Anda di halaman 1dari 6

Penulisan tentang penilaian program-program Pendidikan yang telah dilaksanakan dalam

usaha mencapai kesamarataan peluang Pendidikan di Malaysia serta usaha-usaha pemupukan


integrase nasional di sekolah.

Pengenalan

Sistem pendidikan, melalui sistem persekolahan, merupakan elemen yang penting bagi
sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah membangunkan masyarakat dari segi ekonomi,
politik, dan sosial. Sistem persekolahan bukan sahaja berperanan untuk memberi pelajaran
kepada masyarakat semata-mata, bahkan ia merupakan saluran untuk menyampaikan kepada
rakyat berkenaan dengan wadah perjuangan negara yang sangat mementingkan nilai-nilai
murni dalam masyarakat berbilang kaum demi mencapai perpaduan dan integrasi nasional.
Integrasi nasional pada asasnya adalah usaha memupuk kesefahaman dan perpaduan antara
pelbagai kaum (Zakaria & Daud 2018). Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai
masyarakat berbilang kaum, agama, dan adat resam di mana ia dikenali sebagai masyarakat
majmuk. Pelaksanaan sistem pendidikan yang dijalankan perlu mengikut keperluan dan
kesesuaian masyarakat Malaysia. Masyarakat Malaysia yang terdiri dari bangsa Melayu,
Cina, India, lain- lain etnik, dan beragama Islam, Buddha, Hindu, dan Kristian menjadi
rujukan pihak pemerintah sebelum sesuatu dasar dirangka agar manfaat dan faedah dapat
dirasai oleh semua golongan masyarakat. Melalui pendidikan, nilai-nilai murni seperti
hormat-menghormati, bertoleransi, bekerjasama, dan aspek- aspek moral diterapkan kepada
masyarakat yang bertujuan untuk melahirkan pewaris negara yang berkualiti,
bertanggungjawab, berdaya saing, bijak, dan mempunyai sifat patriotik di mana ia penting
untuk memupuk perpaduan dan integrasi nasional di kalangan masyarakat (Saleh 2019).
Sistem persekolahan yang terbaik adalah sistem persekolahan yang menyediakan pendidikan
yang sama kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira etnik, tempat, atau latar belakang
sosioekonomi. Pelbagai inisiatif dan program telah diwujudkan kerajaan bagi memastikan
jurang akademik dapat diminimakan dan juga integrasi nasional dapat dipupuk dengan baik
dalam kalangan pelajar berbilang bangsa, agama dan budaya di Malaysia. Justeru, bagi
mengupas dengan lebih lanjut mengenai kesamrataan dalam Pendidikan dan usaha memupuk
integrasi nasional dalam kalangan pelajar, penulisan ini akan membincangkan mengenai
kerbeksanan inisiatif dan program Pendidikan yang telah dilaksanakan serta impak terhadap
kesamarataan peluang Pendidikan dalam kalangan masyarakat di Malaysia dan kesan
terhadap pemupukan integrase nasional dalam kalangan pelajar di sekolah.
Kesamarataan Pendidikan dan Integrasi nasional melalui inisiatif dan program
Pendidikan

Pendidikan memainkan peranan yang utama dalam pertumbuhan ekonomi dan pembangunan
Negara. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas ialah petunjuk yang
terbaik bagi kemajuan sesebuah negara pada masa hadapan. Dewasa ini, kejayaan sesebuah
Negara amat bergantung kepada ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki
rakyat (Dahalan et al. 2017). Oleh itu, tidak menghairankan sekiranya Negara yang
mempunyai rakyat yang berpendidikan tinggi akan berpeluang menikmati kemajuan ekonomi
yang lebih tinggi. Sehubungan itu, pendidikan merupakan asas pembinaan Negara bangsa dan
pengukuhan perpaduan (Radin & Yasin 2018). Pendidikan menyediakan peluang kepada
individu bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat yang berjaya serta meyumbang secara
aktif kepada pembangunan Negara. Melalui interaksi dalam masyarakat membolehkan
individu daripada pelbagai latar belakang sosioeknonomi, agama, dan etnik belajar dan
memahami, menerima dan menghargai seterusnya berkongsi pengalaman serta aspirasi bagi
membina masa depan Negara (Abu Bakar 2019). Identiti nasional dan perpaduan Negara
dapat dipupuk melalui perkongsian pengalaman dan aspirasi. Kerajaan Malaysia melalui
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merangka pelbagai dasar, inisiatif dan
program Pendidikan bagi mewujudkan kesamarataan peluang Pendidikan kepada semua
pelajar di Malaysia disamping memupuk semangat dan nilai integrasi nasional dalam diri
pelajar (Abdullah 2020). Antara inisiatif yang telah diperkenalkan ialah Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. bertujuan untuk melonjakkan tahap
kecemerlangan sekolah, melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab, berkemampuan, dan dapat mengangkat imej sistem pendidikan
negara di mata dunia. Melalui PIPP 2006-2010 tersebut, 6 teras strategik digaris, iaitu: (1)
Membina negara-bangsa, (2) Membangunkan modal insan, (3) Memperkasakan sekolah
kebangsaan, (4) Merapatkan jurang pendidikan, (5) Memartabatkan profesyen perguruan, dan
(6) Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan (Adam et al. 2009). Jika dikaji secara
teliti, ternyata enam strategik yang digariskan itu mampu untuk membawa perubahan kepada
sistem persekolahan yang berperanan sebagai alat perpaduan. Strategik yang pertama iaitu
pembinaan negara- bangsa sangat ditekankan oleh kerajaan untuk dilaksanakan kerana
melaluinya perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dapat
diperkukuhkan lagi. Pelan rancangan ini seiring dan dapat merealisasikan matlamat utama
pendidikan kebangsaan negara sejak merdeka, iaitu matlamat pendidikan untuk perpaduan
bangsa Malaysia. Oleh hal yang demikian, sekolah memainkan peranan yang penting untuk
menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa untuk menjalinkan hubungan
baik dan saling bertoleransi. Inisiatif ini dilihat mampu memberikan peluang kepada semua
pelajar untuk mendapat akses pendidikan berkualiti disamping mengukuhkan nilai perpaduan
dan integrasi nasional antara masyarakat di Malaysia (Yusoff et al. 2021). Melihat kepada
kejayaan melalui inisiatif ini, satu kerangkan Pendidikan baru telah digubah berpaksikan
kepada PIPP (2006-2010) iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025)
telah digubal dan digunapakai sehingga sekarang. Pelan pembangunan pendidikan Malaysia
merupakan hasil perlihatan masyarakat dan penyelidikan meluas yang dijalankan oleh
kementerian pendidikan (Yassin 2018). Antara objektif khusus ialah memahami prestasi dan
cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada
pendidikan, meningkatkan kualiti merapatkan jurang pencapaian ekuiti , mengukuhkan
perpaduan dalam kalangan pelajar serta mengoptimumkan kecekapan sistem. Melalui 11
anjakan yang menjadi asas kepada insiitiaf ini, usaha untuk mewujudkan kesamarataan
Pendidikan dan integrase nasional dapat dilihat dengan lebih jelas dimana anjakan pertama
didalam PPM 2013-2025 ialah “menyediakan kesamarataan akses kepada Pendidikan
berkualiti bertaraf antarabangsa” (Padu, 2013). Melalui anjakan pertama PPPM (2013-2025),
kesamarataan peluang Pendidikan merupakan aspirasi utama KPM bagi mebolehkan setiap
pelajar mendapat peluang yang sama rata untuk mebolehkan diri mereka cemerlangan dalam
Pendidikan di Malaysia. Melalui anjakan ini, peluang untuk mewujudkan kesamartaan
peluang pendidikan dapat dilihat melalui usaha kerajaan melalui KPM dalam memperluas
akses dan meningkatkan kualiti pendidikan bermula dengan pendidikan vokasional yang
dahulunya tidak digemari kini menjadi antara aliran yang sangat popular dalam kalangan
pelajar (Yaakob et al. 2019). Selain daripada itu, usaha untuk mewujudkan kesamarataan
dalam peluang pendidikan telah bermula di peringat prasekolah. Hal ini dapat dilihat melalui
usaha KPM untuk meningkatkan kualiti prasekolah standing dengan prasekolah swasta dan
mengalakkan enrolmen sejagat bagi mengelakkan ada murid yang tercicir dari mendapat
pendidikan awal. Selain itu, kerajaan telah meningkatkan pelaburan dalam sumber fizikal dan
sumber pengajaran untuk murid berkeperluan khusus seperti pelajar pemulihan dan kelainan
upaya (OKU) demi memastikan semua pelajar berhak mendapat pendidikan yang berkualiti
dan sewajarnya. Inisitaif-iniastif ini telah dan sedang dilaksanakan di seluruh negara dan
dapat dilihat melalui transformasi pendidikan yang komprehsensif di semua peringkat
sekolah bermula di peringkat prasekolah hingga menengah (Sarabatin 2017). Hal ehwal
pelajar diberikan keutamaan dimana buku teks yang sebelum ini hanya diberikan kepada
mereka yang terpilih kini dapat dinikmati ole semua lapisan pelajar tanpa mengira sosio
ekonomi keluarga. Bagi pelajar yang kurang berkemampuan, kerajaan juga memperuntukkan
peruntukan yang besar bagi membantu pelajar dari sudut kewangan bagi tujuan membeli
buku rujukan dan perkara berkaitan akademik dengan pemberiaan bantuan kewangan melalui
Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) dan Biasiswa Kecil Persekutuan.
Pelajar, tanpa mengira bangsa dan agama diberikan peluang dan bantuan yang sama rata. Hal
ini memberikan impak yang positif kepada system pendidikan di Malaysia dimana menurut
Amin (2016)., pelajar berbilang kaum dapat menikmati peluang yang sama rata sama ada
terhadap akses pendidikan. Melalui kesamarataan peluang pendidikanyang diwujudkan
kerajaan Malaysia melalui KPM, nilai integrase nasional dapat dipupuk dengan baik (KPM
2013). Malah, PPPM (2013-2025) melalui anjakan yang ketiga iaitu “penghayatan terdapap
nilai” (Padu 2013) dilihat menjadi pemangkin kepada pemupukan integrasi nasional yang jitu
dalam kalangan pelajar. Melalui kesamarataan peluang pendidikan dan juga elemen
penghayatan nilai yang menjadi teras PPPM (2013-2025), hal ini menjadi manifestasi kearah
menjadikan pendidikan Malaysia pendidkan yang berkualiti dan bertaraf dunia.

Kesimpulan

Perkembangan pendidikan di Malaysia ternyata mengalami banyak perubahan, terutama sejak


zaman penjajahan hinggalah zaman selepas merdeka. Perkembangan masyarakat seiring
dengan perkembangan dasar- dasar negara yang sentiasa ditambahbaik bagi memastikan
keperluan rakyat terbela melalui kesamarataan kepada peluang pendidikan dan usaha kearah
memupuk integrasi nasioanal. Perubahan dalam sektor pendidikan menjadi intipati penting
dalam pengukuhan perpaduan negara ke arah yang lebih baik kerana pendidikan menjadi
peneraju pembentukan masyarakat. Aspek-aspek murni amat ditekankan dalam pendidikan
kerana sebagai sebuah masyarakat majmuk, nilai-nilai murni perlu ada dalam diri setiap
masyarakat. Namun, walaupun banyak perubahan yang telah dilakukan, kelemahan-
kelemahan masih lagi wujud dan perlu diambil serius oleh pihak kerajaan untuk
menyelesaikannya dengan segera. Kelemahan yang wujud umpama barah yang akan merebak
menjadi semakin besar, malah boleh menyebabkan perpecahan dalam masyarakat. Masalah-
masalah yang melibatkan isu-isu antara kaum perlu diselesaikan segera, bukan dibiarkan
senyap begitu sahaja. Oleh itu, untuk mencapai matlamat perpaduan negara yang kukuh,
seluruh masyarakat perlu berganding bahu, seiring dengan usaha murni kerajaan melalui
dasar-dasar dan rancangan baru. Mutu pendidikan yang sempurna serta hubungan masyarakat
yang harmoni menjadi tunggak kejayaan yang akan menjadikan Malaysia sebuah negara
maju dan dapat merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Rujukan

Abdullah, H. (2020). MENITI KEJAYAAN DALAM PELAKSANAAN PENDIDIKAN


INKLUSIF DALAM GELOMBANG 1 dan GELOMBANG 2, PPPM (2013-
2025). Jurnal Refleksi Kepemimpinan, (JILID III).

ABU BAKAR, S. N. (2019). Pelan PPPM 2013-2025 catat pencapaian signifikan. BERITA


HARIAN.

Adam, Z., Kassim, F., & Salleh, M. J. (2009). Memperkasakan pendidikan luar bandar.

Amin, N. M., & Yasin, M. H. (2016). Pelaksanaan program pendidikan inklusif murid
berkeperluan khas dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015.
In Seminar Antarabangsa Pendidikan Khas Rantau Asia Tenggara Siri Ke (Vol. 6).

Dahalan, D., Abdullah, H., & Yassin, S. M. (2017). Keadilan polisi ke arah integrasi nasional
di Malaysia: Persepsi generasi baharu (Justice and the Malaysian policy for
inculcating national integration: Perceptions of the new generation). Geografia-
Malaysian Journal of Society and Space, 11(6).

Malaysia, P. P. P., & Laporan Prestasi, P. M. R. (2013). Kementerian Pendidikan


Malaysia. Draf Kurikulum Standard Sekolah.

Radin, M., & Yasin, M. A. M. Z. (2018). Perlaksanaan pendidikan abad ke-21 di Malaysia:
Satu tinjauan awal. Sains Humanika, 10(3-2).

Saleh, N. S. (2019). Integrasi Etnik dalam Ideologi Pendidikan. Journal of Techno


Social, 11(2), 47-54.

Sarabatin, M. A. (2017). Pelan pendidikan ditambah nilai sejajar TN50. BERITA HARIAN.

Yaakob, M. F. M., Musa, M. R., Habibi, A., & Othman, R. (2019). STRATEGIC
MANAGEMENT AND STRATEGIC PLANNING IN SCHOOL: IS IT WORTH
FOR TEACHERS?. Academy of Strategic Management Journal, 18(3), 1-6.

Yassin, M. (2018). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

YUSOFF, Z. J. M., OMAR, M. C., & DON, Y. (2021). PERSEKITARAN SEKOLAH


BERKESAN DAN SEKOLAH KURANG BERKESAN DI MALAYSIA [THE
ENVIRONMENT OF EFFECTIVE AND INEFFECTIVE SCHOOLS IN
MALAYSIA]. Global Journal of Educational Research and Management, 1(1), 43-
58.

Zakaria, J., & Daud, S. (2018). MENELUSURI PENDEMOKRASIAN DI MALAYSIA:


IMPAK TERHADAP PENCAPAIAN INTEGRASI NASIONAL. e-Academia
Journal, 7(1).

Anda mungkin juga menyukai