Anda di halaman 1dari 37

ZAINI ABDULLAH

BLOK 07- ARAS1-BK04


zaini@fpm.upsi.edu.my

10/4/2020 ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 1


KULIAH 1

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN
DI MALAYSIA KE ARAH
PEMBANGUNAN INSAN &
NEGARA
PENDIDIKAN DAN
PEMBANGUNAN.

10/4/2020 ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 2


Objektif
Objektif tajuk ini adalah untuk membolehkan pelajar
memahami hubungkait di antara pendidikan dan
pembangunan insan dan negara.

Hasil Pembelajaran
Pada akhir pengajaran, pelajar dapat:
1. Mendefinisikan pendidikan dan pembangunan
2. Menjelaskan pendidikan dan pembangunan sebagai
dua pembolehubah.
3. Menghubungkait di antara pendidikan dan
pembangunan insan dan negara.
10/4/2020 ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 3
Persoalan

Mengapakah anda hendak


menjadi guru?

Untuk menjadi guru, apakah


ilmu yang mesti anda kuasai?

10/4/2020 ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 4


Menurut Shulman, L.S. (1986) Guru yang
profesional mestilah menguasai 7 jenis
pengetahuan:

Ø Pedagogi
Ø Kandungan mata pelajaran
Ø Konten-pedagogi
Ø Pelajar
Ø Konteks pendidikan di Malaysia
Ø Tujuan dan falsafah pendidikan di Malaysia
Ø Kurikulum
Kursus ini akan membincangkan 3 jenis pengetahuan
yang akhir.
10/4/2020 ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 5
Pengetahuan Konteks
Pendidikan di Malaysia
• Sejarah sistem pendidikan di Malaysia
• Matlamat pendidikan di Malaysia
• Struktur pendidikan di Malaysia
• Pengaruh perubahan ekonomi terhadap
sistem dan corak pendidikan
• Pengaruh budaya setempat terhadap
sekolah

10/4/2020 ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 6


Pengetahuan Tentang Tujuan
Dan Falsafah Pendidikan
Malaysia
• Tujuan pendidikan
• Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK):
i. Asas pembinaan FPK.
ii. Bentuk dan prinsip pendidikan
iii. Proses & pelaksanaan pendidikan
iv. Kesan akhir pendidikan.

10/4/2020 ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 7


Pengetahuan Kurikulum

• Konsep & pengertian kurikulum


• Reka bentuk kurikulum
• Penterjemahan dan pentafsiran
kurikulum

10/4/2020 ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 8


KONSEP & PENGERTIAN

10/4/2020 ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 9


Konsep Pendidikan
Pendidikan = Education
Education = Latin: e’ex + ducereduc
(keluar) (memimpin)
Pendidikan = Didikan vs latihan
(educere) (educare)

Pendidikan ialah penyerapan pengetahuan dalam


bentuk teori dan dan melakukan latihan dalam bentuk
praktis bagi membentuk peribadi, watak dan
mencungkil bakat yang terpendam.
10/4/2020 ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 10
Perbandingan
PENDIDIKAN
(education)
DIDIK LATIH

Belajar untuk keterampilan


(educere) (educare)

Belajar untuk belajar


a n Ke
n a ma
k s a hi r a
bi j a n
Ke in Me
im p l a ti
m h
Me
a n A da
ru s had
B e r te

10/4/2020 ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 11


Konsep Pendidikan
1. Instrumentalis: Pendidikan ialah ______
i. cara untuk mencapai matlamat.
ii. untuk mencapai sesuatu keperluan.
iii. mesti bersesuaian dengan kehidupan
manusia di dalam masyarakat.
iv. untuk sesuatu fungsi dan untuk
manusia berfungsi.
10/4/2020 ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 12
2. Bukan instrumentalis: Pendidikan
ialah _______
i. mempunyai matlamat implisit.
ii. menjadi makhluk terdidik.
iii. satu kehidupan

10/4/2020 ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 13


Jenis
PENDIDIKAN
Pendidikan
Formal Informal
Cth: SK, SMK, Cth: Adab, tutur
MRSM, IKM kata, akhlak

Non Formal
Cth: Kursus
masakan, jahitan,
ternakan
10/4/2020 ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 14
Formal Informal Non formal
Reka bentuk Perkembangan ilmu Bina kemahiran Perkembangan
& kemahiran, j/m untuk kehidupan, kemahiran, j/m
lama j/m berterusan pendek
Pengajaran Guru terlatih, Keluarga & Ahli yang pakar
pedagogi. masyarakat
Pembelajaran Seragam, berjadual, - Berjadual
teks
Institusi Rasmi: bangunan & Tidak rasmi: rumah, Rasmi & tidak
kelas, sekolah, masyarakat rasmi: agensi
kerajaan & swasta.
Kurikulum Rasmi, kebangsaan, Tidak rasmi Tidak rasmi
berstruktur
Penilaian Rasmi & - -
kebangsaan
Pengiktirafan Perjawatan: sijil, Dip., - Sijil penyertaan
Ijazah
Organisasi Pra sekolah, sk. ren - -
& men, IPT
10/4/2020 ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 15
Definisi Pendidikan
Idea Klasik Greek
Usaha manusia/kerajaan untuk membentuk
generasi mendatang.
i. Sparta : Pendidikan satu usaha untuk
membentuk rakyat yang berani, berdisiplin,
taat pemimpin dan cintakan tanah air.
ii. Athens : Pendidikan untuk membina
kebijaksanaan dan keseimbangan jiwa bagi
mengukuhkan demokrasi dan membentuk
warganegara yang cintakan negara.
10/4/2020 ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 16
1. Pendidikan ialah latihan.
“Pendidikan sebagai latihan jasmani dan rohani
bagi mencapai kecantikan kesempurnaan
pekerti.”
(Plato: 427 S.M. – 347 S.M.)
2. Pendidikan ialah usaha
“Pendidikan ialah proses pembinaan pekerti dan
pengembangan akal fikiran.”
(Socrates: 470 S.M. – 399 S.M.)

10/4/2020 ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 17


3. Pendidikan ialah sistem
“Pendidikan ialah satu sistem perkembangan
intelektual, jasmani, kerohanian dan emosi.”
(Aristotle: 384 S.M. – 322
S.M.)

4. Pendidikan ialah proses


“Pendidikan sebagai proses membentuk
kecenderungan asasi yang berupa kepercayaan
dan perasaan terhadap alam sejagat dan
sesama manusia. Pendidikan juga suatu proses
bagi mengatur dan menambah pengetahuan
yang dimiliki supaya dapat hidup dengan lebih
selamat.”
10/4/2020 ZAINI ABDULAH (Nota(John
Kuliah) Dewey: 1933) 18
5. Pendidikan ialah penambahan ilmu
“Pendidikan ialah untuk menambahkan ilmu
untuk menghampirkan diri dengan
kesempurnaan fitrah dan memahami daya
usaha yang terdapat pada bakat dan watak
seseorang.” (Stuart Mill)

6. Pendidikan ialah mendidik


“Pendidikan ialah mendidik iaitu memimpin
keluar. Pendidikan berlaku melalui tunjukajar,
latihan dan indoktrinasi.” (Ducasse)
10/4/2020 ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 19
Konsep & Pengertian Pendidikan
Dalam Islam
Tarbiah
(Mengasuh/ Ta’dib
Memelihara/ (Mendidik/
membaiki) membentuk
adab & akhlak
MAKHLUK
Ta’lim
(Pengajaran)

10/4/2020 ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 20


Dalam Islam, tarbiah, ta’dib dan ta’lim
bergabung untuk melahirkan insan terdidik:
i. Berilmu
ii. Mempunyai kesedaran
iii. Menghayati
iv.Menginsafi
v. Beramal

“Hanya yang takut kepada Allah dari hamba-


hamba-Nya ialah ulama” Surah Fatir:28)
10/4/2020 ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 21
1. ‘Pendidikan sebagai membentuk tabiat dan sikap
manusia dalam pelbagai aspek kehidupan (jasmani,
rohani, akal, akhlak, sosial) supaya dapat mengabdi diri
kepada Allah”. (Al-Jamali)
2. ‘Pendidikan sebagai latihan aqliah, jasmaniah dan
rohaniah bagi melahirkan manusia berkebudayaan tinggi,
berupaya melaksanakan tanggungjawab sebagai insan
yang baik dan warganegara yang sempurna.”
(khursid Ahmad)
3. Pendidikan ialah merubah dan memindahkan nilai-nilai
kebudayaan kepada individu melalui berbagai proses dan
cara bagi melahirkan manusia yang bertanggungjawab &
berbakti kepada Allah. (Hasan Langgulung)

10/4/2020 ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 22


Apakah Hakikat Pendidikan?
1. Proses interaksi 2 pihak di antara pendidik dan orang
yang dididik secara seimbang.
2. Usaha melengkapkan pengetahuan, pemikiran dan
kemahiran orang yang dididik untuk menghadapi
cabaran perubahan persekitaran.
3. Proses dan usaha untuk meningkatkan kualiti kehidupan
individu, keluarga, masyarakat dan negara.
4. Proses yang berterusan
5. Usaha menerapkan ilmu dan nilai bagi pembinaan
warganegara yang cemerlang

10/4/2020 ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 23


Fikirkan Sejenak…..

Apakah yang anda faham tentang


konsep dan pengertian
pendidikan?

Apakah hubungkait di antara


pendidikan dan pembangunan?

10/4/2020 ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 24


Konsep Dan Pengertian Pembangunan
1. Perspektif Barat
i. “Pembangunan ialah memimpin objektif
kerajaan-kerajaan. Pembangunan sinonim
dengan perubahan ekonomi, sosial dan
politik”. (Hulme D & Turner M., 1990)
ii. “Pembangunan ialah merealisasikan potensi
personaliti manusia, gabungan dari tiga matlamat
yang khusus. Pertama, jaminan keatas bekalan
keperluan asas. Kedua, kewujudan bidang
pekerjaan. ketiga, pengurangan ketidakadilan”
( Seers, 1977).
10/4/2020 ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 25
iii. “Pembangunan berkisar di atas landasan nilai-
nilai materialisme secara kuantitatif. Juga
memandang serius ke atas kewujudan kelas
sosial dan konflik sosial ”. Kadt E. D. et al (1974)
iv. “Pembangunan boleh difahami dari kebiasaan
ekonomi, dan tidak dari perspektif politik, etika,
ideologi atau kriteria yang lain. Pembangunan
tidak hanya dilihat dari faktor-faktor ekonomi
(tanah, buruh, modal dan pengusaha) tetapi lebih
kepada perkembangan ekonomi ”. Berger (1992)

10/4/2020 ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 26


v. “Satu proses di mana sesuatu perkara berpindah
dari satu tingkat ke tingkat yang lain ”. (Hyper
Dictionary-WordNet Dictionary)

10/4/2020 ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 27


2. Perspektif Islam
i. “Pembangunan adalah suatu proses membuka dan
mengembangkan roh kemanusiaan, membuka hati
manusia, membuka dan mendedahkan manusia ke arah
kemuncak ketuhanan supaya berkembang sepenuhnya
secara beransur-ansur dan ke arah yang lebih baik dalam
konteks kehebatan semulajadi.” Kadir H. D, ( 1996 )

ii. “Pembangunan bermaksud peningkatan, kebangkitan


dan pertambahan dari semua aspek kehidupan kerana
sifat kehidupan ini sentiasa berubah tidak berhenti-henti
dan jika tiada peningkatan maka matilah ia.” ( Fathi Yakan
(2002)

10/4/2020 ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 28


iii. ‘Pembangunan(al-Tanmiyah) bermaksud
penyuburan dan pemurnian diri insan.’
( Abduh ,1404H)
iv. Terdapat beberapa istilah yang berkaitan
dengan pembangunan (al-tanmiyah) dalam al-
Quran seperti al-Tazkiyah (Penyuburan),
seperti tersebut dalam surah al-Syams: 9, al-
Bina’ (Pembinaan) seperti tersebut dalam surah
al-Saf: 4.

10/4/2020 ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 29


v. Dalam hubungan ini tujuan pembangunan adalah
manusia itu sendiri (Nailul Murad Mohd.Nor &
Hanapi Md. Noor 2002).

vi. Konsep pembangunan dalam Islam adalah


berasaskan kepada keesaan Allah, matlamat ialah
keredahan Allah (mardatillah) dan kerangkanya
mencakupi skala waktu panjang iaitu waktu
kehidupan di alam roh, dunia dan akhirat.
Sepanjang skala itu, manusia mesti mencapai
kebahagian di dunia dan akhirat. (Muhammad
Syukri Saleh 2002)

10/4/2020 ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 30


Pembangunan Berteraskan Islam
ALLAH

Quran Pendidikan &


Latihan: Insan
bertaqwa
WAHYU Ø Aqliah &
Ø Jasmaniah khalifah
Sunah Allah
Ø Rohaniah

PEMBANGUNAN DUNIA & AKHIRAT

10/4/2020 ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 31


Pembangunan Apa? Pelbagai sektor, pekerjaan,
peningkatan pendapatan
NEGARA
Pendidikan, kemasyarakatan,
Ekonomi teknologi, cara hidup,
INSAN pengantara bangsaan
Intelektual (IQ) Sosial Penyertaan demokrasi,
hubungan diplomatik,
Emosi (EQ) kestabilan, keadilan, hak asasi,
Rohani (SQ) Politik kebebasan

Jasmani (PQ) Alam Keseimbangan eko, kebersihan,


sekitar
Kepercayaan kepada tuhan,
Agama & Moral ketaatan, berakhlak, pekerti
mulia

10/4/2020 ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 32


PEMBANGUNAN

EKONOMI
Intelek Emosi

Rohani

IK
SO

L IT
S IA

PO
Jasmani
L

10/4/2020 ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 33


Pengaruh Pendidikan
Terhadap Pembangunan
Pembolehubah Pembolehubah
bebas (IV) bersandar (DV)

Pendidikan Pembangunan

Literasi Ekonomi, sosial,


Kesedaran,
literasi fungsian, literasi penerimaan politik, alam
budaya, literasi bahasa, maklumat, sekitar
literasi saintifik, literasi keupayaan
maklumat, literasi moral memberi idea &
kemahiran,
(multiliterasi) penyertaan

10/4/2020 ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 34


Pengaruh Pembangunan
Terhadap Pendidikan
Pembolehubah Pembolehubah
bebas (IV) bersandar (DV)

Pembangunan Pendidikan

demokrasi, formal,
Politik, penyertaan,
Ekonomi, informal,
peruntukan
Sosial, kewangan, non formal
prasarana

10/4/2020 ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 35


Rumusan
i. Pendidikan  mendidik + melatih manusia
ii. Pembangunan  unsur manusia + elemen kenegaraan
iii. Pendidikan dan pembangunan membentuk dua
pembolehubah yang berkaitan.
iv. Pendidikan boleh memberikan kesan secara langsung
kepada pembangunan (insan dan negara)  aspek
literasi
v. Pembangunan menyediakan peruntukan dan
kebolehdayaan untuk perkembangan pendidikan

10/4/2020 ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 36


PERBINCANGAN
1. Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan?
2. Apakah yang dimaksudkan dengan pembangunan?
3. Adakah pendidikan dan pembangunan merupakan dua
pembolehubah yang saling berkaitan? Mengapa?
4. Bagaimanakah pendidikan memainkan peranan dalam
pembangunan:
4.1 Insan
4.2 Negara
5. Berikan penilaian anda:
5.1 Pendidikan lebih mempengaruhi pembangunan
5.2 Pembangunan lebih mempengaruhi pendidikan
10/4/2020 ZAINI ABDULAH (Nota Kuliah) 37

Anda mungkin juga menyukai