuangkan adalah penafian terhadap autoriti agama
serta penekanan terhadap kebebasan setiap individu untuk berijtihad.3 Dalam
erti kata yang lain, mereka membebaskan diri mereka dari fahaman sarjana silam
dan mengeluarkan ijtihad sendiri dalam memahami al-Quran. Tafsiran yang
mereka utarakan tidak semestinya terikat dengan epistemilogi ulum al-Quran
yang telah dibangunkan oleh ulama Islam. Dari aspek metodologi, mereka
menggariskan konsep relativisme sebagai asas penerokaan nas-nas syarak
dengan menekankan bahawa tiada kebenaran yang mutlak. Kebenaran menurut

1
Warta Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 31 Julai 2014. Lihat:
http://www.muftiselangor.gov.my/images/pdf/koleksi_fatwa/2014/Sel.p.u.28_fatwa_pemikiran_l
iberalisme_dan_pluralisme_agama.pdf
2
Sebagai contoh, Sekretariat Menangani Isu-isu Akidah dan Syariah Majlis Agama Islam Negeri
Johor Johor telah menerbitkan buku berjudul Bahaya Liberalisme Dan Pluralisme Agama Kepada
Aqidah Belia Muslim pada 2012 bagi menangani penyelewengan yang disebarkan oleh mereka.
Pada 25 Mac 2013 bersamaan 13 Jumada al-Ula, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan telah
bersetuju memutuskan bahawa Gerakan Pemikiran Liberal mengandungi fahaman-fahaman yang
didapati menyeleweng dari aspek akidah dan syariah. Rujuk pautan:
http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/himpunan-fatwa/171-keputusan-mesyuarat-
fatwa/713-aliran-pemikiran-liberal-hukum-dan-implikasinya-kepada-islam
3
Khalif Muammar. Atas Nama Kebenaran Tanggapan Kritis Terhadap Wacana Islam Liberal,
(Selangor: Akademi Kajian Ketamadunan, 2006)

58
Ahmad Sanusi Azmi
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

mereka adalah bersifat relatif iaitu ia boleh datang daripada sesiapa sahaja dan
tidak semestinya kebenaran itu datang dari golongan agamawan. Bertitik tolak
daripada konsep kebebasan berfikir dan berijtihad inilah mereka menggesa
supaya al-Quran diberi penafsiran semula, dengan nafas yang segar serta makna
yang sesuai dengan kehendak dan tuntutan moden. Malah lebih ekstrim dari itu,
sebahagian mereka berpandangan bahawa al-Quran mempunyai pengaruh
tangan manusia (human touch). Mereka melihat al-Quran sebagai kitab suci
(scripture) yang tidak turun dalam kondisi yang vakum (pasif) seperti yang
diutarakan oleh Mohamad Arkoun dan Nasr Hamid Abu Zaid.4 Mereka
merasakan seakan al-Quran mempunyai kesan dari tangan-tangan manusia yang
mungkin melakukan kesilapan.

ISU 1: CADANGAN MENULIS SEMULA AL-QURAN


Bagi merealisasikan konsep dan menerapkan kerangka pemahaman liberal
dalam memahami maksud teks al-Quran, beberapa pemikir liberal telah
mengenakan pemakaian makna baharu terhadap maksud al-Quran. Sebagai
contoh, kenyataan Mun’im Sirry pada 19 Ogos 2017, yang mendakwa bahawa
al-Quran pada hakikatnya bukan berasal dari semenanjung tanah Arab bahkan
dari Mesopotamia.5 Malah beliau turut mendakwa bahawa terdapat perubahan
struktur asal teks al-Quran sehingga menjejaskan maknanya yang asli seperti
yang berlaku ke atas surah al-Kafirun.6

4
Mohammad Arifin Ismail, Cabaran Akidah Pemikiran Islam Liberal, (Pejabat Mufti Wilayah
Persekutuan, t.t), m/s 22-25; Untung, Moh Slamet. "“Pembacaan” Al-Qur’an Menurut Mohammed
Arkoun." Religia 13, no. 1 (2017); Djalal, Z.F., 2016. Pembacaan Al-Qur’an Dalam Perspektif
Mohammed Arkoun. Islamuna: Jurnal Studi Islam, 3(1), pp.1-21; Puji, T.I.Z.T. and Kadir,
M.N.A., 2013. Kritikan Muslim Liberal terhadap Ulum al-Qur'an: Suatu Kecenderungan Baru
dalam Tafsiran al-Qur'an/The Criticism of Liberal Muslims Against Ulum al-Qur'an: A New
Tendency in the Interpretation of al-Qur'an. Islamiyyat, 35(2), p.83; Kadir, Muhd Najib Abdul,
Muhibudin Hassan, and Mazlan Ibrahim. "[ms] Tafsiran Quran dalam Perspektif Jaringan Islam
Liberal." Islamiyyat 29 (2007).
5
Kenyataan Mun’im dilaporkan oleh portal Menara.my di: https://www.menara.my/munim-sirry-
menulis-semula-surah-al-kafirun/. Setelah kontroversi berlangsung, beliau dihubungi oleh Malay
Mail Online dan mengeluarkan penjelasaan. Rujuk:
http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/called-deviant-muslim-scholar-says-was-
just-challenging-orthodox-view-on-qu
6
Kenyataan Mun’im Sirry telah menimbulkan kekeceohan sehingga SS Dato Mufti Perlis
bertindak keluar dari dewan. Selain itu, pada 30 Ogos 2017, SS Dato Mufti Wilayah turut
mengeluarkan kenyataan balas dalam Siri Bayan Linnas ke 112 bagi menjawab dakwaan yang
ditimbulkan oleh beliau. Rujuk:
http://www.muftiwp.gov.my/v4/index.php?option=com_content&view=article&id=676:bayan-
linnas-111-pandangan-terhadap-kenyataan-dr-mun-im-sirry-dalam-simposium-kesederhanaan-
dalam-al-qur-an-antara-dua-titik-ekstrim&catid=82&Itemid=408&lang=en

59
Ahmad Sanusi Azmi
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

Ketika berucap di Simposium Kesederhanaan Dalam al Qur’an Antara Dua Titik


anjuran Islamic Renaissance Front (IRF), Mun’im Sirry mengandaikan bahawa
ayat terakhir daripada Surah al-Kafirun menunjukkan sikap toleransi dalam
Islam. Seakan ayat terakhir ini menggambarkan sifat inklusif, bahawa Islam
menerima agama lain dan tidak mengenepikan akidah selain dari agama ini.
Ayat “bagi kamu agama kamu, bagi kami agama kami” dilihat sebagai tidak
menafikan anutan lain. Namun pada ayat kedua dari surah itu (la a’budu ma
a’bud - aku tidak sembah apa yang kamu sembah) memperlihatkan seakan Islam
itu adalah agama yang ekslusif, iaitu menafikan agama lain. Jadi bagi Mun’im,
terdapat percanggahan yang jelas di antara dua ayat tersebut.

Mun’im datang dengan membawa cadangan penyelesaian bahawa menurut


hemat beliau, huruf Alif (hamzah) dalam surah al-Kafirun telah ditambah oleh
seorang yang bernama Ubaidullah ibn Ziyad.7 Beliau dipetik sebagai
menerangkan:

“How to reconstruct? Ini fikiran gila. Kalau anda baca, assume that
alif (huruf alif) itu ditambah, anda baca “la”, bukan sebagai negation,
tapi dengan pendek. Maka menjadi “la” taukid. Maka ayat ini bisa
kita baca seperti begini: Qul yaa-ai yuhal kaafiroon (1). Laa’budu ma
ta’budoon (2). Yang ertinya, “wahai orang-orang kafir, saya
sebenarnya menyembah yang kamu sembah dan kamu pun
menyembah yang saya sembah dan seterusnya, kita menyembah tuhan
yang sama. Kamu mengakui agamamu dan saya mengakui agama
saya.”8

7
Kenyataan asal Ubaidillah ditulis semula oleh Mufti Wilayah seperti berikut: Yazid al-Farisi
berkata: Ubaidullah bin Ziyad telah menambahkan 2000 alif di dalam mushaf. Apabila al-Hajjaj
bin Yusuf datang dari Basrah dan disampaikan tentang hal ini, beliau berkata: ‘Siapa yang
menyampaikan tentang perubahan oleh Ubaidullah ini?’, Mereka menjawab: ‘Orang yang
menyampaikannya adalah Yazid al-Farisi’. Al-Hajjaj memanggilku lalu aku menemuinya dan aku
tidak syak lagi yang dia akan membunuhku. Ketikamana aku masuk menghadapnya, beliau
berkata: ‘Mengapa Ibn Ziyad meminta untuk menambah 2000 huruf alif?’ Aku berkata: ‘Moga-
moga Allah memeliharamu ke jalan lurus. Dia telah membesar dalam kalangan masyarakat kelas
bawahan di Basrah. Al-Hajjaj berkata, ‘Kamu benar’. Pergilah dariku.’ Apa yang diinginkan oleh
Ubaidullah adalah hanya ingin meletakkan asas ejaan dalam mushafnya, menulis kembali kalimah
(‫ )قلو‬menjadi (‫ )قَالُوا‬dan (‫ )كنو‬menjadi (‫)كَانُوا‬.
8
https://www.menara.my/munim-sirry-menulis-semula-surah-al-kafirun/

60
Ahmad Sanusi Azmi
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

Rajah 1: Cadangan Mun’im untuk menulis semula Surah al-Kafirun

Kerapuhan Idea Menulis Semula Surah al-Kafirun


Bagi menilai kenyataan yang diluahkan oleh Mun’im, Pejabat Mufti Wilayah
telah memetik kajian Dr. Mustafa A’zami dalam merungkai maksud tambahan
huruf Alif yang dilakukan oleh Ubaidillah. Kenyataan Pejabat Mufti Wilayah
menjelaskan bahawa: “Menurut Syeikh Dr. Mustafa al-A’zami, perubahan
sebegini tidak merosakkan teks asal kerana ia cuma menekankan beberapa huruf
vowels yang ditiadakan bagi tujuan singkatan. Kalimah qalu ada 331 kali dan
kalimah kanu ada 267 kali. Ini bermakna, jumlah keseluruhan penambahan ini
adalah pada 598 tempat. Bilamana dikatakan Ubaidullah menambah alif pada
dua tempat ini, maka jumlahnya adalah 1,196 tempat. Jumlah 2,000 yang
disebutkan dalam teks di atas pada hemat Syeikh al-A’zami cuma anggaran
kasar. Pun begitu, sanad kisah ini tidak lepas daripada kritikan para ulama’ yang
menjadikannya lemah.”

Lebih menarik lagi, penambahan huruf alif yang dikemukakan oleh Ubaidillah
sebenarnya hanya berlaku pada perkataan ‘qalu’ dan ‘kanu’ sahaja. Andaian
Mun’im bahawa wujud penambahan huruf hamzah dalam surah al-Kafirun
adalah andaian yang tidak disandarkan dengan dalil yang jelas. Bahkan tidak
wujud perkataan ‘qalu’ dan ‘kanu’ dalam surah ini. Jadi andaian Mun’im
bahawa telah berlaku penambahan terhadap teks asal surah ini hanyalah berlegar
sekitar andaian (assumption) semata.

61
Ahmad Sanusi Azmi
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

Menurut A’zami lagi, penambahan tersebut hanyalah berlaku pada salinan


persendirian (personal codex) Ubaidillah sahaja. Ia dikemudian dijelaskan
kepada al-Hajjaj. Ini kerana tiada pengakuan atau penjelasan berhubung
perubahan penambahan tersebut yang dinyatakan di dalam sumber Islam atau
oleh ulama silam di dalam karya mereka.9

Apa yang lebih meyakinkan kami bahawa andaian Mun’im ini adalah andaian
yang sangat rapuh adalah kedaifan riwayat yang menceritakan tentang
penambahan huruf ini. Kenyataan berhubung penambahan Ubaidullah ini
diriwayatkan oleh Ibn Abi Daud di dalam karyanya. Namun riwayat ini dinilai
daif (lemah) oleh sarjana hadith. Status ini membolehkan sarjana Muslim
menolak riwayat ini kerana perkara perkara berhubung al-Quran seharusnya
datang dengan jalan yang mutawatir.

Pun begitu sekiranya penambahan ini benar-benar berlaku, (seperti yang telah
dijelaskan di atas,) ianya hanyalah inovasi Ubaidullah dalam salinan al-Quran
milik peribadi beliau yang dicatatkan oleh beliau bagi membantu bacaan.
Bahkan kenyataan tambahan huruf oleh Ubaidillah tidak menyatakan dengan
jelas samada ianya melibatkan surah al-Kafirun ataupun tidak.

Kemunculan Bibit Menulis Semula al-Quran


Tragedi cadangan menulis semula al-Quran ini berulang kembali dengan episod
yang lebih tragik. Apa yang lebih membimbangkan adalah apabila wacana ini
tidak berlangsung dalam lingkungan perbahasan akademia tetapi menyerap
masuk ke gelanggang debat peringkat sekolah. Anak muda muslim yang masih
di bangku pendidikan sudah mula terdedah dengan isu yang sangat sensitif ini.
Pada Oktober 2019, penganjur Piala Debat Tun Razak menimbulkan kontroversi
apabila dua tajuk perdebatan yang diutarakan melibatkan isu yang mirip dengan
idea yang dilontarkan oleh golongan liberal iaitu (1) cadangan menulis semula
al-Quran. Pihak penganjur dikatakan memberikan skop perbincangan yang
menjurus ke arah menggambarkan al-Quran sebagai memiliki kekurangan atau
kecacatan dan menyifatkan kandungan al-Quran sudah tidak lagi releven buat
dunia moden.10 Lebih menyedihkan apabila (2) tajuk kedua yang menjadi
kontroversi melibatkan pertikaian hukum LGBT.11

9
Al-Azami, Muhammad Mustafa. The history of the Qur'anic text: from revelation to compilation:
a comparative study with the Old and New Testaments. UK Islamic Academy, 2003, m/s 103.
10
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/11/628005/kontroversi-debat-penuntut-ua-
ditahan
11
https://www.sinarharian.com.my/article/52153/BERITA/Nasional/KPM-digesa-ambil-tindakan-
terhadap-penganjur-Debat-Piala-Tun-Razak

62
Ahmad Sanusi Azmi
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

Insiden ini menggemparkan warga Malaysia sehingga menggerakkan pelbagai


kumpulan dan institusi di negara ini untuk mendesak pihak penganjur agar
dikenakan tindakan kerana mempertikaikan bahkan merendahkan status al-
Quran. Rentetan itu, pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
telah mengambil tindakan tegas dengan menahan pihak penganjur atas
kesalahan di bawah Seksyen 50 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan.

Biarpun pada awalnya tiada siapa yang menjangkakan idea mempertikaikan al-
Quran yang dilontarkan oleh golongan liberal seperti Mu’im Sirri ini akan
mendapat sambutan, namun pada tahun 2019, pemikiran seperti ini seakan mula
menyerap ke dalam rangkaian agensi aktiviti pelajar sekolah. Kegagalan
menyaring pemikiran rosak liberal ini berupaya memberikan ancaman terhadap
keampuhan sistem berfikir anak muda dan berpotensi mendedahkan mereka
kepada kekeliruan yang mampu menjadikan mereka menolak kandungan al-
Quran itu sendiri.

ISU 2: PENGGUNAAN AL-QURAN UNTUK MENGHALALKAN LGBT


Tidak memadai dengan cadangan menulis semula al-quran, golongan liberal
turut berhujah dengan al-Quran bahawa pada hakikatnya Allah tidak pernah
melarang perlakuan LGBT. Mereka menggunakan beberapa ayat al-Quran bagi
menyokong dakwaan mereka bahkan menafsirkan semula insiden dakwah Nabi
Lut. Pada mereka, azab yang dikenakan ke atas kaum Nabi Lut itu bukanlah
disebabkan kerana mereka terlibat dengan perlakuan songsang LGBT yang
terkutuk itu tetapi kerana kaum Nabi Lut tidak melayan tetamu mereka (para
malaikat) dengan baik.

Penafsiran Semula Ayat Quran Untuk Menghalalkan LGBT


Pada 12 Jun 2016, Irshad Manji telah memuat naik gambar kata-kata beliau yang
memaparkan kefahaman beliau berkenaan hubungan sejenis di dalam al-Quran.
Kenyataan tersebut menyebut:

“The Quran says: God breathed life in a single soul, then created
it spouse. What gender are the soul and spouse? The Quran is
silent. Love wins.”

Kenyataan Irshad seolah menggambarkan pernyataan dari al-Quran ini tidak


menghalang percintaan atau hubungan sesama jantina. Ini jelas melalui tindakan
beliau sendiri apabila beliau berkahwin dengan pasangan yang sama dengan
jantina beliau, Laura Albano pada 10 Mei 2016. Persoalannya apakah benar cara

63
Ahmad Sanusi Azmi
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

penghujahan yang dibawa oleh Irshad sebagai justifikasi membenarkan


percintaan hubungan sejenis ini.

Kekeliruan Penafsiran Ayat al-Quran oleh Golongan LGBT


Meneliti semula ayat yang dinyatakan oleh Irshad Manji ini, terdapat empat ayat
al-Quran yang menyebut dengan makna yang hampir sama seperti yang
dimaksudkan oleh Irshad iaitu12:

1. Surah al-Nisa ayat 1: “Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada


Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri
yang satu (single soul - Adam), dan yang menjadikan daripada
(Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang
membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan
yang ramai.”

2. Surah al-An’am ayat 98: “Dan Dialah yang menciptakan kamu dari
seorang diri (single soul), maka disediakan tempat tetap, dan tempat
simpanan. Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran
(Kami) bagi orang yang mengerti.”

3. Surah al-A’raf ayat 189: “Dialah yang menciptakan kamu semua


dari diri yang satu (single soul), dan Ia mengadakan daripadanya
pasangannya (isteri) untuk bersenang hati dan hidup mesra. Ketika
dicampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang
ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Maka
ketika ia merasa berat berdoalah keduanya kepada Tuhan:
Sesungguhnya jika Engkau kurniakan kami anak yang baik, tentulah
kami menjadi dari orang yang bersyukur.”

4. Surah al-Zumar ayat 6: “Ia menciptakan kamu dari diri yang satu,
kemudian dijadikan daripadanya isterinya; dan Ia mengadakan untuk
kamu binatang ternak lapan ekor berpasangan. Ia menciptakan kamu
dalam kandungan ibu kamu dari satu kejadian ke satu kejadian dalam
tiga kegelapan. Demikianlah Allah Tuhanmu; bagi-Nyalah kekuasaan
yang mutlak; tiada Tuhan melainkan Dia; oleh itu bagaimana kamu
dapat dipesongkan?”

12
Terjemahan ayat al-Quran merujuk kepada laman JAKIM: http://www.islam.gov.my/e-jakim/e-
quran/terjemahan-al-quran

64
Ahmad Sanusi Azmi
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

Keempat-empat ayat ini jelas menunjukkan makna yang hampir sama dengan
kenyataan yang dikeluarkan oleh Irshad Manji iaitu Allah menjadikan manusia
dari jiwa (soul-nafs) yang satu (single-wahidah) tanpa disebutkan dengan jelas
jantina jiwa tersebut.

Timbul persoalan di sini, jika benar sekalipun jantina jiwa (soul-nafs) yang
disebutkan di dalam al-Quran adalah kabur, apakah konteks sebenar ayat
tersebut secara kolektifnya. Meneroka ayat dari surah al-Nisa:1, surah al-A’raf:
189 dan al-Zumar: 6, jelas pernyataan yang disebut di dalam firman tersebut
menyebutkan soal pembiakkan zuriat (surah al-Nisa), perihal mengandung
(surah al-A’raf), dan kejadian manusia dalam rahim ibu (surah al-Zumar).
Kesemua ayat ini melibatkan perbincangan berhubung percambahan zuriat.
Sekiranya penafsiran Irshad Manji terhadap ayat-ayat ini menunjukkan tentang
keharusan hubungan sejenis, ia bercanggah dengan konteks menyeluruh yang
ingin disampaikan melalui ayat tersebut. Ayat-ayat tersebut secara umumnya
menyentuh soal percambahan zuriat. Andai kita menerima keharusan hubungan
secara sejenis, bagaimana kita boleh memahami hubungan sejenis ini berupaya
menjadi agen percambahan zuriat? Apakah perkahwinan antara lelaki dengan
lelaki berupaya melahirkan anak? Atau perkahwinan sesama perempuan berjaya
menyebabkan pasangan mereka mengandung? Ini sekaligus bertentangan
dengan maksud umum ayat-ayat tersebut..

Sekiranya kita mengandaikan bahawa Irshad memilih ayat dari surah al-An’am
di atas, ia juga tidak mungkin membenarkan justifikasi Irshad kerana ayat
tersebut tidak menyebutkan soal pasangan. Allah hanya menceritakan bahawa
Dia menjadikan manusia dari jiwa yang satu. Tiada penambahan tentang konsep
pasangan sejenis yang boleh diekstrak dari ayat ini.

Golongan Liberal Mendakwa Para Isteri Nabi Menerima Mak Nyah


Dalam mempertahankan hak seorang Muslim untuk menjadi salah satu daripada
golongan LGBT, kumpulan yang berfikiran liberal turut mendakwa bahawa para
isteri Rasulullah sendiri menerima golongan mukhannath (mak nyah). Mereka
mempersoalkan: “Andai para isteri Nabi sendiri menerima mak nyah, mengapa
kami tidak boleh menjadi mak nyah?”

Pada hakikatnya, hadis yang mereka gunakan ini tidak difahami dengan konteks
yang betul. Rasulullah pada asasnya bukan sahaja melaknat golongan yang
mengamalkan amalan Nabi Lut ini bahkan pernah menghalau mereka. Timbul
persoalan di sini, mengapa Rasulullah mengusir seorang mukhannath (lelaki
berperwatakan wanita/maknyah) seperti yang pernah direkodkan di dalam
hadith ini? Apakah Rasulullah tidak bersikap rahmatan lil alamin? Adakah

65
Ahmad Sanusi Azmi
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

Rasulullah tidak mengamalkan toleransi dengan individu seperti ini? Sebelum


meneliti persoalan tentang perkara ini, mari kita perhatikan beberapa hadith
berhubung perkara ini.

Mengapa Maknyah Datang Ke Rumah Isteri-isteri Nabi?


Menurut riwayat Abu Daud, mukhannath ini dikatakan datang ke rumah isteri
Rasulullah kerana meminta makanan daripada mereka. Perkara ini direkodkan
melalui penjelasan yang dinyatakan oleh al-Imam al-Auza’i. Bahkan dalam
dialog tersebut ada dikalangan isteri Rasulullah menyatakan: Wahai Rasululah,
sekiranya engkau usir dia sesungguhnya dia akan mati kelaparan.” (HR Abu
Daud) Jelas melalui riwayat ini, mukhannath yang datang ke rumah isteri
Rasulullah ini adalah kerana keperluan hidupnya. Sekiranya dia tidak datang,
barangkali ia akan menyebabkan mudarat buat dirinya. Dia bukanlah datang
bersahaja untuk bersembang dengan isteri Rasulullah semata-mata.

Mengapa Arahan Mengusir Maknyah Dikeluarkan?


Punca pengusiran ini bermula apabila Rasulullah mendengar dialog perbualan
di antara isteri Rasulullah dengan maknyah ini. Berdasarkan hadith yang
diriwayatkan, al-Imam al-Bukhari ada merekodkan bagaimana seorang
mukhannath (lelaki berperwatakan wanita) dikatakan biasa datang dan duduk di
rumah Ummu Salamah, isteri Rasulullah. Mukhannath ini dikatakan
mendedahkan rahsia perihal sosok tubuh wanita Taif kepada Abdullah ibn Abi
Umayyah (saudara kepada Ummu Salamah). Beliau menceritakan perihal
wanita Taif (anak-anak perempuan Ghaylan) yang mempunyai tubuh yang gebu.
Mendengar perbualan ini Rasulullah lantas mengeluarkan arahan melarang
mukhannath ini dari duduk bersama dengan wanita Muslimah. Ini kerana
mukhannath tersebut akan mengetahui aurat dan sosok tubuh wanita Muslimah
sehingga boleh mendedahkannya kepada orang awam. Dengan itu Rasulullah
menegaskan: “(Wahai para wanita) Jangan biarkan mereka ini (mukhannath)
masuk bersama dengan kamu (para wanita)!”

Meneliti hadith ini, al-Imam al-Syawkani memberikan beberapa rasional


mengapa Rasulullah mengusir mukhannath ini. Terdapat dua sebab utama yang
dikenal pasti iaitu:

a. Pertama, pada asalnya para sahabat menyangkakan bahawa maknyah


yang masuk ke rumah isteri Rasulullah tersebut adalah golongan yang
tidak mempunyai nafsu terhadap wanita. Namun setelah mendengar
perbualannya tentang perempuan Taif (anak-anak Ghaylan), telah
nyata, maknyah ini dilihat mempunyai nafsu atau tahu kehendak nafsu
lelaki terhadap wanita, maka Rasulullah mengusirnya. Sekiranya ada

66
Ahmad Sanusi Azmi
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

dikalangan maknyah yang masuk ke tandas wanita pada hari ini, atau
solat ditempat wanita, bagaimana kita boleh pastikan mereka tidak
mendedahkan aurat wanita Muslimah yang lain?

b. Keduanya, mukhannath tadi telah menceritakan sifat-sifat kecantikan


wanita serta aurat mereka ketika beradanya orang lelaki bersama
mereka. Ini adalah satu kebimbangan besar. Maknyah yang duduk
bersama Muslimah boleh mengetahui aurat mereka dan
mendedahkannya kepada orang lain. Bahkan pada hari ini boleh ambil
gambar atau video. Atas dasar itu Rasulullah mengusirnya dari bersama
dengan wanita Muslimah.

Adakah Rasulullah Tidak Bertoleransi?


Barangkali ada yang bertanya, mengapa Rasulullah mengenakan tindakan yang
tegas sebegini? Apakah Rasulullah tidak bersikap toleransi dan rahmah? Perlu
difahami bahawa dalam perkara yang melibatkan penjagaan maruah dan
pencegahan kemungkaran, maka Rasulullah bersikap tegas. Menurut al-
Qardawi, tindakan tegas yang dikenakan oleh Syariat Islam dalam perkara yang
melibatkan isu LGBT adalah bagi membersihkan masyarakat dari budaya yang
tidak sihat. Membiasakan (normalisasi) masyarakat untuk menerima perlakuan
yang dilarang oleh agama akan menyebabkan masyarakat tidak sensitive dengan
perkara mungkar.

Seorang mukmin tidak seharusnya mengucapkan: “Biarkanlah dia, itu dosa dia
dengan Allah” atau “alah, kubur masing-masing.” Ungkapan ini tidak lain
hanyalah menggambarkan bahawa kita tidak peka atau sensitif dengan dosa dan
larangan Allah. Dengan sebab itu dalam sebuah hadith yang lain, Rasulullah
bersabda: “Sesungguhnya orang mukmin melihat dosa-dosanya seperti dia
duduk di bawah gunung, dan dia takut sekiranya gunung itu akan menimpanya,
sedangkan orang fajir (selalu melakukan dosa) melihat dosa-dosanya seperti
lalat yang hinggap di batang hidungnya, kemudian dia mengusirnya lalu ia
terbang.” (HR al-Bukhari)

Jelas melalui penjelasan di atas bahawa dakwaan golongan liberal yang


mendakwa bahawa para isteri Rasulullah menerima golongan mak nyah adalah
tidak benar. Kekeliruan yang ditimbulkan oleh golongan liberal ini berupaya
menjadi ancaman dari aspek kefahaman masyarakat terhadap perkara yang telah
jelas diharamkan dalam al-Quran dan hadith. Membiarkan kekeliruan ini
mampu membuatkan masyarakat keliru dan tergelincir dari landasan yang telah
digariskan oleh syarak.

67
Ahmad Sanusi Azmi
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

ISU 3: PERTIKAIAN TENTANG IBADAH KORBAN


Selain menyifatkan al-Quran sebagai kitab yang sudah lapuk dan tidak releven,
golongan liberal juga dilihat mempertikaikan syariat Islam yang diasaskan
melalui al-Quran sendiri. Pada 1 dan 10 September 2017, Siti Kasim telah
menukilkan pandangan beliau berhubung ibadah korban dalam Islam. Ketika
menyampaikan ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Haji, Siti Kasim
menegaskan bahawa “Sacrifice is not a pillar of Islam” (ibadah korban bukanlah
(sebahagian daripada) tiang Islam). Siti Kasim membawa penafsiran baharu
berhubung maksud ayat korban yang selama ini dipegang oleh sarjana Muslim.
Dalam satu penghujahan yang ringkas, Siti berpandangan bahawa (1) al-Quran
tidak pernah mengkhabarkan bahawa Tuhan memerintahkan Nabi Ibrahim
untuk membunuh anaknya kerana Tuhan tidak mungkin mengarahkan perkara
yang jahat. Beliau memetik ayat 7:28 and 16:90 sebagai hujah dan menyatakan
hanya syaitan (24:21) sahaja yang memerintahkan kejahatan. Siti Kasim turut
menegaskan bahawa mimpi tersebut bukan datang dari Allah. Beliau dipetik
berkata:

Qur’an never says that God told Abraham to kill (sacrifice) his son.
The Qur’an never says that the dream was from God. The Qur’an
teaches us that God never advocates evil (see 7:28 and 16:90) and
that only Satan advocates evil and vice (24:21). The notion that
Allah would want us to do an immoral act runs counter to Allah’s
justice.

Menerima kritikan daripada banyak pihak, Siti Kasim memuatnaik pandangan


beliau melalui laman Facebook pada 10 September 2017 dengan menilai semula
penafsiran ayat 108 daripada surah al-Saffat. Penghujahan kali ini lebih panjang
dan tersusun dengan membahagikan hujah beliau kepada beberapa bahagian
iaitu:

1. Pembacaan melalui surah al-Saffat menurut beliau tidak menjelaskan


dari mana datangnya mimpi tersebut. (We read in Sura 37 how
Abraham had a dream in which he saw himself slaughtering his son
Ishmael. However, the source of the dream is not spelt out in clear
words in the Quran.)

2. Membunuh makhluk yang tidak berdosa adalah dosa. Menurut beliau


tidak mungkin Allah memerintahkan supaya membunuh jiwa yang
tidak berdosa. Beliau memetik ayat 4:92 dan 4:93 sebagai rujukan. (As
3.

68
Ahmad Sanusi Azmi
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

a result, God would never command any human being to kill an


innocent soul.)

4. Tuhan tidak mungkin memerintahkan sesuatu yang tidak bermoral.


Ayat 7:28 digunakan sebagai hujah. Malah penafsiran yang dilakukan
oleh ulama silam sebelum ini adalah ajaran al-Quran. (From the above
analysis, we can see that the traditional Islamic interpretation of this
event, claiming that God commanded Abraham to kill his son Ishmael
so as to test him, is a violation of Quranic truth.)

5. Kesalahan ulama silam dalam memberi penafsiran bahasa Arab.

(i) Menurut Siti, perkataan “fadayna” di dalam ayat 37:107 bukan


membawa maksud korban tetapi penyerahan (Fadaynah: The word
fidya is used in the Quran to mean a concession; it does not mean
sacrifice nor ransom).

(ii) Perkataan bizabh pula membawa maksud “ditempat korban,” bukan


bermaksud kambing korban seperti yang difahami oleh ulama Islam.
(B'zhabh: This word means: in place of a slaughter.)

(iii) Manakala perkataan Azim pula adalah bermaksud besar (great).


Namun ia bukanlah bermaksud korban yang besar kerana menurut
beliau makna tersebut tidak tepat bahkan kebanyakan perkataan Azim
di dalam al-Quran menunjukkan sifat yang tidak baik (The word Azeem
(great) as used in the Quran does not always describe something good

or praiseworthy, but it is often used to describe something of great evil


or unrighteousness)

Kesalahan Penghujahan Berhubung Ibadah Korban


Melihat kepada empat penghujahan utama yang dibawa oleh Siti Kasim
berhubung penafsiran baharu berhubung ayat 108 daripada surah al-Saffat, mari
kita teroka satu persatu hujah yang disampaikan.

(1) Menurut Siti Kasim, al-Quran tidak pernah memberitahu daripada mana
datangnya mimpi tersebut. Ayat berhubung mimpi Nabi Ibrahim tersebut
terkandung di dalam ayat 102 dari surah al-Saffat yang menyebutkan:

69
Ahmad Sanusi Azmi
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

ِ ‫ال َي أَب‬
‫ت افْ َع ْل َما‬ ِِ‫َن إِِِّن أ ََرى ِِف الْ َمنَ ِام أ‬
َ َ َ َ‫ك فَانْظُْر َماذَا تَ َرى ق‬
َ ُ‫َّن أَ ْذ ََب‬ ََُّ‫ال ََي ب‬
َ َ‫ق‬
ِ َّ ‫اَّلل ِمن‬ ِ ِ
َ ‫الصاب ِر‬
‫ين‬ َ َُّ َ‫تُ ْؤَم ُر َستَج ُدِّن إ ْن َشاء‬
Maksudnya: Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anakku! Sesungguhnya aku melihat
dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa
pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang
diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-
orang yang sabar".

Melihat kepada dialog awal di dalam ayat 37:102 Allah menceritakan


bagaimana Nabi Ibrahim bermimpi menyembelih anaknya. Apabila perkara ini
disampaikan kepada Nabi Ismail (dalam situasi mereka berdua sedang
membincangkan mimpi tersebut), Nabi Ismail menyatakan “Lakukanlah apa
yang telah diperintah.” Siapa yang memerintahkan kepada Nabi Ibrahim selain
dari Allah? Apakah Nabi Ibrahim tidak pandai untuk membezakan perintah
Allah atau perintah syaitan?

Dalam ayat 37:105 pula Allah menyebutkan:

ِِ ِ
‫ي‬ َ ‫الرْؤََي إِ ََّّن َك َذل‬
َ ‫ك ََْن ِزي الْ ُم ْحسن‬ ُّ ‫ت‬َ ْ‫ص َّدق‬
َ ‫قَ ْد‬
Maksudnya: "Engkau telah menyempurnakan (membenarkan) (maksud) mimpi
yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang
yang berusaha mengerjakan kebaikan.

Lihat maksud ayat ini “sesungguhnya engkau telah menyempurnakan atau


membenarkan mimpi tersebut.” Ayat ini seolah Allah reda atau bersetuju dengan
mimpi tersebut. Sekiranya mimpi tersebut datang dari syaitan apakah Allah akan
reda dengan arahan syaitan kepada Nabi Ibrahim?

Penafsiran ini bukan sahaja difahami oleh sarjana Muslim silam, ia turut diakui
juga oleh penyelidik barat seperti A.J Arberry di dalam terjemahan klasik beliau
terhadap kandungan al-Quran.13 Reuven Firestone juga memberikan huraian
yang sama dalam memahami teks tersebut.14 Kathleen Malone O’Connor pula
berpandangan bahawa mimpi yang datang tersebut boleh datang dari Allah
seperti mana yang berlaku kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad.15

13
A.J Arberry, The Koran Interpreted A Translation, first publication 1955.
14
Reuven Firestone, Sacrifice, dalam Encyclopedia of the Quran, jilid iv, 516-518.
15
Kathleen Malone O’Connor, dalam Encyclopedia of the Quran, jilid iv, 178-179.

70
Ahmad Sanusi Azmi
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

(2) Tiada siapa pun yang akan bersetuju bahawa Allah memerintahkan perkara
yang tidak baik dan tidak bermoral kepada manusia. Apa yang difahami
daripada ayat ini adalah arahan tersebut datang dari Allah sebagai ujian, bukan
arahan yang dikehendaki secara literal. Perkara ini jelas dalam ayat yang
seterusnya menyebut:

ُ ِ‫إِ َّن َه َذا ََلَُو الْبَ ََلءُ الْ ُمب‬


‫ي‬
Maksudnya: Sesungguhnya ini adalah ujian yang nyata. Jelas di sini bahawa
Allah sendiri telah pun menjelaskan bahawa situasi maupun arahan yang berlaku
adalah ujian. Apa yang difahami oleh Siti Kasim adalah menyimpang dari apa
yang dimaksudkan disini.

(3) Manakala dakwaan yang dilemparkan oleh Siti Kasim bahawa terdapat
kesalahan dalam menafsirkan tiga perkataan dari ayat 107 daripada surah al-
Saffat adalah tidak benar sama sekali. Berdasarkan analisis berhubung
pemaknaan baharu yang dibawa oleh beliau, terdapat kelompangan yang berlaku
iaitu:

i. Siti Kasim menegaskan bahawa perkataan “fadaynah” membawa


maksud penyerahan (concession) dan bukannya “kami tebus.” Beliau
berhujah dengan ayat 2:196. Pada perihal ini, Siti Kasim tersalah dalam
menukilkan ayat tersebut. Ayat yang menyebutkan perkataan fidyah
dalam surah al-Baqarah adalah pada ayat ke 184 yang menyebutkan:

ٍ ‫يضا أَو بِِه أَ ًذى ِمن رأ ِْس ِه فَِف ْديةٌ ِمن ِصي ٍام أَو ص َدقَ ٍة أَو نُس‬ ِ
‫ك‬ ُ ْ َ ْ َ ْ َ َْ ْ ً ‫فَ َم ْن َكا َن مْن ُك ْم َم ِر‬
Maksudnya: “Maka sesiapa di antara kamu sakit (dalam melaksanakan
haji) atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia
mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah daripada puasa
atau sedekah atau nusuk.”

Di sini perkataan fidyah diterjemahkan oleh Siti Kasim sebagai


concession, yang barangkali membawa maksud penyerahan daripada
amalan kita seperti berpuasa atau bersedeqah atau binatang korban.

Di sini terdapat beberapa isu yang perlu dinyatakan. Pertama,


penafsiran semula perkataan ‘fadaynah’ dengan merujuk kepada
perkataan ‘fidyah’ tidak dilakukan secara kolektif bahkan selektif. Siti
Kasim dilihat memilih ayat yang difikirkan sesuai dengan pandangan

71
Ahmad Sanusi Azmi
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

beliau semata. Ini kerana, perkataan ‘fidyah juga disebut di dalam ayat
2:184 dan ayat 57:15 yang kedua-duanya diterjemahkan oleh
penterjemah dan pentafsir al-Quran sebagai tebusan, bercanggah
dengan apa yang direka semula oleh Siti Kasim. Siti Kasim mendakwa
bahawa penafsiran perkataan ini telah diseleweng oleh ulama Muslim
yang lalu. Bagi tujuan perbandingan, kami memilih satu tafsir klasik
(al-Tabari) dan dua tafsir atau terjemahan moden oleh A.J Arberry dan
A.Halim (yang diterbitkan oleh Oxford University Press) untuk
dilakukan kajian perbandingan terhadap apa yang didakwa oleh beliau.

PERKATAAN TABARI A.J OXFORD SITI KASIM


ARBERRY CLASSIC

fadaynah We We We We made a
ransomed ransomed ransomed concession for
him him his son him

bizabh sacrifice sacrifice sacrifice In a place of


slaughter

Setelah perbandingan dibuat, ternyata, terjemahan yang dilakukan oleh Siti


Kasim bersalahan dengan apa yang telah dilakukan oleh sarjana al-Quran
samada dari kalangan Muslim maupun non-Muslim, dari zaman klasik maupun
zaman moden ini. Daripada pemerhatian yang ringkas ini dapat kami simpulkan
bahawa terjemahan serta Siti Kasim dilakukan secara selektif dan tidak
menyeluruh dalam meneroka penggunaan kalimah tersebut di dalam al-Quran.

ISU 4: PENAFSIRAN SEMULA AYAT SOLAT JUMAAT


Pada 6 Oktober 2016, Farouk Peru melancarkan satu kempen yang kontroversi
apabila beliau mencadangkan supaya Solat Jumaat ditukar pada hari sabtu.16
Justifikasi kepada cadangan tersebut adalah bagi memberikan Muslim
pengalaman spiritual yang lebih optimum. Ini adalah kerana, hari jumaat adalah
hari berkerja di mana Muslim akan tergesa-gesa untuk menunaikan solat jumaat
disamping harus menyelesaikan tugas kerjaya serta keluar untuk menikmati
makan tengahari mereka. Dalam ruang waktu yang agak terhad ini, timbul idea

16
http://www.patheos.com/blogs/personalislam/2016/10/why-we-need-saturday-reform-jummas/

72
Ahmad Sanusi Azmi
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

di pihak beliau supaya Solat Jumaat ditukar pada hari sabtu supaya ruang
beribadah dapat diberikan masa yang lebih.

Meneliti ayat al-Quran, Farouk berhujah bahawa:

1. Perkataan al-Jumuaah di dalam al-Quran bukanlah bermaksud hari


Jumaat, tetapi lebih kepada hari perhimpunan. Beliau merujuk kepada
ayat 62:9 dan 2:170.17

2. Beliau meneruskan rasional dengan mengatakan bahwa nama hari di


dalam bahasa Arab dibina atas kerangka giliran nombor (iaitu Ahad:
satu, Isnin: dua). Namun, apabila tiba hari Jumaat, Arab tidak
menamakannya sebagai hari enam bahkan menemakan dengan
Jumu’ah kerana iaitu membawa maksud hari berkumpul.

Cadangan tersebut telah menerima pelbagai reaksi masyarakat.

Kekeliruan Berhubungan Penafsiran Ayat Solat Jumaat


Ayat 62:9 yang dimaksudkan oleh Farouk menyatakan bahawa:
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan
sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk
mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah
berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu
mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”

Ayat ini secara jelas menunjukkan bahawa pengisytiharan solat pada hari jumaat
berlaku dalam keadaan aktiviti jual beli masih lagi aktif berlangsung. Allah
memerintahkan kita meninggalkan urusan tersebut dan menumpukan kepada
menunaikan solat jumaat. Ayat tersebut secara zahirnyanya menegaskan bahawa
tidak timbul soal untuk mendapatkan hari cuti untuk melaksanakan solat
tersebut. Ianya satu proses pembentukan jatidiri Muslim yang mampu
meninggalkan urusan dunia atas arahan Allah, iaitu meletakkan perintah Allah
lebih utama dari perniagaan yang sedang dijalankan.

Ayat seterusnya pula Allah secara jelas memberikan ruang untuk Muslim untuk
meneruskan urusan perniagaan mereka setelah urusan Allah dilaksanakan.
Perlepasan untuk menjalankan aktiviti perniagaan ini juga menunjukkan bahawa
ianya berlaku dalam keadaan Muslim sedang rancak melakukan urusan bisnes

17
https://www.mariammokhtar.com/farouk-a-peru-and-the-saturday-reform-jummah/

73
Ahmad Sanusi Azmi
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

mereka. Tidak seharusnya timbul isu mendapatkan cuti untuk melaksanakan


perintah tersebut.

Sekiranya seorang Muslim ingin mendapatkan pengalaman spiritual yang lebih


optimum dalam berinteraksi dengan Allah melalui ibadah mereka, maka solat
malam adalah alternatif yang paling sesuai. Ini telah ditunjukkan sendiri oleh
Baginda Nabi selaras dengan arahan yang dianjurkan oleh Allah di dalam surah
al-Muzammil.

CORAK PEMIKIRAN ORIENTALIS DALAM KERANGKA


PEMIKIRAN LIBERAL
Meneliti kaedah penyampaian ideologi yang dibawa oleh golongan liberal di
Malaysia ini, penyelidik mendapati bahawa olahan dan lontaran idea yang
dikemukakan oleh mereka sangat mirip dengan pendekatan dan pemahaman
dibawa oleh golongan orientalis terhadap Islam. Biarpun tiada sarjana orientalis
secara spesifik yang mengkaji tentang Islam di Malaysia, corak pemikiran
mereka dilihat telah bertapak dan mempengaruhi pemikiran masyarakat.
Melihat Islam sebagai masalah, menjauhkan Muslim dari ulama bahkan
memisahkan Islam dari pentadbiran adalah antara doktrin yang telah mula
bertapak di dalam jiwa Muslim di Malaysia. Pasca pilihanraya ke 14
menyaksikan beberapa isu telah diketengahkan dengan kerangka pemikiran
baharu yang diolah dari perspektif orientalis. Berikut adalah beberapa isu yang
menjadi perbahasan:

1. Menilai Semula al-Quran dan Hadith (Isu LGBT)


Pertemuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Dr. Mujahid Rawa
dengan aktivis LGBT, Nisha Ayub pada 10 Ogos 2018, telah mencetuskan
reaksi negatif dari pelbagai pihak. Kehangatan isu ini telah membuka semula
perbahasan berhubung hukum perlakuan LGBT. Ini termasuklah cadangan
penafsiran semula ayat-ayat al-Quran berhubung kisah Nabi Lut yang selama ini
menjadi asas pendirian Islam berhubung isu ini.18 Apa yang dibawa oleh
beberapa individu ini adalah penyampaian semula naratif dengan olahan baharu
yang mengubah pendirian Muslim berhubung permasalahan ini. Pendekatan ini
tidak jauh beza dengan apa yang telah dilakukan oleh Snouck Hurgronje suatu
masa dahulu apabila beliau mengubah pandangan Muslim terhadap jihad dan
memberikan huraian baharu terhadap konsep ini yang dilihat lebih mesra dengan
ideologi Barat.

18
https://www.ismaweb.net/2018/06/24/nabi-lut-tidak-larang-lgbt/

74
Ahmad Sanusi Azmi
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

Era moden ini menyaksikan bagaimana kumpulan orientalis telah mula


meneroka larangan ini dengan memberi penafsiran baharu terhadap kisah Nabi
Lut. Rujukan seperti karya Scott Kugel yang mempersoalkan hukum-hukum
yang melibatkan LGBT menjadi rujukan golongan liberal.19 Kugel turut
mempertikaikan pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Dr. Yusuf al-
Qardawi dalam isu ini dan menyifatkan al-Qardawi sebagai salah dan lemah
dalam penilaian berhubung perkara. Kata Kugel:

“The analysis of his discourse shows how al-Qaradawi


misrepresents homosexual Muslims: he misunderstands and
distorts the basic concept of ‘sexual orientation’ and his defence
of patriarchal masculinity. This demonstrates how fragile his
discourse really is.”20

Menurut Kugel, apa yang dilarang oleh Allah melalui kisah Nabi Lut adalah
perbuatan mengengkari arahan Nabi serta tindakan keganasan seksual melalui
tindakan merogol tetamu beramai-ramai. Bahkan menurut beliau, al-Quran pada
hakikatnya tidak melarang kepelbagaian orientasi seks.21 Isu homoseksual
menurut beliau bukanlah fokus perbincangan dalam isu ini. Pandangan seperti
ini mula mendapat tempat apabila beberapa aktivis hak asasi menggunakan
hujah yang sama seperti yang dicadangkan oleh Kugel.22

2. Mempertikaikan dan Menyisihkan Autoriti Agama


Kajian orientalis bukan sahaja mempunyai kecenderungan untuk menjauhkan
Muslim dari agama, bahkan memulakan langkah tersebut dengan
mempengaruhi mereka agar mempersoal, mempertikai dan menjauhkan
masyarakat dari autoriti agama. Di Indonesia, Snouck Hurgronje merubah corak

19
Lihat karya beliau yang menafsirkan semula pemahaman dan hukum Islam terhadap
homoseksual, Kugle, Scott Siraj al-Haqq. Homosexuality in Islam: Critical reflection on gay,
lesbian, and transgender Muslims. Oneworld Publications, 2010.
20
Kugle, Scott, and Stephen Hunt. "Masculinity, homosexuality and the defence of Islam: A case
study of Yusuf al-Qaradawi’s Media Fatwa." Religion and Gender 2, no. 2 (2012): 254-279.
21
Pandangan Kugel disimpulkan oleh Eidhamar dalam kajian beliau. Lihat, Levi Geir Eidhamar,
“Is Gayness a Test from Allah? Typologies in Muslim Stances on Homosexuality,” Islam and
Christian–Muslim Relations (2014), 25:2, 250-252.
22
Dalam kes ini, Saudari Mariam Lee yang disifatkan oleh media sebagai aktivis feminis serta
kolumnis bagi Malaysiakini, memberikan pandangan beliau dalam twitter yang menyebutkan:
“Bukan orientasi seks yang dimarah Tuhan, tapi pencabulan seksual yang keterlaluan. Nabi Luth
bukan berpesan against LGBT, dia berpesan supaya jangan cabul dan rogol.”
Lihat: https://twitter.com/mrymler/status/1009020368906928129

75
Ahmad Sanusi Azmi
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

pemikiran mereka dengan menampilkan Islam sebagai masalah, menjauhkan


masyarakat dari ulama, kumpulan yang mempunyai autoriti dalam agama. Era
pemerintahan Pakatan Harapan (PH) di Malaysia menyaksikan bagaimana
suara-suara mempertikaikan institusi agama muncul rancak. Bahkan mereka
turut menyarankan agar institusi agama dibubarkan. Setelah kerajaan baharu
terbentuk, Tawfiq Ismail, bekas ahli parlimen Sungai Benut mencadangkan agar
JAKIM, institusi agama dibubarkan.23 Cadangan ini pernah diutarakan sebelum
ini oleh Siti Kasim yang melihat JAKIM sebagai satu institusi yang
bermasalah.24

Pola pemikiran sebegini tidak jauh dari corak pemikiran yang dipraktiskan oleh
golongan orientalis dalam menjauhkan masyarakat dari agama. Apa yang lebih
membimbangkan sekiranya muslim itu sendiri melihat Islam sebagai masalah
bahkan ada yang merasakan muslim tidak boleh maju apabila masih lagi
terperangkap dengan naratif sirah kehidupan Nabi. Mereka seolah
menggambarkan, jasad muslim dan pemikiran mereka pada hari ini masih
terperangkap dalam khazanah dan situasi Islam zaman silam. Dalam erti kata
yang lain, mengikuti jejak Rasulullah tidak membawa muslim maju bahkan
khazanah ini harus disimpan berasingan. Ini tidak jauh dari kenyataan yang
pernah diungkapkan oleh Snouck Hurgronje:

“The treasuries of Islam are excessively full of rubbish that has


become entirely useless; and for nine or ten centuries they have
not been submitted to a revision deserving that name”25

23
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/05/31/bubarkan-terus-jakim-kata-
tawfik-ismail/
24
Beberapa pandangan Siti Kasim berhubung Islam boleh disimpulkan disni:
https://www.ismaweb.net/2018/06/05/nasihat-siti-kasim-buat-islam/
25
Snouck Hurgronje, C., Mohammedanism (New York and London: G. P.Putnam’s Sons, 1916),
139; Jung, Dietrich. "Islam as a Problem": Dutch Religious Politics In The East Indies." Review of
Religious Research (2010): 288-301.

76
Ahmad Sanusi Azmi
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

3. Mempersoal Perkara-Perkara Berkaitan Islam


Sedar atau tidak, beberapa isu berkaitan agama telah mula dibangkitkan dalam
era Malaysia baharu (zaman pemerintahan PH) ini. Kumpulan penyelidik dari
universiti tempatan telah menyenaraikan isu-isu yang melibatkan Islam yang
ditimbulkan setelah peralihan kuasa berlaku.26 Antaranya ialah:

Bil Isu Perkara


1 Status Islam sebagai Agama Persekutuan Agama
2 Mencabar Hak Keistimewaan Melayu dalam Hak Istimewa
perlembagaan
3 Mempersoal kedudukan institusi Raja Hak Istimewa
4 Mempertikai fungsi institusi Islam seperti JAKIM Agama
5 Membuka MARA kepada bukan Bumiputera Hak Istimewa
6 Isu LGBT Agama
7 Pemakaian Tudung oleh pekerja wanita Agama
8 Khatan Perempuan Agama

Kajian kumpulan penyelidik ini mendapati, isu-isu agama yang dipertikaikan


ditimbulkan oleh golongan yang mereka gelar sebagai ultra-pluralis, yang
menurut pengamatan pengkaji, golongan ultra-pluralis ini menjadikan kajian
orientalis sebagai salah satu rujukan mereka dalam menyampaikan naratif
baharu buat Islam. Isu seperti LGBT, pemakaian tudung dan khatan perempuan
adalah antara isu yang popular yang dipromosikan oleh kumpulan pengkaji
Barat atas nama hak asasi manusia.

KEWUJUDAN ANCAMAN PEMIKIRAN LIBERAL


Kemunculan beberapa isu yang disebutkan di atas jelas berupaya memberikan
ancaman terhadap kefahaman muslim di Malaysia tentang al-Quran. Lebih
membimbingkan dari itu, ideologi yang dibawa menjurus ke arah melahirkan
generasi yang bukan sahaja menolak al-Quran dan hadith bahkan memikirkan
kaedah ke arah penulisan semula kandungan al-Quran. Beberapa insiden yang
berlaku turut jelas membuktikan wujudnya ancaman dari beberapa aspek iaitu:

1. Ancaman dari aspek akidah. Arus pemikiran baharu yang dibawa oleh
golongan liberal berupaya menyebabkan seseorang menolak bahkan
mempertikaikan al-Quran. Ada dikalangan mereka yang
menyangkakan bahawa terdapat kesilapan dan kekurangan berlaku

26
Mohd Anuar Ramli, et. al., Isu-Isu Sensitif Dalam Masyarakat Majmuk Di Malaysia Pasca
Pilihanraya Umum (Pru14): Aplikasi Pendekatan Kesederhanaan, Penyelidikan Serantau Islam
Dan Alam Melayu Pendidikan, Kewangan, Kehartaan dan Isu Kontemporari (Akademi Pengajian
Islam: Universiti Malaya, 2018), 1-12.

77
Ahmad Sanusi Azmi
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

dalam penulisan al-Quran. Ini sekaligus menafikan status al-Quran


sebagai kitab yang dipelihara oleh Allah. Bahkan ada yang berfikir
bahawa al-Quran tidak terlepas dari kesan-kesan kesilapan tangan
manusia.

2. Ancaman dari aspek Syariah. Olahan dan gubahan ideologi liberal


bukan sahaja mencadangkan agar al-Quran ditulis semula bahkan
memberikan penafsiran baharu yang jelas bercanggah dengan syariat.
Adunan kerosakan yang digemburkan dalam isu LGBT dan penutupan
aurat sebagai contoh berupaya menafikan kandungan yang telah
terpatri dalam al-Quran dan hadith. Golongan liberal berusaha
mengenengahkan pandangan bahawa perlakuan LGBT bukanlah
sesuatu yang dilarang bahkan mereka turut menafikan dari aspek
pensyariatan penutupan aurat wanita. Kekeliruan yang dibawa oleh
kumpulan ini bukan sahaja menyebabkan masyarakat menjadi bingung
bahkan berupaya melahirkan perpecahan dalam kalangan masyarakat.

3. Ancaman terhadap institusi agama. Gelombang pemikiran yang


dibawa bukan sekadar memberikan idea baharu, tetapi menghasut
rakyat mempertikaikan badan berautoriti agama. Ini dapat dilihat
dalam perjuangan mereka mempertikaikan keabsahan penginstitusian
JAKIM, malah menafikan sumbangan dan keperluan kewujudan
JAKIM buat muslim di Malaysia. Apa yang lebih menyedihkan lagi,
terdapat usaha memburukkan institusi agama kepada masyarakat
antarabangsa apabila sebahagian mereka menyifatkan JAKIM sebagai
menindas hak LGBT di Malaysia.

KETIADAAN METODOLOGI YANG JELAS


Melihat kepada bentuk-bentuk penafsiran semula ayat al-Quran yang
dikemukakan oleh golongan liberal, mereka lebih banyak melaungkan slogan
“hak kemanusiaan” sebagai dasar utama kempen pemikiran mereka. Kehendak
seperti hubungan sejenis, pluralisme, kerehatan dari solat dan meninggalkan
ibadah korban tidak lain dilihat dari aspek rasional untuk memberikan hak
kebebasan mutlak kepada individu untuk melepaskan diri mereka daripada
keterikatan dan kepatuhan kepada Allah.

Dalam meneroka teks al-Quran, mereka pada hakikatnya menunjukkan


ketiadaan metodologi yang jelas. Ini dapat disimpulkan dalam beberapa noktah
seperti berikut:

78
Ahmad Sanusi Azmi
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

1. Penafsiran baharu yang dikemukan tidak berteraskan metode bahasa


Arab yang jelas. Seperti yang kita ketahui, al-Quran adalah kitab yang
diturunkan dalam bahasa Arab. Pemahaman kandungan al-Quran
mestilah bertepatan dengan disiplin bahasa tersebut. Penafsiran ayat
berkenaan ibadah korban (kisah Nabi Ibrahim) dan pemahaman tentang
ayat solat Jumaat dilihat sebagai satu contoh yang jelas bahawa pemikir
liberal tidak berpandukan kepada asas bahasa Arab yang jelas.

2. Penafsiran yang sangat longgar dari aspek penetapan makna yang tidak
melihat kepada konteks asal keseluruhan ayat secara kolektif.
Perhatikan bagaimana mereka menggunakan ayat al-Quran untuk
membolehkan perlakukan LGBT. Dakwaan Allah menjadikan jiwa
manusia tanpa jantina adalah contoh tafsiran yang sangat longgar yang
bertentangan dengan konteks keseluruhan ayat tersebut.

3. Format penafsiran tidak berasaskan metodologi ulum al-Quran yang


dibangunkan oleh sarjana silam. Sebagai contoh penafsiran semula
kisah Nabi Lut yang dikatakan tidak menghalang LGBT adalah
bertentangan dengan ayat-ayat yang berkaitan dengan larangan LGBT
sendiri. Pada hakikatnya, penafsiran terbaik seperti yang dikemukan
melalui metode ulum al-Quran adalah tafsir bi al-ma’thur iaitu
penafsiran ayat al-Quran dengan al-Quran. Andai ayat tersebut
bercanggah sesama ayat yang lain, ia perlu dilihat kepada bagaimana
Rasulullah memahami ayat tersebut. Dalam kes LGBT, terdapat
banyak hadith yang mencegah perbuatan ini. Namun golongan liberal
tidak menjadikan hadith-hadith ini sebagai sandaran utama.

Kesimpulan
Kewujudan ancaman pemikiran liberal terhadap kerangka berfikir rakyat
Malaysia tentang isu-isu berkaitan Islam adalah suatu perkara yang sangat jelas.
Kebebasan bersuara yang dilonggarkan pada zaman pemerintahan Pakatan
Harapan (PH) mengundang kerancakan percambahan dan penzahiran idea
golongan liberal. Tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan serta Fatwa Negeri
Selangor membuktikan bahawa ancaman yang dibawa oleh golongan ini
memerlukan tindakan yang serius oleh pihak berautoriti khususnya dalam
perkara yang melibatkan hal ehwal agama Islam. Membiarkan kerosakan
pemikiran ini berleluasa berupaya melahirkan generasi yang keliru tentang
agama Islam malah meruntuhkan sistem perundangan dan akidah Islam yang
telah dibangunkan sendiri oleh Rasulullah.

79
Ahmad Sanusi Azmi
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

Tindakan Majlis Agama yang bertindak tegas dalam membanteras kerosakan ini
haruslah dipuji dan diperkasa semula bagi memelihara kesucian agama dari
kerosakan pemikiran golongan liberal ini.

RUJUKAN

Al-Marsifi, Saad, al-Mustasyriqun wa As-Sunnah, Muassasah Ar-Rayyan.


Azmi, Ahmad Sanusi, and Mohd Yusuf Ismail. "Konsep Rahmatan Lil
Alamin Dalam Hadith: Penerokaan Makna Serta Aplikasi Di
Malaysia." Journal of Hadith Studies 3, no. 1 (2018): 2.
Azmi, Ahmad Sanusi. 40 Hadis tentang Dakwah dan Tarbiah. Ulum Hadith
Research Centre, 2020.
Benda, Harry J., Christiaan Snouck Hurgronje and the Foundations of Dutch
Islamic Policy in Indonesia, The Journal of Modern History, Vol. 30, No.
4 (Dec., 1958).
Fogg, Kevin W., Seeking Arabs but Looking at Indonesians:
SnouckHurgronje’s Arab Lens on the Dutch East Indies, Journal of
Middle Eastern and Islamic Studies, (2014) (in Asia), 8:1, 51-73.
Hurgronje, C. Snouck., The Acehnese, trans by A.W.S. O'Sullivan (Leiden:
E.J. Brill, 1906).
Hurgronje, C. Snouck, Mohammedanism (New York and London: G.
P.Putnam’s Sons, 1916).
Jung, Dietrich. "Islam as a Problem": Dutch Religious Politics In The East
Indies." Review of Religious Research (2010): 288-301.
Koningsveld, Pieter Sjoerd van, Conversion of European Intellectuals to
Islam: The Case of Christiaan Snouck Hurgronje alias ʿAbd al-Ghaffār,
dlm Muslims in Interwar Europe A Transcultural Historical Perspective
(Leiden: Brill, 2016).

80
Ahmad Sanusi Azmi
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

Koningsveld, P. Van, Snouck


Hurgonje dan Islam: Delapan Karangan tentang Hidup dan Karya
Seorang Orientalis Zaman Kolonial [Snouck Hurgonje and Islam: Eight
Essays on the Life and Work of an Orientalist of the Colonial Period],
(Jakarta: Girimukti Pasaka, 1989).
Kugle, Scott Siraj al-Haqq. Homosexuality in Islam: Critical reflection on
gay, lesbian, and transgender Muslims. (Oneworld Publications, 2010).
Kugle, Scott, and Stephen Hunt. "Masculinity, homosexuality and the defence
of Islam: A case study of Yusuf al-Qaradawi’s Media Fatwa." Religion
and Gender 2, no. 2 (2012): 254-279.
Levi Geir Eidhamar, “Is Gayness a Test from Allah? Typologies in Muslim
Stances on Homosexuality,” Islam and Christian–Muslim Relations
(2014), 25:2, 250-252.
Suminto, Aqib, Politik Islam Hindia-Belanda: het Kantoor voor
Inlandschezaken, (Jakarta: LP3ES, 1986)
Umar Ibrahim Ridhwan, Ara’ al-Mustashriqin Haula Al-Quran wa
Tafsiruhu, (Dar Taybah, Riyadh, 1992).
Wertheim, W.F., Counter-Insurgency Research At The Turn Of The Century:
Snouck Hurgronje and the Aceh war». Sociologische Gids, (1972).
Yusoff, Kamaruzzaman, Peranan Orientalis Dalam Penulisan Sejarah Silam
(Pusat Penerbitan UITM, Shah Alam, 2009).
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/05/31/bubarkan-
terus-jakim-kata-tawfik-ismail/
https://www.ismaweb.net/2018/06/24/nabi-lut-tidak-larang-lgbt/
https://www.ismaweb.net/2018/06/05/nasihat-siti-kasim-buat-islam/

81

Anda mungkin juga menyukai