Anda di halaman 1dari 2

MENGHUNI NERAKA KERANA DOSA LISAN

‫ن ُﻓﻼَﻧَ ًﺔ ﺗَ ُﻘ ْﻮ ُم‬
‫ﷲ إِ ﱠ‬
ِ ‫ل‬ َ ‫َﺳ ْﻮ‬ ُ ‫ﻲ ﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﯿﻪ و ﺳﻠﻢ ﻳَﺎ ر‬ ِ ّ ‫ﻞ ﻟِﻠ ﱠﻨ ِﺒ‬ َ ‫ﻋﻦ أﺑﻲ ھﺮﻳﺮة رﺿﻲ ﷲ ﻋﻨﻪ َﻗﺎ‬
َ ‫ﻗِ ْﯿ‬: ‫ل‬
‫ﷲ ﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﯿﻪ و‬ ِ ‫ل‬ ُ ‫َﺳ ْﻮ‬
ُ ‫لر‬ َ
َ ‫ِﺴﺎﻧِﮭَﺎ ﻓ َﻘﺎ‬ َ ‫ﺟ ْﯿﺮَاﻧَﮭَﺎ ﺑِﻠ‬ ْ
ِ ‫ﺼ ﱠﺪق َو ﺗﺆذِي‬ ُ ُ َ َ‫ﻞ َو ﺗ‬ُ ‫ﺼ ْﻮ ُم اﻟ ﱠﻨﮭَﺎ َر َو ﺗَ ْﻔ َﻌ‬ُ َ‫ﻞ َو ﺗ‬َ ‫اﻟﻠﱠ ْﯿ‬
َ ‫ﺣ ًﺪا َﻓ َﻘﺎ‬
‫ل‬ َ َ‫ق ﺑِﺄَ ْﺛﻮَارٍ َو ﻻ َ ﺗُ ْﺆذِي أ‬ُ ‫ﺼ ﱠﺪ‬َ َ‫ﺼﻠِّﻰ ْاﻟﻤ َْﻜ ُﺘ ْﻮﺑَ َﺔ َو ﺗ‬َ ُ‫ َو ُﻓﻼَﻧَ ًﺔ ﺗ‬: ‫ﻞ اﻟ ﱠﻨﺎرِ َﻗﺎﻟُ ْﻮا‬ ِ ‫ھ‬ْ َ‫ِﻦ أ‬
ْ ‫ﻲﻣ‬ َ ‫ھ‬ ِ ‫ﺧ ْﯿ َﺮ ﻓِ ْﯿﮭَﺎ‬ َ َ ‫ﻻ‬: ‫ﺳﻠﻢ‬
‫ﺔ‬ َ ‫ﻞ ْاﻟ‬
ِ ‫ﺠ ﱠﻨ‬ ْ ‫ِﻦ أ‬َ ْ ‫ﻲﻣ‬ ِ ‫ل‬ ُ ‫َﺳ ْﻮ‬
ُ ‫ر‬
ِ ‫ھ‬ َ ‫ھ‬ ِ : ‫ﷲ ﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﯿﻪ و ﺳﻠﻢ‬

Daripada Abu Hurairah RA berkata, pernah ditanyakan kepada Rasulullah SAW, “Wahai
Rasulullah, sesungguhnya si Fulanah rajin solat sunat malam, puasa di siang hari,
mengerjakan (berbagai kebaikan) dan bersedekah, Cuma ia suka mengganggu para
tetangganya dengan lisannya?”. Bersabda Rasulullah SAW, “Tiada kebaikan padanya, dia
termasuk penghuni neraka”. Mereka bertanya lagi, “Sesungguhnya si Fulanah (yang lain)
mengerjakan (hanya) solat wajib dan bersedekah dengan sepotong keju, namun tidak pernah
mengganggu seorangpun?”. Bersabda Rasulullah SAW, “Dia termasuk penghuni syurga”.
(Sahih Bukhari di dalam al-Adab al-Mufrod: 119) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Seseorang akan ditempatkan kedalam syurga atau neraka bukan hanya bergantung
banyaknya amal fardhu dan sunat atau tidak.

2. Ada orang yang rajin solat sunat malam, rajin puasa sunat, banyak melakukan kebaikan
dan bersedekah, tetapi masuk neraka kerana mengganggu para tetangganya dengan lisannya
(habis segala pahala kebaikannya)

3. Ada orang yang hanya mengerjakan amalan yang fardhu seperti solat fardhu dan puasa
Ramadan, sedekahnya sedikit namun masuk syurga kerana tidak pernah menganggu orang
lain.

4. Pada hari ini dosa lisan banyak digantikan dalam bentuk tulisan yang kadang kala lebih
kesat, buruk, penuh dengan adu domba, umpatan, kejian dan fitnah termasuk yang ditularkan
di media sosial seperti FB, Twitter, WhatsApp, Telegram dan sebagainya.

5. Ingatlah amaran Allah kepada pengumpat, pemfitnah dan pencela dalam surah al-
Humazah
َ ُ‫ﻤ َﺰ ٍة ﻟ‬
‫ﻤ َﺰ ٍة‬ َ ‫ھ‬ ّ ِ ‫ﻞ ﻟ ُِﻜ‬
ُ ‫ﻞ‬ ٌ ‫َو ْﻳ‬

Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela

a. “Humazah” menurut Mujahid adalah pengumpat (termasuk cemohan dengan lisan dan
ucapan).

b. “Lumazah” menurut Abi Hayan dalam Tafsir al-Bahrul Muhith bererti hinaan dengan isyarat
mata, tangan dan sebagainya

Syed Qutb menyebutkan, ini gambaran manusia jahiliah dimana jiwa manusia yang lemah dan
hina kerana tidak memiliki iman dan kehormatan diri, kerjanya mengumpat dan mencemoh.
Ingatlah bahawa pengumpat akan dihumban ke neraka al-Hutomah.

ْ ‫ )اﻟﱠﺘِﻲ ﺗَﻄﱠﻠِ ُﻊ َﻋﻠَﻰ‬٦( ‫ﻤﻮ َﻗﺪ َُة‬


)۷( ‫اﻷﻓﺌِ َﺪ ِة‬ ْ �
ُ ‫اﻟ‬ ِ ‫ )ﻧَﺎ ُر ﱠ‬٥( ‫َﺔ‬
ُ ‫ﺤﻄَﻤ‬ َ ‫ ) َوﻣَﺎ أَ ْدرَا‬٤( ‫ﺔ‬
ُ ‫ك ﻣَﺎ ْاﻟ‬ َ َ ‫ﺤﻄ‬
ِ ‫ﻤ‬ ْ ‫ن ﻓِﻲ‬
ُ ‫اﻟ‬ ‫َﻛﻼ ﻟَ ُﯿ ْﻨﺒَ َﺬ ﱠ‬
)۹( ‫ﻤ ﱠﺪ َد ٍة‬
َ ‫ﻤ ٍﺪ ُﻣ‬َ ‫ )ﻓِﻲ َﻋ‬۸( ‫َة‬ ٌ ‫ﺻﺪ‬ ْ ‫إِﻧﱠﮭَﺎ َﻋﻠَ ْﯿ ِﮭ‬
َ ‫ﻢ ُﻣ ْﺆ‬

Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah. (4)
dan tahukah kamu apa Huthamah itu? (5) (iaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan
(6) yang (membakar) sampai ke hati. (7) Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka (8).
(sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang (9) (Al-Humazah)

Marilah kita pelihara ibadat fardhu dan bersungguh-sungguh menjaga lisan dan tulisan.
Sesungguhnya dosa lisan mungkin hanya didengar oleh beberapa orang namun dosa tulisan
berkekalan dan tersebar keseluruh dunia di alam tanpa sempadan ini.

Anda mungkin juga menyukai