Anda di halaman 1dari 6

Ya Allah…ya Rahman…ya Rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan
hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepada Mu ya Allah… semoga
Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkau lah Tuhan
yang Maha Mendengar.

Ya Fattahu ya alim…
Ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang
membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap
kebaikan pada kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yang baik-baik untuk diri
kami, Janganlah kau menguji kami pada apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah
pintu-pintu rahmat Mu untuk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….


Sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yg baik..supaya dengannya kami dapat
beribadah kepada Mu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu
banyak dosa kepada Mu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat
pada Mu bila ditimpa sakit, Kami lupa kapada Mu ketika senang, kami ingat pada Mu
bila datang kesusahan. Kami lupa kapada Mu disaat kami gembira, Kami ingat kepada
Mu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia,
kami mula mengingati Mu tika usia sudah tua, ..justeru ya Allah…ampunilah semua
dosa kami..berilah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yg
sentiasa melalaikan kami daripada mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…


Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mengalir dalam diri
kami…kau gantilah dengan kebajikan untuk nya yang boleh membawanya ke Syurga
Mu ya Allah…ya Rahman…pada setiap keringat yg mengalir pada tubuh ayah kami
dalam mencari rezeki kepada keluarga kami…kau gantikanlah dengan keampunan yg
membawa ke syurga Mu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan
mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan
kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan…Justeru
kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurga Mu ya Allah…..

Ya Allah….
Kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami dan guru-
guru kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah
mereka dlm orang-orang Kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakh
MU..maka Kau ambillah kami dalam keadaan yg baik-baik…dalam keampunan dan
rahmat Mu ya Allah…

Ya Allah ya Aziz…
Kurniakanlah kepada kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dengan
sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah
daripada kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan
khianah.

Ya Rashid…ya Rahman…ya Rahim..


Jika ada dikalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka kau bantulah
mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang
bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka, jika ada di
kalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka,
dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang diuji
dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah
bersama kami. Jika ada dkalangan kami mereka yang derhaka kepada ibu bapa atau
terkurang dalam melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak-
anak yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan
mengasihi…

Ya Allah ya Malikal mulk…


Ya Razak..ya fattahu ya alim…
Kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati. dan jadikanlah dengan rezeki
itu kami semakin dekat dengan Mu..sebaliknya, janganlah kau jadikan kami daripada
golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.

Ya Allah….
Bantukanlah kami dalam menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia
kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami,
yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-lamanya.. jadikanlah kehidupan
kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian
sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin
kembali kepada Mu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah ya zal jalali wal ikram…


Ya Allah….Janganlah kau jadikan Ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami,
temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sebagai puasa
yang Kau rahmati, jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman,
menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…
jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa-dosa kami.. Ya Allah…temukanlah
kami dengan lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yang dapat beramal di
malam al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubah
kami..ampunkanlah segala dosa kami…amankanlah kehidupan kami disana nanti yang
kekal abadi…kurniakanlah kepada kami syurga Mu yg maha luas nikmatnya…

Amin Ya Rabbal Alamin.


1. KITA memerlukan kewangan yang cukup untuk meneruskan
kehidupan, menyara keluarga dan membantu golongan yang
memerlukan. Secara fitrahnya, dengan bekerja seseorang itu boleh
memperolehi biaya dalam bentuk pendapatan.
2. Dalam Islam, bekerja adalah suatu yang dituntut dan dianggap sebagai
satu kewajipan. Malah mereka diseru agar tidak bergantung kepada
bantuan serta kasihan belas orang lain. Rasulullah SAW juga bersabda
yang bermaksud: "Mencari kerja yang halal itu adalah fardu selepas
fardu". (riwayat al-Baihaqi)
3. Dalam Islam, sesuatu pekerjaan yang hendak dilakukan mestilah ia
halal di sisi syarak. Dengan kata lain, ia tidak mengandungi unsur-
unsur yang haram seperti arak, judi, riba, menipu, menindas dan
sebagainya.
Di samping itu, ia juga mestilah pekerjaan yang tidak menjejaskan
kepentingan umum dan merosakkan reputasi masyarakat Islam. Nabi SAW
bersabda yang bermaksud: Barang siapa bekerja untuk anak isterinya
melalui jalan yang halal, maka bagi mereka pahala seperti orang yang
berjihad di jalan Allah. (riwayat al- Bukhari)
4. Dalam pekerjaan bukan sahaja perlu dipastikan pekerjaan itu halal
malah perlu juga memberikan perhatian kepada persoalan berkat.
Untuk menikmati pekerjaan yang berkat di antara perkara yang perlu
ialah dengan menjaga dan memelihara akhlak sebagai pekerja.
5. Persoalan inilah yang gagal dihayati dan diamalkan oleh kebanyakan
pekerja. Kebijaksanaan dan kemahiran yang tinggi tidak cukup untuk
menjadikan seseorang itu cemerlang.
Sebuah syarikat atau organisasi tentunya tidak akan mengambil seseorang
yang berkelulusan tinggi sebagai pekerja apabila mengetahui individu
tersebut mempunyai sikap malas, kedekut, angkuh dan sifat-sifat negatif
yang lain. Kelulusan dan IQ yang tinggi adalah sia-sia kalau tidak
digabungkan bersama akhlak yang baik.
Dalam sesi temuduga kerja umpamanya, pihak penemuduga tidak harus
hanya melihat kelayakan calon dari sudut akademik dan pengalaman kerja
tetapi perlu mengambil kira sudut akhlak dan etika. Ini kerana akhlak sangat
penting dalam membantu seseorang itu mencapai kecemerlangan
berorganisasi.
6. Justeru Islam memerintahkan umatnya bukan sahaja perlu menjaga
hubungan dengan Allah SWT (hablum minallah) tetapi juga hubungan
dengan manusia (hablum minannas).
Tanpa akhlak yang baik, tentunya pekerja tidak dapat bekerjasama dengan
rakan-rakan sekerja yang lain secara harmoni.
Dalam memilih seseorang pekerja, Islam meletakkan dua syarat penting agar
pekerja itu bukan sahaja cemerlang dalam kerjanya malah cemerlang juga di
sisi Allah, iaitu mempunyai fizikal yang sempurna dan mempunyai sifat
amanah.
Ia sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah menerusi firman-Nya
           

yang bermaksud: Sesungguhnya sebaik-baik orang yang engkau hendak


mengupahnya ialah yang kuat lagi amanah. (al-Qasas: 26)

7. Seorang pekerja yang cemerlang perlu memahami dengan baik


tugasnya. Dia tidak boleh bertindak semberono dalam melaksanakan
tugas harian di tempat kerja.
Tanpa kefahaman yang jelas, pekerja itu akan menjadi seperti robot yang
hanya tahu melakukan kerja tanpa memahaminya. Maka apabila berlaku
sebarang masalah teknikal kerana kerosakan peralatan dan sebagainya,
pekerja itu tidak dapat meneruskan kerjanya secara manual.
Ini juga memerlukan komitmen pegawai atasan untuk memberikan
bimbingan dan nasihat kepada pekerja di bawah kelolaannya.
8. Untuk memahami tugas yang diamanahkan dengan lebih mendalam,
maka pekerja itu tidak boleh merasa malu dan takut untuk bertanya.
Memang menjadi haknya untuk mengetahui perkara yang dilakukan. Pekerja
juga perlu mengambil inisiatif tersendiri untuk berdikari di samping tidak
terlalu bergantung kepada arahan pegawai atasan.
9. Pekerja juga perlu memelihara suasana yang penuh harmoni ketika
berinteraksi dengan rakan-rakan sekerja yang lain. Jauhilah sikap iri
hati sesama sendiri. Bersaing dengan rakan-rakan lain secara baik.
10. Jangan mereka-reka cerita dan memfitnah rakan-rakan yang lain
agar dirinya dapat dilihat yang terbaik berbanding yang lain. Sabda
Nabi SAW yang bermaksud: Muflis di kalangan umatku, datang di
hari kiamat dengan solat, puasa, zakat namun datang juga
cercaannya kepada orang ini, makan harta orang itu, menumpahkan
darah sana, memukul sini lalu diganti rugi dengan amalan baiknya
sehingga habis semuanya lalu ia mengambil dosa mangsanya
sehingga ia dilontar ke neraka. (riwayat Muslim)
Mutakhir ramai yang didapati meluahkan ketidakpuasan hati mereka
terhadap pegawai-pegawai atasan atau majikan melalui saluran Internet
seperti facebook, twitter, blog dan laman sosial yang lain. Perlakuan ini jelas
bercanggah dengan etika dan akhlak sebagai anggota organisasi.
Ia akan menyebabkan imej syarikat atau organisasi buruk pada pandangan
masyarakat luar. Maka reputasi baik syarikat akan terjejas dan sekali gus
memberi kesan negatif terhadap pembangunan dan pertumbuhan syarikat.
Sepatutnya, para pekerja yang tidak berpuas hati terlebih dahulu berbincang
dan mengadakan pertemuan dua hala dengan pihak majikan. Berikan ruang
kepada pihak majikan memberi penjelasan berhubung isu yang ditimbulkan.
11. Jangan terlalu mengikut emosi sehingga membataskan akal yang
waras untuk berfikir dan mencari penyelesaian dengan penuh
bijaksana. Mungkin ada perkara-perkara sulit yang perlu
dipertimbangkan oleh pihak majikan dalam membuat keputusan
tersebut.
Di sinilah perlunya semangat saling-mempercayai antara satu sama lain.
Tanpa kepercayaan antara satu sama lain, bagaimana sebuah organisasi yang
kukuh dan utuh dapat dibina. Lebih-lebih lagi ketika cabaran dan ujian
dalam melaksanakan tugas tersebut terlalu berat.
Tentunya memerlukan sebuah pasukan yang mantap dan
mempunyai wehdatul fikr (kesatuan pemikiran), wehdatul 'amal (kesatuan
kerja) dan wehdatul qalb (kesatuan hati).

Allah SWT berfirman: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang


berperang untuk membela agama-Nya, dalam barisan yang teratur rapi,
seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. (as-Saff: 3)
12. Seorang pekerja yang mementingkan semangat setiakawan dalam
berorganisasi tidak boleh terlalu berkira dalam bekerja. Kadang-kadang
dia perlu melakukan kerja lain untuk menggantikan rakan sekerja yang
mungkin bermasalah. Jangan terlalu pentingkan diri sendiri.
Contoh yang paling mudah ialah apabila telefon di meja rakan sekerja
berdering, dan dia tiada di tempatnya ketika itu, maka perlulah rakan sekerja
yang lain tolong menjawabnya atas dasar tanggungjawab bersama.
Namun, ada yang tergamak membiarkan sahaja telefon tersebut berdering
tanpa rasa bersalah. Dia seolah-olah tidak menyedari bahawa individu yang
membuat panggilan telefon itu mungkin sedang mempunyai hajat yang
sangat penting.
13. Sifat keakuan dan pentingkan diri juga menghalang budaya
tolong-menolong dan bantu-membantu sesama rakan sekerja. Akhirnya
ia menimbulkan sikap benci-membenci dan iri hati di antara satu sama
lain. Apabila rakan sekerja mengalami kesulitan, dia akan merasa
gembira dan seronok.
Baginya, melihat rakan-rakan berada dalam kesusahan adalah merupakan
kepuasan. Sedangkan Islam menyuruh umatnya untuk membantu rakan-
rakan yang ditimpa musibah. Rasulullah bersabda: Barang siapa
melepaskan salah satu kesusahan dunia daripada seorang mukmin, maka
Allah akan melepaskan salah satu kesusahan hari kiamat darinya. Barang
siapa memudahkan orang yang dilanda kesulitan, maka Allah SWT akan
memudahkannya di dunia dan akhirat. (riwayat Muslim)
Cemerlang
14. Pekerja yang cemerlang juga sentiasa menjaga reputasi dan imej
syarikat di mana sahaja dia berada.
Ini termasuklah cara berkomunikasi dan berinteraksi dengan para
pelanggan. Memberi perkhidmatan dan layanan terbaik dengan penuh mesra
kepada pelanggan mestilah diutamakan. Tetapi, jangan sampai melebihi
batasan yang dibenarkan oleh Islam.
15. Para pekerja juga tidak boleh mendedahkan rahsia syarikat
termasuk kepada kaum keluarga sendiri. Sebabnya, pihak yang
mengetahui maklumat rahsia berkenaan mungkin akan
menyebarkannya kepada rakan-rakan yang lain.
Fenomena ini akan menjadi risiko kepada syarikat untuk bersaing dalam
pasaran apabila pihak pesaing menggunakan maklumat tersebut untuk
menyerang dan menjatuhkan syarikat.
16. Para pekerja juga tidak boleh menggunakan peralatan pejabat
untuk tujuan peribadi. Terdapat pekerja yang menggunakan telefon di
pejabat untuk menelefon isteri dan anak-anak di rumah.
Tidak kurang juga mereka yang menggunakan fotostat pejabat untuk
menyalin dokumen peribadi. Ada yang pulang ke rumah dengan membawa
barangan pejabat untuk diberi kepada anak-anaknya.
Ada juga yang menggunakan peralatan pejabat untuk mencari pendapatan
sampingan. Lalu digunakan masa yang ada untuk tujuan lain, bukannya
untuk menyempurnakan tugasan yang diamanahkan majikan, khususnya
ketika pegawai atasan tiada di tempat kerja.
Kesannya, kerja-kerja yang sepatutnya disiapkan tertangguh dan
menyusahkan rakan sekerja yang lain.
Kesimpulannya, pendapatan yang mempunyai keberkatan adalah bukan
sahaja dari kerja yang halal, tetapi mesti juga digabungkan dengan akhlak
dan etika sebagaimana yang digagaskan oleh al-Quran dan sunnah.
Inilah tujuan utama pengutusan Baginda Rasulullah SAW kepada umatnya
sebagaimana dinyatakan sendiri oleh baginda: Sesungguhnya aku diutuskan
untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (riwayat Bukhari).

Anda mungkin juga menyukai