Pengenalan
Masyarakat Melayu Muslim di selatan Thai adalah identik dengan masalah
politik dan agama. Selatan Thai yang dimaksudkan ialah kawasan majoriti
Melayu muslim di empat wilayah, iaitu Patani, Yala, Narathiwat dan Songkhla.
Ramai yang memberi tumpuan kepada masalah politik dan kedudukan agama
Islam di bahagian selatan negara Thai ini. Walau tidak dinafikan kepentingan
isu ini, namun penulis merasakan aspek pendidikan dan ekonomi juga perlu
diberi perhatian memandangkan ianya melibatkan pandangan dan maruah umat
Islam itu sendiri. Bahkan masalah pendidikan dan ekonomi ini jika dapat
diselesaikan, maka ianya dilihat dapat membantu menyelesaikan konflik antara
kerajaan Thai dan juga masyarakat selatan Thai ini. Maka, penulisan kali ini
bertujuan untuk mengkaji serba ringkas tentang konsep minoriti muslim, latar
belakang selatan Thai, sejarah pendidikan dan kemajuan pendidikannya,
keadaan ekonomi dan strategi pembangunan ekonomi. Antara perkara yang
dibincangkan ialah berkaitan kemajuan pendidikan dan sumber ekonomi dan
pendapatan penduduk, kemajuan yang telah dicapai dan perkaitan antara
pembangunan pendidikan dan ekonomi dengan kestabilan dan keamanan di
wilayah yang sentiasa bergolak ini. Kajian ini dapat memberi maklumat
berkaitan pendidikan dan ekonomi yang selama ini kurang diberi perhatian.
Kajian ini juga dapat memberi gambaran kepada kita semua bahawa masalah
dan konflik utama masyarakat Muslim di bahagian selatan Thai ini bukan sahaja
dari aspek politik dan agama tetapi juga dari aspek pendidikan dan ekonomi.
106
PROSIDING SIMPOSIUM ISU-ISU SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM (SISTI 2011)
yang lain, berbanding sebuah negara dengan negara yang lain, sebagaimana
juga dengan suatu zaman dengan suatu zaman yang lain. Beberapa kelompok
minoriti contohnya hidup secara bertaburan di dalam sesebuah negara,
manakala yang lain pula tertumpu di sesuatu bahagian tertentu membentuk
sebuah kelompok majoriti di bahagian tertentu di dalam sesebuah negara.
Istilah minoriti dalam beberapa kes yang diaplikasikan atau dirujuk
bermaksud sesuatu kelompok atau kumpulan ras yang mempunyai perbezaan
tertentu dengan kelompok majoriti di sesebuah negara. Dalam beberapa kes
yang lain pula, ia digunakan pakai untuk merujuk kepada sesuatu kumpulan
bahasa ataupun kelompok agama. Di beberapa buah negara yang lain, istilah
minoriti digunakan dengan membawa suatu gambaran yang negatif, sama ada
menunjukkan ciri seperti nasional, etnik, bentuk bahasa ataupun kumpulan atau
kelompok yang berbeza daripada kelompok asal negara berkenaan.
Dari sudut yang lain pula, sesuatu kelompok rakyat mungkin boleh
dipertimbangkan sebagai kelompok minoriti walaupun mereka banyak dari segi
bilangannya di sesebuah negara atau wilayah, tetapi masih menjadi bahan
kepada perbezaan layanan oleh kelompok yang lebih kecil daripada mereka
tetapi merupakan kelompok yang berpengaruh (Samsu Adabi 2000: 15).
Minoriti muslim pula menurut Ali Kettani (1979: 5) membawa makna
kumpulan orang muslim yang tinggal atau hidup di dalam suatu entiti politik di
sesebuah negara atau kerajaan daripada beberapa bilangan (kecil dari segi
bilangan) dan mendapat layanan yang kurang baik berbanding dengan non-
Muslim di negara berkenaan. Dan Muslim di selatan Thai ini dapat kita
kategorikan sebagai memenuhi maksud istilah minoriti Muslim ini.
107
PROSIDING SIMPOSIUM ISU-ISU SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM (SISTI 2011)
Bahagian Bawah ini dikenali sebagai Changwad Chaiden Pak Tai atau
Wilayah-wilayah Sempadan Selatan kerana kedudukannya bersempadan dengan
negara Malaysia.
Majoriti penduduk di Selatan Thailand terdiri daripada warga yang
berbangsa Melayu dan beragama Islam namun seluruh negara Thailand
diperintah oleh kerajaan yang beragama Buddha. Pendududuk Islam di negara
Thailand bukan sahaja terdapat di selatan negara Thai tetapi juga di Bangkok
dan Chiang Mai.1 Muslim di Bangkok merangkumi 6 hingga 8 peratus
penduduk Bangkok dan mereka adalah terdiri daripada Muslim Islam Patani
(Thai), Malaysia, Pakistan, India, Cham (3,000 orang), Yunan, Iran (1,200
orang) dan Indonesia (1,500 orang). Oleh itu, golongan minoriti yang akan
dibincangkan ini ialah Muslim Thai yang mendiami empat wilayah selatan, iaitu
Patani, Yala, Narathiwat dan Satun. Mereka ialah golongan asal Patani dan
berketurunan Melayu dari segi budaya, bahasa dan etnik (Saifullah & Samsu
Adabi 2009: 91).
108
PROSIDING SIMPOSIUM ISU-ISU SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM (SISTI 2011)
109
PROSIDING SIMPOSIUM ISU-ISU SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM (SISTI 2011)
yang lain. Melihat kepada keadaan ini, pada tahun 1839, Rama III telah
melaksanakan dasar kompromi dan polisi ‘Pecah dan Perintah’ sebagaimana
negeri Patani. Negeri Kedah dipecahkan kepada dua negeri kecil iaitu Kedah
dan Setul (Satun). Setul menjadi sebuah negeri di bawah naungan Siam dan
dikehendaki menghantar ‘Bunga Mas’ dan ‘Perak’ ke Bangkok setiap tiga tahun
sekali. Tengku Bisnu (adik kepada bekas Sultan Ahmad tajuddin) dilantik
menjadi raja negeri Setul. Sejak itu, Setul atau Satun diletakkan di bawah
pemerintahan raja-raja Melayu dengan diselia oleh pentadbiran Songkhla
(1839-1844) dan Nakhon Sri Tammarat (1844-1896). Kemudian diletakkan pula
di bawah Monthon Phuket (1876-1896). Dan pada tahun 1877, Setul
digabungkan semula dengan negeri Kedah dan Perlis dan membentuk
pentadbiran sendiri yang dinamakan Monthon Saiburi.
Walau bagaimanapun, ia tidak bertahan lama apabila Perjanjian Siam-
British berlaku di Bangkok pada tahun 1909. Perjanjian ini telah mempersetujui
bahawa Setul atau Satun dipisahkan dari negeri Kedah. Maka, Setul diserahkan
kepada kerajan Thai manakala Kedah dan Perlis diserahkan kepada kerajaan
British. Sejak itu. Setul ditadbir oleh kerajaan Thai dan dinamakan Satun.
110
PROSIDING SIMPOSIUM ISU-ISU SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM (SISTI 2011)
111
PROSIDING SIMPOSIUM ISU-ISU SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM (SISTI 2011)
Mata pelajaran/Tahap 1 2 3 4 5 6
Al-‘Ulum al-Diniyah 6 6 5 2 2 2
1. Al-Quran - - 1 1 1 1
2. Tajwid - - - 2 2 2
3. Tafsir al-quran - - - 2 2 2
4. Hadith 3 3 2 2 2 2
5. Tawhid 3 3 2 2 2 2
6. Fiqh
Al-‘Ulum al-Lughawiyah
a) Bahasa Arab
1. Al-Nahw - - 1 2 2 2
2. Al-Sarf - - 1 1 1 1
3. Al-Mutala‘ah 3 3 2 2 2 2
4. Al-Ta‘bir - - 1 1 1 1
5. Al-Imla’ 3 3 2 2 2 2
6. Al-Khat 2 2 1 1 1 1
7. Al-Muhadathah - - 1 1 1 1
8. Al-Mahfuzat - - 1 1 1 1
112
PROSIDING SIMPOSIUM ISU-ISU SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM (SISTI 2011)
b) Bahasa Melayu
1. Al-Qira’ah 2 2 2 1 1 1
2. Al-Imla’ 2 2 2 2 1 1
3. Al-Insya’ 2 2 2 2 2 2
Al-‘Ulum al-Ijtima‘iyyah
1. Al-sirah al-nabawiyah 2 2 2 2 2 2
2. Akhlak 2 2 2 2 2 2
Jumlah 30 30 30 30 30 30
Sumber:Persatuan Sekolah-sekolah Swasta Islam
Mata pelajaran/Tahap 1 2 3
Al-‘Ulum al-Diniyah
1. Al-Quran 2 2 2
2. Al-Fara’idh 1 1 1
3. Tafsir al-quran 2 2 2
4. Hadith 2 2 2
5. Tawhid 2 2 2
6. Fiqh 2 2 2
Al-‘Ulum al-Lughawiyah
a) Bahasa Arab
1. Al-Qawa‘id 4 4 4
2. Al-Adab al-‘arabi 1 1 1
3. Al-Mutala‘ah 2 2 2
4. Al-Insya’ 2 2 2
5. Al-Imla’ 1 1 1
6. Al-Khat 1 - -
7. Al-Muhadathah 2 2 2
8. Al-Balaghah - 1 1
b) Bahasa Melayu
1. Al-Qira’ah 1 1 1
2. Al-Imla’ 1 1 1
3. Al-Insya’ 1 1 1
Al-‘Ulum al-Ijtima‘iyyah
1. Al-Tarikh al-Islami 2 2 2
2. Akhlak 1 1 1
Jumlah 30 30 30
Sumber:Persatuan Sekolah-sekolah Swasta Islam
113
PROSIDING SIMPOSIUM ISU-ISU SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM (SISTI 2011)
Mata pelajaran/Tahap 1 2 3
Al-‘Ulum al-Diniyah
1. Al-Quran 1 1 1
2. Tafsir 2 2 2
3. Usul Tafsir al-quran 1 1 1
4. Al-Hadith 3 3 3
5. Mustalah al-hadith 1 1 -
6. Al-Fiqh 2 2 2
7. Usul al-fiqh 2 2 2
8. Al-Qawa‘id al-fiqhiyyah - 1 2
9. Al-Falsafah al-Islamiyyah - 1 1
10. Tarikh al-tasyri‘ 2 2 2
11. Hikmat al-tasyri‘ 1 1 -
12. Mabadi’ al-fiqh al-muqaran - 1 2
13. Al-tawhid 2 2 2
Al-‘Ulum al-Lughawiyah
1. Al-Qawa‘id 2 2 2
2. Al-Nusus al-adabiyah 1 1 1
3. Al-Lughah al-malayuwiyah 2 1 1
4. Al-Lughah al-injiliziyyah (English) 1 1 1
5. Al-Balaghah 1 1 1
6.Al-Insya’ 2 1 1
Al-‘Ulum al-Ijtima‘iyyah
1. Al-Tarikh al-Islami 2 1 1
2. Al-Thaqafah al-Islamiyyah 2 2 2
Jumlah 30 30 30
Sumber: Kurikulum Sekolah Sasnupatam-Bana, Selatan Thailand.
Selain itu, terdapat juga dua institusi pendidikan Islam yang tidak formal
dan di luar kuasa badan rasmi kerajaan iaitu: pendidikan kanak-kanak dan
pendidikan masyarakat umum. Kedua-dua institusi pendidikan ini sangat
berpengaruh dalam masyarakat Islam setempat khususnya kebelakangan ini.
Pendidikan kanak-kanak yang dinamakan ‘Tadika’ atau ‘Fardhu ‘Ain’ pada
umumnya dibentuk di bawah naungan masjid. Fenomena ini terdapat di
keseluruhan wilayah-wilayah selatan. Manakala pendidikan masyarakat umum
dibentuk di majlis-majlis pengajian khusus secara tersusun. Pihak berkaitan
akan mengadakan ceramah secara mingguan, bulanan dan berkala dengan
menggunakan kaedah dan sukatan tertentu. Pendidikan bebas ini mula
mendapat perhatian dari masyarakat umum (Ahmad Omar 2000: 29).
Kementerian Pelajaran Thailand juga telah melancarkan Polisi Pendidikan
untuk rakyat Selatan Thai. Kerajaan Thailand telah merangka beberapa polisi
bagi memajukan pendidikan rakyat selatan Thai. Namun, polisi yang
dimaksudkan di sini adalah untuk sekolah-sekolah swasta di selatan Thai. Polisi
dan rancangan pembangunan pendidikan disusun secara eksklusif dengan dua
tujuan, iaitu:
114
PROSIDING SIMPOSIUM ISU-ISU SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM (SISTI 2011)
115
PROSIDING SIMPOSIUM ISU-ISU SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM (SISTI 2011)
116
PROSIDING SIMPOSIUM ISU-ISU SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM (SISTI 2011)
117
PROSIDING SIMPOSIUM ISU-ISU SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM (SISTI 2011)
Sejak dari itu, Kolej Pengajian Islam menjadi satu bahagian daripada
Universiti Songkhla Nakarin yang statusnya sama dengan fakulti lain. Ia
merupakan institusi pengajian tinggi Islam tunggal di wilayah selatan yang
dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Kolej ini telah menjalinkan hubungan
dan kerjasama dengan universiti luar seperti Universiti Islam Mohamad Ibnu
Sa‘ud, Riyadh dan juga Universiti Islam Madinah. Peranan dan sumbangan
Kolej Pengajian Islam menarik perhatian setiap pihak. Pada tahun 1994,
bangunan kolej dibina di kawasan tersendiri. Ini merupakan fenomena baru
dalam institusi pendidikan tinggi kerajaan umumnya dan pengajian Islam di
selatan Thai khasnya (Ahmad Omar 1994: 219-220).
Selain daripada itu, Universiti Islam Yala juga telah diwujudkan.
Cadangan penubuhannya bermula sejak tahun 1980-an apabila golongan
berpendidikan universiti di negara-negara Asia Barat dan Timur Tengah
berbincang untuk menubuhkan sebuah institusi pengajian Islam tinggi di
wilayah-wilayah Patani. Pada tahun 1984, Jawatankuasa Penaja Kolej Islam
telah dibentuk gabungan daripada Jawatankuasa Penaja dan Yayasan Kebajikan
Majlis Agama Islam Wilayah Yala. Tiga orang wakil terdiri daripada Tuan
Guru Haji Abdul Rahman Chapakia, Dr. Ismail Ali dan Syafi‘ie Baru
menyerahkan cadangannya kepada pihak Kementerian Hal Ehwal Universiti di
Bangkok. Pihak Majlis Agama Islam Wilayah Yala pula mengemukakan usaha
murni itu kepada Bank Pembangunan Islam (Islamic Development Bank, IDB)
yang beribu pejabat di Jeddah. Pada tahun 1986, pihak IDB bersetuju meberi
dana sebanyak USD1.2 juta untuk tujuan pembinaan bangunan dan infrastruktur
lain. pihak-pihak lain juga turut menyumbang bagi pembinaan universiti ini
seperti pihak Rabitah al-‘Alam al-Islami dan Hai-at al-Ighathah maktab Timur,
Arab Saudi (Mohd Lazim 2007: 173-174).
Maka pada tahun 1986, Yayasan Kebajikan Majlis Agama Islam Wilayah
Yala telah menbeli sebidang tanah di Kampung Paramitae, mukim Budi di
wilayah Yala. Pada 1 Januari 1988, Timbalan Pengarah Urusan IDB, Dr. Gayd
Ibrahim Abdul Haq, merasmikan upacara meletakkan batu asas. Kolej Islam
Yala (KIY) dengan rasminya ditubuhkan pada tahun 1998. Ahli Jawatankuasa
KIY bersetuju melantik Yang Berhormat Wan Mohamad Nor Matha sebagai
Presiden Kolej Islam Yala dan Aree Wongraya sebagai Timbalan Presiden. Dr.
Ismail Lutfi Chapakia pula dilantik sebagai rektor dan Dr. Omar Chapakia
dilantik sebagai Timbalan Rektor. KIY memenuhi keperluan kursus dari
peringkat diploma hingga ke peringkat ijazah sarjana.3 KIY telah dapat
menghasilkan seramai 150 graduan sulung peringkat ijazah Sarjana Muda pada
tahun 2003. Kolej Islam Yala telah dinaik taraf menjadi Universiti Islam (UIY)
pada 13 Jun 2007 (Mohd Lazim 2007: 177).
118
PROSIDING SIMPOSIUM ISU-ISU SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM (SISTI 2011)
119
PROSIDING SIMPOSIUM ISU-ISU SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM (SISTI 2011)
120
PROSIDING SIMPOSIUM ISU-ISU SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM (SISTI 2011)
utara Thailand atau pun kota raya Bangkok kerana perbezaan sosio budaya dan
agama. Di Malaysia, mereka berniaga secara kecil-kecilan membuka warung-
warung tomyam di serata semenanjung Malaysia. Di negara Arab pula, mereka
lebih selesa dengan menjual pakaian atau pun menjadi tukang jahit di musim
haji pada setiap tahun (Narong 2007: 157-158). Terdapat juga yang terus
menetap di negara-negara luar kerana merebut peluang pekerjaan yang lebih
baik bagi menyara kehidupan mereka.
Kerajaan Thai hakikatnya telah melaksanakan beberapa program bagi
membangunkan sosioekonomi di wilayah selatan ini. Bermula dari tahun 1960-
an, kerajaan telah memperkenalkan beberapa perancangan bagi memperbaiki
keadaan rakyat di sini tetapi ianya dilihat kurang berkesan. Antara faktor yang
membawa kepada situasi tersebut ialah kewujudan sikap tidak
bertanggungjawab dalam kalangan pegawai kerajaan yang dilantik oleh pihak
kerajaan bagi melaksanakannya. Mereka juga tidak cekap untuk menguruskan
pembangunan ekonomi di wilayah selatan ini. Ini mungkin disebabkan oleh
sikap prejudis mereka terhadap masyarakat tempatan itu sendiri. Ini ditambah
pula dengan sikap penduduk kampung sendiri yang sentiasa berprasangka
terhadap kerajaan dan segala perancangan yang ingin dijalankan. Perancangan
ekonomi juga tidak dapat dilaksanakan dengan baik atas masalah kewangan dan
tabung yang tidak mencukupi. Pembangunan ekonomi menjadi rumit dan sukar
dilaksanakan dengan baik (Che Man 2008: 16).
Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini, wilayah-wilayah di selatan
Thai merupakan tanah yang subur dan berpotensi untuk dibangunkan.
Kedudukan geografinya sangat menguntungkan kerana berdekatan dengan
pantai di sebelah timur dan baratnya. Ini memungkinkan ia berhubung dengan
dunia luar. Mengikut catatan sejarah juga, wilayah selatan dulunya dikenali
sebagai ‘Semenanjung Emas’ atau bahasa Thainya, Laem Thong. Patani sendiri
menjadi tumpuan dari pihak luar ketika itu. Patani dan sebuah lagi wilayah,
iaitu Singgora dianggap sebagai negara maju dan makmur. Pihak kerajaan Thai
mengabaikan pembangunan di selatan Thai atas dasar majoriti penduduknya
beragama Islam. Bermula dari ketika itulah, penduduk di selatan Thai
mengalami kemiskinan dan terbiar dari arus pembangunan ekonomi dan sosial
negara Thai. Ramailah penduduk yang berhijrah ke luar negara untuk mencari
rezeki dan memperbaiki hidup mereka (Ahmad Omar 2008: 215).
Apabila Thai diterajui oleh kerajaan pimpinan Prem Tinnasulanonda,
beliau mula merasakan perkara ini menunjukkan kelemahan kerajaan dalam
mentadbir negara. Pada 6 November 1980, dalam sidang kabinetnya, beliau
bersama ahli yang lain telah merangka satu agenda khusus bagi menangani
masalah masyarakat Islam di wilayah selatan ini (Ahmad Omar 2008: 215).
Antara langkah yang telah dirancang ialah melantik Khana Kammakan
Phattana Setakij Lae Sangkhom Haeng Chat (Ahli Jawatankuasa Kebangsaan
Pembangunan Ekonomi dan Masyarakat). Jawatankuasa ini diberi
tanggungjawab untuk mengatur rancangan pembangunan ekonomi khusus untuk
wilayah selatan Thai. Perancangan ini berjalan lancar dan berterusan hingga ke
121
PROSIDING SIMPOSIUM ISU-ISU SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM (SISTI 2011)
122
PROSIDING SIMPOSIUM ISU-ISU SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM (SISTI 2011)
Berdasarkan strategi-strategi ini, kita dapat lihat juga bahawa ianya sedikit
sebanyak bermotifkan politik secara langsung dan tidak langsung. Menurut
Ahmad Omar (2008: 218), ia bermotifkan politik melalui tiga perkara:
1. Untuk mengintegrasikan ekonomi dan masyarakat di lima wilayah
sempadan selatan supaya masuk ke dalam sistem ekonomi negara serta
diadakan pembangunan dalam rangka perhubungan dengan negara luar.
2. Memajukan pekerjaan, membahagikan pendapatan serta mengangkat taraf
hidup bagi masyarakat tempatan dan diselaraskan dengan pembangunan
masyarakat. Pemikiran dan keamanan.
3. Dijadikan lima wilayah sempadan selatan sebagai jambatan
menghubungkan negara luar dalam tujuan menarik pengaliran mata wang
asing.
Menurut beliau lagi, terdapat satu laporan khas yang menyatakan sebab
dan alasan kenapa lima wilayah di sempadan selatan dijadikan kawasan
ekonomi khas. Antara isi kandungan laporan itu ialah:
1. Sekiranya dapat dibangunkan dan ditingkatkan ekonomi di wilayah-
wilayah sempadan selatan setanding dengan Malaysia, banyak masalah
akan selesai.
2. Masalah krisis atau konflik politik dan pandangan masyarakat di wilayah-
wilayah sempadan selatan hanya dapat diatasi dengan cara membangunkan
ekonomi secara serius kerana tidak dapat dinafikan bahawa wilayah-
wilayah di sempadan selatan mempunyai potensi yang besar untuk
dibangun dan dimajukan dalam pelbagai bidang. Lantaran kedudukan
geografinya yang strategik dan mempunyai sumber alam yang berharga
serta menjadi sebagai pintu ekonomi dalam menuju kea rah negara-negara
Asean dan pasaran dunia.
3. Kawasan ekonomi khas adalah menjadi rancangan pembangunan ekonomi
berbentuk intensif dan usaha yang berlipat kali ganda sebagai mengganti
kecuaian dan kesilapan kerajaan pada masa lalu dalam melaksanakan
pembangunan ekonomi khususnya terhadap wilayah-wilayah Patani, Yala
dan Narathiwat.
123
PROSIDING SIMPOSIUM ISU-ISU SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM (SISTI 2011)
ini termeterai perjanjiannya. Antara kawasan utama yang terlibat dengan projek
ini ialah kawasan yang didominasi oleh masyarakat Melayu. Projek
pembangunan di wilayah-wilayah selatan ini diteruskan oleh pimpinan Banhan
Silapacha yang memegang pemerintahan pada tahun 1996. Beliau memberi
tumpuan kepada wilayah yang bersempadan dengan Malaysia yang dinamakan
projek Southern Sea Board. Projek yang melibatkan wilayah bersempadan
Malaysia-Thai ini turut memberi kesan kepada kemajuan ekonomi dan politik
serantau.
Namun demikian, penduduk di selatan Thai terutamanya masyarakat
Muslim masih lagi dibelenggu kemiskinan. Bahkan pemberontakan dan konflik
antara kerajaan dan Muslim selatan Thai semakin tidak terkawal. Peristiwa Tak
Bai dan Masjid Kerisik menjadi satu isu besar bagi kerajan Thailand. Thaksin
menyalahkan kemiskinan sebagai sebab utama kepada pemberontakan dan
pertumpahan darah ini. Namun, ianya dianggap sebagai satu helah sahaja oleh
parti pembangkang kerajaan. Ini kerana Thaksin tidak pula membantu ke arah
pembanguan ekonomi selatan ini.
Maka pada tahun 2009, kerajaan Thailand telah melaksanankan satu
pendekatan yang dipanggil sebagi pendekatan mesra rakyat. Kerajaan Thailand
telah merangka pelbagai program untuk membangunkan kedudukan sosio
ekonomi penduduk wilayah selatan. Antaranya, kerajaan memperkenalkan
program ekonomi seperti mewujudkan perkampungan tani bagi membolehkan
penduduk setempat memperoleh pendapatan lebih tinggi. Penduduk kampung
ini diberi tunjuk ajar oleh pihak tentera bagaimana untuk menjadi penternak,
menanam sayur selain terdapat tempat rawatan ketagihan dadah di
perkampungan berkenaan. Pihak tentera pula mengambil pendekatan soft power
dengan menawarkan rawatan pergigian percuma di klinik yang dibuka tidak
jauh dari perkampungan tani itu. Perkampungan tani seperti ini diwujudkan di
tiga wilayah bergolak, iaitu Narathiwat, Pattani dan Yala supaya penduduk
lebih percaya terhadap pemerintah, yang berjanji untuk membantu
membangunkan wilayah berkenaan.
Ketua Turus Tentera Divisyen Pertama Pengawal Diraja Thailand Kolonel
Songwit Noonpakdee berkata program-program bantuan kerajaan itu ialah
supaya penduduk dapat memahami dan mempercayai anggota tentera yang
berada di situ. Kira-kira 30,000 anggota tentera melakukan tugas meronda,
memantau dan menjaga keamanan selain terbabit dalam program tajaan
kerajaan itu, katanya. Hasilnya, kes keganasan yang berlaku sejak enam tahun
lepas berkurangan. Pada 2004, sebanyak 1,700 kejadian keganasan dicatat dan
meningkat kepada 2,100 pada 2005 dan 2006 sebelum menurun kepada 800 kes
pada tahun lepas. Sehingga Jun tahun 2010, keganasan hanya mencatatkan 500
kes. Songwit berkata peruntukan kerajaan kepada wilayah selatan Thai
sebanyak 63 bilion Baht (RM60.3 juta) bagi membangunkan ekonomi
penduduk, juga akan menjadi faktor dalam mengurangkan lagi keganasan.
“Daripada kaji selidik yang dilakukan Kementerian Dalam Negeri terhadap
penduduk di sini, lebih 80% berkata tidak mahu berpisah dengan Thailand”,
124
PROSIDING SIMPOSIUM ISU-ISU SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM (SISTI 2011)
125
PROSIDING SIMPOSIUM ISU-ISU SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM (SISTI 2011)
Autonomi Pendidikan
Seperti yang sedia maklum, wilayah Selatan Thailand sememangnya terkenal
sebagai pusat pengajian agama Islam yang mashyur di Asia Tenggara. Sekian
lama anak-anak Selatan Thailand hanya terdedah kepada ilmu-ilmu kerohanian
Islam atas kehendak diri sendiri. Justeru, ramai anak-anak Selatan Thailand
tidak mampu bersaing dalam mendapatkan peluang pekerjaan yang memerlukan
kelayakan akademik. Perkara ini diburukkan lagi dengan peminggiran mereka
dari menjawat jawatan awam walaupun mempunyai kelayakan pendidikan yang
tinggi seperti di peringkat universiti.
Pemberian autonomi dalam bidang pendidikan membolehkan pihak selatan
Thailand merombak sukatan pendidikan mereka sendiri seperti menggabungkan
pendidikan sekular dengan pendidikan agama. Apabila wujud autonomi ia juga
membawa bermaksud self rule. Namun, apakah wujud modal insan yang
berkualiti untuk mentadbir wilayah Selatan Thailand dalam keadaan kesemua
rakyat tidak mendapat pendidikan yang sempurna? Dalam hal ini, Malaysia
mampu menawarkan kepakaran dalam menggabungkan pendidikan Islam dan
sekular seperti yang telah diamalkan di kebanyakan madrasah-madrasah moden
di seluruh Malaysia. Mereka bukan sahaja mendapat pendidikan agama yang
sempurna, malah mempunyai kelayakan pendidikan moden yang komprehensif.
Peluang dalam mengurus tadbirkan sendiri sistem pendidikan mereka akan
memudahkan jalan kepada pemerintahan sendiri suatu masa nanti.
126
PROSIDING SIMPOSIUM ISU-ISU SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM (SISTI 2011)
Kesimpulan
Permasalahan pendidikan dan ekonomi masyarakat selatan Thai ini
sememangnya mengambil masa yang lama ntuk diselesaikan. Ini kerana jika
dilihat dari sudut pendidikan, kerajaan Thailand masih belum dapat meyakinkan
rakyat selatan Thai untuk menyertai arus pendidikan yang ingin dibawa oleh
pihak kerajaan. Sememangnya sukar diterima kerana ia menggambarkan pihak
kerajaan ingin menghapuskan identiti ‘Melayu’ yang selama ini sebati dangan
127
PROSIDING SIMPOSIUM ISU-ISU SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM (SISTI 2011)
masyarakat selatan Thai. Kerajaan Thailand juga seperti tidak peka dengan
keperluan kepada pendidikan Islam untuk pelajar muslim di sana. Ini dapat
dilihat apabila kerajaan tidak banyak memberi bantuan kepada sekolah
persendirian agama berbanding di sekolah swasta. Ramai yang merasakan
bahawa sistem pelajaran yang diperkenalkan di selatan Thai adalah untuk
menyebarluaskan fahaman dan kebudayaan ‘Thai’ lebih dari ‘Melayu’.
Namun, kesan sebenar yang dapat dilihat sekarang ialah, pelajar dari
sekolah swasta ini dapat menguasai kedua-dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan
bahasa Thai. Mereka juga dapat mempelajari bahasa Melayu yang setaraf
dengan bahasa Melayu yang diajar di Malaysia dan Indonesia. Mereka juga
dapat menguasai bahasa Arab dengan baik. Walau bagaimanapun, pada
hakikatnya bahasa Melayu semakin kurang digunapakai dalam kalangan anak-
nak muda di selatan Thai. Ini kerana dengan penguasaan mereka di dalam
bahasa Thai, mereka lebih selesa menuturkannya sesama mereka berbanding
bahasa Melayu. Dan kebimbangan ibubapa dengan pengajaran pendidikan Islam
yang semakin dipinggirkan juga semakin relevan apabila anak-anak muda mula
meminati untuk mempelajari ilmu-ilmu akademik lebih dari ilmu agama. Sistem
pondok pula semakin terpinggir kerana anak-anak muda mula merasakan
bahawa masa depan mereka tidak terjamin dengan hanya belajar di sekolah
pondok. Maka, lahirlah masyarakat selatan Thai sekarang yang semakin hilang
identity pondok dan identiti melayunya.
Dari aspek ekonomi pula, kerajaan seolah-olah ingin meminggirkan
pembangunan di wilayah selatan Thai ini. Ini dapat dilihat apabila ramai
golongan muda yang berhijrah ke negara-negara luar berbanding di dalam
negara Thailand sendiri bagi mendapatkan pekerjaan. Ini adalalah kerana
wujudnya perasaan prejudis rakyat terhadap kerajaan Thailand. Kerajaan juga
tidak menyediakan peluang yang lebih besar untuk rakyat selatan Thai muslim
berbanding rakyat selatan Thai yang bukan beragama Islam. Segala projek
pembanguna ekonomi pula tidak melihat kepada keperluan penduduk tempatan.
Penduduk tempatan mendakwa keluaran negara kasar Thailand sebanyak 38 %
diperoleh daripada kekayaan dan sumber alam yang terdapat di wilayah-wilayah
selatan, tetapi hanya 2% sahaja dilaburkan untuk pembangunan setempat.
Ekonomi di selatan juga semakin tidak seimbang kerana masih wujud perasaan
prejudis rakyat bahawa kerajaan Thailand ingin menguasai wilayah selatan dan
cuba merampas hak orang-orang Islam. Maka, pembangunan tidak dapat
dilaksanakan dengan baik jika wujud pertelingkahan dan persengketaan yang
berpanjangan.
Oleh itu, dengan melihat senario dan keadaan selatan Thai ketika ini,
penulis merasakan bahawa rundingan harus diadakan dengan lebih telus.
Wilayah selatan Thai tidak boleh dibiarkan terpinggir dan teraniaya. Ianya
melibatkan maruah dan kehormatan Islam dan umat Islam. Dikhuatiri maruah
dan kehormatan Islam dan umat Islam di sana akan tergugat juga sebagaimana
telah lunturnya jiwa ‘Melayu’ akibat dari agenda asimilasi pihak kerajaan
Thailand. Dan yang paling penting ialah, matlamat akhir bagi semua ini ialah
128
PROSIDING SIMPOSIUM ISU-ISU SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM (SISTI 2011)
Nota Hujung
1. Data tahun 1990-an menunjukkan terdapat lebih dari 4.5 juta umat Islam daripada
keseluruhan rakyat Thailand, iaitu seramai 57 juta orang. Mereka mengelola 2,300
masjid yang terdapat di pelbagai wilayah dan kota. Al-Qur’an, al-Baqarah 2:23.
2. Prince of Songkla University merupakan universiti pertama di selatan Thai,
ditubuhkan pada tahun 1967. Nama universiti ini diberikan oleh Yang Mulia Raja
untuk menghormati Yang Mulia Somdej Chao Fa Mahidol Adulyadej Kromma
Luang Songkla Nakarin, ayah raja. Universiti ini terdiri daripada empat kampus
dan satu kawasan perkhidmatan pendidikan. Pada tahun 1968, kampus kekal
pertama didirikan di Pattani. Kampus di Hat Yai dibuka pada tahun 1971 dan
sekarang merupakan kampus utama, dengan lebih daripada 50% daripada pelajar
universiti. Kampus lain ditubuhkan di Phuket (1977) dan Surat Thani (1990).
Selain itu, daerah perkhidmatan pendidikan Trang ditubuhkan pada tahun 1991.
Pada tahun 2007, universiti ini menawarkan 295 program pendidikan untuk
34,000 pelajarnya, termasuk 18 program antarabangsa dan tiga program bahasa
asing.
Rujukan
Ahmad Omar Chapakia. 2008. Pembaharuan politik selatan Thai dan perjuangan
masyarakat Islam. Dlm. Farid Mat Zain & Zulkarnain Mohamed (pnyt.). Minoriti
Muslim di Thailand. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.
Ahmad Omar Chapakia. 2000. Politik Thai dan Masyarakat Islam di Selatan Thai. Alor
Setar: Pustaka Darussalam Sdn. Bhd.
Farid Mat Zain. 2002. Sejarah perkembangan sistem pengajian pondok di Patani. Dlm.
Wan Kamal Mujani (pnyt.). 2002. Minoriti Muslim: Cabaran dan harapan
Menjelang Abad ke-21. Bangi: Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam,
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Persatuan Bekas
Mahasiswa Islam Timur Tengah (PBMITT).
Hasan Madmarn. 1999. The Pondok and Madrasah in Patani. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ibrahem Narongraksakhet. 2007. Pondok kepada sekolah agama rakyat. Dlm. Nik
Anuar Nik Mahmud & Mohd Zamberi A. Malek (pnyt.). Tamadun dan Sosio-
Politik Melayu Patani. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.
M. Ali Kettani. 1979. The Muslim Minorities. London: The Islamic Foundation.
Mohd Zamberi A. Malek. 1994. Patani dalam Tamadun Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Lazim Lawee. 2007. Institusi Pengajian Tinggi Islam. Dlm. Nik Anuar Nik
Mahmud & Mohd Zamberi A. Malek (pnyt.). Tamadun dan Sosio-Politik Melayu
Patani. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.
129
PROSIDING SIMPOSIUM ISU-ISU SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM (SISTI 2011)
Narong Hassanee. 2007. Pertumbuhan ekonomi Melayu Patani. Dlm. Nik Anuar Nik
Mahmud & Mohd Zamberi A. Malek (pnyt.). Tamadun dan Sosio-Politik Melayu
Patani. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.
Saifullah Mohd Sawi & Samsu Adabi Mamat. 2009. Sejarah dan Tamadun Islam di
Asia Tenggara. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.
Samsu Adabi Mamat. 2000. Konsep Minoriti Muslim. Islamiyyat 21: 13-19.
Kementerian Pelajaran Thailand. 2008. Key Educational Policy of Ministry of
Education in the Southern Border Provinces of Thailand. http://www.en.moe.go.
th/ docs/edpolicy-southern-border-province09.pdf (14 Mac 2011).
Human Development Report. 2010. http://hdr.undp.org/en/statistics/ (8 Mac 2011).
W.K. Che Man. 2008. Melayu Muslim selatan Thai. Dlm. Farid Mat Zain, Zulkarnain
Mohamed (pnyt.). Minoriti Muslim di Thailand. Shah Alam: Karisma Publications
Sdn. Bhd.
Zahir Zainudin. 2009. Faktor Penentu di Selatan Thai. http://zahirzainudin.blogspot.
com/2009/08/faktor-penentu-di-selatan-thai.html (8 Mac 2011)
Zulkarnain Zakaria. 2010. Selatan Thai: Undang-undang Baru atau Autonomi.
http://ummatanwasatan.net/2010/07/selatan-thai-undang-undang-baru-autonomi (8
Mac 2011)
130