Anda di halaman 1dari 2

Masyarakat maritim muncul sejurus selepas Renaisans dan Reformasi di Eropah.

Kemunculan
Portugal sebagai kuasa maritim yang unggul bermula sejak abad ke-15 dan 16. Perkembangan ini
menyebabkan muncul golongan pelayar dan peneroka yang terkenal. Pelayar Portugal melibatkan
diri dalam kegiatan penerokaan, penjelajahan, perdagangan dan penjajahan.

Kedudukan Portugal berhampiran dengan laut mendorong masyarakatnya melibatkan diri dalam
bidang maritim. Portugal terletak di Semenanjung Iberia yang dikelilingi Lautan Atlantik. Mempunyai
kawasan pantai yang panjang dan mempunyai pelabuhan yang baik seperti Lisbon dan Antwerp.
Pelabuhan ini berperanan sebagai pusat pengedaran barang dagangan dan pusat pengagihan
rempah ratus yang dibawa dari Timur kepada pedagang Eropah. Masyarakatnya menjadi pelaut
mahir kerana pengaruh kelautan yang membolehkan mereka perolehi pengetahuan dan pengalaman
dalam bidang pelayaran.

Faktor kebangkitan Portugal sebagai kuasa maritim.Ini menyebabkan raja Portugal memberi
tumpuan kepada kegiatan maritim. Raja daripada Dinasti Avis (1383-1577) beri galakan kepada
masyarakat Portugal melibatkan diri dalam bidang perdagangan dan perkapalan. Keadaan politik bdi
negara Eropah lain tidak stabil seperti Sepanyol,Perancis dan England.Ini kerana,negara kota Itali
bersaing sama sendiridi Laut Mediterranean. Pada ketika itu juga, Sepanyol dan Belanda belum
menjadi negara bangsa.Perancis dan England pula terlibat dalam Perang Seratus Tahun. Ini
menjadikan Portugal mempunyai ruang untuk muncul menjadi kuasa maritim.

Beliau merupakan tokoh yang berperanan dalam bidang penerokaan dan penjelajahan.Seorang
saintis dan bekas tentera salib yang mengetahui ilmu kartografi. Digelar Henry The Navigator kerana
mengasas institut pelayaran di Sagres.Institut ini berperanan sebagai pemberi latihan dan kemahiran
kepada pelayar. Ia menjalankan aktiviti penyelidikan, penciptaan peralatan pelayaran dan membaiki
kapal. Pelayar yang dapat latihan telah menakluki Kepulauan Madeira(1419)dan Azores(1427).
Tahun 1460, Portugis menguasai rangkaian pelabuhan dari Kepulauan Madeira hingga ke Cape
Verde.

Gerakan ini menyebabkan Portugis muncul sebagai kuasa maritim dan menyebabkan
perubahan dalam pemikiran bangsa Eropah. Renaisans mempunyai ciri-ciri seperti humanisme,
individualisme, sekularisme, sifat kritikal, dan rasional. Peranan institut gereja mengongkong
pemikiran masyarakat mula hilang.Ini menyebabkan muncul era baru yang mementingkan sains dan
teknologi serta kebebasan manusia berfikir. Era baru ini melahirkan semangat ingin tahu di kalangan
masyarakat dan mula meneroka kawasan yang belum ditemui.

Perang ini memberi peluang kepada Portugal dan bangsa Eropah lain mengenali peradaban
dan kebudayaan Timur. Keadaan ini menjadikan bangsa Eropah berfikiran terbuka dan cara
pemikiran yang lebih baik,menyebabkan berlaku perubahan gaya hidup bangsa Eropah. Masyarakat
Eropah merantau dan belayar serata tempat. Mereka belayar ke Timur mendapatkaan barangan
berharga. Penerokaan wilayah Islam di Sepanyol mendedahkan orang Eropah kepada ilmu
pelayaran. Mereka menimba ilmu pengetahuan dalam bidang astronomi, geometri, matematik,
sains dan perubatan. Ini membantu Eropah melibatkan diri dalam penjelajahan.

Masyarakat maritim di Portugal lebih kepada perdagangan dan kelautan. Mereka berjaya
membina empayar perdagangan dan menguasai jalan perdagangan Lautan Hindi lebih dari satu
kurun. Masyarakat Portugal juga berjaya menjadi perintis dan meluaskan kuasa tersebut. Pusat
perdagangan didirikan di kawasan pantai sahaja.

Anda mungkin juga menyukai