Akh Lak Dal Am Islam
Akh Lak Dal Am Islam
ii
AKHLAK
DALAM ISLAM
iii
iv
Siri Penerbitan Percuma Bil. (64)
AKHLAK
DALAM ISLAM
Penyelenggara:
Abdul Razak Mahmud
v
Dikeluarkan oleh:
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-7481512
Faks: 09-7485512
Portal Rasmi: www.e-maik.my
Email: maik@e-maik.my
Dicetak oleh:
Percetakan UNI PRESS
Lot 104, Jalan Pencawang TNB Lundang, Off Jalan Sultan Yahya Petra,
15150 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-743 4924 Faks: 09-743 4925 H/P: 017-958 7797
E-mel: unipress79@gmail.com / uni_press@yahoo.com
vi
NOTA PENYELENGGARA
B
uku “Akhlak dalam Islam” ini pertama kali terbit pada tahun
1977 sebagai satu bab dalam buku Islam dan Modenisma oleh
Wan Muhammad Ali, terbitan Biro Pelajaran dan Penyelidikan,
Angkatan Belia Islam Malaysia (tanpa tempat). Sejak terbitan pertama
ini, buku ini tidak pernah dicetak ulang atau diterbitkan lagi.
vii
kejadian dirinya atau mengenai sifat-sifat utamanya, maupun
tentang sifat-sifat yang bertentangan dengannya. Dalam menghadapi
kekaburan-kekaburan tentang hakikat manusia dalam ajaran falsafah
moden yang nisbi, Islam datang membawakan ajarannya tentang
manusia dengan sifat-sifat serta dengan konsep-konsep yang boleh
menyelamatkannya”.
viii
K
alaulah kejadian insan yang indah dengan binaan jasadnya
dan anggotanya dipanggil sebagai khalq (ْق ُ ) َخل, maka keadaan
rohaninya yang sepatutnya berada dalam keadaan yang
sebaiknya dipanggil khuluq (ق ُ ُ ) ُخلdengan jamaknya akhlaq. Dari sini
timbullah dalam Islam ajaran tentang kesempurnaan manusia dan
kebahagiaannya yang memerlukan kepada kebaikan dan keselamatan
dari segi zahirnya dan juga dari segi batinnya. Dan Islam sebagai “al-
Din”, terkandung di dalamnya ajaran-ajaran, kebenaran-kebenaran
serta kaedah-kaedah beramal yang memungkinkan tercapainya tujuan
utama kesempurnaan dan kebahagiaan itu. Untuk membantu insan
dalam mencapai tujuan sedemikianlah, maka dalam Islam dihurai
kejadian insan itu sendiri dilihat dari segi psikologi rohaniahnya,
dengan memusatkan perhatian kepada sifat-sifat asasi kejadian itu
yang tidak beruba-ubah, juga keperluan kejadian insan itu kepada
sifat-sifat utama. Dan untuk tujuan itu juga maka dihurai sifat-sifat
keutamaan (al-fada’il) dan lawannya, disertai dengan jalan-jalan
untuk mencapai keutamaan dan membersih diri daripada sifat-
sifat yang keji. Dengan ini insan mampu mencapai status dirinya
yang sebenarnya. Perbendaharaan ajaran Islam yang sedemikianlah
yang antara lain boleh mengubati penderitaan peribadi insan dalam
zaman seperti sekarang ini, iaitu penderitaan zahir batin yang timbul
pada asasnya dari kejahilan tentang keadaan dan status dirinya serta
keperluan dirinya kepada sifat-sifat keutamaan dengan cara yang
mutlak. Tanpa pemahaman dan pelaksanaan ajaran sedemikian, insan
bakal memusnahkan dirinya sendiri dan kehidupannya.
1
[I]
2
Perkara yang awal-awal boleh diingatkan dalam hubungan
dengan mengenal diri sendiri ini ialah bahawa diri insan itu terdiri
daripada jasad dan juga satu zat yang bersifat rohani yang dipanggil
hati (qalb). Yang dimaksudkan hati itu bukanlah daging yang
berada dalam dada di bahagian kirinya, bahkan suatu zat halus yang
bukan benda. Yang dimaksudkan dengan hati atau qalb itu ialah zat
yang menggunakan segala indera dan kekuatan yang ada dalam diri
seseorang itu sebagai alat-alatnya dan hamba-hamba suruhannya. Ialah
yang menjadi sebagai ‘tuan’ ke atas yang lainnya. Sebenarnya zat halus
ini bukanlah berasal dari alam material ini, bahkan ianya berasal dari
alam ghaib. Ia datang ke alam ini sebagai seorang pengembara yang
datang melawat sebuah negeri asing dengan tujuan untuk menjayakan
perniagaannya, dan kemudian ia akan kembali semula ke negeri tempat
asalnya. Ilmu tentang zat yang halus ini dan sifat-sifatnya adalah
menjadi anak kunci untuk membuka perbendaharaan kebahagiaan,
kesempurnaan dan juga membuka rahsia pengenalan terhadap Allah.
Sifat-sifat hati atau roh ini boleh dikenal dengan jalan seseorang
memejamkan matanya dan melupakan segalanya, melainkan dirinya
sendiri sahaja. Dengan jalan ini ia dapat memahami sifat roh walaupun
tidak dengan sepenuhnya; dalam al-Quran didapati ayat:
ΟF?ρ& !$tΒuρ ’1u‘ Βr& Β yρ9$# ≅% yρ9$# tã štΡθ=t↔¡o„uρ
∩∇∈∪ξŠ=s%āω)Ο=è9$#zΒ
Maksudnya: “mereka bertanya kamu tentang roh.
Katakanlah (wahai Muhammad) bahawa roh itu adalah dari
urusan Tuhanku”.
(Surah al-Isra’: ayat 85).
Apa yang boleh diketahui ialah bahawa roh itu adalah satu
zat yang ghaib yang datang dari alam ‘Amar Tuhan (‘alam al-‘Amr),
yang dijadikan oleh Allah dan bukan qadim. Ilmu yang tepat tentang
roh secara filsafat tidaklah merupakan persediaan bagi menjalani
jalan agama. Bahkan ilmu yang mendalam tentang roh ini datang
dari pemberian Tuhan, hasil dari perjuangan mengawal diri dan terus
3
menerus mengikuti jalan yang benar. Bila perjuangan itu dilakukan
maka ilmu itu akan dikurniakan, sebagaimana yang jelas dari ayat al-
Quran:
ϑ9 βρ Ζ= Νκ]ƒκ]9 ΖŠ ργ≈ ƒρ
ϑ9 βρ Ζ= Νκ]ƒκ]9 ΖŠ ργ≈ ƒρ
∩∉∪Ζϑ9
∩∉∪Ζϑ9
Maksudnya: “Dan mereka yang berjihad untuk (mencari
keredhaan) Kami, sungguh akan Kami tunjukkan kepada
mereka jalan-jalan Kami”
(Surah al-‘Ankabut: 69)
$è‹ΗdÚ‘{#’û$ΒρN≡θ≈ϑ¡9#’û$Β39‚™ρ
Diri insan yang batin yang dilihat dari segi akalnya (al-nafs
al-natiqah) mempunyai sifat-sifat yang menakjubkan dilihat dari
segi ilmunya dan kekuasaannya. Dengan kekuatan inilah maka insan
dijadikan oleh Tuhan dapat menguasai ilmu-ilmu kemanusiaan dan
sains, dan ia boleh melalui sebagai kilat dari bumi ke langit dan dari
6
langit ke bumi kembali, dan ia juga boleh mengukur jarak jauhnya
antara bintang-bintang. Melaluinya juga ia boleh mengambil ikan
keluar dari laut, burung dari udara, dan ia boleh menjadikan haiwan
berkhidmat kepadanya, seperti gajah, kuda dan unta. Pancainderanya
yang lima adalah boleh diibaratkan sebagai lima buah pintu yang
terbuka mengarah ke alam luar daripada dirinya. Melalui pancaindera
ini pula ia boleh mengesani alam zahir ini dan mendapat pengetahuan
tentang alam itu.
Dalam lubuk hati setiap orang terdengar soalan (ك ْمُ ِّت بِـ ـ َـرب
ُ َس
ْ )اَل
yang bermaksud: “Tidakkah Aku ini Tuhanmu?” (Surah al-A‘raf,
ayat 171) dengan ia memberikan jawapan ( )�بَٰلىyang bermaksud “Ya”
kepada soalan itu. Ini memberi erti bahawa dalam setiap hati nurani
ada kesedaran untuk tunduk kepada Tuhan Yang Maha Esa itu. Tetapi
setengah-setengah hati manusia menjadi sedemikian kotor dengan
karat dan kekotoran sehingga bayangan di dalamnya kabur, walhal hati
para auliya’ (rh.) dan para anbiya’ dan rasul (a.s.), walaupun mereka
adalah manusia, hati mereka sedemikian bersedia menerima ilham-
ilham taraf tinggi yang didatangkan oleh Tuhan kepada mereka.
8
Diri insan mendapat tempat yang tertinggi di kalangan segala
makhluk bukan sahaja melalui ilmu yang didapati dengan cara ilham,
bahkan ianya mendapat tempat yang tertinggi juga oleh kerana
kekuasaan yang diberikan oleh Tuhan kepadanya. Sebagaimana para
malaikat menguasai segala apa yang ada seperti air, udara, tanah dan
lainnya, maka demikianlah juga roh menguasai jasad, dengan segala
anggotanya. Roh-roh yang mempunyai kekuasaan atau kekuatan yang
istimewa itu bukan sahaja memerintah badan-badan tuan mereka,
bahkan memerintah badan-badan orang lain juga. Kalau mereka
mahu seseorang yang sakit supaya ia sembuh, maka dengan keizinan
Allah, ia sembuh daripada penyakitnya; kalau mereka mahu supaya
seseorang hadir, maka orang yang dikehendaki oleh mereka itu akan
menghadirkan dirinya, dengan izin Allah. Kesan-kesan yang baik
demikian dipanggil karamah daripada mereka yang mempunyai roh-
roh yang kuat itu. Roh-roh yang mempunyai kekuatan istimewa itu
berbeza daripada roh-roh orang ramai dari tiga segi:
i) Apa yang dilihat oleh orang ramai dalam mimpi mereka, dilihat
oleh mereka dalam waktu jaga;
ii) Kalau orang lain boleh menggerakkan badan mereka sendiri sahaja
dengan kehendak mereka sendiri, maka mereka yang mempunyai
roh-roh yang kuat itu boleh menggerakkan bukan sahaja badan
mereka sendiri tetapi juga badan-badan yang dimiliki oleh orang
lain;
iii) Tentang ilmu pula, apa yang dipelajari oleh orang-orang biasa
yang selain daripada mereka dengan cara usaha belajar yang
memerlukan tenaga dan masa yang banyak, maka ilmu yang
diperoleh mereka bukan dengan cara bersusah payah sedemikian,
bahkan dicapai oleh mereka melalui proses ilham yang murni.
12
(ضبِي ْ إن َر ْح َمتِ ْي َس�بََق
َ َ َت غ
َّ ) yang bermaksud: “Sesungguhnya rahmatKu
mendahului kemarahanKu”, dan juga hadith (ن ٰه ِذ ِه ِ ِِ ِ
ْ اَللّهُ اَ ْر َح ُم بِعبَاده م
ِ )بِول
َد َها yang bermaksud: Allah adalah lebih pengasih penyayang
َ
terhadap hambaNya lebih daripada ibu pengasih penyayang kepada
anaknya”. Demikianlah daripada kejadian dirinya sendiri manusia
menyedari tentang adaNya Allah; daripada kejadian dirinya yang zahir
ia menyedari Kekuasaan dan Kebijaksanaan Allah; daripada rezeki
yang Tuhan sediakan untuknya ia menyedari Kasih Sayang Tuhan
kepadanya. Dengan jalan inilah pengenalan terhadap dirinya menjadi
anak kunci kepada pengenalan terhadap Tuhannya.
14
sebuah pintu yang membuka ke arah alam ghaib dengan hakikat-
hakikat di dalamnya. Dengan pengalaman yang sedemikian itu
maka seseorang dapat mengetahui dengan seyakinnya, berdasarkan
pengalaman rohaniah diri sendiri, apa yang mendatangkan kedukaan
atau kebahagiaan kepada rohnya, sebagaimana juga doktor-doktor
mengetahui dengan tepat apa yang mendatangkan penyakit dalam
badan dan apa yang menyembuhkan penyakit itu. Ia mengetahui
bahawa mengenal Allah, ibadat dan sifat-sifat utama pada hati adalah
merupakan ubat, manakala kejahilan, kedosaan serta sifat-sifat yang
keji pada hati adalah merupakan racun yang bisa bagi roh atau hati.
16
penderitaan bagi orang yang berkenaan. Oleh kerana inilah maka al-
Quran menyatakan:
∩∠⊄∪ξ‹6™≅Ê&ρ‘ϑã&οzψ#’ûθγù‘ϑã&ν‹≈δ’ûχ%.Βρ
“δϑ“δ_ΒΝ3ΨƒΒ ŠΗκ]Βθδ
∩⊂∇∪βθΡ†ΝδωρΝκ=∃θξ
rρ‘ΒŠùM‚Ρρ
juga menunjukkan bahawa asal roh itu adalah dari alam tinggi.
Sebagaimana juga kesihatan dan keselamatan roh hayawani atau
kehaiwanan adalah terletak pada keadaannya yang seimbang, iaitu
yang bahagian-bahagian darinya adalah berada dalam keadaan yang
seimbang, maka demikian juga kesihatan roh; maka keseimbangan
ini bila terganggu boleh dikembalikan dengan jalan-jalan tertentu.
17
Ringkasnya kesihatan roh insan adalah terletak di atas perseimbangan
akhlak yang terpupuk dan terjaga dengan pengajaran akhlak yang
sepatutnya.
Tidak ada haiwan dan tidak ada malaikat yang boleh menukarkan
kedudukan mereka yang telah ditetapkan oleh Tuhan ke atas mereka.
Ini dijelaskan oleh al-Quran dalam ayat ( )
yang bermaksud: “Tidaklah di kalangan kami melainkan ada
baginya kedudukan yang termaklum (yang ditetapkan Tuhan)”
(surah as-Saffat: ayat 164). Insan pula boleh meningkat tinggi sampai
kepada taraf malaikat, bahkan lebih tinggi, dan boleh pula menurun
kepada taraf haiwan, bahkan lebih rendah lagi daripadanya. Inilah
yang dimaksudkan dengan amanat yang disebutkan oleh ayat al-
Quran di atas itu. Kebanyakan manusia memilih untuk berada pada
dua peringkat terendah yang tersebut di atas, dengan mereka ini tidak
menyukai mereka yang berjuang untuk mencapai darjat yang lebih
tinggi daripada itu.
21
hatinya seluruhnya. Atau pun boleh dikatakan bahawa kasih kepada
Tuhan hendaklah mengatasi kasih kepada yang lain lagi. Berhubungan
dengan perkara ini al-Quran ada menyatakan ( Ρθ†ρΝκ† ) yang
bermaksud: “Ia kasih kepada mereka dan mereka kasih kepadaNya”.
(surah al-Ma‘idah: ayat 54).
اه َما ِ ِ ِ َّ الَي ـ ْـؤِمن اَح ُد ُكم حتَّى ي ُكو َن ألّله ورسولُه اَح
ُ ب إل َْيه م ُن ُك ِّل س َو َ ُ ُْ ََ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ُ
Maksudnya: “Tidaklah seseorang dari kamu beriman
(dengan iman yang sebenarnya) sehingga ia kasihkan Allah
dan RasulNya lebih dari segala yang lain.”
[ II ]
∩⊇∈∪šχθè%ω≈¢Á9$#ãΝèδy7Í×‾≈s9'ρé&4 «!$#È≅‹Î6y™’ÎûóΟÎγÅ¡àΡr&uρöΝÎγÏ9≡uθøΒr'Î/
25
yang dikurniakan hikmah maka ia dikurniakan kebajikan yang
sangat banyak.” (Surah al-Baqarah: 2, ayat 269). Dalam kenyataan
ِ ضالَّةُ ال ُْم ْؤِم
RasuluLlah S.A.W. terdapat kata-kata (ن َ ُْمة ِ
َ )اَلْحكyang
bermaksud: “Hikmah adalah benda hilang orang mukmin (maka bila
ia menemuinya hendaklah diambilnya)”.
Dari satu segi yang lain pula, insan ada mempunyai badan
yang memerlukan pentadbiran serta siasah berhubungan dengan
kehidupannya. Berhubung dengan keperluan ini, maka insan itu
ada mempunyai daya untuk mengenal kebaikan dalam perbuatan-
perbuatannya. Daya atau kekuatan yang menyebabkan manusia
boleh mengenal kebaikan dalam perbuatan-perbuatan ini dinamakan
sebagai akal amali (al-‘aqlu I-‘amali). Dengan perkembangan akal
amali dengan baik maka terlaksanalah pentadbiran yang baik bagi diri,
keluarga dan ahli negeri. Perlu juga diperhatikan bahawa di kalangan
perkara-perkara yang diketahui oleh akal manusia itu ada perkara-
perkara yang bukan menetap; antaranya sifat mempergunakan
harta adalah satu sifat yang terpuji, tetapi dalam setengah-setengah
waktu membelanjakan harta bukanlah sifat terpuji; demikian juga
membelanjakan harta berhubungan dengan setengah-setengah
golongan manusia. Akal yang mengenal hal ini adalah akal amali yang
sudah berkembang dengan baik. Hikmah dalam mengenal kebaikan
26
dari segi perbuatan zahir dan pentadbiran ini dipanggil hikmah
akhlak atau al-Hikmah al-Khuluqiyyah. Dengan adanya hikmah
akhlak ini maka tercapailah sifat keutamaan dalam diri seseorang, dan
dengannya maka tercapailah pentadbiran yang baik bagi diri. Dengan
ini juga maka sifat marah dan keinginan dalam diri dapat dikontrol
perkembangannya dengan baik, baik dalam menzahirkannya maupun
dalam menyekatnya. Dengan adanya hikmah hakiki dan hikmah
akhlak, dan dengan berjayanya pentadbiran, maka tercapailah
keutamaan dalam diri seseorang itu dengan baiknya.
28
pengasih dan penyayang di antara sesama mereka sendiri, sebagaimana
yang jelas dalam ayat:
ΝηΖ/$Ηq‘‘$39#’?ã#‰©&
Sifat tegas yang terpuji ini adalah sifat yang timbul dari
keberanian yang sepatutnya, iaitu sifat yang sepakat dengan
pertimbangan agama dan akal yang sejahtera; maka sesiapa yang
mempunyai akhlak yang sedemikian hendaklah ia mengekalkan sifat-
sifatnya yang terpuji itu supaya terus menerus ada pada dirinya dan
wujud dalam tindakan-tindakannya. Adapun mereka yang belum
mencapai sifat –sifat itu dalam diri mereka, maka hendaklah mereka
mengawasi diri mereka dan memerhati dengan baik; adakah diri
mereka lebih cenderung kepada pengecut atau kepada sifat berani
membuta tuli. Kemudian, apabila telah dipastikan kecenderungan-
kecenderungan ini, hendaklah mereka melatih diri dengan sifat-sifat
yang mulia dan utama supaya akhirnya sifat-sifat yang mulia dan
utama itu menjadi tabi’at mereka yang boleh timbul secara spontan,
dan bukan dengan dipaksa-paksa, sehingga melimpah keluarlah sifat
berani itu dalam aktiviti-aktiviti mereka.
الناس كلهم موتى إال العالمون والعالمون كلهم موتى إال العاملون
والعاملون كلهم موتى إال المخلصون والمخلصون على خطر عظيم
Maksudnya: “Semua manusia adalah mati melainkan
mereka yang mengetahui; semua mereka yang
mengetahui mati, melainkan mereka yang beramal;
mereka yang beramal semuanya mati melainkan
mereka yang ikhlas; mereka yang ikhlas pula berada
dalam bahaya yang besar.”
30
kehidupan, untuk menetap di atas perimbangan yang terletak di antara
dua sifat yang keji dan tercela; antara kepintaran yang membawa
kepada penipuan dan helah dengan sifat bebal yang membahayakan;
dan antara sifat berani membuta tuli dengan pengecut langsung.
[ III ]
Sifat al-Intizam atau sifat teratur ialah sifat yang ada pada
diri seseorang yang menyebabkan dirinya itu bersedia membuat
pertimbangan atau penelitan terhadap apa-apa yang berada dalam
kekuasaannya sehingga manfa’at yang tercapai daripadanya adalah
menasabah dengan apa yang lainnya, bukan kucar-kacir urusannya.
38
Sifat al-Hudu’ atau ketenangan ialah sifat tenangnya diri
pada waktu tercapainya kelazatan yang baik, iaitu tanpa berlakunya
kegoncangan pada jiwa atau kekalutan dalam gerak geri.
Sifat az-Zarf ialah sifat yang berada di antara dua sifat yang
tidak dikehendaki dalam pergaulan manusia yang mulia, iaitu sifat
terlampau memencil diri dari manusia dengan sifat terlampau banyak
bergurau senda yang berlebihan; ertinya sifat itu ialah sifat yang
dengannya seseorang itu mengetahui peringkat-peringkat rakan dan
menjaga waktu berjinak-jinak atau bermesra dengan mereka, dengan
ia memberikan kepada setiap orang apa yang wajar baginya dengan
senyumnya yang sesuai dalam waktu yang ada padanya. Manusia
memerlukan kerehatan untuk hatinya, dan berhubungan dengan
keperluan ini maka antaranyalah pergaulan yang baik. Bergurau
secara patut ada kebaikannya dan ia hendaklah jangan sampai menjadi
bergurau dengan cara berlebihan. Nabi S.A.W. diriwayatkan ada
bergurau dengan cara yang baik dengan sahabat-sahabatnya(ra).
Sifat marah atau tidak suka yang wajar ialah sifat al-
Tasakhkhut, iaitu sifat yang berada di antara sifat dengki atau hasad
dengan sifat suka bila melihat orang lain mendapat penderitaan atau
mengalami perkara-perkara yang tidak baik. Sifat at-Tasakhkhut ini
ialah sifat merasa tidak suka bila melihat kebaikan diperoleh atau
didapati oleh mereka yang tidak berhak menerimanya, dan juga
bila melihat perkara-perkara buruk berlaku kepada mereka yang
sepatutnya tidak berhak terkena perkara-perkara yang buruk itu.
Sifat al-Tabdhir atau sifat membazir pula ialah sifat yang ada
pada seseorang yang menyebabkan ia menghabiskan hartanya dalam
40
perkara-perkara yang bukan keperluan, juga bukan dalam waktu
yang diwajibkan dan melebihi daripada apa yang sepatutnya atau
semestinya.
IV
44
Bibliografi ringkas:
45
46
47
48