Anda di halaman 1dari 3

Pendidikan Islam merupakan antara mata pelajaran yang penting kepada setiap pelajar di

sekolah. Ini kerana, pengajaran pendidikan islam merupakan satu usaha berterusan untuk
menyampaikan ilmu, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup untuk memperbaiki
dan membangunkan diri agar bermanfaat kepada masyarat dan negara. Namun, setiap
guru harus mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi agar pengajaran
yang dilakukan mudah difahami dan dikuasai dengan baik oleh pelajar. Oleh itu, kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan oleh rasulullah perlu dijadikan asas dan
rujukan utama kearah kemantapan ilmu dan iman yang dituntut. Ini kerana, Rasululah
merupakan model terbaik yang mengajak umat islam mengamalkan ajaran islam dengan
sempurna.

Walaubagaimanapun, pada masa kini, wujud beberapa isu yang diketengahkan


dan seringkali dihadapi oleh guru mengenai isu pentaksiran pendidikan islam. Antaranya
adalah tentang kebertanggungjawaban seorang guru. Perkara ini adalah antara perkara
terpenting dalam pentaksiran pendidikan islam. Ini kerana, ilmu dan amalan guru menjadi
cerminan kepada pelajar dan juga masyarakat. Perkara inilah yang memberi impak positif
atau negatif kepada tahap kualiti dan profesion keguruan daripada masyarakat sekeliling.
Oleh yang demikian, guru perlulah mempunyai akauntabiliti yang tinggi iaitu, terhadap
negara, profesion, murid-murid, ibu bapa, dan diri sendiri terutamanya dalam aspek
kebertanggungjawaban. Ini kerana, nilai kebertanggungjawaban ini sudah semakin tidak
dititikberatkan lagi oleh guru terutamanya dalam membuat pentaksiran pendidikan islam.
Terdapat segelintir guru yang menjalankan pentaksiran pendidikan islam ini dengan
sambil lewa. Hasilnya, berlaku kekeliruan data dan pencanggahan maklumat akibat tidak
menitikberatkan tentang kepentingan pentaksiran pendidikan islam. Perkara ini akhirnya
menjejaskan kreadibiliti dalam profesion perguruan.

Oleh itu, langkah penyelesaikan bagi mengatasi isu ini adalah, seorang guru itu
mestilah menjalankan pentaksiran secara adil dan saksama pada semua murid dan sesuai
dari segi kognitifnya. Sifat berat sebelah tidak boleh diamalkan perlu jujur dan ikhlas
dalam menilai setiap anak muridnya. Kebertanggungjawaban guru juga dapat diukur
apabila guru peka dan bertanggjungjawap terhadap kesemua pentaksiran yang
dilakukannya.

Selain itu, antara isu pentaksiran pendidikan islam juga adalah mengenai
kredibiliti seorang guru. Ini kerana, terdapat sesetengah guru yang tidak menggunakan
kemahiran dan kaedah yang sesuai semasa pengajaran dan terdapat juga segelintir guru
yang tidak mengambil maklumat atau bahan mengajar yang sah dan dari sumber yang
boleh dipercayai. Apabila perkara ini berlarutan, pelajar akan terus ketinggalan dalam
pelajaran tanpa mengikut arus perubahan semasa dan sesetengah pelajaran dan
pentaksiran menjadi kurang sahih. Walhal, sebenarnya kredibiliti seorang guru ini adalah
faktor terpenting yang perlu diberi perhatian dalam usaha memartabatkan profesion
perguruan pada masa ini. Jika perkara ini dibiarkan usaha untuk memartabatkan profesion
perguruan menjadi sia-sia.

Oleh itu, langkah penyelesaian untuk isu ini adalah guru mestilah menggunakan
instrumen yang sah dan boleh dipercayai dan juga menggunakan kaedah pengajaran yang
sesuai ketika melakukan pentaksiran. Ini kerana, pembelajaran tanpa alat bantu mengajar
akan lebih berpusatkan kepada guru sahaja dimana guru menyampaikan isi pelajaran dan
pelajar hanya mendengar . Hasilnya, perkara ini akan menyebabkan pelajar akan merasa
bosan dan sedikit sebanyak akan melunturkan minat mereka untuk belajar. Menurut
Mohd Sobri (2000), proses pengajaran tidak hanya tertumpu kepada penggunaan buku
teks, kapur tulis dan papan hitam sahaja, malah lebih dari itu termasuklah penggunaan
komputer yang menyediakan pembelajaran secara efektif bagi menarik minat pelajar.
Selain daripada itu, semasa membuat pentaksiran, guru harus mencari maklumat atau
instrument yang sah dan diyakini. Hasilnya, pentaksiran akan dapat dilakukan dengan
lancar tanpa sebarang masalah.

Selain daripada itu, isu seterusnya adalah mengenai etika profesionalisme seorang
guru. Seperti yang diketahui guru merupakan aset utama dan merupakan pemangkin
perjuangan yang penting untuk membina daya pemikiran yang kritis dan kreatif bagi
membentuk pelajar yang boleh menyesuaikan diri terhadap perubahan yang berlaku di
sekeliling mereka. Sejajar dengan profesion keguruan yang semakin mencabar dan
menuntut daya fikir yang bukan sedikit, etika guru merupakan suatu perkara yang sering
mendapat perhatian pelbagai pihak. Kehakisan nilai etika dalam kalangan warga pendidik
menyebabkan wujudnya pelbagai masalah yang meninggalkan kesan negatif yang
banyak.

Jika selama ini warga guru dilihat semakin kurang peranannya di mata
masyarakat, ia berkait rapat dengan etika profesionalisme. Oleh itu, langkah penyelesaian
bagi isu ini adalah, sebagai golongan yang diamanahkan oleh ibu bapa dan diberi
kepercayaan untuk mendidik dan membentuk jati diri anak-anak mereka di masa hadapan,
guru-guru harus membalas kepercayaan tersebut dengan keyakinan dan menunjukkan
nilai etika yang baik dan yang tidak berbelah bagi. Ini kerana, guru yang beretika sahaja
yang akan dapat memastikan pentaksiran ataupun pembelajaran yang dibuat di sekolah
dapat berjalan lancar, berkesan dan sempurna. Dengan erti kata lain, nilai etika dalam diri
seorang guru amat penting kerana masa hadapan pelajar dan juga masyarakat sekeliling.
Contohnya dalam etika percakapan yang baik. Apabila guru mengamalkan etika
percakapan yang baik dan sopan ketika mengajar mahupun membuat pentaksiran,
nescaya pelajar akan mengambil dan mengamalkan contoh baik yang ditunjukkan itu.
Begitu juga dalam pengurusan masa. Seperti yang diketahui, guru harus peka dan harus
menjaga masa dengan baik. Guru tidak boleh sengaja datang lambat ke kelas kerana ianya
juga merupakan etika dalam profesionalime guru yang perlu dititikberatkan. Hasilnya, isu
tentang etika profesionalisme ini akan dapat diatasi dengan mudah.

Anda mungkin juga menyukai