Anda di halaman 1dari 1

Aku Melancong ke Kuching

Pada masa cuti yang lepas, kami sekeluarga telah melancong ke Kuching. Kami ke sana menaiki
kereta. Perjalanannya memakan masa selama 15 jam. Kami bertolak pada jam 8.00 malam dan tiba
pada jam 11.00 pagi.

Saya berasa sangat teruja apabila kami sekeluarga pergi bersama-sama kerana inilah kali pertama
kami ke Kuching. Sesampainya kami ke Kuching, kami sekeluarga mencari restoran yang
menghidangkan makanan yang paling istimewa di Kuching. Setelah kami ke sana, kami sekeluarga
mencari hotel untuk kami tidur dan rehat.

Selepas itu, ibu membawa kami ke Waterfront di tebing sungai. Di sana ada istana iaitu tempat
tinggal James Brooke pada 1967 hingga 1999. Tetapi istana itu sudah menjadi hiasan dan tiada orang
tinggal disana lagi. Selepas kami ke sana, kami ke menara jam dan tempat restoran James Brooke.
Menara jam ini sangat professional dan boleh membesarkan bunyi jam itu. Tempat restoran itu pula
dikenali dengan pelbagai jenis makanan Itali, makanan semenanjung dan pelbagai lagi makanan
istimewa di sana.

Sesudah kami ke sana, kami melawat ke Kampung Budaya. Di situ, terdapat pelbagai jenis adat
resam dan budaya etnik di Sarawak yang diperkenalkan kepada kami. Kami juga seronok melihat
budaya yang diamalkan oleh beliau. Ayah membawa kami ke pesta kebudayaan. Pakaian tradisional
mereka sangat cantik dan menarik hati orang ramai.

Kemudian, kami ke 'Muzium Sarawak. Di sana banyak pelancong yang datang dari luar negeri. Di
sana kami melihat gambar yang dikenali pada 1971. Gambar-gambar itu disusun oleh James Brooke.
Tetapi malangnya James Brooke telah meninggal pada 1976. Di sana juga kami dapat tahu maklumat
James Brooke dan cerita lama tentang bangsa orang terdahulu.

Akhir sekali, kami membeli keropok lekor dan cendermata yang ingin diberi kepada Pak Usu dan Mak
Usu. Saya membeli penanda buku yang ingin diberi kepada kawan-kawan sekelas saya. Saya juga
membeli cenderhati dan penanda buku untuk Cikgu Ernawida. Ini sahajalah yang dapat saya
kongsikan ketika saya mengembara ke Kuching.

Anda mungkin juga menyukai