Anda di halaman 1dari 12

1) Pengenalan

Etika berasal dari perkataan ‘ethos’ yang membawa maksud perangai atau
keperibadian seseorang. Etika adalah satu sistem dasar akhlak, adat, tingkah laku atau
kesusilaan ia juga bermaksud prinsip moral. Ini bermaksud tanggungjawab dan akibat
tingkah laku seseorang atau profesionterhadap masyarakat. Dari sudut perspektif
Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan
kepada Allah Swt

Etika merupakan salah satu cabang utama falsafah yang merangkumi kelakuan betul
dan kehidupan baik. Liputan etika adalah lebih luas daripada manganalisis apa yang
betul dan salah seperti yang sering dianggap. Antara aspek utama etika ialah
"kehidupan baik", iaitu kehidupan yang bernilai atau memuaskan, yang dianggap
lebih penting daripada tingkah laku moral oleh banyak ahli falsafah. Antaraisu utama
dalam etika ialah pencarian summum bonum, iaitu "kebaikan yang terbaikTindakan
yangbetul dikatakan mengakibatkan kebaikan terbaik, manakala tindakan tak
bermoral dikatakanmenghalangnya.

Etika berkaitan dengan konsep-konsep moral seperti kebaikan, kejahatan, benar,


salah, kewajipan,tanggungjawab, keadilan; iaitu analisis konsep-konsep seperti ini
dan justifikasi pertimbangan(pernyataan, dakwaan) yang melibatkan konsep-konsep
tersebut. Etika adalah teori tentang tingkah lakuyang betul dalam kehidupan yang baik
bukannya amalan. Etika mengkaji fakta, menganalisisnya danmerumuskan apakah
tingkah laku yang sebetulnya. Etika tidak berpegang pada apa yang dinamakan"tanzil
Tuhan" atau "wahyu Tuhan" terhadap jawapan akhir atau menyelesaikan isu-
isu moral tertentu.Etika berbeza dengan agama. 

Maksud etika profesional pula adalah semua garis panduan yang bertujuan
meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan
memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan
peradaban, peranan nilai serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Ia
mencukupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-
benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dan lain-lain. Oleh itu, etika
perguruan bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap
masyarakat, negara, pelajar, ibu bapa pelajar dan rakan sejawat.
2) Isu-Isu Disiplin

 Malas semasa waktu bekerja

- Isu ini adalah seseorang pekerja yang malas semasa bekerja. Contohnya
seperti mengambil peluang melakukan kerja lain semasa ketiadaan majikan
di tempat kerja. Di sebabkan kita mengabil sikap ini dari zaman dulu lagi.

 Memakai pakaian yang tidak sesuai

- Isu ini adalah seseorang yang memakai pakai yang tidak sesuai.
Seseorang yang bekerja di pejabat sesuai menggunakan pakai seperti
casual, dan lain-lain lagi yang sesuai supaya kelihatan tidak selekeh
semasa di pejabat.

 Melakukan kerja dengan sebarang

- Isu ini adalah seseorang yang melakukan kerja dengan cincai. Contohnya
seorang pekerja yang melakukan kerja dengan separuh-separuh,
menyebabkan kerja semakin banyak untuk di siapkan di pejabat.
Disebabkan itu lah kita mesti melakukan sesuatu kerja dengan teratur
supaya kita dapat menyiapakan kerja yang lain.
-

 Isu pekerja datang lewat ke pejabat

- Isu seseorang yang sering datang lewat ke pejabat. Hal ini di sebabkan
oleh seseorang yang sukar untuk bangun awal pada hari bekerja. Selain
itu, sering bersiap lambat untuk ke tempat bekerja.

 Pekerja melakukan kerja dengan tidak serius

- Isu ini sudah menjadi kebiasaan kepada para pekerja di sesebuah syarikat.
Disebabkan itu, mereka yang melakukan hal sedemikian mengamalkan
sikap pentingkan diri sendiri kerana tidak mengambil kisah terhadap hasil
kerja mereka dan kesan yang akan terjadi kepada syarikat.
3) Faktor

 ISU PEKERJA LEWAT DATANG KERJA

Faktor yang menyebabkan isu ini terjadi ialah keadaan seseorang pekerja yang tiada
kenderaan untuk ke tempat kerja. Hal ini menyebabkan pekerja terpaksa menaiki kenderaan
awam seperti bas. Selain itu, isu ini boleh terjadi apabila jalan raya sesak dan dipenuhi
dengan kenderaan. Masa menjadi semakin suntuk ketika berhadapan dengan keadaan seperti
ini. Akhir sekali, hal ini boleh berlaku apabila seseorang tersebut terlajak masa tidur kerana
inginkan rehat yang lebih lama.

 ISU PEKERJA TIDUR KETIKA BEKERJA

Faktor yang menyebabkan isu tersebut terjadi ialah apabila seseorang pekerja yang
tidak menggunakan masa rehatnya dengan cekap. Malah, sering menghabiskan masa dengan
melepak bersama rakan di luar ataupun bermain permainan video sehingga larut malam.
Selain itu, isu yang menyebabkan pekerja kebanyakan tidur ialah apabila majikan memberi
kerja yang banyak dan perlu disiapkan dalam masa yang singkat. Akhir sekali, faktor
seterusnya ialah seseorang pekerja mengalami masalah tidur pada waktu malam.

 ISU PEKERJA MEMAKAI PAKAIAN YANG TIDAK SESUAI KETIKA


BEKERJA

Beberapa faktor yang menyebabkan isu ini terjadi ialah pekerja berasa rimas ketika
mengunakan pakaian keselamatan iaitu pakaian kerja (coverall) . Alasannya, pekerja tersebut
berasa tidak selesa dan berpeluh ketika memakainya dan menyebabkan ketidakselesaan
kepada pekerja terebut. Faktor seterusnya, pekerja tersebut terlalu. Akhir sekali, pemilihan
baju atau kain

 ISU PEKERJA YANG BERSIKAP MALAS KETIKA BEKERJA

Faktor yang menyebabkan isu ini terjadi ialah sikap seseorang pekerja yang dari dulu
tidak terlatih. Ini kerana, seseorang pekerja tersebut tiada minat dan bersikap malas untuk
melakukan kerja yang diberikan oleh majikan tersebut. Selain itu, pekerja yang bersikap
malas lebih memikirkan bahawa pekerjaan itu membosankan dan membuang masa. Akhir
sekali, faktor yang menyebabkan pekerja bersikap malas ketika bekerja ialah sikap majikan
yang memaksa pekerja untuk melakukan sesuatu kerja.

 ISU PEKERJA MELAKUKAN KERJA DENGAN TIDAK SERIUS

Faktor yang menyebabkan isu tersebut berlaku ialah sikap seseorang pekerja yang
melakukan kerja dengan sambil lewa tanpa memikirkan hasilnya. Ini boleh menyebabkan
ketidakpuasan hati majikan kerana mendapat hasil kerja yang tidak memuaskan. Selain itu,
faktor yang menyebabkan pekerja melakukan kerja dengan tidak serius ialah sikap pekerja
yang malas untuk menyiapkan kerja dengan kadar yang banyak. Akhir sekali faktor yang
menyebabkan pekerja melakukan kerja dengan tidak serius ialah pekerja yang mengalami
stres ataupun masalah pribadi yang tidak dapat diselesaikan.
4) Kaitan Isu Dengan Teori

 Teori Keperibadian MuliaTeori keperibadian mulia ini menitikberatkan perbuatan atau


perlakuan manusia dari segi falsafah moral iaitu mempunyai keikhlasan dan kejujuran
dari segi nilai. Sebagai contoh seorang pekerja yang jujur dalam segala perbuatannya
ketika bekerja dan keikhlasannya dalam membantu para pekerja lain

 Teori Wajiban (Deontologis)Teori wajiban juga merupakan merupakan satu teori etika
yang berlandaskan prinsip moral dan kewajipan moral. Selain itu kita sebagai manusia
mempunyai suatu kewajipan yang sepatutnya dilakukan. Di samping itu, manusia
beribadah kepada tuhan kerana ia merupakan kewajipan manusia untuk menyembah
tuhannya, kerana perbuatan tersebut akan mendapat pahala. Sebagai contoh, seorang
pekerja yang mempunyai masa rehatnya dengan menunaikan fardhu solat zohor3

 Teori Hak AsasiTeori ini adalah berkonsepkan hak asasi manusia yang menyatakan
bahawa tanggungjawab itu perlu dilaksanakan kerana setiap orang mempunyai hak yang
masing – masing. Selain itu,hak negatif yang mana seseorang itu bertanggungjawab
untuk tidak mengganggu kehidupanorang lain, hal ini dikatakan beliau hanya melihat
aspek sesuatu keadaan yang menghalang individu mencampuri urusan orang lain.
Sebagai contoh, seorang pekerja yang mempunyai hak asasi untuk mendapatkan gajinya
dari majikan.

 Teori Kemoralan Sosial cenderung mengaitkan peraturan masyarakat dengan konsep


etika. Ia merujuk kepada standard atau ukuran moral yang merangkumi nilai-nilai
yang mementingkan masyarakat. Individu bukan sebagai matlamat kemoralan. Nilai atau
peraturan ini adalah ukuran dan persetujuan masyarakat . Oleh itu individu
bertanggungjawab untuk mematuhi standard moral ini demi menjaga kerukunan sosial
yang sedia ada. Sebagai contoh, Umat Hindu dikehendaki mengamalkan apa yang
diperintahkan
5) Menyelesaikan Masalah.

 Langkah Bagi Isu Malas Semasa Waktu Bekerja


- Langkah bagi isu ini amatlah serius kerana melibatkan hasil kerja sesebuah syarikat, iaitu
dengan memberikan tindakan yang sewajarnya atau pun memecat pekerja jika berlarutan.
Dengan cara ini, pekerja yang bersikap malas dapat dielakkann.

 Langkah bagi isu memakai pakaian yang tidak sesuai

- Berdasarkan kesalahan tersebut, langkah penyelesaiaan bagi isu tersebut ialah


menyediakan pakaian yang tidak tebal dan selesa diguna oleh pekerja. Ini kerana, dapat
memberikan keselesaan untuk pekerja di pejabat. Oleh itu, pekerja tidaklah merasa panas
dan rimas ketika bekerja di tempat kerja.

 Langkah bagi Isu melakukan kerja dengan sebarang

- Berdasarkan faktor tersebut, langkah penyelesaiannya ialah majikan haruslah


memberikan sedikit penekanan serta nasihat kepada pekerja tersebut. Jika ditegur dengan
cara yang baik, maka pekerja juga akan berubah lebih baik dan tidak menengking arahan
majikan

 Langkah bagi isu pekerja datang lewat ke pejabat

- Langkah penyelesaian bagi isu lewat ke pejabat adalah dengan memberikan kemudahan
kenderaan kepada pekerja-pekerja di pejabat. Ini kerana, bagi memudahkan pekerja untuk
ke tempat kerja ataupun menghantar barang ke tempat yang diingini oleh majikan. Jika
tidak, segala urusan kerja syarikat akan menjadi lambat. Seterusnya dengan memberikan
tempat tiggal yang berdekatan dengan syarikat, ini disebabkan oleh isu pekerja lambat ke
tempat kerja adalah disebabkan tempat tinggal yang jauh. Akhir sekali, memberikan
hukuman jika lambat ketempat kerja, contohnya memberikan hukuman ringan bagi pekerja
yang lewat dan mesti bersebab, contohnya dengan mengurangkan sedikit gaji pekerja
yang sering melakukan kesalah yang sama.

 Langkah bagi isu pekerja melaukan kerja dengan tidak serius

- Langkah penyelesaian bagi isu ini ialah dengan menegur dengan baik serta memberikan
sedikit kesedaran tentang kesan yang akan dihasilkan oleh kesalahan tersebut. Dengan itu
pekerja dapat mengatur pekara yang sering salah dilakukan.
6) Refleksi

Kesimpulannya, berikut di atas merupakan isu – isu disiplin yang biasa dilakukan oleh setiap
pekerja di tempat kerja. Isu – isu tersebut berlaku apabila seseorang pekerja tidak
mengamalkan etika yang baik ketika bekerja.

Berdasarkan isu disiplin yang telah saya kaji di atas, saya memperoleh pelbagai
pengajaran serta nilai yang patut saya amalkan ketika bekerja. Antaranya, menepati masa
dengan cekap. Sebagai contoh, seseorang pekerja haruslah menepati masa ketika bekerja
supaya tidak diberikan tindakan ataupun hukuman daripada majikan. Selain itu, kita haruslah
menggunaka masa dengan baik supaya dapat mengelakkan tertidur ketika bekerja.
Seterusnya, kita mestilah patuh akan peraturan di sebuah tempat kerja. Contohnya, kita
haruslah memakai pakaian keselamatan supaya kemalangan dapat dielakkan.

Di samping itu, bersikap rajin ketika melakukan sesuatu kerja. Sebagai contoh,, kita
mestilah rajin melakukan sesuatu kerja yang diberikan oleh majikan kerana itu adalah salah
satu tanggungjawab seorang pekerja. Akhir sekali, kita haruslah fokus atas kerja yang kita
lakukan. Sebagai contoh, kita haruslah melakukan sesuatu kerja dengan cekap dan serius
supaya tidak menjejaskan imej sesebuah syarikat.

Oleh itu, kita mestilah bersama – sama dalam menangani isu – isu disiplin supaya
sikap seperti tersebut dapat kita elakkan dan hasil keuntungan serta imej syarikat tidaklah
terjejas
7) Rujukan

 Universiti Utara Malaysia, Sharmma, faktor-faktor masalah disiplin pekerja diambil


daripada https://www.coursehero.com/file/p54odol/Di-samping-faktor-faktor-yang-
dinyatakan-masalah-disiplin-pekerja-yan-kurang/

 Atie Awang, laporan masalah disiplin pekerja diambil daripada

https://www.scribd.com/doc/34765924/Laporan-Masalah-Disiplin-Pekeja

 Hisham ,pakarHR Sdn Bhd,NO.45-A, Jalan Semerbak 20, Taman Bukit Dahlia, 81700

Pasir Gudang, Johor , 5 januari 2019. (https://www.pakarhr.com/senarai-masalah-

disiplin-pekerja/ )
KOLEJ VOKASIONAL BINTULU
KM12, JALAN TANJUNG KIDURONG
97000 BINTULU SARAWAK

FOLIO ETIKA
MPU 2232
SEMESTER
5

NAMA MOHAMMAD AINEL MALLIQ BIN MARZIDI


NO KAD 020107-13-1157
PENGENALAN
NO KAD MATRIK K861GMTK020
KURSUS DMB 1
NAMA PENSYARAH PUAN CIK KHALWANI

Anda mungkin juga menyukai