Anda di halaman 1dari 8

PERATURAN DAN DISIPLIN

1. PERATURAN DAN DISIPLIN


Panduan dan peraturan am adalah seperti berikut:
A. Pakaian dan penampilan diri
Pakaian dan penampilan diri murid Tingkatan Enam tertakluk kepada:
i. Surat pekeliling ikhtisas 2/2014 bertarikh 5 Dis 2014: Etika
Pakaian Murid Tingkatan Enam
ii. Surat pekeliling ikhtisas bil 2/1976 (Potongan Rambut Murid-
Murid)
iii. Surat pekeliling ikhtisas KPM Bil 9/2015—Panduan berkenaan
rambut dan pemakaian steel bangle.

B. Kad Matrik Murid


i. Semua murid dikehendaki memakai dan mempamerkan kad matrik murid
semasa berada di dalam kawasan sekolah.
ii. Kad Matrik Murid tidak boleh diconteng, ditukar butiran gambar
atau diubahsuai.
iii. Kad Matrik Murid tidak dibenarkan dipindah milik.

Kad Matrik Murid yang hilang rosak mesti dilaporkan kepada pentadbir
kolej dan perlu memohon yang baharu dengan kos yang ditanggung oleh
murid.

C. Melanggar disiplin dan hukumannya


i. Tujuan memberikan hukuman adalah untuk mencegah berlakunya
perbuatan salah laku dan perbuatan melanggar disiplin.
ii. Sekiranya murid melakukan kesalahan, murid boleh diambil
tindakan sehingga ke peringkat gantung dan buang sekolah mengikut
ordinan pelajar 1957: Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin
Sekolah) 1959.

D. Larangan Merokok Dan Larangan Penggunaan Rokok Elektronik Atau


Vape Di Sekolah
Murid DILARANG menghisap rokok atau rokok elektronik/vape di kawasan
kolej. Murid boleh dikenakan tindakan disiplin jika melanggar
peraturan tersebut dan tertakluk kepada:
Surat pekeliling ikhtisas bil 4 4/1997: Hukuman ke atas
murid menghisap rokok

. Surat pekeliling ikhtisas bil 5/1997: sekolah sebagai kawasan


larangan merokok.
iv. Surat siaran KPM bil 17/2015: larangan penggunaan rokok
elektronik atau vape di sekolah.

E. Penggunaan Gajet Elektronik


i. Penggunaan gajet elektronik merupakan keperluan dalam pengajaran
dan pembelajaran bagi murid Tingkatan Enam, khususnya dalam
menyiapkan kerja kursus dan sebagai rujukan sumber disebabkan
ketiadaan buku teks.
ii. Kebenaran penggunaan gajet elektronik yang diberikan tertakluk
kepada:
a. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab terhadap
kehilangan gajet elektronik tersebut.
b. Setiap murid bertanggungjawab terhadap pemilikan barangan
masing-masing.
c. Setiap murid bertanggungjawab untuk menggunakan
gajet elektronik dengan betul, berkesan dan
beretika.

F. Menjatuhkan Hukuman
i. Murid yang melanggar peraturan disiplin sekolah boleh
dikenakan tindakan seperti yang terkandung dalan
Peraturan Ordinan Pelajaran 1957: Peraturan-Peraturan
Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.
ii. Dalam kes-kes tertentu, Pengetua boleh menggunakan
budi bicara dalam menentukan hukuman yang diambil
dengan mengambilkira murid yang telah melalui alam
persekolahan selama 11 tahun.

 JENIS-JENIS KESALAHAN BERAT

Setiap pelajar yang mengikuti pengajian di kolej ini


mesti berkelakuan baik semasa berada di dalam dan di luar
kawasan sekolah demi menjaga maruah diri, nama baik kolej
dan profesion pelajar.

Setiap pelajar dilarang melakukan perkara-perkara


berikut:

1. Buli
Pelajar dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti buli,
ugut, mendera

2. Dadah, arak dan racun


Tiada pelajar boleh:
A. Memiliki atau bawah jagaan atau kawalannya apa-apa
jenis dadah, arak atau racun.
B. Memiliki atau bawah jagaan atau kawalannya apa-apa
perkakas atau alat untuk digunakan bagi tujuan
pengambilan apa-apa jenis dadah, arak atau racun.
C. Membeli, membekal, mengadakan atau menawarkan apa-apa
jenis dadah, arak atau racun kepada mana-mana pihak
D. Makan atau minum atau menghisap atau menyedut atau
menghidu atau memasukkan ke dalam badannya apa-apa
jenis dadah, arak atau racun dengan cara suntikan atau
apa-apa cara lain; dan
E. Minum atau ada dalam miliknya atau bawah jagaan atau
kawalannya apa-apa minuman yang memabukkan.

3. Memudaratkan diri
Pelajar dilarang melakukan apa-apa perbuatan yang boleh
memudaratkan diri
4. Merokok
Peraturan ini adalah mengikut “Peraturan-Peraturan
Kawalan Hasil Tembakau 2004” [P.U (A) 324/2004];
A. Bawah peraturan tersebut, premis sekolah adalah Zon
Larangan Merokok
B. Pelajar dilarang merokok, menjual, mengedar atau
membeli rokok di kawasan sekolah; dan
C. Larangan merokok adalah terpakai untuk semua aktiviti
rasmi termasuk di luar sekolah
5. Pertubuhan Haram
Pelajar dilarang dari menganggotai, menubuhkan atau
melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang ada hubungan
dengan kumpulan haram, kongsi gelap dan sebagainyai.

6. Senjata Merbahaya
Pelajar dilarang dari memiliki, membawa, menyimpan atau
menggunakan senjata atau alat merbahaya dengan tujuan
yang salah.

7. Tindakan Biadap
Pelajar dilarang dari berkelakuan kasar, bersikap
bongkak, menghina, berbahasa kesat, melawan, mencabar,
mengancam, memukul atau mencederakan pengetua, guru,
pekerja atau AJK Tertinggi Persatuan Tingkatan Enam
8. Hubungan Negatif
Pelajar dilarang sesama pelajar berkelakuan kasar,
mengancam, bergaduh, memukul atau mencederakan pelajar
lain

9. Memeras Ugut
Pelajar dilarang memeras ugut pelajar lain secara lisan
atau bertulis

10.Laporan Akhbar
Pelajar dilarang menulis kepada akhbar tanpa memberitahu
pihak yang berkuasa
di sekolah

11. Vandalisma
Pelajar dilarang sengaja merosakkan harta benda sekolah,
pengetua, guru , pekerja atau pelajar lain

12. Mencuri
Pelajar dilarang mencuri harta benda sekolah, pengetua,
guru, pekerja atau pelajar lain

13. Berjudi
Pelajar dilarang dari terlibat di dalam sebarang aktiviti
beradu nasib atau bertaruh yang melibatkan wang untuk
mendapatkan keuntungan
14. Tingkah laku lucah
A. Pelajar dilarang dari memiliki, membawa, menyimpan
atau mengedar bahan lucah.
B.  Pelajar dilarang dari mengeluarkan kata-kata dan
perbuatan lucah
C.  Pelajar dilarang dari melukis gambar atau menulis 
kata-kata lucah
15. Tingkah laku sumbang
Pelajar dilarang dari bercumbu-cumbuan, berkhalwat
[berdua-duaan di tempat yang sunyi atau tertutup],
mengandung, mencabul kehormatan atau melakukan gangguan
seks di premis sekolah

16. Menceroboh
Pelajar dilarang dari memasuki pejabat sekolah,pejabat
guru, setor peralatan, kedai koperasi, bilik-bilik khas
dengan niat jahat atau tanpa persetujuan/kebenaran
pengetua atau guru

17. Mengggunakan orang luar untuk mencabar


Pelajar dilarang mengancam, memukul atau mencederakan
pengetua, guru, pekerja atau pelajar

18. Membantah hukuman guru


Pelajar dilarang menunjuk perasaan, berpiket atau
mengganggu ketenteraman sekolah

19.Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif


Pelajar dilarang menimbulkan suasana tegang, kacau bilau
atau perpecahan kaum

20. Politik
Pelajar dilarang terlibat dalam apa jua aktiviti yang
berkaitan dengan kegiatan politik
21. Ponteng
A.Pelajar dilarang tidak menghadirkan diri tanpa sebarang
sebab-sebab yang dibenarkan seperti ponteng sekolah,
ponteng kelas atau ponteng dari menghadiri kegiata
sekolah yang diwajibkan

B.Pelajar dilarang dari tidak menghadirkan diri semasa


ujian/peperiksaan dijalankan kecuali mendapat surat
kebenaran cuti sakit dari hospital kerajaan

C.Pelajar yang didapati ponteng akan dikenakan tindakan


mengikut prosedur ponteng yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Home

Log in Pengurusan KT6P

Sila tekan gambar untuk pengurusan

Log in penghantaran ERPH 2.0

Tekan gambar untuk log masuk ERPH 2.0

CARIAN DALAM BLOG

BILANGAN PENGUNJUNG
153,357

 News
 Popular
 Blog Archives

BERITA TERKINI KT6P


 eHALUAN PELAJAR TINGKATAN 6 SEMESTER 1
 MAKLUMAT MATAPELAJARAN STPM KT6P
 Makluman Pendaftaran Pelajar Tingkatan 6 Semester 1 Tahun 2021
 SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN ENAM STPM 2022
 Majlis Pengumuman STPM 2020, MUET dan STPM semester 1 2021

Powered by Blogger.

BERITA ARKIB
 ▼  2021 (26)

o ▼  July (4)
 eHALUAN PELAJAR TINGKATAN 6 SEMESTER 1
 MAKLUMAT MATAPELAJARAN STPM KT6P
 Makluman Pendaftaran Pelajar Tingkatan 6 Semester ...
 SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN ENAM STPM 2022

o ►  June (6)

o ►  May (2)

o ►  March (2)

o ►  February (12)

 ►  2020 (49)

 ►  2019 (103)

 ►  2018 (87)

 ►  2017 (70)

 ►  2016 (15)

 ►  2015 (15)

 ►  2014 (21)

Pemberitahuan
Selamat belajar di kelas PdPr. Semoga anda tetap bersemangat.

PAUTAN JAKSA
 JAKSA 2021
 JAKSA GURU MATA PELAJARAN 2020

PAUTAN e-RPP (Rekod Penilaian dan Pentaksiran)


 MUET sesi 1 2021
 eRPP Prapentaksiran Semester 1 STPM 2021
 eRPP Prapentaksiran Semester 3 STPM 2020
 eRPP Trial MUET Semester 1 2021

PAUTAN RASMI
 KPM
 JPN JOHOR
 PPD PONTIAN
 MPM

PAUTAN PENGURUSAN
 SPLG
 E OPERASI
 SKPMg2
 PBPPP E-PRESTASI
 E-PANGKAT
 HRMIS
 APDM
 E PENYATA GAJI

Kategori
 3K (11)
 kitar semula (7)
 perKISS (10)
 program alam sekitar (6)

MISI
Melestari sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangun potensi
individu bagi memenuhi aspirasi negara.

VISI
Pendidikan berkualiti, insan terdidik, negara sejahtera.

JADUAL PELAJAR
 JADUAL KONSULTASI 2020
 JADUAL WAKTU

Anda mungkin juga menyukai