Anda di halaman 1dari 2

Soalan (i)

Pada 25 Februari 2021, sekolah saya telah mengadakan acara merentas desa. Semua murid dikehendaki
menyertai acara tersebut. Saya dan kawan baik saya,turut menyertai acara tersebut dengan gembira .

Saya tiba disekolah pada pukul 7.35 pagi. Acara merentas desa ini bermula pada pukul 8.00 pagi. Sebelum
memulakan acara tersebut, semua pelajar diarahkan berkumpul di tapak perhimpunan untuk mendengar taklimat
dan arahan daripada guru. 

Selepas itu, kami diarahkan untuk berbaris di padang sekolah mengikut kelas. Acara dimulakan dengan pelajar
tingkatan 1,2,3,4 dan 5. Apabila wisel ditiupkan, saya terus berlari dengan pantasnya. Apabila tiba di
pertengahan jalan . saya mula berasa penat dan ingin berhenti tetapi saya meneruskan juga larian saya
sehingga ke garisan penamat.

Akhirnya, saat yang ditunggu-tunggu pun telah tiba. Cikgu memberitahu bahawa 10 orang peserta yang tiba
awal sahaja akan menerima hadiah. Cikgu mengumumkan nama saya. Saya berjaya mendapat tempat ketiga
dalam acara merentas desa ini. 

Saya berasa sangat gembira walaupun tidak berjaya menjadi  johan. Manakala, kawan baik saya, tidak berjaya
dalam petandingan merentas desa. Saya berkongsi kegembiraan bersama-sama. 

Apabila tiba di rumah pula, saya menunjukkan hadiah yang dimenangi kepada ibu. Ibu turut gembira dengan
kejayaan saya ini.

(173 patah perkataan )

Anda mungkin juga menyukai