Anda di halaman 1dari 9

PROSIDING SIMPOSIUM ISU-ISU SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM (SISTI 2011)

Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di


Singapura: Kajian Lapangan di Andalus
Corp., Masjid Kassim, PERGAS
dan NLBS

ABDUL QAYYUM ABDUL RAZAK, EZAD AZRAAI JAMSARI


& SITI NOORASIKIN TUMIRAN

Pengenalan
Singapura merupakan negara yang mempunyai bangsa yang pelbagai. Ini
menjadi cabaran kepada masyarakat Islam dan satu keunikan kepada survival
pendidikan Islam untuk terus berkembang hingga ke hari ini. Pendidikan Islam
awalnya bermula dari rumah, kemudian surau, madrasah hinggalah ke sekolah-
sekolah Melayu (Malay School) (F. Hussain 1967: 37). Pada waktu ini
sebenarnya penjajahan British telah berlangsung di mana mereka cuba
mengubah sistem pembelajaran orang Melayu-Islam. Perubahan sistem sekular
yang diperkenalkan British ini adalah sebagai langkah misionari atau dakwah
kristian terhadap Tanah Melayu.
Ini menunjukkan bahawa British menginginkan pendidikan sekular yang
dibawanya diterapkan ke dalam institusi pendidikan Islam di Singapura.
Bagaimanapun, kesedaran dan rasa tanggungjawab untuk menegakkan syiar
Islam daripada terhapus menjadikan para ustaz, haji, syed, syeikh, guru agama
dan seumpamanya muncul untuk menyampaikan pendidikan Islam kepada
masyarakat Islam. Oleh itu, wujud institusi-institusi seperti rumah yang
digunakan tempat pembelajaran, surau, madrasah dan lain-lain.
Institusi pendidikan Islam di Singapura kemudian telah mengalami
perubahan kepada pembelajaran yang lebih baik. Masyarakatnya telah
memainkan peranan yang penting untuk memastikan anak-anak Islam
Singapura mendapat didikan agama yang sempurna. Ini adalah bertujuan tidak
lain tidak untuk meneruskan survival masyarakat Islam dalam menghadapi
dunia globalisasi pada hari ini.

 799 
PROSIDING SIMPOSIUM ISU-ISU SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM (SISTI 2011)

Sehubungan dengan itu, kumpulan penyelidikan ‘Pandangan ibu-bapa


Melayu terhadap Pendidikan Islam dan Pendidikan Bahasa Arab di Madrasah
dan Masjid: Satu Kajian di Singapura’ berkod UKM-GUP-TKS-08-07-291
telah melakukan kajian di Singapura selama 3 hari 2 malam. Tujuan kajian
dijalankan ialah untuk mengkaji dan mengetahui pandangan ibu-bapa Melayu
terhadap pendidikan Islam di Singapura. Justeru, kajian dilakukan terhadap
beberapa institusi pendidikan Islam seperti Masjid Kassim, Andalus
Corporation Pte. Ltd. dan dua cawangan lain di Tampines dan Bedok Reservoir.
Selain itu, pengkaji turut mengadakan kajian di National Library Board
Singapore. Antara penyelidik yang terlibat adalah 1) Prof Madya Dr Zamri
Arifin dan 2) Abdul Qayyum Abdul Razak.

Tempat Kajian Lapangan di Singapura


Survey (membuat tinjauan) kali kedua ke Singapura pada 2-4 Februari 2010
yang lalu adalah untuk mendapatkan tempat yang sesuai bagi melakukan projek
penyelidikan tersebut. Namun, kajian kali ke-3 ini pula merupakan
kesinambungan daripada kajian kali kedua yang lepas dalam mendapatkan
output (bahan-bahan secara langsung). Ia turut memberi gambaran lebih jelas
terhadap pendidikan Islam dan bahasa Arab di sana yang sememangnya sedang
berkembang pesat semenjak dahulu sehingga sekarang pada era modenisasi
Singapura. Maka, laporan ini dilakukan di beberapa tempat terpilih seperti
berikut:

Andalus Corporation Pte Ltd


Tempat: Andalus Corporation Pte. Ltd.
Tarikh: 2 & 3 bersamaan Januari 2010 (Selasa).
Masa: 10.30 pagi.

Kajian dilakukan terhadap Andalus Corporation Pte. Ltd. yang merupakan


sebuah syarikat swasta yang menawarkan subjek pendidikan Islam dan bahasa
Arab secara separuh masa (part-time). Andalus yang memulakan operasinya
pada tahun 1996 dengan sebuah bilik darjah sahaja kini telah berkembang ke
beberapa cawangan di seluruh Singapura. Cawangan-cawangan Andalus
dipimpin oleh para pengetua yang berkelulusan dan disokong oleh Pegawai
Eksekutif dan Guru Kanan.
Terdapat 2 buah divisyen di Andalus Corp. iaitu Divisyen Kurikulum
Andalus (DKA) yang meliputi Jabatan Pendidikan Prasekolah & Rendah,
Jabatan Pendidikan Menengah, Jabatan Pendidikan Pos-Menengah, Jabatan
Pemantauan dan Jabatan Pendidikan & Pembangunan. Divisyen kedua pula
ialah Divisyen Pengurusan Andalus (DPA) merangkumi Jabatan Pentadbiran &
Teknologi Maklumat, Jabatan Sumber Manusia & Latihan dan Jabatan
Kewangan.

 800 
PROSIDING SIMPOSIUM ISU-ISU SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM (SISTI 2011)

Andalus mempunyai 4 peringkat pendidikan yang ditawarkan iaitu pra-


sekolah dan rendah, menengah, remaja dan dewasa. Kurikulum dan kaedah
pengajian di Andalus digubal dan dirangka sepenuhnya oleh syarikat ini. Visi
pusat pendidikan Andalus ialah untuk melahirkan muslim yang berilmu dan
bertaqwa berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. Manakala misi pusat tersebut
ialah menyediakan pendidikan Islam dengan kesungguhan, kesabaran dan
keikhlasan dalam melahirkan muslim yang berilmu dan bertaqwa berteraskan
al-Quran dan al-Sunnah. Objektif dan matlamatnya pula ialah seperti berikut; 1)
Mempunyai kefahaman mengenai Islam dan mengenai Islam dan mencontohi
akhlak mithali, 2) Merealisasikan semua ajaran Islam dan menghayati sunnah
dalam penghidupan dan 3)Menunaikan hak-hak Islam dan berhemah tinggi
(Andalus Corporation Pte. Ltd. 2010).
Program yang ditawarkan di Pusat Pendidikan Andalus mempunyai
keistimewaannya tersendiri, di mana kurikulum pembelajarannya digubal dan
dibina dengan menggunakan sistem pendidikan. Program-program tersebut
dibahagikan kepada 4 peringkat seperti berikut:

Peringkat Pra-Sekolah
Kelas Bimbingan Nurseri (KBN)

Program ini ialah untuk pendidikan murid-murid yang berumur dari 4-5 tahun
supaya berjinak-jinak dengan suasana dan ilmu islam. Diadakan seminggu
sekali selama 2¼ jam setiap sesi selama setahun. Pendekatan pengajaran
program ini berbentuk bersepadu dan ia mengandungi 7 jaluran iaitu jaluran
Aqidah & Akhlak, jaluran Intelektual & Jasmani, jaluran Perhubungan &
Kehidupan dan terakhir jaluran Alam Sekitar & Aktiviti Ulang kaji.

Kelas Bimbingan Pra-sekolah (KBPS)

Program ini sesuai untuk anak-anak berusia 5-6 tahun yang belajar di tadika. la
diadakan seminggu sekali selama 2¼ jam setiap sesi untuk tempoh dua tahun.
Pendekatan pengajaran program ini berbentuk bersepadu dan ia mengandungi
tujuh subjek iaitu subjek Aqidah & Akhlak, subjek Intelektual & Jasmani,
subjek Perhubungan & Kehidupan dan terakhir subjek Alam sekitar & Aktiviti
Ulang kaji.

Peringkat Rendah
Dalam peringkat ini hanya terdapat satu jenis kelas sahaja iaitu Kelas
Bimbingan Kanak-kanak atau KBK, program ini sesuai untuk kanak-kanak
berusia 7-12 tahun yang sudah bersekolah di peringkat rendah. KBK adalah
lanjutan dari KBPS. Pengajian adalah seminggu sekali selama 2¼ jam setiap
sesi dalam tempoh 6 tahun. Pelajar-pelajar diajar dengan menyeluruh secara

 801 
PROSIDING SIMPOSIUM ISU-ISU SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM (SISTI 2011)

sistematik dan bertahap mengikut sistem modul untuk subjek Tauhid, Fiqh,
Sirah, Akhlak, Iqra', Bahasa Arab, Jawi dan Solat.

Peringkat Menengah / Remaja


Kelas Bimbingan Remaja (KBR)

Program ini sesuai untuk golongan remaja yang berusia 13-16 tahun yang tiada
asas agama. Selain itu, program ini dilaksanakan mengikut sistem modul di
mana mata pelajaran yang diajarkan untuk program ini ialah Aqidah, Akhlak,
Thoharah, Solat, Solat Lanjutan, Puasa, Zakat, Sirah, Iqra', Tajwid dan Haji &
Umrah. Kelas diadakan seminggu sekali selama 1 jam 30 minit bagi setiap sesi
dan dalam tempoh 3 tahun.

Kelas Bimbingan Remaja Lanjutan (KBRL)

Selepas KBR, pelajar akan melanjutkan pengajian ke peringkat KBRL dalam


tempoh 4 tahun. Mata pelajaran untuk program ini adalah Sejarah Islam, Aqidah
Islamiah, Fiqh Islami dan Akhlak Islamiah. Kelas diadakan seminggu sekali
selama 1 jam 30 min it setiap sesi. Selepas KBRL, pelajar boleh melanjutkan
pengajian ke peringkat diploma iaitu Diploma Pengajian Islam Andalus (DPIA).

Kelas Bimbingan Menengah (KBM)

Program ini sesuai untuk para pelajar berusia 13-16 tahun yang sudah tamat
KBK 6. KBM diadakan seminggu sekali (Sabtu atau Ahad) selama 3 jam bagi
setiap sesi dalam tempoh 4 tahun. Subjek ialah Aqidah Islamiah, Sejarah Islam,
Akhlak Islamiah, Fiqh Islami, Bahasa Arab, Tajwid dan AI-Quran. Selepas
KBM 4, pelajar boleh melanjutkan pengajian ke peringkat diploma iaitu
Diploma Pengajian Islam Andalus (DPIA) (Andalus Corporation Pte. Ltd. 2010).

Peringkat Dewasa
Peringkat terakhir bagi pelajar yang belajar di Pusat Pendidikan Andalus ialah
Diploma Pengajian Islam (DPI). Program ini sesuai untuk para peserta yang
berusia 17 tahun ke atas dan sudah tamat KBM 4 atau KBRL 4. la mengikut
sistem modul (32 modul) dalam tempoh 4 tahun. Dalam peringkat ini, kelas
diadakan seminggu sekali selama 3 jam setiap sesi. Modul DPI termasuk
pengajian AI-Quran, Pengajian Hadith, Pengajian Syariah, Tamadun Islam,
Tasawwur Islam, Sains Islam, Bahasa Arab dan lain-lain.

 802 
PROSIDING SIMPOSIUM ISU-ISU SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM (SISTI 2011)

Iqra’, Al-Quran dan Tahfiz

Andalus juga menawarkan program tambahan bagi mereka yang berminat


dalam bidang dan program berikut:

Program Iqra Sepandu (PIS) 5 – 13 tahun

Diadakan 2 kali seminggu (antara Isnin - Khamis) selama 1 jam setiap


pertemuan. Di samping Iqra', pelajar juga akan mempelajari Hafalan Surah
beserta Kefahaman dan cerita daripada surah-surah yang dipelajari, cara
berwuduk/bersolat serta doa-doa harian.

Klinik AI-Quran - Belajar Secara Individu


(Remaja dan Dewasa)

Temu janji boleh dibuat mengikut hari dan masa yang sesuai untuk peserta.
Pengajian sesuai dengan taraf peserta sama ada peringkat asas, pertengahan atau
menghalusi bacaan. Sesi diadakan antara hari Isnin - Khamis dan setiap sesi
klinik ini selama ½ jam sahaja.

Tahfiz al-Hifz bi al-Fahmi (Kanak-kanak)

Program ini sesuai untuk kanak-kanak berusia 6- 12 tahun dalam 2 kategori


umur iaitu 6-8 to hun dan 9-12 tahun. la memperkenalkan sistem hafalan al-
Quran beserta kefahaman melalui cerita-cerita dan pengajaran yang terkandung
di dalamnya. Teknik dan kaedah hafalan yang digunakan dinamakan kaedah
Sistematik AI-Huffaz. Dalam tempoh 2 tahun, para peserta dijadualkan tamat
menghafal keseluruhan Juz Amma (Juz 30) beserta kefahaman. Kelas adalah
seminggu sekali selama 2 jam untuk setiap pertemuan di cawangan Admiralty,
Changi, Jurong West 2, Marsiling dan Tampines 1 (Andalus Corporation Pte. Ltd.
2010).

Islam In English (IIE)

Untuk para pelajar yang tidak fasih berbahasa Melayu, terdapat program 'Islam
in English' atau IIE di cawangan Admiralty, Jurong West dan Tampines (di 3
buah cawangan sahaja).
Setelah kajian dilakukan, didapati Andalus Corporation telah menyediakan
program pendidikan Islam dan bahasa Arab kepada masyarakat Melayu di
Singapura dalam semua peringkat umur. Ini dilihat pada peringkat program
yang ditawarkan. Manakala dari segi sambutan ibu-bapa terhadap pendidikan
Islam di Singapura, sebagaimana yang dikatakan oleh Encik Zulkifli yang juga
salah seorang dari 3 orang ahli Lembaga Pengarah Andalus Cororation Pte. Ltd.:

 803 
PROSIDING SIMPOSIUM ISU-ISU SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM (SISTI 2011)

Ibu bapa dilihat cenderung untuk menghantar anak-anak mereka ke


institusi pendidikan Islam yang ada Singapura. Ini kerana kesedaran mereka
terhadap pentingnya pendidikan Islam di sini. Ia juga sebagai benteng untuk
melihat Islam terus menjadi pegangan anak-anak Islam.
Pihak Andalus Corporation bersedia untuk berkerjasama dengan pihak
kumpulan penyelidikan UKM-GUP-TKS-08-07-291.

Masjid Kassim
Tempat: Masjid Kassim, Changi Road, Singapura.
Tarikh: 4 Januari 2010 (Khamis)
Masa: 11.00 Pagi

Masjid Kassim terletak di alamat Wisma Indah, 448 Changi Road #02- 01,
Singapore 419975 merupakan antara masjid terawal di Singapura. Sejarah
masjid Kassim bermula semenjak tahun 1921 apabila sebidang tanah di Changi
Road telah diwakafkan oleh Allahyarham Ahna Mohamed Kassim B. Ally
Mohamed. Allahyarham kemudiannya meninggal dunia pada tahun 1935.
Bangunan lama masjid yang berusia sekitar 85 tahun itu kemudian dirobohkan
pada tahun 1997 dan dibangun semula sebagai kompleks bersepadu pertama di
Singapura yang menggabungkan masjid dan bangunan komersial yang siap
dalam 1999 dengan belanja sekitar $5 juta. Manakala rumah kedai di sekeliling
masjid dahulunya juga menempatkan rumah imam dan bilal serta perniagaan
lain (Masjid Kassim 2010).
Antara ulama-ulama yang terkenal yang mengajar di masjid Kassim ialah
Ustaz Haji Osman Md Yusof yang berkhidmat sebagai imam tetap dari awal
tahun 1950-an sehingga awal tahun 1990-an. Ulama lain yang terkenal di
Singapura pula ialah Ustaz Sidi Abdul Rashid yang merupakan khalifah
kumpulan Tariqah Ahmadiyah Idrisiyyah di Singapura. Kumpulan itu yang
mulanya bertapak di Lengkong Tiga sebelum berpindah ke Masjid Kassim.
Masjid dikelolai dan diuruskan oleh Mosque Executive Chairman, iaitu En.
Mohamad Ariff B. Marhassan yang mana ditentukan oleh pihak Majlis Ugama
Islam Singapura atau MUIS. Beliau dibantu dengan timbalan pengerusi,
Mohamad Ariff B. Ariffin, setiausaha, Hj Ahmad B. Mohd Don, pembantu
setiausaha, Nur Hikmah Bt. Amir Hamzah. Bendahari, Haji Ariffin B.
Suleiman, timbalan bendahari, Haji Mohd Ishak Bin Samuri, dan empat orang
ahli jawatankuasa.
Manakala kakitangan masjid pula, terbahagi kepada dua iaitu bahagian
dakwah dan bahagian pengajaran. Bahagian dakwah masjid diketuai oleh Ustaz
Zulkifli b. Muhammad Sultan. Jabatan dakwah masjid Kassim sentiasa
mengadakan majlis agama seperti kuliah atau ceramah setiap hari kecuali
khamis. Ceramah diadakan selepas solat Maghrib. Manakala bahagian
pengajaran pula terdapat seramai 9 orang kakitangan. Bahagian pengajaran

 804 
PROSIDING SIMPOSIUM ISU-ISU SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM (SISTI 2011)

bertanggungjawab untuk mengurus dan mengadakan kelas pada setiap hujung


minggu.
Dalam aspek pendidikan Islam, temubual bersama pihak pengurusan
masjid, Haji Ibrahim (2010), pegawai logistik beliau mengatakan bahawa: Pihak
masjid ada mengadakan kelas-kelas pendidikan agama Islam pada hujung
minggu. Pengajian pendidikan Islam ditawarkan kepada kanak-kanak dari umur
7- 16 tahun. Disamping itu, pihak masjid juga mengadakan program aL.I.V.E.
sebagaimana yang dijalankan di masjid-masjid lain di sini. Pihak pengurusan
masjid Kassim telah memberikan kerjasama yang baik dalam membincangkan
sedikit sebanyak berkenaan pendidikan Islam yang dikelolakan oleh pihak
masjid tersebut.

Persatuan Ulama dan Guru Agama Islam


Singapura (PERGAS)
Tempat: Pejabat Persatuan Ulama Dan Guru Agama Islam Singapura (PERGAS), 448
Changi Road, Wisma Indah, Singapura 419975
Tarikh : 4 Januari 2010 (Khamis)
Pukul : 2.30 Petang

PERGAS ialah sebuah institusi yang prihatin terhadap perkembangan dan


kesejahteraan ulama dan guru agama. Ia ditubuhkan pada tahun 1957 atas
tujuan meningkatkan mutu kehidupan moral di Singapura dengan memperbaiki
kebajikan dan keperluan guru agama. Ulama dan guru agama di PERGAS telah
berusaha menjadi bukan sekadar pendidik semata-mata, tetapi juga memegang
peranan sebagai mubaligh, pemimpin masyarakat dan ada yang sebahagiannya
telah berjaya menjadi pengurus dan usahawan. PERGAS banyak mengadakan
aktiviti-aktiviti seperti menganjurkan seminar dan ceramah yang
membincangkan isu-isu semasa setempat ataupun antarabangsa. Tambahan lagi,
PERGAS telah mengenalpasti tiga bahagian penting sebagai fokus untuk
menuju matlamatnya iaitu:

Kepimpinan Agama (Dakwah)


Dakwah merupakan fokus penting dalam penubuhan PERGAS iaitu dengan
memberi dan membekalkan bimbingan kepada orang Islam secara amnya.
Selain fokus utamanya untuk menyediakan haluan yang sesuai untuk
masyarakat Islam menerusi agenda dakwah strategik dan pembangunan yang
berterusan untuk ulama dan aktivis dakwah; satu usaha yang menguatkan
ketrampilan PERGAS dalam masyarakat yang linnya di Singapura. Antara
program yang dianjurkan ialah pendedahan akademik, perbincangan fokus
berkumpulan, persidangan dan seminar. Selain itu, PERGAS juga menerbitkan
buletin suku-tahunannya iaitu Risalah.

 805 
PROSIDING SIMPOSIUM ISU-ISU SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM (SISTI 2011)

Pendidikan Islam
Usaha lain yang dilakukan ialah menyediakan program pembelajaran Islam
yang tersusun dan berstruktur di peringkat atasan. Selain itu, PERGAS juga
menawarkan kursus Bahasa Arab, Sijil Pengajian Islam dan program-program
di peringkat diploma. Program diploma yang ditawarkan di PERGAS ini
diiktiraf oleh Universiti al-Azhar dan universiti-universiti di Malaysia.
PERGAS banyak memberi peranan sebagai pusat pendidikan Islam kepada
masyarakat Islam, ini diakui oleh Ustaz Ahmad Qadri b. Muhammad Sidek
(2010) yang juga sebagai Ketua Jabatan Pendidikan di PERGAS:
PERGAS telah mula menyediakan pendidikan Islam secara tersusun dan berstruktur semenjak
awal 80-an lagi. Pada waktu itu, PERGAS merupakan antara institusi pendidikan terawal yang
menyediakan program pendidikan Islam yang dinamakan Kelas Dewasa Mingguan yang
ditawarkan kepada mereka yang berminat untuk belajar agama, yang kebanyakkan mereka berasal
dari Sekolah Nasional. Bagaimanapun, had umur yang ditentukan ialah 18 tahun dan ke atas.
Sehingga sekarang pun PERGAS masih menjalankan kelas pendidikan Islam pada tiap-tiap
hujung minggu. Dan bermula pada tahun 2006, PERGAS telah mula menyediakan pendidikan
agama pada sebelah malam bagi mereka yang mempunyai masa untuk hadir.

Pembangunan Asatizah
Dengan kesedaran bagi menempuh dunia yang mencabar, guru agama perlu
diberikan latihan dan kemahiran teknologi. Antara program yang dilakarkan
ialah modul komprehensif dalam dakwah dan pembangunan organisasi. Modul-
modul termasuklah kepimpinan dan pengurusan, tasawwur dan pelan strategik,
memahami keadaan sosio-budaya, politik dan lain-lain lagi. Semua modul-
modul ini adalah bertujuan untuk mengangkat martabat guru agama ke
peringkat yang lebih tinggi dan setanding dengan kerjaya professional lain.

National Library Board Singapore (NLBS)


Tempat : National Library Board Singapore, Victoria Street, Singapore.
Tarikh : 2 & 3 Januari 2010 (Selasa & Rabu)
Pukul : 12.30 Tengah Hari

Pada 1 Januari, pengkaji telah melakukan kajian di National Library Board


Singapore atau NLBS. Kajian bermula dengan menggunakan enjin pencarian
NLBS di komputer yang disediakan. Pengkaji melihat terdapat banyak sumber
dan rujukan tentang Islam di Singapura. Antara sumber dan rujukan yang
ditemui ialah Majalah, surat khabar, buku dan kertas kerja seminar. Antara
contoh buku yang dijumpai ialah bertajuk kesederhanaan dalam Islam dalam
konteks masyarakat Islam Singapura oleh PERGAS, Kongres pendidikan anak-
anak Islam anjuran MENDAKI dan sebagainya yang berkaitan dengan
pendidikan Islam di Singapura. Pengkaji juga mendapati pihak NLBS banyak
menyimpan sumber berkaitan dengan penyelidikan.

 806 
PROSIDING SIMPOSIUM ISU-ISU SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM (SISTI 2011)

Kesimpulan
Kesimpulannya, dalam penyelidikan yang dilakukan selama 3 hari di Singapura
ini, pengkaji melihat pendidikan Islam sebenarnya telah berkembang ke
peringkat yang boleh dibanggakan. Walaupun sebenarnya mereka berada dalam
keadaan yang minoriti. Ini dilihat dengan penubuhan dan perkembangan
institusi-institusi yang berorientasikan dakwah dan pendidikan Islam yang mana
perkembangan ini adalah sebagai satu usaha untuk perjuangan survival agama
Islam itu sendiri. Selain itu, peranan yang dimainkan masjid-masjid dan
persatuan-persatuan seperti PERGAS atau Persatuan Ulama dan Guru-guru
Agama Singapura turut dilihat penting. PERGAS juga menawarkan
pembelajaran pendidikan Islam terhadap masyarakat Islam di Singapura. Ini
adalah salah satu tujuan PERGAS ditubuhkan iaitu untuk berdakwah dan
menyatupadukan golongan ulama dan guru-guru agama yang berwibawa,
bersepadu dan seterusnya menyumbang kepada masyarakat. Contoh lain yang
menarik disoroti ialah bagaimana dalam keadaan minoriti, masyarakat Islam di
sana masih boleh menubuhkan syarikat mereka sendiri contohnya seperti
Andalus Corporation Pte. Ltd. yang mana bermula dari satu bilik darjah sahaja
pada tahun 1996 dan sekarang telah memiliki 15 cawangan. Prestasi ini
menunjukkan sambutan masyarakat Islam di sana terhadap pendidikan Islam
amat baik. Masyarakat Islam Singapura juga cenderung kepada pendidikan
agama. Mereka percaya, hanya berpegang dengan agama Islam di dada, mereka
boleh menempuh kehidupan yang mencabar di negara sekular itu.

Rujukan
Ahmad Qadri Muhammad Sidek. 2010. Pendidikan Islam di Singapura. Temubual [4
Januari].
Andalus Corporation Pte. Ltd. 2010. Panduan Waris dan Pelajar 2010. Changi Road:
Penerbit Andalus Corporation Pte. Ltd.
Ariff Marhassan. 2010. Sejarah dan Perkembangan Masjid Kassim. Temubual [4
Januari].
F. Hussain, Zahoor Ahmad. 1967. Growth of Islamic Education in Singapore. World
Muslim League. III(11): 37-46.
Ibrahim. 2010. Perkembangan Pendidikan Islam di Singapura. Temubual [4 Januari].
Masjid Kassim. 2010. Sejarah Masjid Kassim. http://www.mosque.org.sg/kassim/
aboutus_briefhistory.php [10 Mac].
Persatuan Ulama dan Guru Agama Islam Singapura. 2004. Kesederhanaan dalam Islam
dalam Konteks Masyarakat Islam Singapura. Changi Road: Penerbit Persatuan
Ulama dan Guru Agama Islam Singapura (PERGAS).
Zulkifli. 2010. Pandangan Ibu Bapa Melayu terhadap Pendidikan Islam dan Bahasa
Arab di Singapura. Temubual [2 Januari].

 807 

Anda mungkin juga menyukai