Anda di halaman 1dari 6

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

(JXEA 1104)
PELAJAR SEMESTER 1 2008/2009
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
( APM)
ROHANI BINTI ARIFEEN
(JEA080115)
TAJUK : karya melayu klasik (pantun agama)

NAMA PEnsYARAH:
DR. AMRAN BIN MUHAMMAD

PENGENALAN

Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Greek (Yunani) iaitu “philo” yang

bermaksud “cinta” dan “sophia” pula bermaksud “kebijaksanaan”. Apabila

digabungkan kedua-duanya diertikan sebagai “cinta akan kebijaksanaan”. Dari sudut

praktis pula falsafah adalah alam berfikir atau fikiran secara mendalam tentang

hakikat sesuatu yang wujud. Menurut kamus Dewan Bahasa pula, falsafah boleh
diertikan sebagai pengetahuan tentang pengertian-pengertian yang dianggap sebagai

ilmu yang tinggi atau sebagai dasar ilmu-ilmu yang lain.

Bagi merungkapkan dengan lebih lanjut lagi kerja kursus ini, penulis telah

memilih pantun keagamaan. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji makna

atau falsafah di sebalik pantun tersebut. Pantun ialah pengucapan kemelayuan.

Dalam pantun terkandung seluruh jiwa, seni, kebijaksanaan, budi bahasa, dan

pandangan dunia Melayu. Rangkap-rangkap pantun juga merupakan hasil kegunaan

dan peranannya dalam sesuatu fungsi atau sesuatu kegiatan sosial baik bersifat

hiburan , pengajaran, pengisi acara sebuah majlis mahupun sebagai sebagai upacara

ritual. Pantun berpantun merupakan perkara semulajadi atau fitrah kepada mereka

yang pandai berpantun dalam masyarakat Melayu. Tradisi ini dapat dilihat dalam seni

lagu dan seni tari. Selain itu pantun juga digunakan dalam pelbagai upacara Melayu

seperti majlis peminangan, perkahwinan, dan sebagainya. Sehubungan dengan ini

juga, pantun dijadikan satu elemen untuk menasihati, menberi petunjuk, menegur,

dan juga mengkritik seseorang individu mahupun sesebuah masyarakat pada masa itu.

Makna atau falsafah yang terdapat disebalikpantun keagamaan ini adalah

kepentingan kepada pegangan agama yang kuat. Kita sebagai manusia yang telah

diciptakan di atas muka bumi ini seharusnya mentaati kepada setiap perintah Allah

S.W.T. Dalam rangkap ini juga menyatakan bahawa kita sebagai hamba Allah S.W.T

seharusnya menjadikan Allah S.W.T dan Nabi sebagai tempat untuk memohon

petunjuk dan pertolongan agar kita menuju ke jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T.

Hal ini dapat kita lihat pada maksud pantun di rangkap yang pertama iaitu:

Ambil galah kupaskan jantung,

Orang Arab bergoreng kicap,


Kepada Allah tempat bergantung,

Kepada Nabi tempat mengucap,

Sehubungan dengan ini juga, jika hidup di dunia kita mengikut setiap perintah

yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T kita akan mendapat ganjaran atau pahala di

atas setiap perbuatan dan amalan yang telah kita lakukan seterusnya dengan amalan

yang cukup baik kita akan di tempatkan di syurga kelak. Namun sebaliknya jika kita

meninggalkan perintahnya dan melakukan larangannya akan diberi balasan yang

setimpal dengan perbuatan yang telah dilakukan. Maksud ini dapat ditafsirkan

menerusi rangkap kedua dalam pantun ini iaitu:

Asam rumbia dibelah-belah,

Buah separah di dalam raga,

Dunia ikut firman Allah,

Akhirat juga mendapat syurga,

Allah S.W.T amat berkuasa dan menguasai setiap benda yang wujud di atas

muka bumi ini yang meliputi seluruh alam termasuk daratan mahupun lautan. Oleh

itu, kita sebagai insan yang kerdil lagi hina seharusnya mentaati perintahnya dan

meninggalkan larangannya dan bersyukur di atas nikmat yang telah diberikan oleh

Allah S.W.T kepada kita dan menjaga segala yang telah dianugerahkan dengan baik.

Makna ini dapat kita lihat pada rangkap ketiga iaitu:

Belah buluh bersegi-segi,

Buat mari serampang ikan,

Kuasa Allah berbagai-bagai,


Lebih laut dan juga daratan,

Kehidupan di atas dunia ini hanyalah sementara sahaja, akhirat adalah tempat

yang kekal buat selama-lamanya bagimanusia yang hidup di atas muka bumi ini.

Tarikh atau masa berlakunya hari kiamat tidak ada sesiapun mengetahuinya, oleh itu

kita sebagai hambanya mestilah menunaikan suruhannya dan menjauhi larangannya.

Kehidupan di dunia yang sementara ini adalah merupakan ujian daripada Allah S.W.T

untuk menguji keimamanandan ketakwaan hambanya melalui pelbagai dugaan dan

cabaran dalam kehidupan seharian umatnya. Tafsiran ini terdapat dalam rangkap

yang keempat dalam pantun keagamaan iaitu :

Buah ini buah berangan,

Masak dibungkus sapu tangan,

Dunia ini pinjam-pinjaman,

Akhirat kelak kampung halaman,

Kita sebagai hamba Allah S.W.T di dunia ini semestinya atau seharusnya

menunaikan dan mengerjakan segala kewajiban yang telah ditetapkan, salah satu

daripadanya adalah menunaikan solat lima kali sehari. Jika kita meninggalkan solat

ibu bapa sebagai pembimbing dan ketua dalam sesebuah institusi keluarga akan

memarahi kita dengan niat untuk mengajar anak-anak mereka supaya tidak

meninggalkan solat.

Delima batu dipenggal-penggal,

Bawa galah ke Tanah Merah,

Lima waktu kalau ditinggal,

Ibu bapa pasti marah,


Kesimpulannya, pantun adalah karya agung Melayu yang merupakan nilai-

nilai hidup dan sosial masyarakat Melayu. Keagungan itu bukan sahaja dalam

falsafah, pegangan, tema dan maksud yang disampaikan, tetapi juga dalam rangkap

kata-kata yang menjadi wadah nilai dan tanggapan itu. Kata-katanya padat, bernas,

tepat dan berkesan tujuannya untuk mendidik, membimbing dan juga menghiburkan

para pendengar yang mendengarnya. Masyarakat Melayu dahulu kala menjadikan

pantun sebagai adat istiadat mereka yang telah diamalkan sejak turun-temurun lagi.

Bibliografi

Adnan Abd.majib. 2003. Sastera Melayu Tradisional. Selangor

Harun Mat Piah. 2001. Pantun Melayu Tradisi

M. Jasni Majed. 2004. Mutiara Sastera Melayu Tradisional. Selangor

Mohd Yusof Md.Nor, Dr. Abd. Rahman Kaeh. 1985. Puisi Melayu Tradisional.
Zulkafli Baharuddin. 2008. Milenia Muslim